Perbahasan :
1. Menyentuh mushaf al-Quran
- · Ijmak mazhab empat, mengatakan haram untuk menyentuh al-Quran. Rujuk kitab
الكلم الطيب فتاوى العصرية لفيضيلة الشيخ الدكتور علي جمعة (ini disalin terus dari web, pastinya ada kesilapan dalam penyusunan tulisan arab, maaf), halaman 8.
- · Juga boleh dirujuk kalam Syaikhul Islam Imam Nawawi, di dalam Majmuknya, juzuk 2, halaman 82.
Sedikit terjemahan halaman tersebut:
Kitab Tafsir al-Quran jika al-Quran padanya lebih banyak, seperti kitab-kitab gharib al-Quran, maka haram menyentuhnya dan mengangkatnya, padanya hanya satu pendapat sahaja (secara sepakat). Begitulah yang disebut oleh Imam Almawardi dan selainnya dan dinaqalkan oleh Arruyani daripada Ashab.
Dan jika tafsirnya lebih banyak dan itulah kebiasannya, maka terdapat beberapa wajah. Pendapat paling sahih adalah tidak haram, kerana ia bukan mushaf, dan inilah yang telah diqat’ikan oleh Addarimi.
2. Membaca al-Quran
- · Sesungguhnya Nabi SAW membaca dalam semua hal kecuali ketika dalam keadaan junub seperti hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina ‘Ali : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يقرئنا القرآن على كل حال إلا أن يكون جنبا.
- · Berkata Aimmah Arba’ah : Janganlah membaca al-Quran dengan niat ibadah sedangkan kamu dalam keadaan junub.
- · Namun ada sedikit khilaf pada mazhab maliki beza antara orang yang junub dengan haid. Kerana jika junub kita boleh mandi tetapi jika haid kita kena tunggu habis dulu. Maka mazhab Maliki membenarkan membaca dengan syarat untuk mengulang supaya hafalan tidak hilang. Itu sahaja.
- · Keluar dari khilaf adalah lebih baik. Jika niat ibadah tidak boleh sama sekali. Hanya niat untuk tidak lupa hafalan. Jika mahu memulakan hafalanpun tidak dibenarkan. Membaca disini adalah bermaksud membaca dengan murad hafalan yang lama bukan hafalan yang baru.
3. Ijmak bermakna, kesepakatan para mujtahidin daripada Ummat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada sesuatu zaman, dalam satu hukum syar’i. Adapun berlaku percanggahan selepas daripada itu di kalangan mujtahidin lain, ia dikira sebagai satu pendapat yang pelik (syaz) yang tidak membatalkan sama sekali ijmak tersebut. Ini kerana satu lagi qaedah Feqh menyebutkan, Al-ijtihad la yunqadhu bil ijtihad iaitu ijtihad seseorang mujtahid itu tidak akan terbatal dengan ijtihad lain. Apatah lagi pendapat yg berbentuk picisan seperti yg dinaqalkan daripada Dr Qaradhawi (hafizahullah) dan Nasr Al-Albani (moga Allah ampunkannya). Bukan permasalah valid atau tidak, tetapi itu adalah pendapat mereka yang bertaqlid pula kepada pendapat Ibn Hazm (rahimahullah), yang tidak dapat menolak kesepakatan yang telah ada.
Tambahan :
Berdasarkan mazhab syafie dibenarkan membaca al-quran dengan niat zikir semasa berhadas besar waimma haid nifas junub wiladah. Kalau niat baca al-quran maka ianya haram. Maka timbul pula persoalan boleh ke jika kita baca Surah al-Baqarah yg panjang tu tapi kita tidak menganggap membaca al-Quran. Kalau setakat qulhuwallah atau ayat kursi tidak mengapalah sebab kita biasa lakukan sebagai zikir.
Maka permasalahan ni kembali kepada si pembaca. Jika tidak boleh maka haram. Jika boleh dia memalingkan niat kepada zikir maka la ba’sa boleh (orang Mesir kata ma fisy hagah).
Kesimpulan :
Secara ringkas, haram bagi seorang wanita yang haid membaca al-Quran dengan niat tilawah dan haram baginya untuk menyentuh al-Quran berdasarkan kepada dalil-dalil al-Quran, hadith dan kata-kata para Fuqaha’ terdahulu.
Menurut Habib Munzir al Musawa al syafi’i
Tanya : Assalamualaikum ya Habib yg disayangi,
1) Bolehkah seorang isteri yg dalam haid membaca Ratib Al-Haddad kerna dalam ratib itu mengandungi bacaan Al-Quran?
2) Semasa membaca kitab Kifayatul Akhyar, saya menemui banyak pendapat oleh berbeza ulama’ tentang sesuatu masalah Fiqh. Yang manakah harus saya ikut? Bolehkah saya yg jahil ini mengikut sesiapa saja pendapat ulama’ di dalam kitab itu?
3) Mengapakah ada masalah Fiqh yg ada penjelasan Imam Syafi’e tetapi ada juga qaul dari ulama’ Syafi’e yg berbeza dgn pendapat Imam Syafi’e?
4) Saya hendak membeli kitab Tafsir Al- Quran di Jakarta. Kitab Tafsir mana yg Habib sarankan? Saya minta pendapat ini kerna sekarang banyak buku agama yg dijual ada fahaman Wahabi tetapi kami tidak perasan atau sangat jahil utk perasan tu semua kerna kami tak ada ilmu.
5) Bagaimanakah aurat seorang wanita apabila ia berenang di laut atau di tepi pantai? Kerna baju renang Muslimah yg terdapat di pasaran sungguh ketat kelihatan apabila dibasahi dgn air. Wajibkah seseorang wanita itu memakai stokin?
Syukran Habib
Jawaban Habin Munzir :
Re:Bacaan Ratib ketika haid – 2009/07/06 11:24 Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,
kebahagiaan dan Kesejukan Rahmat Nya semoga selalu menaungi hari hari anda,
Saudaraku yg kumuliakan,
1. hal itu dibolehkan, karena melafadzkan ayat ayat alqur’an yg telah selalu dibaca setiap harinya tidak termasuk larangan membaca alqur’an, yg tidak dibolehkan bahi pria yg junub dan wanita yg haid adalah membaca Alqur’an dg niat ingin membaca Alqur’an, jika membaca wirid (bacaan alqur’an yg selalu dibaca setiap hari dari surat surat tertentu), maka diperbolehkan.
selain mushaf Alqur’an boleh dibawa walau oleh Haid dan Junub.
mudahnya anda memakai tafsir Alqur’an, maka boleh disentuh oleh Haid dan Junub, atau Alqur’an yg terpisah menjadi 30 bagian, biasanya dipakai di saat tahlilan atau lainnya, masing masing kitab adalah 1 juz.
mengenai memindahkannya maka boleh jika bersama kitab lainnya selain Alqur’an
2. boleh diikuti semua pendapat dalam madzhab syafii walau berbeda, selama masih dalam madzhab syafii maka dibolehkan bagi yg bermadzhab syafii, demikian pada yg berpegang pada madzhab lainnya, boleh ia mengambil beragam pendapat di madzhabnya masing masing.
3. pendapat tersebut muncul karena situasi dan kondisi zaman yg sudah berbeda dari masa Imam Syafii masih ada, maka selama mereka masih dalam madzhab syafii maka boleh diikuti, demikian mereka yg dalam madzhab lainnya.
4. tafsir yg mudah difahami, dan tidak banyak ikhtilaf adalah tafsir aljalalain, namun pilihlah yg belum disyarah oleh mereka yg berakidah sesat, seperti Syeikh Bin Baz, atau Ibn Abdul wahhab, atau mereka yg bertentangan dg imam imam ahlussunnah waljamaah.
5. baiknya wanita berenang di swimming pool yg khusus wanita, atau diwaktu sepi dari kaum pria, atau boleh dilaut atau sungai atau danau misalnya, ketika sepi dari pria, atau di swimming pool yg milik pribadi hingga jauh dari penglihatan pria.
banyak kaum wanita di indonesia atau negara lainnya, jika mereka ingin berenang maka mereka bersama banyak wanita lainnya menyewa swimming pool khusus dalam jam tertentu hanya untuk mereka saja, dan pria tak masuk karena sudah disewa oleh kaum wanita.
Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu, semoga sukses dg segala cita cita,
Wallahu a’lam
————————
Hukum Berkaitan Berjunub
Janabah (جَنَابَة)
Pengenalan
Dari sudut bahasa janabah (بُعْدٌ) bererti jauh
Dari sudut syara`
أََمْرٌ مَعْنَوِيٌ يَقُومُ بِالبَدَنِ يَمْنَعُ صِحَّةَ نَحْوِ الْصَلاَةِ حَيْثُ لاَ مُرَخِّصَ
suatu pekara sekira-kira pada makna yang terjadi pada sekelian badan yang menegah ia seumpama sembahyang apabila tiada kemudahan syara`.
Janabah boleh terjadi dengan dua cara
- Dengan sebab bersetubuh.
- Dengan sebab keluar mani.
Berjunub / berhadas besar dengan sebab wati / bersetubuh
Sabda nabi (النبي صلى الله عليه وسلم)
إِذَا الْتَقَى الخِتَانَانِ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ وَإِنْ لَمْ يُنْزِلْ رواه مسلم
Apabila bertemu dua yang di khatan maka wajib mandi dan jika tidak keluar mani sekalipun. Hadis ini diriwayat oleh Muslim.
Yang dikehendaki dengan bertemu dua yang dikhatan iaitu masuk keseluruhan kepala zakar kedalam faraj, tidak yang dikehendaki disini bersentuh. Maka tidak berjunub seorang dengan masuk separuh kepala zakar.
Sebab-sebab berjunub dengan bersetubuh /wati
- Lelaki yang bersetubuh dengan perempuan atau binatang samaada pada faraj atau pada dubur
- Lelaki yang diwati pada duburnya.
- Perempuan yang diwati pada faraj atau dubur
- Khunsa yang mensetubuhi dan disetebuh pada farajnya serentak
Syarat berjunub dengan bersetubuh
- Orang yang mewati nyata lelaki dan yang diwati nyata perempuan. Tidak jadi berjunub khunsa / orang yang tidak nyata lelaki atau perempuan samaada dia yang mewati atau yang diwati
- Orang yang mewati dan diwati ialah orang yang hidup. Tidak berjunub orang yang sudah mati samaada lelaki atau perempuan
- Masuk keseluruhan kepala zakar kedalam faraj atau dubur sekalipun memakai kondom atau berbalut dengan seumpama kain yang tebal. Tidak berjunub dengan masuk separuh kepala zakar.
- Masuk kadar / angaran kepala zakar bagi mereka yang ketiadan kepala zakar dengan sebab terpotong atau asal kejadian
Tidak disyaratkan orang yang mewati itu
- ada keinginan
- bangkit zakar
- keluar mani
- pilihan hati
- usahanya sendiri
Setubuh mayat
Mayat perempuan yang diwati tidak berjunub dan tidak diulangkan mandinya samaada diwati pada kemaluan hadapan atau belakang. Begitu juga dengan mayat lelaki tidak berjunub dengan dipermasukkan zakarnya kedalam faraj perempuan. Kerana tidak bergantung pada mayat suruhan syara`. Adapun wajib atas kita memandikannya disebabkan mati, supaya menyucikannya dan memuliakannya.
Tidak wajib hukuman hudud sebab mewati mayat perempuan, dan tidak wajib membayar mas kahwin. Seperti tidak wajib diat / ganti rugi memotong anggota mayat. Tetapi binasa ibadat seseorang yang mewati mayat, dan seseorang itu wajib kaffarah puasa dan haji apabila mewati akan mayat.
Mensetubuhi khunsa muskil / mereka yang mempunyi dua alat kelamin
Khunsa tidak diwajibkan mandi apabila dia memasukkan kepala zakarnya kedalam faraj atau dubur manusia atau binatang, dan khunsa tidak wajib mandi apabila dimasukkan kepala zakar ke dalam alat kelaminnya. Adapun khunsa yang di setubuh duburnya mewajibkan dia mandi.
Mengapa khunsa tidak berjunub apabila dia diwati atau mewati?
Kerana tidak diketahui kedua-dua alat kelaminnya yang mana asli. Boleh jadi salah satu daripada zakar dan farajnya itu anggotanya yang lebih pada ketika itu bukanlah ia alat kelamin. Bandingannya tidak berjunub seorang perempuan apabila farajnya dimasukkan jari lelaki. Begitu juga tidak berjunub seorang lelaki apabila ia memasuk zakarnya kedalam mulut seorang perempuan.
Yang dimaksudkan khunsa muskil ialah seorang yang mempunyai dua alat kelamin yang tidak diketahui yang mana asli. Adapun khunsa wadih iaitu mereka yang diketahui lelaki atau perempuan. Khunsa wadih juga mempunyai dua alat tapi salah satu berfungsi dengan baik. Jika yang berfungsi dengan baik itu zakar maka dia ialah lelaki dan jika yang berfungsi itu faraj maka dia ialah perempuan
Khunsa muskil yang diwati dan yang mewati secara serentak jadi berjunub kerana hilang syak pada ketika itu. Maka diwajibkan keatasnya mandi.
Yang dimaksudkan serentak ialah dalam satu suci dia melakukan keduanya yakni mewati dan diwati.
Berjunub dengan sebab keluar mani
Apabila seseorang lelaki atau perempuan keluar mani dirinya bukan mani orang lain, pada permulan kali tidak mani yang keluar kali kedua, samaada keluar pada ketika jaga sebab memandang atau berfikir pekara yang mendatangkan sahwat atau ketika tidur dengan bermimpi, dan jika keluar mani bukan jalan yang kebiasan sekalipun seperti keluar dari tulang sulbi; jadilah ia seorang yang berjunub yang mewajibkan mandi.
Jika keluar mani orang lain setelah selesai mandi junub sedangkan ia tidak ada sahwat pada ketika wati, seperti keluar mani lelaki yang mewati daripada alat kelamin kanak-kanak perempuan atau perempuan yang tidur, maka keduanya tidak perlu mengulangi mandi.
Jika keluar air mani kali kedua setelah selesai mandi junub tidak wajib dia mengulang mandinya seperti memasuk seorang air maninya yang telah keluar ke dalam alat kelaminnya kemudian air mani itu keluar semula selepas mandi.
Mengenal air mani
Mengenal air mani yang keluar daripada lelaki atau perempuan dengan salah satu dari tiga sifat.
1.Keluar berkeadan terpancar-pancar jika tidak merasa lazat sekalipun
2.Merasa lazat semasa keluarnya jika tidak terpancar-pancar sekalipun
3.Dengan bau tepung yang diuli pada ketika basah dan bau seperti putih telur pada ketika kering.
Jika memperolehi seorang salah satu daripada tiga pekara ini, wajib ia mandi kerana nyata yang keluar itu adalah mani.
Melihat air mani pada kain atau hamparan
Apabila melihat seorang air mani pada kain yang dia pakai sedangkan orang lain tidak memakainya, atau pada hamparan yang dia tidur tidak dan orang lain tidak tidur di atasnya, hendaklah ia mandi dan mengulang sembahyang yang sudah dikerjakannya kemudian daripada keluar mani, kerana hasillah janabah dengan dia lihat mani itu. Samaada air mani yang kelihatan itu di sebelah dalam kain atau sebelah luarnya. Adapun jika ada orang lain sama-sama memakai kainnya atau orang lain tidur diatas hamparannya, maka tidak wajib dia mandi dan mengulang sembahyang bahkan sunat sahaja kerana syak / ragu-ragu mani yang kelihatan itu maninya atau orang lain.
Peringatan
Keluar mani adalah salah satu daripada tanda baligh. Jadi baligh seorang kanak-kanak dengan keluar mani samaada dengan mimpi, memandang dengan sahwat, atau sebagainya.
Haram sebab berjunub
Haram orang yang berjunub sembahyang sujud syukur, sujud tilawah, sembahyang jenazah,berhenti di dalam masjid, membaca Al-Quran, menyentuh Mashaf
Orang berjunub berpuasa
Harus seorang yang berpuasa melewatkan mandi junub sehinga terbit fajar. Sah puasanya apabila dia melewatkan mandi, kerana sah puasa tidak disyaratkan suci daripada janabah. Tidak membatalkan puasa apabila termasuk air kedalam ronga pada ketika mandi wajib atau mandi sunat bersalahan mandi yang diharuskan, maka batal puasa seorang apabila ia mandi kerana bersejuk atau seumpamanya.
Seorang yang berjunub pada siang hari bulan ramadan tidak batal puasanya jika berjunub dengan lain daripada wati dan mengeluar mani dengan tangan.
Lalu dan duduk di dalam masjid
Tidak haram orang yang berjunub lalu di dalam masjid. Haram ia berulang-alik di dalamnya walaupun dengan hajat, seperti mengambil barang.
Haram orang yang berjunub duduk di dalam masjid, melainkan mereka yang berjunub dalam masjid dengan junub yang lain daripada bersetubuh jika tidak boleh keluar oleh sebab pintu terkunci atau takut kehilangan barang yang ditinggalkan di dalamnya dan hendaklah ia mandi didalam masjid jika didapati air di dalamnya.
Haram seseorang mewati isterinya di dalam masjid walaupun sambil lalu di dalamnya.
Orang berjunub berzikir
Diharuskan orang yang berjunub berzikir walaupun dengan ayat-ayat Al-Quran seperti membaca ketika terkena bala
وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
al-Baqarah. ayat 156
dan membaca ketika mengenderai kenderan
سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ
az-Zukhruf ayat 13
dengan syarat tidak niat Quran.
انشا الله saya akan sambung
Filed under: Hukum Junub dan Orang junub/haidh tak boleh sentuh Mushaf Al-quran | Tagged: Hukum Junub dan Orang junub/haidh tak boleh sentuh Mushaf Al-quran | Leave a comment »