Sahabat ada yang diperlihatkan siksa kubur

Ibnu Abid-Dunia di dalam kitabnya ” Kitabul Kubur” ada menyebut  daripada As-Sya’bi, bahawa dia telah menceritakan seorang yang berkata kepada Nabi s.a.w. : sekali peristiwa semasa aku melalui padang Badar, aku terlihat seorang keluar dari dalam bumi, lalu dia dikejar dan dipukul oleh seorang yang lain dengan sebatang besi hingga ia terbenam ke dalam bumi. Kemudian dia keluar semula, lalu dikejar dan dipukul lagi, maka berkata Rasullah s.a.w. Itu lah Abu Jahal bin Hisyam sedang di siksa hingga hari kiamat.