Fitnah wahaby/salafy terhadap imam al-asy’ary dan Ibnu Kullab

Menjawab tuduhan beliau melalui tiga zaman

Pehak golongan salafiyyin mendakwa bahawa Imam Abu Hasan al-Asy’ari melalui tiga peringkat perkembangan:

1-Marhalah berada dalam aliran Mu’tazilah sehinga hampir umurnya empat puluh tahun.

2-Marhalah sebagai pengikut Abdullah bin Saed bin Kullab.

3-Marhalah kembali kepada aqidah salaf dan Ahlu Sunnah.

Golongan ini mendakwa al-Asya’irah adalah merupakan golongan yang berpegang dengan marhalah yang kedua dan Ibnu Kullab bukan tergolong dalam Ahli Sunnah.

Atau dengan kata lain Asya’irah berpegang dengan Aqidah Ibnu Kullab yang tersasar sedangkan Imam Abu Hasan al-Asy’ari telah kembali kepada aqidah Salaf atau Ahlu Sunnah.

Setelah beliau kembali kepada aqidah salaf , beliau telah mengarang kitab al-Ibanah.

Dewasa ini golongan Salafiyyin berkerja keras memalsukan al-Ibanah agar sesuai dengan dakwaan mereka bahawa Imam Abu Hassan al-Asy’ari kembali kepada aqidah salaf sebagaimana aqidah golongan ini.

Para pengkaji mendapati dakwaan ini adalah batil dari sudut sejarah dan ilmiyyah.

1-Beliau adalah seorang tokoh yang tersohor dalam dunIa aqidah sekian lama.Kitab-kitab sejarah tiada memberi sebarang komen tentang hal itu.

Diantaranya yang menyokong kenyataan ini, kitab Sair ‘alam nubala’ karangan Imam Zahabi hanya menyatakan beliau bertaubat dari aliran Mu’tazilah dan kembali kepada kepada jalan yang sebenar.[1]

Ibnu Khalkan menyatakan didalam wafiyyat al-‘ayan perkara yang sama, dimana beliau kembali kepada Mazhab Sunnah dan bertaubat dari aliran Mu’tazilah.[2]


[1] Sair ‘alam nubala’-Zahabi-15/89

[2] wafiyyat al-‘ayan-Ibnu Khalkan-3/284

IBNU KULLAB AHLI BID’AH ???


Ibnu Khaldun menyatakan didalam al-muqaddimah bahawa Imam Abu Hasan al-Asy’ari menolak aliran Mu’tazilah dan menerima aliran Said bin Kullab, Abi al-Abbas al-Qalanisi dan Harith al-Mahasibi . Mereka semua adalah diatas jalan Sunnah dan pengikut salaf.[1]

Al-Taj al-Subki menyatakan didalam al-Tabaqat bahawa Ibnu Kullab adalah dari Ahli Sunnah.Beliau juga menyatakan juga pandangan Imam Dhiauddin (ayahanda Imam Fakhruddin al-Razi) ada menyebutkan dalam kitabnya ghayah al-muram fi ilm al-kalam bahawa Ibnu Kullab adalah tokoh besar dari aliran Ahli Sunnah yang telah merobohkan Mu’tazilah didalam perdebatan istana dizaman al-Ma’mun bin Abdullah bin Said al-Tamimi.[2]

Al-Hafiz Ibnu ‘Asakir ada juga memberikan kenyataan tentang Ibnu Kullab adalah dari Ahli Sunnah dan tidak benar apa yang didakwa oleh setengah golongan bila mereka menisbahkan beliau sebagai ahli bid’ah.[3]


[1] Al-Muqaddimah-Ibnu Khaldun-853

[2] Al-tabaqat-al-Subki-2/300

[3] Tabyin kizb al-muftari-al-Hafiz Ibnu ‘Asakir –hal 405

ARTIKAL YANG BIADAP TERHADAP ASYA’IRAH








Majalah I kerap kali mengenengahkan artikal-artikal yang kelihatan mendokong aliran Wahab.Diantaranya seperti yang dipaparkan diblog ini.


Didalam membincangkan Aliran Salaf , dengan jelas penulis telah membariskan aliran-aliran bid’ah seperti Jahmiyyah, syi’ah dan lain-lain.Yang agak mengejutkan secara jelas penulis telah menaqalkan pendapat Ulama’ Wahab yang menyatakan Golongan ASYA’IRAH adalah termasuk didalam kelompok ahli bid’ah.Selain itu IBNU KULLAB juga tidak terlepas dari tuduhan sesat dan ahli bid’ah.


Didalam menjelaskan kaedah-kaedah aqidah Salaf, penulis menyatakan prinsip-prinsip kaum Salaf diantaranya :

“…..MENGAMBIL NAS AL-QURAN DAN HADITH SECARA ZAHIR DIDALAM PERSOALAN AQIDAH….”


Persoalannya …adakah ini prinsip Ahli Salaf?? Kaum salaf tidak melakukan amalan yang seumpama ini.Aliran prinsip seumpama ini adalah dari aliran kaum Mujassimah,Musyabbihah Hasyawiyyah.Kalau pada hari ni , inilah aqidah kaum Wahab !!!


Kaum ASWJ bila berhadapan dengan ayat-ayat yang mutasyabihat maka mereka samaada menyerahkan kepada Allah pengertiannya atau melakukan takwil yang selayaknya bagi zat Allah .(rujuk kepada artikal-artikal yang lepas berhubung perbahasan ini)

Penulis secara biadab tidak menghormati dan menjaga perasaan mejoriti umat Islam khasnya di Malaysia dan amnya diseluruh dunia yang menganut aqidah ASYA’IRAH …

INILAH SIKAP GOLONGAN WAHAB YANG TIDAK PERNAH BERTOLAK ANSUR DALAM APA JUGA PENDAPAT.ALEH-ALEH ADA PULA AGAMAWAN KITA YANG TAK FAHAM ALIRAN WAHAB CUBA NAK SARANKAN KEPADA KITA AGAR BERTOLAK ANSUR DAN MENJAGA ADAB IKHTILAF !!

AGAMAWAN KITA PERLU KAJI DAN BARU BOLEH BERSUARA ! JANGAN BERSUARA SECARA SEMBRONO !!

http://al-subki.blogspot.com/