Imam Ibn al-Jauzi al-Hanbali : Menyingkap Pemalsuan Aqidah Imam Ahmad

TAHDZIR AKIDAH TAJSIM

AKIDAH TAJSIM ialah satu fahaman akidah yang mempercayai bahawa Allah SWT memiliki anggota badan dan bersifat sebagaimana keterangan ayat mutasyabihaat yang zahir. Tetapi dlm masa yang sama mereka menafikan Allah dari menyerupai makhluk. Mereka tidak mengaku mentajsimkan Allah (mengkhayalkan Allah). Bahkan mereka mendakwa inilah akidah Salafusoleh @ Ahli Sunnah Wal Jamaah. Padahal ia adalah manifestasi Akidah Tajsim yang setara dengan akidah yahudi, Hindu dan Kristian. Tetapi cuba dimplementasikan ke dalam Islam. Prinsip ini kemudiannya dipopularkan oleh sebahagian dari pendakwah Wahhabiy ghuluw. Apapun, sila ikuti penjelasan Ibn al-Jauzi al-Hambali (bukan Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah) dalam hal ini :

Mushanif : Imam Ibn al-jauzi al-Hambali (w597H)

Takhrij : Syeikh Hassan bin Ali al-Saqqaf,

Kitab : Daf’u Syubah al-Tasybih, , hlm 97-102.

Penerbit : Dar Imam al-Nawawi,  Jordan, 1991, Cet Pertama,

Imam Ibn al-Jauzi al-Hanbali (w597H) mengatakan : “Aku melihat golongan dari mazhabku membicarakan tentang usuluddin secara tidak benar. Mereka diwakili oleh 3 orang tokoh : Abu Abdullah al-Hassan bin Hamid bin Ali al-Baghdadi, rakannya Qadhi Abu Ya’la Muhammad Bin Hussain al-Farra al-Hanbali dan Abu Hassan Ali bin Ubaidillah bin Nasr al-Zaghuni (w527). (Biografi ketiga tokoh ini ditahkik oleh Imam al-Muhaddith al-Kautsari dlm ualasan beliau terhadap kitab Imam Ibn al-Jauzi ini)

Imam Ibn al-Jauzi berkata lagi : “Mereka menulis kita yang membicarakan (pendapat) mazhab. Dan aku telah melihat mereka turun ke martabat awam. Lalu memperlakukan Sifat Allah mengikut apa yang mampu dirasa oleh panca indera (iaitu mengkhayalkan Allah dengan sifat-sifat makhluk). Lalu kedengaranlah mereka melaungkan : “Allah SWT mencipta Adam atas gambaranNya. Mereka menetapkan bagi Allah ada muka sbg sesuatu yang menumpang di Dzat). Bagi Allah ada dua mata, dua bibir, dua gigi geraham, wajah yang bercahaya, dua tangan, dua telapak tangan, jari jemari, ibu jari, dada, dua paha, dua betis dan dua kaki.”

Sesetengah mereka mengatakan : “Kami tak mendengar Allah mempunyai kepala.” Sesetengah mereka pula berkata : “Harus bagi Allah menyentuh dan disentuh dan mendekatkan DzatNya kepada hambaNya. Sesetengah mereka pula mendakwa : “Allah itu bernafas. Kemudian mereka (Ahli Tajsim al-Hambali) mendekati masyarakat awam dengan mengatakan : “Ia (sifat-sifat Allah itu) bukan sebagaimana yang kamu bayangkan.”

Padahal zahir ucapan diatas adalah sesuatu yang diketahui. Zahir ucapan ini adalah dari anggotan anak adam. Dan sesuatu itu boleh ditanggung atas hakikatnya jika memungkinkan. (Ini adalah sesuatu yang tidak memungkinkan) Kemudian mereka menyempitkan diri dengan pemikiran Tasybih (menyerupai Allah dengan makhluk) Dan menafikan dari menyandarkan Allah dengan sifat2 yang sedemikian. Lalu mereka berkata : “Kami adalah Ahli Sunnah. Sedangkan ucapan mereka secara jelas adalah Tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk). Dan segelintir masyarakat ada yang terpengaruh dengan mereka.”

Aku telah menasihati pendakwah dan pengikut mereka : “Wahai ashab al-Hanbaliyyah, kamu adalah golongan penukil Hadis Nabi SAW. Imam kamu adalah Imam Ahmad Bin Hanbal yang mengatakan : “bagaimana kamu memperkatakan sesuatu yang aku tidak memperkatakannya.”

Imam Ibn al-Jauzi berkata lagi : “Jagalah diri kamu dari melakukan bid’ah yang bukan dari asas mazhab ini (Hambali). Kamu bicarakan hadis (al-Sifat) dan ditanggungkan hadis berkenaan secara zahirnya. Sedangkan zahir lafaz kaki itu adalah anggota. Ini kerana jika golongan Kristian mendakwa Isa adalah Ruhullah, mereka percaya bahawa Allah SWT itu bersifat dengan roh yang menjelma di dalam tubuh Maryam. Jika sesiapa yang mendakwa : “Allah bersemayam dengan DzatNya maka sesungguhnya dia telah menjadikan Allah sesuatu yang terkesan dengan pancaindera. Dan sewajarnya sesuatu yang zahir itu tidak ditetapkan (sebagaimana) menurut penjelasan akal yang sihat.” – Imam Ibn al-jauzi al-Hambali, Daf’u Syubah al-Tasybih, takhrij : Syeikh Hassan bin Ali al-Saqqaf, 1991, Cet Pertama, Dar Imam al-Nawawi : Jordan, hlm 97-102.