Assalamualaikum,
Berserta post ini,aku lampirkan dengan izin Allah foto muka surat kitab Tasynif Al-masami’ yang menyatakan dengan jelas bahawa menyatakan Allah itu berjisim walaupun bukan seperti jisim yang lain adalah kufur.
Maka kepada pembaca budiman berakal waras,tolong jangan menjisimkan Allah seperti menyatakan Allah ada tangan,Allah tinggal di langit,duduk di arasy,Allah turun ke langit bumi dan sebagainya,untuk hadis dan ayat Quran yang secara lafzi(dari segi bahasa)mengatakan demikian,maka perlu dirujuk alim ulama’(yang berakidah sahih)untuk mendapat takwil yang sebenar.
Pandangan yang mengatakan MUJASSIMAH GHOIRU SORIH termasuk dalam golongan FASIQ adalah pandangan yang tidak SAHIH (tidak benar) dan Tidak boleh diguna pakai kerana menyalahi pendapat yang SAHIH.
Telah Berkata Al- Imam Badr al-Din Muhammad bin Bahadar bin `Abdullah al- Zarkasyi (wafat 794 H) di dalam Tasynif al-Masami` Bi Jam`ie al- Jawami` Li al-Tajjudin al-Subki pada perbahasan ketujuh pada membicarakan bab IJTIHAD:
وَنَقَلَ صَاحِبُ ((الْخِصَالِ)) مِنَ الْحَنَابِلَةِ عَنْ أَحْمَدَ أَنَّهُ قَالَ :مَنْ قَالَ جِسْمٌ لا كَالأَجْسَامِ كَفَرَ ، وَنَقَلَ عَنِ الأَشْعَرِيَّةِ أَنَّهُ يُفَسَّقُ ،وَهَذَا النَّقْلُ عَنِ الأَشْعَرِيَّةِ لَيْسَ بِصَحِيْحٍ
Terjemahan:
“Dan telah dinaqalkan oleh pengarang kitab ((al-Khisal)) daripada para ulama’ Hanabilah, daripada (al-Imam) Ahmad bahwa sesungguhnya beliau telah berkata: “Barangsiapa yang mengatakan Allah jisim tetapi tidak sama dengan semua jisim (jisim-jisim yang lain), KUFUR”, dan telah dinaqalkan daripada para ulama’ al-Asy`ariyyah bahawasanya (orang yang berkata Allah jisim tetapi tidak serupa jisim) dihukum FASIQ (sesat lagi mubtadi`), dan (pendapat) yang menukilkan pendapat tersebut dari para ulama’ al-Asy`ariyyah (maka pendapat tersebut adalah) TIDAK SAHIH/TIDAK BENAR”.
Telah Berkata Al- Imam Badr al-Din Muhammad bin Bahadar bin `Abdullah al- Zarkasyi, (t.t.), Tasynif al-Masami` Bi Jam`ie al- Jawami` Li al-Tajjudin al-Subki, Beirut: Dar al-Kutub al-I`lmiyyah, j. 2, h. 249.
INFO MENGENAI KITAB INI:
Kitab ini dikarangan oleh Al- Imam Badr al-Din Muhammad bin Bahadar bin `Abdullah al- Zarkasyi dan diberi nama Tasynif al-Masami` dan disyarahkan oleh al-Imam Tajuddin al-Subki dan diberi nama iaitu Tasynif al-Masami` Bi Jam`ie al- Jawami` Li al-Tajjudin al-Subki (kedua-dua ulama’ ini masyhur dalam bidang AKIDAH) dan telah ditahqiq oleh Abi `Amr al-Husaini bin `Umar bin `Abd al-Rahim.
PERHATIAN:
1. Isyarat huruf (م) di dalam kitab di atas adalah isyarat bagi hendak menyatakan itu adalah MATAN asal kitab Tasynif al-Masami` yang dikarang oleh Al- Imam Badr al-Din Muhammad bin Bahadar bin `Abdullah al- Zarkasyi.
2. Isyarat huruf (ش) di dalam kitab di atas adalah isyarat bagi hendak menyatakan itu adalah SYARAH bagi matan, yang disyarah oleh al-Imam Tajuddin al-Subki dan diberi nama Tasynif al-Masami` Bi Jam`ie al- Jawami` Li al-Tajjudin al-Subki.
3. Footnote yang terdapat di bawah kitab tersebut iaitu no (ا) itu adalah TAHQIQ bagi kitab di atas yang ditahqiq oleh Abi `Amr al-Husaini bin `Umar bin `Abd al-Rahim
Posted with WordPress for BlackBerry by Ibnbatoota
Filed under: kitab Tasynif Al-masami’ (Al- Imam Badr al-Din Muhammad bin Bahadar bin `Abdullah al- Zarkasyi (wafat 794 H) : Akidah Mujasimah adalah akidah kufur dan sesat (berserta dalil dari kitab) | Tagged: kitab Tasynif Al-masami’ (Al- Imam Badr al-Din Muhammad bin Bahadar bin `Abdullah al- Zarkasyi (wafat 794 H) : Akidah Mujasimah adalah akidah kufur dan sesat (berserta dalil dari kitab) | Leave a comment »