KETELITIAN ULAMAK-ULAMAK MUHADDITS DALAM MENILAI KESAHIHAN
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد
AL-MUHADDITSU AL-HAFIZH AL-FAQIH WALIYY AD-DIN AL ‘IRAQI
Berkata Al-Muhadditsu Al-Hafizh Al-Faqih Waliyy Ad-Din Al ‘Iraqi (W 862 H)-anak Syeikul Huffaz Zain Al-Addin Al ‘Iraqi dalam kitabnya (( Al-Ajwibah Al-Murdhiyah ‘Ala Al-Asilati Al-Makkiyyah)) : “Ilmunya lebih besar dari akal fikirannya”. Maknanya Ibn Taymiyah adalah seorang yang boleh diketegorikan sebagai seorang yang gila dan keliru berdasarkan kata-kata al-Muhadditsu Al-Hafizh Al-Faqih Waliyy Ad-Din Al ‘Iraqi tadi .
Selain itu al-Muhadditsu Al-Hafizh Al-Faqih Waliyy Ad-Din Al ‘Iraqi mengatakan lagi ;
“Ibnu Taimiyyah telah menyalahi Ijma’ dalam banyak permasalahan, kira-kira sekitar 60 masalah, sebahagiannya di dalam masalah Ushul ad-Din (pokok-pokok agama) dan sebahagian lagi berkenaan dengan masalah-masalah furu’ ad-Din (cabang-cabang agama), Ibnu Taimiyyah dalam masalah-masalah tersebut mengeluarkan pendapat lain ; yang berbeza setelah termeterainya ijma’di dalamnya”. Selesai nukilan penulis daripada kata-kata Al-Muhadditsu Al-Hafizh Al-Faqih Waliyy Ad-Din Al ‘Iraqi.
AL- IMAM AL-HAFIZH TAQIYY AD-DIN ALI BIN ABD AL KAFI AS-SUBKI
Pelbagai lapisan masyarakat dan orang awam yang jahil mulai terpengaruh dan cuba mengikuti jejak Ibnu Taimiyyah, sehinggakan perkara ini disedari oleh ulamak-ulamak semasa Ibnu Taimiyah sebagai suatu ancaman yang amt berbahaya, lalu mereka mulai bersuara, bertindak mentahzir dan membantah pendapat-pendapatnya serta menggolongkan beliau di dalam kelompok para ahli bid’ah yang sesat dan menyesatkan. Di antara yang lantang membantah Ibnu Taimiyah adalah Al-Imam Al-Hafizh Taqiyy Ad-Din Ali Bin Abd Al Kafi As-Subki (W 756 H) dalam karyanya (( Ad-Durrah Al Mudhiyyah Fi Ar-Radd ‘Ala Ibn Taimiyah)), beliau mengatakan :
“Amma ba’du:
Ibnu Taimiyah benar-benar telah membuat bida’ah-bida’ah ( mereka-reka perkara-perkara baru) dalam dasar-dasar I’tiqod/keyakinan (Ushul al ‘Aqa-id), beliau telah meruntuhkan tonggak-tonggak dan sendi-sendi Islam setelah ia sebelum ini seorang yang bersembunyi disebalik taktik kotor mengikuti Al-Qur’an Dan As-Sunnah. Kalau dilihat zahirnya beliau mengajak kepada kebenaran dan menunjukkan kepada jalan syurga, ternyata kemudian dia bukan melakukan ittiba’ ( mengikuti As-Sunnah, ulama Salaf dan Ijma’ Ulamak) akan tetapi sebenarnya membuat bid’ah-bid’ah baru (mereka-reka dalam beragama).
1. Dia shaz dari umat muslimin dengan menyalahi Ijma’.
3. Dia mempercayai keberhajatan kepada juz-i – iaitu dia mempercayai Allah berhajat kepada juz-i (bahagian) adalah bukan sesuatu yang mustahil bagi-Nya.
Seterusnya Imam al-Subki mengatakan ;
4. “ Dia –yakni Ibn Taimiyyah- mengatakan Allah meliputi segala yang baharu dengan zatnya (berakidah hulul),
Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
(0133005046)
http://abulehyah.blogspot.com/
Filed under: KETELITIAN MUHADDITS DALAM MENILAI KESAHIHAN | Leave a comment »