APAKAH ANGKARA DISEBALIK SEMUA PERLU BERDALIL?
(Kitab kuning karangan : Kiyai Khalil Abu Ammar al-Jawi al-Lasami -Ilmu Faraidh/Warith)
Kalau dilihat senario hari ini kita mulai melihat segolongan orang Islam yang suka menimbulkan isu-isu dalil. Mereka berkata beramal jangan semberono..perlu ada dalil yang jelas dari Quran atau hadith yang sahih.
Tanpa dalil dari keduanya, apa juga amalan yang diamalkan dianggap hanyalah bersifat adat tradisi yang diwarisi turun temurun dari datuk nenek moyang yang jahil.Yang lebih menggerunkan orang awam bila mana amalan sedemikian dianggap sebagai menokok tambah agama Islam yang suci ini. Lebih menakutkan lagi, diancam pelakunya sebagai ahli bid’ah yang membawa hukuman sesat dan terkadang syirik yang seterusnya menghantar dirinya kedalam api neraka Jahannam.
Mereka menghujahi orang awam dengan acuan-acuan lojika seperti “ tahlil arwah tiada dalil…qunut tiada dalil….Usolli tiada dalil…baca yasin malam jumaat tiada dalil…dan…dan….”
Satu yang menarik , baru-baru ini seorang Ustaz mengadukan sesuatu kepada saya. Katanya “ saya ada menjawab persoalan-persoalan agama dimajalah, namun terdapat banyak rungutan dari pembaca , kononnya jawapan tiada berdalil, hanya pendapat ulama’ semata-mata. Mereka mahu dalil dari Quran atau Hadith (sunnah).
http://al-subki.blogspot.com/2008_10_01_archive.html
Yang lucunya , mereka yang minta dalil hanyalah orang awam yang kalau diberikan dalil pastinya tidak banyak mendatang faedah. Mengapa demikian? Ini kerana kalau didatangkan dalil-dalil tetap mereka tidak dapat memastikan sejauh mana dalil yang diberikan itu benar atau tidak? Berapa ramai masyarakat Islam yang terpedaya dengan golongan Pak Wahab yang kononnya sentiasa mendatangkan dalil, sedangkan dalil-dalil yang diajukan adalah bohong belaka !!!
Beliau memberitahu kepada saya, dimana beliau telah mengajukan persoalan ini kepada seorang ulama’ dari Yaman, meminta pandangannya tentang kaum yang selalu mahukan dalil, adakah perlu dilayan?
BELIAU MENYATAKAN GOLONGAN YANG SENTIASA MAHUKAN DALIL TERHADAP APA JUGA AMALAN ADALAH MERUPAKAN RACUN YANG TELAH DISEMAI DAN DIRANCANG OLEH YAHUDI UNTUK MEROSAKKAN UMAT ISLAM DAN MENGHILANGKAN KEPERCAYAAN TERHADAP ULAMA’ .
BILA ULAMA YANG MENJADI TUNGGAK DALAM AGAMA DAN UMMAH SUDAH TIDAK DIPAKAI PANDANGANNYA MAKA LIHAT LAH DISANA RAMAI YANG MULA BERLAGAK MACAM ULAMA.
HASILNYA LAHIRLAH SERIBU KESESATAN YANG MENUJU KEPADA PERBALAHAN SESAMA MUSLIM YANG BERPANJANGAN YANG BERKEMUNCAK UMMAH MENJADI LEMAH RANAP DAN TIDAK DAPAT BERFUNGSI UNTUK MENEGAKKAN KEBENARAN DIATAS MUKA BUMI ALLAH INI . !!!
NAH …HASILNYA MULA KELIHATAN DEWASA INI…..
Kalau begitu jelas perancangan Yahudi untuk memporak perandakan Umat Islam, bila kepercayaan para ulama sudah terhakis dan tiada lagi. Mana-mana Ulama’ tidak dapat mendatang dalil, maka segala tunjuk ajarnya tidak terpakai lagi, walaupun apa yang dibawa itu adalah benar belaka.
Dan sebaliknya mereka yang sesat melarat tapi fasih berdalil maka itu yang dianggap benar , walaupun sudah tersasar jauh dari kebenaran.
Bagi saya dalil bukanlah makanan orang awam. Sebaliknya dalil adalah perbincangan diperingkat yang lebih tinggi. Orang awam kalau dapat memahami dengan sesuatu amalan dan melaksanakan dengan betul, pada pandangan saya sudah cukup baik. Tetapi kalau dipaksa pula untuk memahami dalil itu dan ini ohhhhhhhhhh itu amat menyukarkan !!! faham entah kemana …dalil entah kemana…apa pun tidak menjadi.. Oleh sebab itu kitab-kitab yang bersifat untuk orang awam atau permulaan biasanya tidak disertakan dalil. Lihat saja kitab matla’ al-badrain , yang menjelaskan masalah fikh dan kitab-kitab yang sedarjat dengannya.
Oleh sebab itu kita mula mendengar golongan Pak Wahab di Malaysia khasnya mula mempertikaikan kitab-kitab kuning karangan ulama-ulama silam hanya kerana tidak berdalil. Yang lebih parah ada saya terdengar Pak Wahab yang bergelar Mufti berkata ” kita kena bakar kitab-kitab tua kuning kerana banyak menyesatkan “!!!
AWAS GOLONGAN MINTA DALIL !!!!
Filed under: Racun Yang Disebarkan Yahudi : Selalu Menanyakan Dalil | 4 Comments »