Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia
Tahun 1429H/2008M

Bil
NEGERI
ZON
1
MELAKA
Melaka
2

JOHOR

ZON 1- Pulau Aur Dan Pulau Pemanggil
ZON 2- Daerah Johor Bahru,Kota Tinggi,Mersing Dan Pulau Berdekatan
ZON 3-Daerah Pontian Dan Kluang
ZON 4-Batu Pahat,Muar,Segamat Dan Gemas Johor
3
PERAK
ZON 1- Daerah Hulu PERAK, Daerah Kuala Kangsar, Daerah Kinta Dan Daerah           Batang Padang[Pengkalan Hulu (Keroh), Gerik, Lenggong, Kuala           Kangsar, Sg.Siput, Ipoh,Batu Gajah, Kampar, Tapah, Slim River Dan Tanjung Malim
ZON 2-DAERAH KERIAN, DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA, DAERAH           PERAK  TENGAH, DAERAH  MANJUNG DAN DAERAH HILIR PERAK.Parit           Buntar, Bagan Serai, Taiping, Selama, Parit, Kg.Gajah,Beruas, Lumut, Sitiawan, Pulau           Pangkor,Teluk Intan DanBagan Datoh]
ZON 3-BUKIT LARUT(TANAH TINGGI)
4
SARAWAK
ZON 1-LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS
ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI
ZON 3-TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU
ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN           SONG
ZON 5-, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG
ZON 6-KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI,   LUBOK ANTU, BETONG,           SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK
ZON 7-SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM
ZON 8-KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN
5
SABAH
ZON 1-BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR           SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.
ZON 2-BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT,           JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH
ZON 3-BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA,           SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA
ZON 4-BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR  TAWAU, PULAU SEBATIK,           MEROTAI DAN  KALABAKAN
ZON 5-(BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS, KOTA MARUDU,           MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON 6-GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M)
ZON 7-(BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN,           PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR
ZON 8- BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK,           SEPULUT, TAMBUNAN, DAN  KENINGAU
ZON 9-BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT,           BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG
6
TERENGGANU
ZON 1-KUALA TERENGGANU DAN MARANG
ZON 2-BESUT DAN SETIU
ZON 3-HULU TERENGGANU
ZON 4-KEMAMAN DAN DUNGUN
7
KELANTAN
ZON 1-JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS,           TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN           GUA MUSANG)
ZON 2-JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN           BERTAM
8
SELANGOR
ZON 1-DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU           LANGAT DAN SEPANG
ZON 2-DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK           BERNAM
9
PAHANG
ZON 1-PULAU TIOMAN
ZON 2-KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH
ZON 3-TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN  BERA
ZON 4-RAUB, BENTONG DAN LIPIS
ZON 5-FRASER, GENTING HIGHLAND, GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN           BUKIT TINGGI
ZON 6-CAMERON HIGHLAND
10
WILAYAH PERSEKUTUAN
Putrajaya
11
WILAYAH PERSEKUTUAN
Labuan
12
PERLIS
Perlis
13
NEGERI SEMBILAN
ZON 1-JEMPOL DAN TAMPIN
ZON 2-: SEREMBAN,REMBAU, PORT DICKSON, KUALA  PILAH DAN JELEB
14
KEDAH
ZON 1-DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU, PENDANG, YAN DAN KUALA MUDA
ZON 2-PADANG TERAP, SIK DAN BALING
ZON 3-DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU
ZON 4-DAERAH LANGKAWI
ZON 5-PUNCAK GUNUNG JERAI
15
PULAU PINANG
Pulau Pinang

ABU HAYYAN AL-ANDALUSY : IBN TAYMIYAH AL-HARRANY SESAT!

ABU HAYYAN AL-ANDALUSY : IBN TAYMIYAH AL-HARRANY SESAT!

Disediakan oleh;
Abu Lehyah Al-Kelantany


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد


Abu Hayyan al-Andalusy al-Nahwiyyu al-Mufassiru al-Muqri-u Menegaskan dalam kitab tafsirnya al-Nahr al-Mad satu ungkapan yang berbunyi :

” Saya telah membaca dalam kitab Ahmad Bin Taimiyyah, beliau ini merupakan seorang yang hidup sezaman dengan kami dan ia adalah dengan tulisan tangannya sendiri yang dinamakan sebagai Kitab Al-Arasy, bahawa Allah duduk di atas al-Kursi dan Dia mengosongkan satu tempat untuk didudukkan disitu Nabi Sollallahu A’laihi Wassallam bersamanya dan telah bertahayyyul Taj Bin Muhammad Bin Ali Abdul Haqqi al-Barnabary. Dia adalah adalah penyeru yang paling menonjol baginya (Ibn taymiyah) sehinggalah diambil daripadanya dan kami bacakan apa yang sedemikian itu termaktub di dalamnya.”


Nukilan Abu Hayyan Al-Andalusi ini berkemungkinan tidak terdapat dalam sesetengah cetakan kerana sengaja dibuang oleh sesetengah pihak. Akan tetapi manuskip ( tulisan tangan beliau sendiri ada dengan penulis) tetap membuktikan bahawa nukilan Abu Hayyan Al-Andalusi tadi sabit. Antara sebab mereka membuangkan nukilan ini dalam cetakan mereka ialah sebagaimana dijelaskan oleh Imam al-Zahid al-Kautsary pada taa’liq bagi kitab Al-Shoif al-Shoqil : ” Dan telah dikhabarkan kepadaku oleh editor cetakan di tempat percetakan As-Sa’adah bahawa dia terkejut sangat, lalu dibuangnya nukilan tersebut ketika mencetakkannya supaya tidak disibukkan oleh musuh-musuh agama. Dan menjadi harapanku untuk memasukkannya kembali nukilan tadi disini supaya diambil faedah dan menjadi nasihat kepada umat Islam sejagat”.



Mari kita lihat pula di dalam kitab Ibn Taymiyah al-Harrany..jum..




Dalam kitab Majmuk Fatawa Jilid 4 m/s 374, Ibn Taymiyah Al-Harrany yang yang menjadi pujaan kepada Muhammad Abdul Wahhab, kuncu-kuncunya, dan Wahhabiyyah Mujassimah mengatakan :

إن محمدًا رسول الله يجلسه ربه على العرش معه

Akidah yang kufur ini bermaksud:

“Sesungguhnya Muhammad Rasulullah, Tuhannya mendudukkannya diatas arasy bersamaNya”.


Lihatlah mereka yang mempunyai akal yang sihat penipuan Ibn Taymiyah ini.. Sekejap cakap Allah duduk atas Al-arasy, sekejap cakap Allah duduk atas Al-kursi . Yang mana satu???!! Padahal telah sabit hadits bahawa Al-Kursi dinisbahkan dengan Al-Arasy dari sudut saiznya seperti sebentuk cincin yang bulat di tanah yang amat luas dan lapang. Bagaimana orang yang mempunyai akal yang sihat boleh menerima pentashbihan dan penajsiman terhadap Allah taala ini?? …na’uzubillah min syarrihim.

Lebih menjijikkan lagi akidah Ibn Taymiyah al-Harrany ini dan membawa kepada tajsim yang lebih jelas bila mana beliau meletakkan pergantungan akidahnya kepada pandangan mujassim yang telah wujud dizaman salaf iaitu Othman Al-Darimi, dalam kitab Bayan Talbis al-Jahmiyah jilid 1 m/s 068 :

” Seandainya sesungguhnya Dia (Allah) kehendaki, nescaya dia boleh menetap di atas belakang nyamuk,lalu terangkat dengan kekuasaanNya dan kelembutan RububiyahNya, maka bagaimana pula di atas Arasy yang besar, lebih besar dari langit dan bumi ?”..

Penulis menjawab : Subhanaka haza buhtanun adhzim..Perlu juga berhati-hati bila membaca kitab “Mafahim Yajibu ‘an Tusohhah” kerana terdapat unsur-unsur mempertahankan Ibn Taymiyah Al-Harrany dan Muhammad Abdul Wahhab dan juga pengarang kitab tersebut menamakan mereka (Ibn Taymiyah dan Muhammad Abdul Wahhab) berdua sebagai Syeikhul Islam..wal’yazubillah..Golongan wahhabi juga banyak menggunakan kitab ini sebagai hujah untuk mengatakan kata-kata Ibn Taymiyah Dan Muhammad Abdul Wahhab sebagai tidak sabit. Padahal ini adalah dusta dan bohong kerana penstasybihan dan pentajsiman sememang wujud di dalam kitab-kitab mereka dan diiktifar oleh mereka sendiri. Seterusnya akidah tashbih dan tajsim ini diambil pula oleh anak-anak murid mereka seperti Ibn Qayyim al-Jauziyyah, cucunya Abdur Rahman Bin Hasan bin Muhammad Bin Abdul Wahhab, kemudian Bin Baz, soleh Utsaimin dan berlambak lagi. Perkara tersebut sebenarnya tidak diingkari oleh golongan Al-Wahhabiyah..


Siapakah Abu Hayyan al-Andalusy ?

Beliau ialah Pakar Lughah (bahasa) yang masyshur, Pakar Tafsir, yang terkenal dengan karyanya al-Bahrul Al-Muhith. Kitab Al-Nahr al-Mad merupakan ringkasan beliau ke atas kitab al-Bahrul Al-Muhith.

Jawapan kepada Syubuhah wahhabi ;

Jika dibawa kenyataan Abu Hayyan Al-Andalusi memuji Ibn Taymiyah Al-Harrany, ketahuilah itu adalah sebelum beliau mengetahui Ibn Taymiyah mencela dan menghentam Sibaweh, seorang ulamak Lughah yang amat masyhur. Bilamana Ibn Taymiyah mendakwa Sibaweh bercanggah dengan Kitabullah (al-Quran) dalam banyak permasalahan (konon-konon dialah “sibaweh” yang sebenar) sedangkan Abu Hayyan al-Andaslusi pula adalah antara orang yang amat menyukai Sibaweh. Selepas diketahui hal keadaan tersebut Abu Hayyan Al-Andalusi terus menglaknat Ibn Taymiyah Al-Harrany sehinggalah beliau meninggal dunia pada 754 H. Rujuk kitab Ad-Durarul Kaminah karya tulisan al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqolany.

Disediakan oleh;
Abu Lehyah Al-Kelantany
0133005046

Ibn Hajar Haitamy Al-Makky : Ibn Taymiyah dan Ibn Qayyim al-Jauziyyah SESAT!

Ibn Hajar Haitamy Al-Makky : Ibn Taymiyah dan Ibn Qayyim al-Jauziyyah SESAT!

Disediakan oleh;
Abu Lehyah Al-Kelantany

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد

وقال أيضًا ما نصه (حاشية الإيضاح ص 443) :”ولا يُغتر بإنكار ابن تيمية لسنّ زيارته صلى الله عليه وسلم فإنه عبد أضلَّه الله كما قال العز بن جماعة، وأطال في الرد عليه التقي السبكي في تصنيف مستقل، ووقوعه في حق رسول الله صلى الله عليه وسلم ليس بعجيب فإنه وقع في حق الله، سبحانه وتعالى عما يقول الظالمون والجاحدون علوًّا كبيرًا، فنسب إليه العظائم كقوله: إن لله تعالى جهة ويدًا ورجلاً وعينًا وغير ذلك من القبائح الشنيعة” اهـ.

Ibnu Hajar Al-Haytami al-Makkiy (W 974 H) dalam karyanya Hasyiyah al-Idhah fi Manasik al Hajj Wa al ‘Umrah li an-Nawawi, hlm. 443 menyatakan tentang pendapat Ibnu Taimiyah yang mengingkari kesunnahan safar (perjalanan) untuk menziarahi makam Rasulullah Shallallahu ‘Alayhi Wasallam: “Janganlah tertipu dengan pengingkaran Ibnu Taimiyah terhadap kesunnahan ziarah ke makam Rasulullah ini, kerana sesungguhnya beliau adalah seorang hamba yang disesatkan oleh Allah sepertimana yang diperkatakan oleh al-‘Izz Ibn Jamaah”. Al-hafidz Al-Faqih Taqiyyuddin as-Subki juga dengan panjang lebar telah membantahnya dalam sebuah tulisannya yang tersendiri. Perkataan Ibnu Taimiyah yang berisi dengan celaan dan penghinaan terhadap Rasulullah Muhammad ini tidaklah suatu yang aneh kerana beliau ( bukan terhenti setakat itu sahaja) bahkan telah mencaci Allah, Maha Suci Allah dari perkataan orang-orang zalim (yang kafir) dan pekatan mereka yang ingkar. (Ibnu Taimiyah) menisbahkan hal-hal yang tidak layak bagi Allah, beliau menyatakan Allah memiliki arah, tangan, kaki, mata (yang merupakan anggota badan) dan hal-hal buruk yang amat keji. Seterusnya beliau mengatakan “Kerananya, demi Allah beliau telah dikafirkan oleh banyak para ulama, semoga Allah memperlakukannya dengan keadilan-Nya dan tidak menolong pengikutnya yang mendokong dan mempertahankan pendustaan-pendustaan yang dilakukan oleh Ibnu Taimiyah terhadap Syari’at Allah yang mulia ini”. “

وقال أيضًا ما نصه (ص 203) :”وإياك أن تصغي إلى ما في كتب ابن تيمية وتلميذه ابن قيم الجوزية وغيرهما ممن اتخذ إله هواه وأضله الله على علم وختم على سمعه وقلبه وجعل على بصره غشاوة فمن يهديه من بعد الله، وكيف تجاوز هؤلاء الملحدون الحدود وتعدوا الرسوم وخرقوا سياج الشريعة والحقيقة فظنوا بذلك أنهم على هدى من ربهم وليسوا كذلك” اهـ.

Ibn Hajar al-Haitamiy kemudiannya berkata dalam kitab yang sama, m/s 203 :” Janganlah sekali-kali kamu mendengar -yakni meneliti- apa yang terdapat di dalam kitab Ibn Taymiyah dan anak muridnya Ibn Qayyim Al-Jauziyyah dan selain keduanya (yang sealiran) yang mengambil/menjadikan Tuhannya mengikut hawa nafsunya. Allah telah menyesatkannya dengan ilmu, menutup rapat pendengarannya, hatinya (daripada kebenaran), Allah telah menjadikan penutup pada penglihatannya. Maka barangsiapa mengikutnya jauhlah ia dari Allah Taala, bagaimana boleh mereka yang Mulhid/athies ini berani melampaui batasan, dan dan melampaui garisan,dan mencarik batasan syariat dan hakikat kebenaran. Mereka dengan yang sedemikian itu menyangkakan bahawa mereka sahajalah yang betul di atas petunjuk di sisi Tuhan, padahal hal keadaan mereka bukanlah sedemikian itu “.

Ibn Hajar Al-Haytami dalam kitab lainnya Fatawa al-Hadithiah m/s 114 -116 menyebut : “ Ibn Taymiyah adalah seorang hamba yang tidak diberi pertolongan oleh Allah, disesatkan, dibutakn, dipekakkan, dan dihinakan akannya, demikian itu sebagaimana dishorihkan/dijelaskan oleh a`immah (imam-imam) yang tampil menerangkan kefasadan (kerosakan) hal keadaannya dan mendustakan perkataan-perkataannya. Dan sesiapa yang ingin (mengetahui kefasadannya itu) hendaklah bermuthalaah (mengulangkaji) kata-kata Imam Mujtahid yang disepakati akan keimamamnya dan kemuliaannya dan sampainya kepada martabat ijtihad –iaitu- Abi al-Hasan as-Subki dan anaknya al-Taj As-Subki dan Syiekh Imam al-‘Izz Bin Jama’ah dan ulama’ yang sezaman dengan mereka serta lainnya daripada al-Syafi’yyah dan al-Malikiyyah dan al-Hanafiyyah”.



قال الشيخ ابن حجر الهيتمي في كتابه الفتاوى الحديثية (ص 116) ناقلاً المسائل التي خالف فيها ابن تيمية إجماع المسلمين ما نصه:”وان العالم قديم بالنوع ولم يزل مع الله مخلوقًا دائمًا فجعله موجبًا بالذات لا فاعلاً بالاختيار تعالى الله عن ذلك، وقوله بالجسمية، والجهة والانتقال، وانه بقدر العرش لا أصغر ولا أكبر، تعالى الله عن هذا الافتراء الشنيع القبيح والكفر البراح الصريح” اهـ


Berkata Syeikh Ibn Hajar al-Haitamy dalam kitabnya Al-Fatawa Al-Haditsiah m/s 166 sebagai nukilan kepada permasalahan-permasalahan Ibn Taymiyah yang bercanggah dengan ijmak Muslimin sebagaimana nash kata-katanya :” (Ibn Taymiyah beriktikod sebagaimana falsafah Yunani, mengatakan Allah sediakala pada jenisnya) Dan sesungguhnya Alam sediakala pada jenisnya dan senantiasa kekal bersama Allah sebagai makhluk, maka dia telah menjadikannya wajib bagi zat bukan dengan perbuatanya dengan ikhtiar. Padahal Maha Suci Allah Taala daripada disifatkan dengan yang sedemikian itu. Dan kata-katanya (Ibn Taymiyah) dengan pentajisiman (menjisimkan Allah – menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang ada pada jisim), mempunyai arah, berpindah-randah,dan bahawa Dia bersaiz sebesar Al-Arasy bukan kecil atau pun besar, padahal (yang sedemikian itu) Maha Suci Allah Taala daripada rekaan dan penipuan ini yang amat keji, buruk,dan membawa kepada kekufuran yang jelas nyata”.



Mari kita lihat apa yang telah dinukilkan oleh Ibnu Hajar Al-Haitamiy dalam kitabnya berjudul Al-Minhaj Al-Qowim Syarh Muqaddimah Al-Hadhromiyah : “ Ketahuilah bahawa Al-Qorrofi dan selainnya telah menukilkan dari Imam Asy-Syafie, Imam Maliky, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah rodhiyallahu ‘anhum bahawa mereka semua mengkafirkan mujassimah ”.

Siapakah Ibnu Hajar Al-Haitamiy ?


Ahmad Ibn Muhammad Ibn ‘Ali Ibn Hajar al-Haitamy al-Mishry al-Makky ( 909 – 974 H ). Beliau adalah bermazhab Syafie dan dalam akidah bermethodologikan Asya’roh iaitu akidah rasulullah sollallaa



Oleh itu..Berhati -hatilah anda, isteri dan anak anda daripada dokrin wahhabiyah dan kuncu-kuncunya..

Disediakan oleh;
Abu Lehyah Al-Kelantany

AWASI JEMAAH WAHHABI MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM

AWASI JEMAAH WAHHABI MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM

Disediakan oleh;
Abu Lehyah Al-Kelantany

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد



MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM TANPA SEBAB YANG DIBENARKAN OLEH SYARAK.

Al-Allamah al-Mufassir Al-Muhaddith Syeikh Yusuf al-Dijwi merupakan antara ulamak-ulamak Al-Azhar yang terulung, beliau menyifatkan fahaman Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim, Syaukany dan termasuk juga Al-Wahhabiyah sebagai suatu jemaah yang mengkafirkan umat Islam selepas disebut secara panjang lebar di dalam kitab (( مقالات وفتاوى )) di bawah tajuk “At-Tawassul”, m/s 134 : ” Kami telah menulis suatu ucapan yang ringkas padat pada membicarakan tentang amalan bertawassul kepada Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam. Dan kami tahzirkan / waspadakan supaya berhati-hati dengan pelampau-pelampau agama dan sesiapa yang mengikut “style” pengkafiran mereka dengan mengkafirkan seluruh Umat muslimin. Kami Katakan kepada mereka : Sesungguhnya pengkafiran itu merupakan sesuatu perkara yang besar, tidaklah sepatutnya kepada mereka yang memelihara agamanya pantas melakukannya”.

MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM DAN MENGHALALKAN DARAH UMAT ISLAM.

Menurut Al-Allamah al-Mufassir Al-Muhaddits Syeikh Yusuf al-Dijwi apabila membahaskan tentang keharusan amalan bertawasssul dengan para nabi dan para rasul dan para ulamak solihin pada M/s 136 : ” Maka bagaimana boleh mereka mengkafirkan Umat Islam dan menghalalkan darah-darah mereka, harta benda mereka lantaran kerana mereka melakukan amalan bertawassul dan beristighothah, sehinggalah pada pengishtilahan mereka, orang yang tidak bertepatan dengan apa yang mereka pegang. Pertelingkahan pada makna bukan pada lafadz??!”.

Al-WAHHABYAH ADALAH KHAWARIJ.

Al-Allamah al-Mufassir Al-Muhaddits Syeikh Yusuf al-Dijwi dalam kitab yang sama, m/s 138 menegaskan :” Maka kami katakan : Kamu ( Ibn taymiyah, Ibn Qayyim dan al-Wahhabiyah) telah mengkafirkan (umat Islam) ketika mana kamu melontarkan kepada Umat Islam dengan kekufuran? ataupun kami mengatakan : Sesungguhnya kamu (Ibn taymiyah, Ibn Qayyim dan al-Wahhabiyah) adalah orang yang mengaburi kita dengan memperbanyakkan solat, banyak membaca Al-quran (dengan lidah-lidah mereka) tetapi tidak sampai ke hatisanubari mereka. Mereka menyeleweng daripada agama sebagaimana terselewengnya panah daripada busur?! ataupun kami katakan : Sesungguhnya mereka (Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim dan al-Wahhabiyah) adalah Golongan al-Khawarij yang mana Ibn Umar mengatakan -sebagaimana ia termaktub di dalam sohih bukhari- ” mereka sengaja membawa ayat yang sebenarnya diturunkan kepada orang-orang musyrikin lalu mereka meletakkan (ayat tersebut) kepada umat Islam)? atau kami katakan sebagaimana Ibn Umar juga: “ Sesungguhnya kamu telah membunuh penduduk masyarakat Islam sedangkan kamu membiarkan penyembah berhala (bermaharajalela ))? atau kami mengatakan : ” Dan kami tidak mahu melainkan mereka merupakan golongan pelampau agama yang pekat tolol, degil, bersifat jumud lagi jahil.”

Seterusnya Al-Allamah al-Mufassir Al-Muhaddits Syeikh Yusuf al-Dijwi meyambung :” Sesungguhnya kamu ( wahai Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim dan al-Wahhabiyah) adalah musuh Allah yang mana kamu mensabitkan bagi-Nya (Allah) dan mentashbihkan Nya dengan makhluk. Dan juga kamu ( wahai Ibn taymiyah, Ibn Qayyim dan al-Wahhabiyah) musuh Rasulullah yang mana mereka (wahai Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim dan al-Wahhabiyah) tidak memuliakan dan juga tidak meraikan dengan menghormatinya. Dan Kamu ( wahai Ibn taymiyah, Ibn Qayyim dan al-Wahhabiyah)) adalah musuh para auliya’ yang mana kamu telah menghina mereka dengan segala bentuk penghinaan. Dan Kamu ( wahai Ibn taymiyah, Ibn Qayyim dan al-Wahhabiyah) adalah musuh kepada semua Umat Islam yang mana kamu telah menghalalkan darah-darah mereka dan harta benda mereka sehingga mereka telah membunuh anak-anak lelaki dan juga anak-anak perempuan mereka. Demikian itu kami tidak melakukannya, sedangkan perkara tersebut perkara yang paling membawa kekufuran dan sangat membawa maksiat kepadaNya.

Al-Allamah al-Mufassir Al-Muhaddits Syeikh Yusuf al-Dijwi mengketegorikan ibn Taymiyah, Ibn Qayyim dan Wahhabiyah sebagai mana berikut ;

1.Khawarij (ini kerana mereka suka mengkafirkan umat Islam)
2.Ghulat ; pelampau agama
3.Musuh Allah
4.Musuh Rasulullah
5.Musuh para ulamak dan awliya’ yang sholihin
6.Menyeleweng daripada agama.
7. Bersifat jumud dan “primitif”
8.Kumpulan pengganas yang membunuh umat islam sehingga kanak-kanak lelaki atau perempuan.

IBN TAYMIYAH DAN WAHHABIYAH ADALAH PELAMPAU AGAMA.

Al-Allamah al-Mufassir Al-Muhaddits Syeikh Yusuf al-Dijwi dalam m/s 140: ” Dan untuk memendekkan perkara ini, kami datangkan kepada kamu sesuatu tentang arwah dan amalan arwah selepas kematiannya yang mana ia diperkatakan oleh Ibn Qayyim, dan jua sesuatu yang diperkatakan oleh As-Syaukany. Dan Kedua-duanya merupakan tokoh-tokoh pelampau agama yang mana kata-kata mereka sering mengelirukan (umat Islam) di setiap penduduk negara, bahkan apa yang mereka pandangnya sebagai ilmu atau seumpama ilmu, maka itu adalah sesungguhnya untuk Ibn taymiayh, Ibn Qayyim, dan Syaukany. Dan mereka menghukumkan seorang demi seorang seperti babgha’ (burung kakak tua)…”


KEJAHILAN DAN KEDANGKALAN BERMAHARAJALELA DI DALAM DIRI.

Dalam m/s 141 di bawah tajuk “amalan arwah selepas kematian”: ” ini adalah yang disebut oleh Ibn Qayyim. Maka lihatlah apa yang telah mereka perkatakan. Dan janganlah kamu lupa bahawasanya dia tidak mempunyai ilmu pengetahuan ataupun seumpama dengan ilmu pengetahuan, melainkan di ambil daripada ucapan Ibn Qayyim dan para sahabatnya. Tetapi apa yang telah nyata mereka sebenarnya kurang mengulangkaji seperti mana juga mereka mempunyai akal yang pendek.”

ULASAN ;

qultu ; maka benarla apa yang dikatakan oleh Al-Allamah al-Mufassir Al-Muhaddits Syeikh Yusuf al-Dijwi. Ini juga yang telah diperkatakan oleh Ibn ‘Abidin al-hanafi di dalam kitab Raddul Mukhtar dan yang lainnya:

Mari kita lihat sejenak kata-katanya :



: مطلب في أتباع( ابن )عبد الوهاب الخوارج في زماننا قوله

(ويكفرون أصحاب نبينا (ص)) علمت أن هذا غير شرط في مسمى الخوارج، بل هو بيان لمن خرجوا على سيدنا علي رضي الله تعالى عنه، وإلا فيكفي فيهم اعتقادهم كفر من خرجوا عليه، كما وقع في زماننا في اتباع (ابن) عبد الوهاب الذين خرجوا من نجد وتغلبوا على الحرمين وكانوا ينتحلون مذهب الحنابلة، لكنهم اعتقدوا أنهم هم المسلمون وأن من خالف اعتقادهم مشركون، واستباحوا بذلك قتل أهل السنة وقتل علمائهم، حتى كسر الله تعالى شوكتهم وخرب بلادهم وظفر بهم عساكر المسلمين عام ثلاث وثلاثين ومائتين وألف

Satu mathlab pada menceritakan pengikut [Ibn] Abdul wahhab al-Khawarij di zaman kita:


“ Dan mereka mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi kita Sollalllahu ‘Alaihi wassalam, aku mengetahui bahawa ini adalah bukan menjadi syarat untuk (mereka) dinamakan sebagai Khawarij. Bahkan ini adalah penjelasan bagi mereka yang keluar daripada sayyidina ‘Ali – semoga Allah meredhainya- , dan jika tidak maka cukuplah pada diri mereka itu i’tiqod mereka mengkafirkan orang yang keluar daripada mereka, sepertimana yang terjadi pada zaman kita, pengikut
[Ibn] muhammad Abdul Wahhab yang keluar daripada Najad (sekarang ialah Riyadh), mereka telah menguasai Haramain (Makkah dan Madinah) , mereka pernah menisbahkan diri mereka mazhab al-Hanabilah, tetapi mereka ber’itiqod bahawa mereka sahajalah Islam dan sesiapa yang selain mereka, bercanggah dengan i’tiqod mereka adalah kafir musyrik, disebabkan perkara tersebutlah mereka menghalalkan pembunuhan terhadap Ahlus Sunnah (ASWJ) dan membunuh ulamak-ulamak mereka (ASWJ), sehinggalah Allah telah memecahkan rumah-rumah mereka, membinasakan negara mereka, dan tentera-tentera Islam menawan mereka pada tahun 1233h.”


Berhati-hatilah dengan pengganas ini….hmm

Disediakan oleh;
Abu Lehyah Al-Kelantany

KETELITIAN MUHADDITS DALAM MENILAI KESAHIHAN

KETELITIAN ULAMAK-ULAMAK MUHADDITS DALAM MENILAI KESAHIHAN

Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
http://abulehyah.blogspot.com/
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد
KETELITIAN ULAMAK MUHADDITS DALAM MENILAI KESAHIHAN

AL-MUHADDITSU AL-HAFIZH AL-FAQIH WALIYY AD-DIN AL ‘IRAQI

Berkata Al-Muhadditsu Al-Hafizh Al-Faqih Waliyy Ad-Din Al ‘Iraqi (W 862 H)-anak Syeikul Huffaz Zain Al-Addin Al ‘Iraqi dalam kitabnya (( Al-Ajwibah Al-Murdhiyah ‘Ala Al-Asilati Al-Makkiyyah)) : “Ilmunya lebih besar dari akal fikirannya”. Maknanya Ibn Taymiyah adalah seorang yang boleh diketegorikan sebagai seorang yang gila dan keliru berdasarkan kata-kata al-Muhadditsu Al-Hafizh Al-Faqih Waliyy Ad-Din Al ‘Iraqi tadi .

Selain itu al-Muhadditsu Al-Hafizh Al-Faqih Waliyy Ad-Din Al ‘Iraqi mengatakan lagi ;

“Ibnu Taimiyyah telah menyalahi Ijma’ dalam banyak permasalahan, kira-kira sekitar 60 masalah, sebahagiannya di dalam masalah Ushul ad-Din (pokok-pokok agama) dan sebahagian lagi berkenaan dengan masalah-masalah furu’ ad-Din (cabang-cabang agama), Ibnu Taimiyyah dalam masalah-masalah tersebut mengeluarkan pendapat lain ; yang berbeza setelah termeterainya ijma’di dalamnya”. Selesai nukilan penulis daripada kata-kata Al-Muhadditsu Al-Hafizh Al-Faqih Waliyy Ad-Din Al ‘Iraqi.

AL- IMAM AL-HAFIZH TAQIYY AD-DIN ALI BIN ABD AL KAFI AS-SUBKI

Pelbagai lapisan masyarakat dan orang awam yang jahil mulai terpengaruh dan cuba mengikuti jejak Ibnu Taimiyyah, sehinggakan perkara ini disedari oleh ulamak-ulamak semasa Ibnu Taimiyah sebagai suatu ancaman yang amt berbahaya, lalu mereka mulai bersuara, bertindak mentahzir dan membantah pendapat-pendapatnya serta menggolongkan beliau di dalam kelompok para ahli bid’ah yang sesat dan menyesatkan. Di antara yang lantang membantah Ibnu Taimiyah adalah Al-Imam Al-Hafizh Taqiyy Ad-Din Ali Bin Abd Al Kafi As-Subki (W 756 H) dalam karyanya (( Ad-Durrah Al Mudhiyyah Fi Ar-Radd ‘Ala Ibn Taimiyah)), beliau mengatakan :

“Amma ba’du:

Ibnu Taimiyah benar-benar telah membuat bida’ah-bida’ah ( mereka-reka perkara-perkara baru) dalam dasar-dasar I’tiqod/keyakinan (Ushul al ‘Aqa-id), beliau telah meruntuhkan tonggak-tonggak dan sendi-sendi Islam setelah ia sebelum ini seorang yang bersembunyi disebalik taktik kotor mengikuti Al-Qur’an Dan As-Sunnah. Kalau dilihat zahirnya beliau mengajak kepada kebenaran dan menunjukkan kepada jalan syurga, ternyata kemudian dia bukan melakukan ittiba’ ( mengikuti As-Sunnah, ulama Salaf dan Ijma’ Ulamak) akan tetapi sebenarnya membuat bid’ah-bid’ah baru (mereka-reka dalam beragama).

1. Dia shaz dari umat muslimin dengan menyalahi Ijma’.

2. Dan dia juga mengatakan tentang Allah dengan perkataan yang mengandungi Tajsim (meyakini Allah adalah jisim ; benda yang memiliki ukuran dan dimensi) dan bersusun (tarkib) bagi Zat Allah Yang Maha Suci”.

3. Dia mempercayai keberhajatan kepada juz-i – iaitu dia mempercayai Allah berhajat kepada juz-i (bahagian) adalah bukan sesuatu yang mustahil bagi-Nya.

Seterusnya Imam al-Subki mengatakan ;

4. “ Dia –yakni Ibn Taimiyyah- mengatakan Allah meliputi segala yang baharu dengan zatnya (berakidah hulul),

5. Beliau menyebut Al-Quran itu adalah baharu, Allah berkata-kata setelah sebelumnya tidak, dan sesungguhnya Allah berkata-kata kemudian dia diam dan ia akan berlaku pada zatNya Iradaat (kehendak-kehendak) yang mengikut kehendak-kehendak makhluk”.
6. Dia melampaui batasan demikian selepas mengatakan alam ini qidam iaitu tanpa ada permulaan. Dan lazim dengan kata-katanya itu bahawa ketiadan permulaan bagi makhluk maka dia berkata perkara-perkara baharu pun tiada permulaan. Maka di sini dia mengitsbatkan sifat yang qadim (bagi Allah) sebagai baharu dan makhluk yang baharu sebagai qadim. Perkataan Ibn Taymiyah ini tidak pernah termaktub di dalam mana-mana agama.

Pada akhir komentar Imam Subki lantas dia menegaskan “ Ibn Taymiyah tidak tergolong dalam mana-mana golongan daripada 73 golongan yang berpecah dari pada umat ini, dan juga tidak bersepakatan dengan mana-mana umat. Dan semuanya itu ( apa yang diyakini oleh Ibn Taymiyah) walaupun sudah dikira sebagai kekufuran yang amat keji, tetapi ia dikira sedikit sahaja jumlahnya jika dinisbahkan atau dibandingkan dengan bid’ah-bid’ah yang telah dia dilakukan dalam masalah cabang-cabang agama ( furu’ fiqhiyyah)”. Selesai Nukilan penulis daripada kata-kata al- Imam Al-Hafizh Taqiyy Ad-Din Ali Bin Abd Al Kafi As-Subki.

Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
(0133005046)
http://abulehyah.blogspot.com/

SYEIKH DAUD AL-FATHONY TOLAK AKIDAH “ALLAH BERTEMPAT”

SYEIKH DAUD BIN ABDULLAH AL-FATHONY MENILAI AKIDAH ALLAH DI LANGIT DAN BERTEMPAT


Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد
AKIDAH IBN TAIMIYAH :
Ibnu Taimiyyah mengatakan maksud ‘استوى’ ialah duduk bersila. Ditambah lagi katanya duduk bersila itu duduk bersila sepertinya Ibnu Taimyiah. Ibn Taymiyah teras akidahnya ” Allah duduk atas arasy” (berbukti):
Dalam kitab Majmuk Fatawa Jilid 4 m/s 374, Ibn Taymiyah Al-Harrany yang yang menjadi pujaan kepada Muhammad Abdul Wahhab, kuncu-kuncunya, dan Wahhabiyyah Mujassimah mengatakan :
إن محمدًا رسول الله يجلسه ربه على العرش معه
Akidah yang kufur ini bermaksud:
“Sesungguhnya Muhammad Rasulullah, Tuhannya mendudukkannya diatas arasy bersamaNya”.
Dalam kitab Majmu’ Fatawa Jilid 5 m/s 527, dan dalam Kitab Syarah Hadits Nuzul Cetakan Darul ‘Ashimah m/s 400, al_Harrany mengatakan : “ Maka apa yang datang dengannya atsar daripada nabi tentang lafaz duduk dan bersemayam pada haq Allah taala seperti Hadits Jaafar Bin Abi Thalib dan Hadits Umar lebih diberi keutamaan supaya tidak mengumpamakan sifat-sifat jisim hamba). Beliau mensabitskan sifat duduk dan bersemayam, tetapi bila beliau mengatakan tidak sama dengan sifat-sifat makhluk, itulah tamwiih (mengaburkan mata orang ramai) dan penipuan jua. Ini kerana ijma’ mengatakan sifat duduk dan bersemayam itu adalah sifat jisim. Lembu duduk, ayam duduk, kambing duduk, monyek duduk, khinzir duduk, wahhabi pun duduk.

Tidak cukup dengan itu sahaja Ibnu Taimiyah turut mengunakan lafaz kufur Yahudi dalam mengorak langkah menyahudikan umat islam : rujuklah Majmu’ Fatawa Jilid 5 m/s 527, dan dalam Kitab Syarah Hadits Nuzul Cetakan Darul ‘Ashimah m/s 400:

إذا جلس تبارك و تعالى على الكرسي سُمِع له أطيط كأطيط الرَّحل الجديد
Kata Ibnu Taimiyiah ini tersebut bermaksud :”Apabila (Tuhan) tabarakallah taala duduk di atas kursi maka akan terdengarlah bunyi seperti pelana kursi unta yang baru diduduki (keriuk-keriak)”. Subhanallah betapa jelas Ibnu Taymiyah menjisimkan Allah taala..Nauzubillahu min zalik.
AKIDAH YAHUDI
Golongan Yahudi menisbahkan kepada Allah taala sifat duduk, menetap di suatu tempat (istiqror), mempunyai berat, mempunyai timbangan, dan mempunyai bentuk,(wal’iyadzubillah) marilah kita berlindung dengan Allah daripada kekufuran mereka.
Di dalam naskhah kitab Taurat yang telah diselewengkan dan diubah isi kandungannya yang menjadi tunggak asasi agama yahudi, Kitab al-Muqaddas Safar Al-Muluk Al-Ishah 22 Nombor 19-20, Yahudi laknatullah menyatakan akidah kufur mereka di dalamnya :
– قال فاسمع إذاً كلام الرب قد رأيت الرب جالسًا على كرسيه و كل جند السماء وقوف لديه عن يمينه و عن شماله –
Perkataan kufur Yahudi tersebut bermaksud :“Berkata : Dengarlah akan engkau kata-kata tuhan, telahku lihat tuhan duduk di atas kursi dan ke semua tentera langit berdiri di sekitarnya kanan dan kiri” . Ketahuilah bahawa aqidah yang dibawa oleh Wahhabiyah dalam dan luar Malaysia adalah akidah yang bersumberkan Yahudi dan Kristian kafir yang cuba diserapkan dalam masyarakat umat islam demi memecah belahkan umat Islam dan bertujuan agar umat Islam menjadi Yahudi dan Nasrani, !!Inilah agenda dan propaganda Yahudi dengan mendapat kerjasama penuh dari Wahhabiyah dalam menyesatkan umat Islam di tanah air kita ini…Nasuzubillahu Min Zalik..
Manakala didalam Kitab Safar Mazaamir : Al-Ishhah ((47)) bernombor ((8)), Yahudi laknatullah mengatakan:
الله جلس على كرسي قدسه
(( Allah duduk di atas kursi maha sucinya )).
Dan lagi jika dirujuk pada kitab yang diberi nama Safar Yuhana : Al-Ishhah ((8)) bernombor ((10)) Yahudi laknatullah berpandangan : “ dan mereka berteriak dengan suara yang nyaring dan kuat mengatakan selesailah bagi tuhan kami yang duduk di atas arasy”.
Dan dalam kitab bernama safar Yuhana : Al-Ishhah ((8)) bernombor ((15)). Yahudi mengatakan :
الجالس على العرش يحل فوقهم
(Tuhan) duduk di atas arasy, berpindah ke atas mereka )).
Dalam kitab mereka Safar Yuhina : Al-Ishhah ((4)) bernombor ((9)) Yahudi laknatullah berpendapat :
وشكراً للجالس على العرش الحي الأبدي
(( Dan berterima kasihlah kepada (Tuhan ) yang duduk di atas arasy yang hidup kekal abadi)).
Ini adalah beberapa tempat sahaja penulis nukilkan dari kitab-kitab yahudi yang jelas menisbahkan kepada Allah taala sifat duduk..

SYEIKH DAUD BIN ABDULLAH AL-FATHONY MENILAI AKIDAH ALLAH DI LANGIT DAN BERTEMPAT.


Berkata Al-Alim Al-Allamah Al-‘Arif Al-Rabbany Maulana Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony ;

“ Dan ketiga Mukhalafatuhu Lil Hawaditsi :

Dan maknanya : Bahawasanya Allah Taala tiada bersama ia dengan segala yang baharu, tiada pada zatNya, dan tiada pada sifatNya dan tiada pada af’alNya (perbuatanNya). Maka zat Allah tiada menyerupa akan dia segala zat yang baharu, dan sifatNya tiada menyerupa akan dia akan segala sifat-sifat yang baharu, dan perbuatanNya tiada meyerupa akan dia akan segala perbuatan yang baharu, dan setiap barang yang terlintas dengan hati seorang kita akan sesuatu maka bahawasanya Allah Taala itu bersalahan baginya kerana sekalian itu baharu[1]. Maka Allah itu bersalahan dengan segala yang baharu seperti firman Allah Taala :

Yang bermaksud :

“Tiada seperti seumpamanya Allah Yang Maha Suci suatu dan Dialah jua Tuhan Yang Amat Mendengar dan Yang Lagi Amat Melihat”.[2]

Dan tiada Allah Taala itu bertempat[3], dan tiada Ia di atas[4], dan tiada Ia di bawah, dan tiada ia di kanan, dan tiada di kiri, dan tiada pada hadapan, dan tiada di belakang,[5] kerana adalah sekalian itu melazimkan jirim, dan Allah Yang Maha Suci tiada berjirim, dan tiada Aradh. Kerana adalah segala yang baharu itu terhingga atas dua perkara iaitu jirim dan aradh maka tempat dan berubah itu sifat jirim dan sifat aradh. Demikian lagi besar dan kecil itu sifat jirim yang banyak dan sedikit kerana jikalau banyak jirim dinamakan besar dan yang sedikit dinamakan kecil. Dan berubah itu sifat aradh seperti gerak dan diam maka kedua-duanya itu daripada kelakuan yang baharu dan Allah Yang Maha Suci itu Qadim[6] tidak boleh disifatkan dengan segala sifat yang baharu. Dan barangsiapa menghinggakan zat Allah Taala pada tempat maka tiada syak ia pada kufurnya seperti katanya allah taala itu terhingga di atas langit atau pada bumi.

Seterusnya berkata lagi Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony ;

” Kata Imam Syafie ; Barangsiapa yang meninggalkan empat perkara ini sempurna imannya, dan iaitu (kam ),dan (kaif), dan (mata), dan (aina), maka adapun (kam) maka dinyatakan dengan dia menuntut kenyataan bilangan maka jika dikata orang ; Kamillah ? Yakni “ berapa Allah?” maka jawab olehmu : iaitu wahid yakni Esa pada zatNya dan pada sifat-sifatNya dan pada perbuatanNya. Dan (kaif) iaitu ditanya dengan dia daripada kaifiat maka jika ditanya orang : kaifallah? Yakni “ betapa Allah (bagaimana rupa Allah?)” maka jawab olehmu ; tiada mengetahui seseorang akan hakikat zat Allah melainkan Ia jua. Dan (mata) itu tiada dengan dia daripada zaman (masa) maka jika dikata orang : Matallah? Artinya ; manakala didapati Allah? (bilakan Allah Taala wujud?) maka jawab oleh mu : Allah Taala itu awalnya tiada permulaan dan akhir tiada kesudahan. Dan (aina) dan tiada dengan dia daripada makan (tempat), maka jika dikata orang : Ainallah?[7] (di mana Allah?) maka jawab oleh mu : Allah itu tiada bertempat dan tiada dilalu atasnya masa kerana zaman (masa) dan makan (tempat) baharu keduanya.

Bermula Allah taala itu Qadim dan yang Qadim tiada berdiri dengan yang baharu dan barangsiapa yang menyerupakan Allah , Tuhan yang bersifat dengan Rahman dengan suatu maka tiada syak pada kufurnya. Maka takut olehmu akan diri kamu dan pelihara akan dia daripada menyerupa ia akan Allah dengan suatu bahagi daripada bahagi yang baharu ini maka demikian itu kufur. Dan sungguhnya wajib bagi Allah itu mukhalafah (bersalahan) bagi segala yang baharu kerana bahawasanya jikalau menyama ia akan dia nescaya adalah baharu seumpamanya. Dan telah terdahulu pada burhan wajib qidamnya dan baqa’nya dan wajiblah ia bersifat Mukhalafatuhu Lil Hawwaditsi, dan apabila sabitlah baginya Mukhalafatuhu Lil Hawwaditsi nescaya nafilah daripadanya Mumatsilah Lil Hawaditsi ( bersamaan Allah pada segala yang baharu). Selesai nukilan penulis (abu lahyah) daripada Kitab Al-Jauhar As-Saniyyah Fi Syarhi Al-‘Aqoid Al-Diniyyah Wa Ahkam Al-Fiqhi Al-Mardhiyyah Wa Thoriqi Al-Suluki Al-Muhammadiyyah”[8]

…………………………………………………….

FOOTNOTE ;

[1]Berkata Imam As-Suffi Zunnun Al-Mishry (nama asalnya ialah Tsauban Bin Ibrahim, pernah mempelajari ilmu secara bertallaqqi dengan Imam Malik pada qurun ke 12 Hijrah) dan Imam Ahmad Bin Hanbal : “ walaubagaimana engkau membayangkan Allah Taala, maka Allah bersalahan dengan apa yang engkau bayangkan atau gambarkan ”.

[2] Allah Taala berfirman ; “Tiada sesuatu pun sama dengan Allah dan Dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.” Surah Syura Ayat ;11.

[3] Sayyidina Ali Radiallahu Anhu (40 H) yang merupakan seorang khalifah al_Rasyidin yang keempat dan seorang sahabat yang agung telah berkata:“ Adalah (Allah azali) tanpa bertempat, dan Dia sekarang seperti mana keadaanNya yang lalu ( wujudnya azali tanpa bertempat)”. Lihat Abu Mansur al-Baghdady, Al-Farqu Bainal al-Firaq, ( Kaherah, Percetakan Darul Al-Turats), m/s :356. Imam Ali berkata lagi : “Akan kembali suatu kaum daripada umat ini ketika dekat berlaku hari kiamat menjadi kafir mereka itu, lalu berkata seorang lelaki bertanya : wahai Amir al-Mukminin kekafiran mereka dengan apa, dengan sebab mereka melakukan perkara bida’ah ke dengan sebab keingkaran mereka? Maka berkata (Imam Ali) : Bahkan dengan keingkaran. Mereka mengingkari percipta mereka dan mensifatkanNya dengan jisim dan anggota.” Rujuk Ibn Al-Mu’allim Al-Qurasyi, Kitab Najmul Muhtady, m/s 588.

[4] Berkata Imam Abu Hanifah di dalam kitab Al-Fqh Al-Absath m/s 12 : “ barangsiapa mengatakan aku tidak mengetahui tuhanku sama ada berada dilangit atau dibumi maka kufurlah ia, begitu juga sesiapa yang mengatakan bahawa Allah berada di atas Arash dan aku tak pasti tahu sama ada Arash itu di langit ataupun dibumi. Perkara ini dipersetujui oleh Syeikh al-Izz Ibn Abd As-Salam di dalam kitab ((Hal Al-Rumuz)) lalu berkata : “ini adalah kerana perkataan itu mengelirukan atau menisbahkan bagi Allah tempat, barangsiapa menisbahkan bagi Allah tempat maka dia adalah Mushabbihah”. Manakala Syiekh Mulla ‘Ali Qari Al-Hanafi berkata di dalam kitab syarh kitab Fiqh Al-Akbar ; dan tidak syak lagi bahawa Ibn Izz Abd Salam merupakan ulamak yang paling mulia dan amat dipercayai, ,maka wajiblah dipegang dan bergantung pada nukilannya’. Selain Itu Imam Al-Allamah Abu Al-Mahasin Muhammad Al-Qauqaji Al-Thorabulusi Al-Hanafiy berkata : “ Dan sesiapa yang mengatakan : aku tidak mengetahui sama ada Allah itu berada di langit atau dibumi maka kufurlah ia, ini adalah kerana dengan mengatakan salah satu dari dua pernyataan tadi menjadikan tempat bagi zat Allah Taala.” Rujuk Imam Al-Allamah Abu Al-Mahasin Muhammad Al-Qauqaji Al-Thorabulusi Al-Hanafiy , Kitab Al-I’timad fil I’tikoq ( Beirut, Percetakan Darul Masyari’, Cetakan Pertama, Tahun : 2004 Bersamaan 1425 H) m/s 13.

[5] Berkata Imam At-Thahawiy As-Salafiy : ” Maha Suci (Allah) Taala daripada batasan, tinggi kemuncak, beranggota kecil (spt jari-jemari), anggota besar, memerlukan alat perantaraan, tidak juga sekali-kali meliputi arah-arah yang enam (atas bawah, depan belakang, kiri dan juga kanan) seperti sekalian makhluk. Seterusnya beliau menambah “ barangsiapa mengsifatkan Allah sengan satu makna atau sifat makhluk daripada sifat-sifat makhluk, maka telah jatuh kafir ia” Rujuk Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary, Idzhar As-Sunniyyah ( Beirut, Percetakan Darul Masyari’, tahun ).

[6] Tiada permulaan bagi kewujudan-Nya.

[7] Terdapat satu hadits yang diguna oleh golongan wahhabi untuk mengatakan Allah berada di langit iaitu Hadits Al-Jariyah. Hadis Al-Jariyah sebuah hadis yang mengandungi peristiwa pertanyaan Rasulullah kepada seorang jariyah (hamba perempuan) yang telah diriwayatkan dalam pelbagai lafaz oleh beberapa ulama hadis seperti al-Imam Muslim dalam kitabnya Sahih Muslim, Bab Tahrim al-Kalam fi al-Salah, al-Imam Abu Dawud dalam kitabnya Sunan Abi Dawud, Bab Tashmit al-^Atish dan Bab fi al-Raqabati`l-Mu’minah, al-Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta’, Bab Ma Yajuz Mina`l-^Itq fi al-Riqab al-Wajibah, al-Imam al-Bayhaqi, al-Imam Ahmad, al-Imam Ibn Hibban dan lain-lain lagi. Hadits Jariyah ini bukan Bermakna Allah berada di atas langit.

MAKNA HADIS AL-JARIYAH

Hadis tersebut mudtarib (suatu hadis yang diriwayatkan dengan lafaz matannya yang berbeza-beza dan saling bertentangan sehingga menjadikannya dihukumkan sebagai hadis da^if ). Meskipun ada ulama yang menganggap hadis tersebut sebagai sahih, namun mereka tidak mengertikan bahawa Allah mendiami atau berada di langit. Al-Imam al-Nawawi telah berkata dalam huraiannya terhadap hadis tersebut bahawa perkataan ” أَيْنَ الله” (Di mana Allah?) adalah suatu soalan tentang darjat atau kedudukan, bukannya tentang tempat. Oleh itu, makna perkataan Baginda di atas ialah: “Apakah peganganmu dari segi pengagunganmu terhadap Allah?”. Selanjutnya, perkataan hamba perempuan في السماء (di langit) itu pula bermakna: “Sangat tinggi tahap pengagunganku terhadap-Nya”. Oleh itu, tidak boleh berpegang bahawa Rasulullah telah bertanya kepada hamba perempuan tersebut tentang tempat (bagi Allah) dan tidak boleh berpegang bahawa hamba perempuan itu telah bermaksud Allah bertempat di langit.

Sayyidina Ali Radiallahu anhu berkata:

لا يُقَالُ أَيْنَ لِمَنْ أَيَّنَ الأَيْنَ(ذكره أبو القاسم القشيري في الرسالة القشيرية)

Maknanya:”Tidak boleh dikatakan (disoalkan tentang) di mana (tempat) bagi Allah yang telah menempatkan di mana (tempat). (Disebutkan oleh Abu`l-Qasim al-Qushayri dalam al-Risalah al-Qushayriyyah).Al-Imam Abu Hanifah berkata dalam kitabnya al-Fiqhu`l-Absat:

كَانَ قَبْلَ الْمَكَانِ, كَانَ وَلَمْ يَكُنْ أَيْنٌ وَلا خَلْقٌ وَهُوَ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ

Maknanya: “Dia (Allah) ada (azali) sebelum (kewujudan) tempat. Dia ada (azali) dengan keadaan belum ada suatu (penciptaan) tempat dan suatu (penciptaan) makhluk yang lain, dan Dia adalah pencipta segala sesuatu”.

Allah taala berfirman:

ليس كمثله شيء ( 11) – سورة الشورى

Maknanya: “Tiada suatu pun yang sama seperti-Nya (Allah)”. (Surah al-Shura: 11)

Rasulullah bersabda:

كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ(رواه البخاري وغيره)

Maknanya: “Allah ada (azali yakni ada tanpa permulaan) dan tiada sesuatu pun selain-Nya”. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan selainnya).

[8]Lihat Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony , Al-Jauhar As-Saniyyah Fi Syarhi Al-‘Aqoid Al-Diniyyah Wa Ahkam Al-Fiqhi Al-Mardhiyyah Wa Thoriqi Al-Suluki Al-Muhammadiyyah ( Thailand , Percetakan Maktabah Wa Mathba’ah Muhammad Al-Nahdi Wa Aulad, tahun : tiada ) m/s 6,7.

Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
http://abulehyah.blogspot.com/

Kalimah Tauhid Dihina, wahabi bangga & Ridha!

Kalimah Tauhid DiHina, Wahhabi Redho (bergambar)



Wahhabi dan beberapa sahabat mereka redho dengan penghinaan ini berdalilkan mereka tidak mengendahkan teguran dari umat Islam. Ramai Wahhabi telah diberitahu dan mereka sendiri tahu kalimah tauhid tersebut (Lailaha Illallah Muhammadur Rasulullah)telah dihina dengan cara diletakkan pada ribuan bola dan dijual dinegara2 eropah.

Wahhabi boleh kafirkan umat Islam yang mencintai Nabi tetapi Wahhabi tidak membuat apa-apa tindakan langsung dengan penghinaan terhadap kalimat tauhid. Subhanallah.

http://www.abu-syafiq.blogspot.com

Awas Era muslim dan LIPIA, berfaham sesat wahaby!

Nabi Muhammad SAW bersabda yang maknanya :

“Barangsiapa yang berfatwa terhadap masalah agama tanpa ada ilmu maka baginya laknat Allah, malaikat dan manusia seluruhnya “(HR Imam suyuti).

Banyak wahaby bergelar LC lulusan LIPIA (cabang universitas wahaby riyadh), dan menyebarkan fahaman sesat wahaby kepada umat, berfatwa  tanpa ada ilmu dan bertentangan dengan ajaran ahlusunnah…….semoga Allah memeri hidayah pada mereka……

LIPIA (Lembaga Ilmu Pengetahuan Islam dan Arab) adalah lembaga pendidikan berfaham wahaby ,Induk dari lembaga ini sebenarnya adalah sebuah Universitas Negeri di Riyadh Saudi Arabia, yang bernama Universitas Islam Al-Imam Muhammad Ibnu Suud. LIPIA wahaby) juga banyak membuka cabang di Indonesia seperti di Lampung, makassar, solo dsb…..

Jangan sampai rekan-rekan atau saudar-saudara kita menuntut faham wahaby di tempat tersebut!

Mengenai kesesatan wahaby…..telah banyak saya jelaskan di blog ini….

Bea siswa Lembaga Ilmu Pengetahuan Islam & Arab (LIPIA)      ? jangan maulah..sayang otak anda dimasuki doktrin sesat wahaby mujasimmah

Buletin wahaby lipia :

Buletin Al-Arkhabiil – LIPIA

WAHHABIYYAH ADALAH KHAWARIJ

WAHHABIYYAH ADALAH KHAWARIJ

Seorang tokoh ulamak terkenal mazhab al-Hanafi. Iaitu Imam Allamah Ibn Abidin di dalam hasyiahnya menegaskan bahawasanya Muhammad Ben Abdul Wahhab dan para pengikutnya sebagai khawarij pada zaman ini. Buktinya :

كما وقع في زماننا في أتباع عبد الوهاب الذين خرجوا من نجد وتغلبوا على الحرمين, وكانوا ينتحلون مذهب الحنابلة, لكنهم اعتقدوا أنهم المسلمون وأن من خالفهم مشركون, ” واستباحوا بذلك قتل أهل السنة وقتل علمائهم حتى كسر الله شوكتهم وخرب بلادهم وظفر بهم ” عساكر المسلمين ” عام ثلاث وثلاثين ومائتين وألف. إ.هـ.

Maksudnya: Bab: Berkenaan Pengikut-pengikut [Muhammad] Abdul Wahhab, Golongan Khawarij Di Zaman Kita.

“…sepertimana yang berlaku pada masa kita ini pada pengikut Abdul Wahhab yang keluar dari Najd dan menakluki al-Haramayn (Mekah dan Madinah) dan mereka menisbahkan diri mereka kepada mazhab al-Hanbali tetapi mereka ber’iktikad bahawa hanya mereka sahajalah orang Islam dan orang-orang yang bertentangan akidah dengan mereka adalah kaum Musyrik. Dengan ini mereka pun menghalalkan pembunuhan Ahli Sunnah dan pembunuhan ulama’-ulama’ mereka sehingga Allah SWT mematahkan kekuatan mereka dan memusnahkan negeri mereka (Najd) dan askar Muslimin berjaya menawan mereka pada tahun 1233 H…”

Kesimpulan :

1) Fahaman Wahhabiyyah difatwakan sebagai fahaman khawarij oleh al-Imam Ibn ‘Abidin disebabkan mereka khuruj (keluar) dari mentaati pemerintahan Islam (Turki Uthmaniyyah) dan melancarkan peperangan terhadap khilafah.

2) Mereka digelar Khawarij kerana mereka menganggap diri mereka Islam yang sebenar. Manakala umat Islam lain dianggap sebagai ahli dhalal, ahli bid’ah @ musyrik. Na’uzubillah.

3) al-Wahhabiyyah sealiran dengan Khawarij apabila selalu gemar mengkafir @ menyesatkan umat Islam hanya semata-mata khilaf dalam perkara furuk. Nau’zubillah.

4) Golongan al-Wahhabiyyah bertanggungjawab sepenuhnya dalam membunuh ulamak dan umat Islam. Menyokong mereka beerti menyokong pemberontakan terhadap daulah Khilafah Uthmaniyyah, menyokong pembunuhan ulamak dan umat Islam.

5) Kenyataan ini adalah jelas. Ia tidak boleh dibeli, ditukar atau diubah dengan royalti minyak atau wang ringgit saudi.

Semoga kita semua diselamatkan Allah dari fitnah Najd dan kejahatan yang terbit dari tanduk syaitan. Aamiin.

KITAB SAHIH SIFATUSSOLAH AN-NABIY

KITAB SAHIH SIFATUSSOLAH AN-NABIY

Kitab ini diperbahaskan mengikut kerangka Mazhab al-Syafi’ie/ Ahli Hadis. Ia merupakan Satu Jawapan Total Terhadap Sifat Solat Nabi al-Albani. (http://al-ghari.blogspot.com/)

KITAB SAHIH SIFATUSSOLAH AN-NABIY