Dalil Tentang Tahlilan (Riwayat Thawus Al-yamani Tabi’in)

Hadis  Riwayat Thawus Al- yamani (tabiin)

Thawus al-Yamani adalah seorang tabi`in terkemuka dari kalangan ahli Yaman. Beliau bertemu dan belajar dengan 50 – 70 orang sahabat Junjungan Nabi s.a.w. Thawus menyatakan bahawa orang-orang mati difitnah atau diuji atau disoal dalam kubur-kubur mereka selama 7 hari, maka adalah mereka menyukai untuk diberikan makanan sebagai sedekah bagi pihak si mati sepanjang tempoh tersebut.

Hadis Thawus ini dikategorikan oleh para ulama kita sebagai mursal marfu’ yang sahih. Ianya mursal marfu’ kerana hanya terhenti kepada Thawus tanpa diberitahu siapa rawinya daripada kalangan sahabi dan seterusnya kepada Junjungan Nabi s.a.w. Tetapi oleh kerana ianya melibatkan perkara barzakhiyyah yang tidak diketahui selain melalui wahyu maka dirafa’kanlah sanadnya kepada Junjungan Nabi s.a.w. Para ulama menyatakan bahawa hadis mursal marfu’ ini boleh dijadikan hujjah secara mutlak dalam 3 mazhab sunni (Hanafi, Maliki dan Hanbali, manakala dalam mazhab kita asy-Syafi`i ianya dijadikan hujjah jika mempunyai penyokong (selain daripada mursal Ibnu Mutsayyib). Dalam konteks hadis Thawus ini, ia mempunyai sekurang-kurangnya 2 penyokong, iaitu hadis ‘Ubaid dan hadis Mujahid. Oleh itu, para ulama kita menjadikannya hujjah untuk amalan yang biasa diamalkan oleh orang kita di rantau sini, iaitu apabila ada kematian maka dibuatlah kenduri selama 7 hari di mana makanan dihidangkan dengan tujuan bersedekah bagi pihak si mati.

Hadis Thawus ini dibahas oleh Imam Ibnu Hajar dalam “al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah” jilid 2 mukasurat 30. Imam besar kita ini, Syaikh Ahmad Ibnu Hajar al-Haitami as-Sa’di al-Anshari ditanya dengan satu pertanyaan berhubung sama ada pendapat ulama yang mengatakan bahawa orang mati itu difitnah/diuji atau disoal 7 hari dalam kubur mereka mempunyai asal pada syarak.

Imam Ibnu Hajar menjawab bahawa pendapat tersebut mempunyai asal yang kukuh (ashlun ashilun) dalam syarak di mana sejumlah ulama telah meriwayatkan (1) daripada Thawus dengan sanad yang shahih dan (2) daripada ‘Ubaid bin ‘Umair, dengan sanad yang berhujjah dengannya Ibnu ‘Abdul Bar, yang merupakan seorang yang lebih besar daripada Thawus maqamnya dari kalangan tabi`in, bahkan ada qil yang menyatakan bahawa ‘Ubaid bin ‘Umair ini adalah seorang sahabat kerana beliau dilahirkan dalam zaman Nabi s.a.w. dan hidup pada sebahagian zaman Sayyidina ‘Umar di Makkah; dan (3) daripada Mujahid.

Dan hukum 3 riwayat ini adalah hukum hadis mursal marfu’ kerana persoalan yang diperkatakan itu (yakni berhubung orang mati difitnah 7 hari) adalah perkara ghaib yang tiada boleh diketahui melalui pendapat akal. Apabila perkara sebegini datangnya daripada tabi`i ianya dihukumkan mursal marfu’ kepada Junjungan Nabi s.a.w. sebagaimana dijelaskan oleh para imam hadits. Hadits Mursal adalah boleh dijadikan hujjah di sisi imam yang tiga (yakni Hanafi, Maliki dan Hanbali) dan juga di sisi kita (yakni Syafi`i) apabila ianya disokong oleh riwayat lain. Dan telah disokong Mursal Thawus dengan 2 lagi mursal yang lain (iaitu Mursal ‘Ubaid dan Mursal Mujahid), bahkan jika kita berpendapat bahawa sabit ‘Ubaid itu seorang sahabat nescaya bersambunglah riwayatnya dengan Junjungan Nabi s.a.w.

Selanjutnya Imam Ibnu Hajar menyatakan bahawa telah sah riwayat daripada Thawus bahawasanya “mereka menyukai/memustahabkan untuk diberi makan bagi pihak si mati selama tempoh 7 hari tersebut.” Imam Ibnu Hajar menyatakan bahawa “mereka” di sini mempunyai 2 pengertian di sisi ahli hadis dan usul. Pengertian pertama ialah “mereka” adalah “umat pada zaman Junjungan Nabi s.a.w. di mana mereka melakukannya dengan diketahui dan dipersetujui oleh Junjungan Nabi s.a.w.”; manakala pengertian kedua pula ialah “mereka” bermaksud “para sahabat sahaja tanpa dilanjutkan kepada Junjungan Nabi s.a.w.” (yakni hanya dilakukan oleh para sahabat sahaja).

Ikhwah jadi kita dimaklumkan bahawa setidak-tidaknya amalan “ith’aam” ini dilakukan oleh para sahabat, jika tidak semuanya maka sebahagian daripada mereka. Bahkan Imam ar-Rafi`i menyatakan bahawa amalan ini masyhur di kalangan para sahabat tanpa diingkari. Amalan memberi makan atau sedekah kematian selama 7 hari mempunyai nas yang kukuh dan merupakan amalan yang dianjurkan oleh generasi awal Islam lagi, jika tidak semua sekurang-kurangnya sebahagian generasi awal daripada kalangan sahabi dan tabi`in. Oleh itu, bagaimana dikatakan ianya tidak mempunyai sandaran.

Imam as-Sayuthi juga telah membahaskan perkara ini dengan lebih panjang lebar lagi dalam kitabnya “al-Hawi lil Fatawi” juzuk 2 di bawah bab yang dinamakannya “Thulu’ ats-Tsarayaa bi idhzhaari maa kaana khafayaa” di mana antara kesimpulan yang dirumusnya pada mukasurat 194:-

· Sesungguhnya sunnat memberi makan 7 hari. Telah sampai kepadaku (yakni Imam as-Sayuthi) bahawasanya amalan ini berkekalan diamalkan sehingga sekarang (yakni zaman Imam as-Sayuthi) di Makkah dan Madinah. Maka zahirnya amalan ini tidak pernah ditinggalkan sejak masa para sahabat sehingga sekarang, dan generasi yang datang kemudian telah mengambilnya daripada generasi terdahulu sehingga ke generasi awal Islam lagi (ash-shadrul awwal). Dan aku telah melihat kitab-kitab sejarah sewaktu membicarakan biografi para imam banyak menyebut: ” dan telah berhenti/berdiri manusia atas kuburnya selama 7 hari di mana mereka membacakan al-Quran”.

· Dan telah dikeluarkan oleh al-Hafidz al-Kabir Abul Qasim Ibnu ‘Asaakir dalam kitabnya yang berjodol “Tabyiin Kadzibil Muftari fi ma nusiba ilal Imam Abil Hasan al-‘Asy’ariy” bahawa dia telah mendengar asy-Syaikh al-Faqih Abul Fath NashrUllah bin Muhammad bin ‘Abdul Qawi al-Mashishi berkata: “Telah wafat asy-Syaikh Nashr bin Ibrahim al-Maqdisi pada hari Selasa 9 Muharram 490H di Damsyik. Kami telah berdiri/berhenti/berada di kuburnya selama 7 malam, membaca kami al-Quran pada setiap malam 20 kali khatam.”

Ikhwah, “ith`aam” ini boleh mengambil apa jua bentuk. Tidak semestinya dengan berkenduri seperti yang lazim diamalkan orang kita. Jika dibuat kenduri seperti itu, tidaklah menjadi kesalahan atau bid`ah, asalkan pekerjaannya betul dengan kehendak syarak.

Kenduri Arwah – Lujnah Ulama Fathani

Dalam buku”Ulama Besar Dari Fathani” susunan Ustaz Ahmad Fathi al-Fathani yang diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, disebut kisah seorang ulama Fathani Darussalam, Haji Abdullah Bendang Kebun yang menulis sebuah kitab berjodol “al-Kawaakibun-Nayyiraat fi Raddi Ahlil-Bida` wal ‘Aadaat” di mana beliau memfatwakan bahawa buat makan kematian atau kenduri arwah selepas kematian itu bid`ah makruhah dan boleh menjadi haram. Fatwanya ini lebih kurang sama dengan fatwa-fatwa tokoh-tokoh anti tahlil dan kenduri arwah zaman kita ini.

Fatwa ini telah membuat keluh-kesah dan perpecahan dalam masyarakat di wilayah-wilayah Fathani yang rata-rata mengamalkan tradisi bertahlil dan berkenduri arwah ini. Menyedari hakikat ini, maka Lujnah Ulama Fathani telah mengambil inisiatif untuk mengadakan mudzakarah dan mesyuarat berhubung isu ini yang dihadiri oleh 17 orang ulama ternama Fathani termasuklah Haji Abdullah Bendang Kebun tersebut.

Yang Dipertua Lujnah, Tuan Guru Haji Abdur Rahman mempengerusikan mesyuarat tersebut yang berjalan dengan lancar serta membuahkan keputusan dan natijah yang memuaskan. Setelah hujjah-hujjah pihak yang menentang dan menyokong dikemukakan, mesyuarat tersebut telah mencapai keputusan dan mengeluarkan satu resolusi pada 21 Januari 1974 yang antara lain menyebut:-

  1. Ahli si mati membuat makanan kerana kematian untuk sedekah pahala kepada mayyit dengan ketiadaan menyeru (mengundang – p) oleh mereka, hukumnya sunnat dengan ittifaq Lujnah Ulama Fathani.
  2. Ahli si mati membuat makanan dan memanggil mereka itu akan manusia pergi makan kerana qasad sedekah pahalanya, dan (meng) hadiah (kan) pahala jamuan itu kepada mayyit, maka hukumnya boleh (harus) kerana masuk dalam nas ith`aam yang disuruh dalam hadits Thaawus, kerana ith`aam itu melengkapi jamuan di rumah si mati atau di tempat lain.
  3. Ahli si mati membuat makanan di rumahnya atau di rumah si mati pada hari mati atau pada hari yang lain kerana mengikut adat istiadat, tidak kerana qasad ibadah dan niat pahalanya kepada mayyit, maka hukumnya makruh dengan ittifaq ahli Lujnah Ulama Fathani.
  4. Ahli si mati membuat makanan daripada tirkah yang bersabit dengan umpama hak anak yatim atau kerana dipaksa ahli si mati membuatnya dengan tidak sukarelanya dan ikhlas hatinya, maka hukumnya haram dengan ittifaq ahli Lujnah Ulama Fathani.

Menghukum sesuatu hendaklah dibuat secara teliti dan tafsil melihat rupa bentuk sesuatu, bukan menghukum secara membabi-buta dan main pukul rata haram dan bid`ah dhalalah sahaja. Lihat dahulu keadaannya, bagaimana hendak dihukumkan haram jika ahli mayyit yang telah aqil baligh dengan rela hati tanpa terpaksa dan tidak merasa susah untuk menjemput jiran-jiran dan kenalan untuk hadir ke rumah si mati untuk berdoa buat si mati dan kemudian dijemput makan yang semuanya diniatkan sebagai sedekah kepada si mati.

Yang ditentang oleh ulama kita ialah mereka yang menjalankannya sehingga menyusahkan diri dan keluarga si mati atau semata-mata menjalankan adat atau lebih jahat lagi dengan niat bermuka-muka atau riak. Ini yang difatwakan oleh Sayyidi Ahmad Zaini dalam “I`anathuth – Tholibin” yang sengaja dikelirukan oleh Ustaz Rasul yang dikasihi dengan sengaja meninggal menterjemahkan soalan yang dikemukakan kepada Sayyidi Ahmad dan jawapan beliau sepenuhnya. Menghukum haram secara total amatlah tidak wajar dan tindakan sembrono.

Akhirul kalam, satu soalan, adakah ulama-ulama Fathani yang membuat resolusi di atas tidak membaca kitab Tok Syaikh Daud dan Tuan Minal ? Siapa yang baca dan faham kehendak ibarat kitab-kitab tersebut ? Mereka atau yang dikasihi Ustaz Rasul kita ? Tepuklah dada masing-masing.

Allahumma hidayatan wa taufiqan ilal haqqi wash showab.

Hadis Jarir – Penjelasan Tuan Guru Haji Ahmad

Hadis Jarir yang membawa maksud “Kami mengira orang berhimpun kepada ahli keluarga si mati dan menyediakan makanan selepas pengkebumiannya adalah daripada ratapan (an-niyahah).” Hadis ini menjadi hujjah bagi meng”haram” atau me”makruh” membuat kenduri arwah kematian selepas matinya seseorang. Adakah ini pemahaman yang difahami oleh para ulama kita ?

Tuan Guru Haji Ahmad al-Fusani (1902 – 1996) memberi penjelasan dalam kitabnya “Khulasah al-Mardhiyyah fi Masail al-Khilafiyyah” antara lain menyatakan bahawa kalimah “minan-niyahah” dalam hadis tersebut ditanggung maknanya sebagai “min asbabin niyahah” iaitu “setengah daripada sebab ditakutkan jadi niyahah. Maka bukanlah diri berhimpun dan buat makan itu niyahah sungguh kerana jikalau niyahah sungguh tentulah ulama kata haram kerana tiada ada niyahah yang makruh sama sekali” (yakni jika semata-mata berhimpun dan berjamu itu termasuk ratapan, maka sudah tentu ulama akan terus menghukumnya haram dan bukan makruh kerana tidak ada niyahah yang hukumnya makruh. Jadi dihukumkan bid`ah makruhah kerana boleh jadi sebab bagi ratapan atau boleh membawa kepada ratapan, jadi kalau ikut kaedah ushul ini yang menjadi ‘illah bagi dihukumkan bid`ah makruhah tersebut, jika ‘illah ini hilang maka hukumnya juga turut berubah). Soalnya, adakah kenduri arwah yang orang kita buat bersifat sedemikian ? Adakah kenduri kita menjurus kepada ratapan ?

Selanjutnya Tuan Guru Haji Ahmad menyebut:-

· “…Sebuah hadis yang meriwayatkan dia Imam Ahmad rahimahUllah ta’ala dengan sanad yang sahih dan Abu Daud daripada ‘Aashim bin Kulaib daripada bapanya daripada seorang laki-laki daripada Anshar berkata ia: “Keluar kami sahabat nabi serta Rasulullah s.a.w. pada menghantarkan jenazah orang mati kepada kubur. Maka aku nampak akan Rasulullah s.a.w. menyuruh orang yang menggali kubur dengan katanya: “Perluas olehmu daripada pihak dua kakinya, perluas olehmu daripada pihak kepalanya”. Maka tatkala balik Nabi daripada kubur berhadap kepadanya (yakni datang kepada Nabi) seorang yang (mem)persilakan Nabi ke rumah daripada suruhan perempuan si mati itu. Maka Nabi serta sahabat pun silalah (yakni datanglah) ke rumahnya. Maka dibawa datang akan makanan, maka (meng)hantar Nabi akan tangannya, yakni menjemput Nabi akan makanan bubuh ke mulut dan (meng)hantarlah segala sahabat akan tangannya”…….Hadis ini menyatakan Nabi sendiri serta sahabat berhimpun makan di rumah orang mati kemudian (yakni selepas) balik tanam orang mati…….Jadi berlawan hadis ini dengan hadis Jarir yang menunjuk atas tegah berhimpun makan di rumah orang mati kemudian daripada tanam mayyit……….Setengah riwayat tak dak lafaz “ba’da dafnihi” (kemudian daripada tanamnya) [yakni hadis Jarir ada khilaf dalam riwayatnya kerana ada riwayat yang tidak menyebut “ba’da dafnihi“). Maka orang tua-tua kita tanggungkan bahawasanya makruh itu berhimpun makan di hadapan mayyit jua. Inilah jalanan orang tua-tua kita. Sebab itulah orang kita tidak berjamu sewaktu ada mayyit di atas rumah, dan jika darurat kepada berjamu juga seperti bahawa suntuk masa, diberjamu pada rumah yang lain daripada rumah yang ada mayyit padanya……..Alhasil, hukum berhimpun di rumah ahli mayyit dan membuat ahli mayyit akan makanan, berjamu makan semata-mata dengan tidak qasad bersedekah daripada mayyit atau baca al-Quran niat pahala kepada Allah, makruh tanzih selama ada mayyit di atas rumah itu.”

Perkataan ulama kita yang menghukum berhimpun dan berkenduri makan selama 7 atau 40 hari sebagai bid`ah makruhah diihtimal maksudnya jika perbuatan tersebut dibuat semata-mata menjalankan adat kebiasaan yang jika tidak dilaksanakan akan menjadi cemohan masyarakat bukan dengan niat “ith`aam ‘anil mayyit” dan sebagainya. Atau ianya boleh membawa kepada niyahah yang diharamkan atau kesedihan yang berlarutan. Oleh itu, larangan tersebut tidaklah bersifat mutlak tetapi mempunyai qayyid yang menjadi ‘illah pada hukum tersebut. Dalam pada itu, Imam Ibnu Hajar dalam Fatwa Kubra”nya menyatakan bahawa jika seseorang berbuat kenduri tersebut semata-mata menjalankan adat untuk menolak cemohan orang-orang jahil dan menjaga kehormatan dirinya maka tidaklah ianya dianggap sebagai bid`ah madzmumah. Nanti aku postkan lain kali.

Seorang saudara menghantar risalah yang dalamnya nukilan perkataan Imam asy-Syafi`i yang menyatakan “Aku benci diadakan ma’tam, iaitu himpunan walaupun tidak ada tangisan mereka, kerana sesungguhnya pada yang sedemikian itu memperbaharui kedukaan dan membebankan tanggungan. Membaca nas perkataan Imam asy-Syafi`i ini jelas menunjukkan tidak mutlaknya kebencian tersebut kerana ianya dikaitkan dengan “membaharui kesedihan” dan “membebankan”. Apa kata jika, perhimpunan dilakukan adalah dalam rangka mendoakan si mati, bersedekah buat pihak si mati, menghibur ahli keluarga si mati, dan tidak menjadi beban kepada keluarga si mati yang berkemampuan ? Adakah Imam kita asy-Syafi`i masih membencinya ?

Jadi kalau ada yang berbuat kenduri seperti itu rupanya maka makruhlah kita datang hadir. Bahkan jika digunakan tirkah anak yatim atau tirkah waris yang tidak redha atau sebagainya makan haram kita hadir. Jadi hukumnya kena lihat case by case, bukan main pukul rata haram atau makruh atau harus.

Download kitab dan risalah ahlusunnah, kalahkan fatwa sesat wahabi (bidznillah)!!

http://www.geocities.com/pndktmpn/kitab04.htm

Ibnul Qayyim (Scan Kitab Ar-ruh) : Sampainya hadiah bacaan Alqur’an dan Bolehnya membaca Al-Qur’an diatas kuburan

Ibnul Qayyim (Scan Kitab Ar-ruh) : Sampainya hadiah bacaan Alqur’an dan Bolehnya membaca Al-Qur’an diatas kuburan

Scan Kitab bahasa Arab :

Cover :

kitab aroh arab cover

Baca Yang berwarna Merah  (page 5 digital book):

Aroh arab page 5ok

kitab ar-rooh (ar-ruh digital) Bisa di download di :

http://www.scribd.com/doc/21496576/alrooh

Scan kitab ar-ruh tarjamah (bahasa melayu) :

cover :

kitab ar-ruh ibnu qayyim_0004

Kitab ar-ruh :

kitab ar-ruh ibnu qayyim_0003

kitab ar-ruh ibnu qayyim_0002

Teks Arab Kitab Arruh Ibnu qayyim pada halaman 5 (kitab digital) :

وقد ذكر عن جماعة من السلف أنهم أوصوا أن يقرأ عند قبورهم وقت الدفن قال عبد الحق يروى أن عبد الله بن عمر أمر أن يقرأ عند قبره سورة البقرة وممن رأى ذلك المعلى بن عبد الرحمن وكان الامام أحمد ينكر ذلك أولا حيث لم يبلغه فيه أثر ثم رجع عن ذلك   وقال الخلال في الجامع كتاب القراءة عند القبور اخبرنا العباس بن محمد الدورى حدثنا يحيى بن معين حدثنا مبشر الحلبى حدثني عبد الرحمن بن العلاء بن اللجلاج عن أبيه قال قال أبى إذا أنامت فضعنى في اللحد وقل بسم الله وعلى سنة رسول الله وسن على التراب سنا واقرأ عند رأسى بفاتحة البقرة فإنى سمعت عبد الله بن عمر يقول ذلك قال عباس الدورى سألت أحمد بن حنبل قلت تحفظ في القراءة على القبر شيئا فقال لا وسألت يحيى ابن معين فحدثنى بهذا الحديث   قال الخلال وأخبرني الحسن بن أحمد الوراق حدثنى على بن موسى الحداد وكان صدوقا قال كنت مع أحمد بن حنبل ومحمد بن قدامة الجوهرى في جنازة فلما دفن الميت جلس رجل ضرير يقرأ عند القبر فقال له أحمد يا هذا إن القراءة عند القبر بدعة فلما خرجنا من المقابر قال محمد بن قدامة لأحمد بن حنبل يا أبا عبد الله ما تقول في مبشر الحلبي قال ثقة قال كتبت عنه شيئا قال نعم فأخبرني مبشر عن عبد الرحمن بن العلاء اللجلاج عن أبيه أنه أوصى إذا دفن أن يقرأ عند رأسه بفاتحة البقرة وخاتمتها وقال سمعت ابن عمر يوصي بذلك فقال له أحمد فارجع وقل للرجل يقرأ

وقال الحسن بن الصباح الزعفراني سألت الشافعي عن القراءة عند القبر فقال لا بأس بها   وذكر الخلال عن الشعبي قال كانت الأنصار إذا مات لهم الميت اختلفوا إلى قبره يقرءون عنده القرآن قال وأخبرني أبو يحيى الناقد قال سمعت الحسن بن الجروى يقول مررت على قبر أخت لي فقرأت عندها تبارك لما يذكر فيها فجاءني رجل فقال إنى رأيت أختك في المنام تقول جزى الله أبا على خيرا فقد انتفعت بما قرأ أخبرني الحسن بن الهيثم قال سمعت أبا بكر بن الأطروش ابن بنت أبي نصر بن التمار يقول كان رجل يجيء إلى قبر أمه يوم الجمعة فيقرأ سورة يس فجاء في بعض أيامه فقرأ سورة يس ثم قال اللهم إن كنت قسمت لهذه السورة ثوابا فاجعله في أهل هذه المقابر فلما كان يوم الجمعة التي تليها جاءت امرأة فقالت أنت فلان ابن فلانة قال نعم قالت إن بنتا لي ماتت فرأيتها في النوم جالسة على شفير قبرها فقلت ما أجلسك ها هنا فقالت إن فلان ابن فلانة جاء إلى قبر أمه فقرأ سورة يس وجعل ثوابها لأهل المقابر فأصابنا من روح ذلك أو غفر لنا أو نحو ذلك

Membaca Al-qur’an Diatas Kubur Dan Mengadiahkan Pahalanya bagi Mayyit (Muslim)

Tarjamahannnya :

Pernah disebutkan daripada setengah para salaf, bahwa mereka mewasiatkan supaya dibacakan diatas kubur mereka di waktu penguburannya. Telah berkata abdul haq, diriwayatkan bahwa Abdullah bin umar pernah menyuruh supaya diabacakan diatas kuburnya surah al-baqarah. Pendapat ini dikuatkan oleh mu’alla bin hanbal, pada mulanya mengingkari pendapat ini kerana masih belum menemui sesuatu dalil mengenainya, kemudian menarik balik pengingkarannya itu setelah jelas kepadanya bahwa pendapat itu betul.

Berkata Khallal di dalam kitabnya ‘Al-jami’ : Telah berkata kepadaku Al-Abbas bin Muhammad Ad-dauri, berbicara kepadaku Abdul Rahman bin Al-Ala’ bin Lajlaj, daripada ayahnya, katanya : Ayahku telah berpesan kepadaku, kalau dia mati, maka kuburkanlah dia di dalam lahad, kemudian sebutkanlah : Dengan Nama Allah, dan atas agama Rasulullah !, Kemudian ratakanlah kubur itu dengan tanah, kemudian bacakanlah dikepalaku dengan pembukaan surat albaqarah, kerana aku telah mendengar Abdullah bin Umar ra. Menyuruh membuat demikian. Berkata Al-Abbas Ad-Dauri kemudian : Aku pergi bertanya Ahmad bin Hanbal, kalau dia ada menghafal sesuatu tentang membaca diatas kubur. Maka katanya : Tidak ada ! kemudian aku bertanya pula Yahya bin Mu’in, maka dia telah menerangkan kepadaku bicara yang menganjurkan yang demikian.

Berkata Khallal, telah memberitahuku Al-Hasan bin Ahmad Al-Warraq, berbicara kepadaku Ali bin Muwaffa Al-Haddad, dan dia adalah seorang yang berkata benar, katanya :Sekalai peristiwa saya bersama-sama Ahmad bin Hanbal dan Muhammad bin Qudamah Al-Jauhari menghadiri suatu jenazah. Setelah selesai mayit itu dikuburkan, maka telah duduk seorang yang buta membaca sesuatu diatas kubur itu. Maka ia disangkal oleh Imam Ahmad, katanya : Wahai fulan ! Membaca sesuatu diatas kubur adalah bid’ah !. Apa bila kita keluar dari pekuburan itu, berkata Muhammad bin Qudamah Al-Jauhari kepada Imam Ahmad bin Hanbal : Wahai Abu Abdullah ! Apa pendapatmu tentang si Mubasysyir Al-Halabi ? Jawab Imam Ahmad : Dia seorang yang dipercayai. Berkata Muhammad bin Qudamah Al-Jauhari seterusnya : Aku menghafal sesuatu daripadanya ! Sangkal Imam Ahmad bin Hanbal : Yakah, apa dia ? Berkata Muhammad bin Qudamah : Telah memberitahuku Mubasysyir, daribada Abdul Rahman Bin Al-Ala’ bin Lajlaj, daripada ayahnya, bahwasanya ia berpesan, kalau dia dikuburkan nanti, hendaklah dibacakan dikepalanya ayat-ayat permulaan surat Al-Baqarah, dan ayat-ayat penghabisannya, sambil katanya : Aku mendengar Abdullah bin Umar (Ibnu Umar) mewasiatkan orang yang membaca demikian itu.

Mendengar itu, maka Imam Ahmad bin Hanbal berkata kepada Muhammad bin Qudamah : Kalau begitu aku tarik tegahanku (Bhs Ind : penolakanku ) itu. Dan suruhlah orang buta itu membacakannya.

Berkata Al- Hasan  bin As-sabbah Az-za’farani pula : Saya pernah menanyakan hal itu kepada Imam Syafi’i, kalau boleh dibacakan sesuatu diatas kubur orang, maka Jawabnya : Boleh, Tidak mengapa !

Khalal pun telah menyebutkan lagi dari As-sya’bi, katanya : Adalah Kaum Anshor, apabila mati seseorang diantara mereka, senantiasalah mereka mendatangi kuburnya untuk membacakan sesuatu daripada Al-Qur’an.

Asy-sya’bi berkata, telah memberitahuku Abu Yahya An-Naqid, katanya aku telah mendengar Al-Hasan bin Al-Haruri berkata : Saya telah mendatangi kubur saudara perempuanku, lalu aku membacakan disitu Surat Tabarak (Al-Mulk), sebagaimana yang dianjurkan. Kemudian datang kepadaku seorang lelaki danmemberitahuku, katanya : Aku mimpikan saudara perempuanmu, dia berkata : Moga-moga Allah memberi balasan kepada Abu Ali (yakni si pembaca tadi) dengan segala yang baik. Sungguh aku mendapat manfaat yang banyak dari bacaannya itu.

Telah memberitahuku Al-Hasan bin Haitsam, katanya aku mendengar Abu Bakar atrusy berkata : Ada seorang lelaki datang ke kubur ibunya pada hari jum’at, kemudian ia membaca surat Yasin disitu. Bercerita Abu Bakar seterusnya : Maka aku pun datang kekubur ibuku dan membaca surah Yasiin, kemudian aku mengangkat tangan : Ya Allah ! Ya Tuhanku ! Kalau memang Engkau memberi pahala lagi bagi orang yang membaca surat ini, maka jadikanlah pahala itu bagi sekalian ahli kubur ini !

Apabila tiba hari jum’at yang berikutnya, dia ditemui seorang wanita. Wanita itu bertanya : Apakah kau fulan anak si fulanah itu ? Jawab Abu Bakar : Ya ! Berkata wanita itu lagi : Puteriku telah meninggal dunia, lalu aku bermimpikan dia datang duduk diatas kuburnya. Maka aku bertanya : Mengapa kau duduk disini ? Jawabnya : Si fulan anak fulanah itu telah datang ke kubur ibunya seraya membacakan Surat Yasin, dan dijadikan pahalanya untuk ahli kuburan sekaliannya. Maka aku pun telah mendapat bahagian daripadanya, dan dosaku pun telah diampunkan karenanya.

(Tarjamah Kitab Ar-ruh  Hafidz Ibnuqayyim jauziyah, ‘Roh’ , Ustaz Syed Ahmad Semait, Pustaka Nasional PTE LTD, Singapura, 1990, halaman 17 – 19)

untuk lebih jelas baca :

Sampainya Hadiah Bacaan Al-qur’an untuk mayyit (Orang Mati)

Sampainya Hadiah Bacaan Al-qur’an untuk mayyit (Orang Mati)

Download Kitab dan Risalah Ahlusunnah (2)

Kitab dan Risalah dari Pondok Tampin

Tuan-tuan boleh muatturun (download) kitab-kitab dan risalah yang terdapat dalam laman ini.Tetapi, tuan-tuan diminta untuk tidak mengubah sebarang isi kandungan kitab-kitab dan risalah tersebut. Sebarang masalah, boleh hubungi pondok_tampin@yahoo.com. Semoga kita semua sama-sama beroleh manfaat.

MAKLUMAN : Semua kitab-kitab dan risalah di laman ini ADALAH sebagai bahan kajian dan bahan bacaan peribadi sahaja!… bukan untuk tujuan selainnya… Harap dapat difahami bersama… Terima kasih.


Siri 1 | Siri 2| Siri 3

Umdatul Mutatohirin

Hadis Thawus dan Kenduri Arwah

Wazifah Hadis Dhoif (2)

Wazifah Hadis Dhoif (Naskhah Arab)

Memahami Bid’ah Ghadad

Memahami Bid’ah Ghadad(pdf)

Definisi Bid’ah Mengikut ASWJ

Definisi Bid’ah Mengikut ASWJ(pdf)

Tujuh Mim

Menolak Fahaman Tajsim

Simpan Simpan

Simpan

Simpan Simpan

Simpan

Simpan Simpan

Simpan

Kembali Ke Laman Utama

Hak Cipta Milik Allah Jua. Segala komen atau cadangan boleh diemelkan ke alamat uk6451@yahoo.com. Maaf di atas segala kekurangan.

* Ahlusunnah Menyikapi Hadis – Hadits Dhoif

بسم الله الرحمن الرحيم.

الله.

وظيفة الحديث الضعيف فى الاسلام وأقوال كبار أئمة السلف والخلف فيه لفضيلة السيد محمد زكى ابراهيم.

Wazifah

Hadis-Hadis Dhoif.

Ta’lif

Fadhilah al- Sheikh al-Sayyid Muhammad Zaki Ibrahim.

Mantan Sheikh al-Masyaikh Thuruq al-Shufiyyah Mesir.

Terjemahan dan olahan

Oleh

al-Ustaz Abd. Raouf Nurin Al-Bahanji al-Aliyy.

Pondok jalan padang Ragut .

Tampin N.S.D.K

Sempena Maulid Rasul s.a.w 1427 h bersamaan 2006 m.

Sekapur Sireh

Risalah yang padat dengan fakta-fakta bernas. Meluruskan salah faham terhadap hadis-hadis Dhoif yang berkait dengan amalan dan fatwa-fatwa hukum-hukum majoriti umat Islam semenjak berkurun-kurun yang lalu. Membacanya mesti disertai ketelitian tanpa taa’sub pada mana-mana fahaman.

Mengapa dicerca rapuhnya sesuatu jika ianya berada di atas atau di dalam sesuatu yang teguh?. Mengapa dilontar buang Aqiq disebabkan Intan Permata?. Apa salahnya Aqiq, keberadaannya di sisi Intan? . Intipati risalah di antaranya:

  1. Hadis Dhoif tidaklah dimasukkan sebagai hadis yang tertolak di segenap sudut. Lantaran itu, sebahagian ulama’ menganggap sunat beramal dengan hadis-hadis Dhoif pada tempat yang layak. Oleh yang demikian, para ulama’ hadis telah memasukkan hadis Dhoif termasuk dalam bahagian hadis yang Makbul (yang diterima), teristimewa pada Fadhoil Amal atau perkara yang bukan hukum-ahkam.
  2. Hadis-hadis yang Dhoif adalah hadis yang mempunyai asal, tetapi tidak sempurna padanya syarat-syarat hadis Sohih.
  3. Kemungkaran yang paling teruk ialah apabila kemelut yang dihadapi oleh saudara-saudara kita ini tidak berkurangan sampaikan mereka sanggup mempertikaikan/menuduh yang bukan-bukan kepada orang-orang Sufi hanya kerana berpegang pada hadis Dhoif, walaupun dalam hal-hal yang disepakati oleh Para Ulama Hadis dan Para Ulama Usul ditimur dan barat bahawa hadis-hadis Dhoif terbabit sunat diamalkan, juga semata-mata kerana mengetahui sebahagian besar di kalangan Ulama-ulama hadis dan Imam-imam mereka adalah Ahli Sufi yang memimpin (pengikutnya dan umat) sebagaimana yang terdaftar dalam senarai sanad-sanad dan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh mereka

Wassalam

Penterjemah.

1. Puji-pujian.

Bahawasa segala puji hanya bagi Allah Tabaraka wa Ta’ala, selawat dan salam ke atas Penghulu kami, Rasulullah yang Terpilih, mudah-mudahan Allah Ta’ala meredhai atas Keluarga dan Para Sahabat dan Tabi’in. Kami berlindung dengan Allah dengan kejahatan nafsu-nafsu kami dan keburukan amal-amal kami dan kami mulai dengan sesuatu yang terlebih baik.

2. Tamhid.

Waba’du: Di antara perkara bida’ah yang dianggap buruk, yang berlaku di kalangan orang ramai, yang tersebar luas melalui perkataan daripada mereka yang ghairah mendakwa memperjuangkan sunnah, tauhid dan pembaharuan (tajdid) iaitu keterlaluan mengkritik hadis-hadis Dhoif sebagai Batil dan Dusta. Menganggap beramal dengan hadis-hadis Dhoif sebagai keji dan fasik atau sekurang-kurangnya sebagai kejahilan dan melampaui batas syaria’t.

Padahal displin keilmuan tidaklah beranggapan begitu kerana hadis-hadis Dhoif mendapat tempat di sisi syariat dan ia berperanan di dalamnya. Hadis Dhoif juga mempunyai peranan yang asas dalam agama Islam. Sebahagian daripada kezaliman terhadap ilmu dan agama iaitu menganggap dan menghukumkan hadis Dhoif dengan hukuman dusta (iaitu disamakan dengan hadis Maudhu’). Demikian itu kerana hadis-hadis yang Dhoif adalah hadis yang mempunyai asal, tetapi tidak sempurna padanya syarat-syarat hadis Sohih. Iaitu bermakna pada hadis Dhoif terdapat di sisinya keSohihan pada suatu sudut, dan sebahagian syarat-syarat Makbul hadis, tetapi sifat-sifat tersebut tidak sempurna sebagaimana yang berlakunya pada hadis-hadis Sohih . Oleh yang demikian, para ulama’ hadis telah memasukkan hadis Dhoif termasuk dalam bahagian hadis yang Makbul (yang diterima), teristimewa pada Fadhoil Amal atau perkara yang bukan hukum-ahkam.

Maka hadis Dhoif tidaklah dimasukkan sebagai hadis yang tertolak di segenap sudut. Lantaran itu, sebahagian ulama’ menganggap sunat beramal dengan hadis-hadis Dhoif pada tempat yang layak, dan hadis-hadis yang Dhoif adalah hadis yang mempunyai asal, tetapi tidak sempurna padanya syarat-syarat hadis Sohih..Daku tahu kenyataan ini tidak akan disenangi oleh sebahagian orang tetapi menuntut keredhoan Al-Haq adalah wajib sekalipun dibenci oleh sebahagian orang.

3. Kitab-Kitab hadis Sohih sangat banyak.

Kitab-kitab yang memuatkan hadis Sohih amat banyak. Hadis-hadis Sohih bukanlah semata-mata hadis yang dikumpulkan oleh Imam al-Bukhari atau Imam Muslim sahaja. Saya tidak menemui adanya Nas dalam agama Allah ataupun Isyarat yang menunjukkan pembatasan hadis Sohih terhadap kitab-kitab ini sahaja. Membataskan penerimaan Hadis Sohih terhadap kedua-dua kitab ini sahaja merupakan satu bentuk kefanatikan dan keraguan terhadap ilmu tanpa berdasarkan ilmu pengetahuan.

Dalam kitab Huda al-Abrar ‘ala Tol’ati al-Anwar dan kitab Idha’atul Halik yang ditulis oleh Imam Ibn a-Hajj al-‘Alawi, kitab al-Jami’ oleh Safiyuddin al-Hindi dan kitab al-manhal al-Latif serta kitab-kitab lainnya ada menyebutkan: Kitab-kitab yang mana kesemua hadis yang termuat di dalamnya dinisbahkan sebagai hadis Sohih menurut kesepakatan jumhur ahli hadis melainkan sedikit sahaja yang telah dikritik Ulama’ ialah:

  1. Sohih Al-Bukhari ( Al- Jaami’ Al- Sohih).
  2. Sohih Muslim.
  3. Al-Muntaqa oleh Ibn al-Jarud ( melainkan hadis yang beliau telah Mursalkan ).
  4. Sohih Ibn Khuzaimah.
  5. Sohih Ibn Abi ‘Awanah.
  6. Sohih Ibn al-Sakan.
  7. Sohih Ibn Hibban.
  8. Mustadrak al-Hakim (setelah dibuat pengesahan melalui hafalan semua oleh al-Dzahabi dan al-Iraqi sekalipun pengesahan al-Dzahabi lebih mendasar dan lebih keras ). Sebahagian mereka turut memasukkan Musnad Ahmad 1.
  9. Al- Muwata Imam Malik 2 yang lebih berhak .
  10. Kemudian (Al-Mustakhrajat) iaitu kitab-kitab yang mentakhrij hadis-hadis yang masyhur dikalangan para ulamak.

Kesemua kitab ini yang sedia dimaklumi di kalangan ulamak yang hanya memuatkan hadis-hadis Sohih samada disudut Ilmiyah dan Ilmu Hadis.

Selain daripada kitab-kitab ini, terdapat hadis yang Sohih, Hasan dan Dhoif.

ألا يقدم أحد على البخارى فى العزو وان كان الحديث فيه وفى مسلم ساقوا لفظ مسلم لمبالغته فى تحرى اللفظ النبوى.

Kaedah (ahli hadis): ((Bahawa tidak boleh didahulukan nama selain al-Bukhari (jika hadis terbabit juga diriwayatkan oleh al-Bukhari) dalam menisbahkan sesuatu hadis kepada perawinya . Dan pada Muslim (jika sesuatu hadis itu juga telah diriwayatkan oleh keduanya) mereka turut menyebutkan namanya (bersama-sama al-Bukhari) disebabkan ketelitian Muslim dalam menyaring lafaz yang benar-benar diucapkan oleh Nabi s.a.w.))

Oleh itu pandangan yang memestikan berpegang dengan hadis yang terdapat dalam kitab Sohih al-Bukhari dan Muslim semata-mata dengan anggapan hanya kedua-dua kitab ini sahaja yang memuatkan hadis yang Sohih, bukannya pandangan yang

bersandarkan kepada ilmu dan bukan pada agama.

_____________________________________________________________________

1 Kerana Dhoif dalam al-Musnad Ahmad adalah Hasan.

2 Semua Mursal yang berada didalam al-Muwata telah diwasalkan oleh Imam-imam hadis dalam karangan-karangan mereka dari thuruq yang lain.

4. Pembahagian Hadis

Ahli hadis bersepakat bahawa ada tiga pembahagian hadis yang paling penting iaitu:

1. Hadis Sohih : Berada pada kedudukan teratas.

2. Hadis Hasan : Berada di kedudukan pertengahan.

3. Hadis Dhoif : Berada di kedudukan paling bawah, kerana cedera pada satu

syarat saja dari syarat-syarat hadis Hasan.

Adapun Hadis Maudhu’ (palsu), maka ia terkeluar daripada skop yang kita bincangkan, kerana ia adalah satu kekejian, gugur daripada hak untuk berhukum dan hak zatnya, samada disudut matan atau sanad atau kedua-duanya sekali, menurut Ijmak.

5. Pembahagian Hadis Dhoif.

Hadis Dhoif terbahagi kepada dua:

Pertama.

KeDhoifannya boleh ditampung (diperkuatkan) :

Apabila diperkuatkan oleh :

1. Hadis Dhoif Masyhur ,

2. Yang sama tetapi melalui jalan-jalan periwayatan yang lain.

3. Atau apabila mengisnadkannya oleh Sawahid yang makbul, terutama apabila Dhoif perawinya hanya disebabkan:

(a) lemah hafalan. atau

(b)lemah disebabkan Mursal atau

(c) Mastur (tertutup hal rawinya) ,

Maka ternaiklah martabatnya kepada martabat hadis Hasan Li Ghairih (iaitu bertaraf Hasan disebabkan adanya riwayat yang lain). Oleh itu termasuk dalam senarai hadis Maqbul (diterima) dan boleh dibuat hujjah sekalipun dalam soal hukum- ahkam sebagaimana yang telah dimantapkan di sisi para ulama’ dalam bidang Ilmu ini. Tidak perlu diperdulikan kepada dakwaan mereka yang mendakwa ahli dalam Ilmu ini padahal masih di tahap kebudak-budakan, tercari-cari dan tidak pernah belajar, mereka yang tahu satu perkara kemudian hilang pula beberapa perkara. Mereka mengikuti kaedah orang-orang bodoh untuk mengelabui hakikat kebenaran, mendakwa–dakwi diri dan mencari keuntungan dengan pendapat-pendapat pelik-pelik (Syaz) mereka.

Kedua.

KeDhoifannya tidak boleh ditampung:

Walaupun terdapat banyak jalan periwayatannya. Ia dinamakan sebagai al-Wahiy (sangat lemah) hal ini berlaku sekiranya perawi itu ternyata seorang yang fasik atau dituduh berbohong.

Para ulamak Ilmu Ini mengatakan: Hadis yang seperti ini jika diperkukuhkan dengan riwayat-riwayat yang lain, dan mempunyai Syawahid dan Mutab’at, maka tarafnya naik, daripada taraf (hadis Munkar, al-Waahiy atau hadis yang Tidak Ada Asalnya) kepada martabat yang lebih tinggi. Pada ketika itu ia boleh diamalkan dalam soal fadhilat-fadhilat amal selain pada soal:

  1. Akidah
  2. Hukum – Ahkam.

Sebahagian ulamak menambah:

  1. Tafsiran al-Quran. Kerana mendahulukan Hadis dalam menafsir daripada tafsiran berdasarkan fikiran semata-mata, tetapi pada pengecualian yang ketiga ini terdapat kritikan yang perlu pengkajian semula.

Dengan itu menerima pakai hadis Dhoif dalam segala jenis amalan yang berbentuk menggemar dan menakutkan, dalam soal adab, sejarah, ketatasusilaan, kisah tauladan, manaqib (biodata seseorang), sejarah peperangan, dan seumpamanya adalah diHaruskan. Perkara ini telah disepakati (Ijmak) oleh para ulamak seperti yang dinukilkan oleh Imam al-Nawawi, Ibn Abdul Barr dan selain mereka. Malah Imam al-Nawawi menukilkan pandangan ulamak bahawa dalam hal-hal tersebut disunatkan beramal dengan hadis Dhoif.

والاستحباب من جملة أصول الدين وأحكام الشرع الشريف

(Perkara yang sunat termasuk dalam himpunan Usuluddin dan hukum-ahkam syarak), perhatikanlah.

Tetapi kami berpendapat :

1. Penerimaan hadis Dhoif dalam perkara-perkara terbabit bersyaratkan jangan terlalu kuat keDhoifannya. Maka tidak termasuk hadis-hadis Dhoif yang ketunggalan periwayatannya yang salah seorang perawinya pendusta atau kesalahannya sangat keji.

2. Ia adalah merupakan perkara yang termasuk di bawah asas sesuatu Kaedah Syarak yang Kuliyyah (mencakupi seluruh soal-soal cabang perkara yang dihukum). Maka hadis-hadis yang tidak langsung berada di lingkungan asas tersebut bahkan merupakan perkara baru, adalah terkeluar dari keharusan ini .

3. Jangan pula hadis tersebut bercanggah dengan hadis yang Sohih. Maka terkeluar pula hadis-hadis Dhoif yang ditolak oleh hadis-hadis Sohih dan Sabit. Ini merupakan pendapat Ibnu Hajar al- Asqolani dan as- Sakhawi 3

6. Penerangan lebih jelas.

Abu al-Syeikh Ibn Hibban dalam kitabnya al-Nawa’ib meriwayatkan secara Marfu’ hadis Jabir r.a yang menyebutkan:

(( من بلغه عن اللّه عز وجل شيء فيه فضيلة , فأخذ به ايمانا به , ورجاء لثوابه ,

أعطاه اللّه ذلك , وان لم يكن كذلك )).

“Barang siapa yang sampai kepadanya sesuatu daripada Allah yang memuatkan sesuatu fadhilat, lalu dia beramal dengannya kerana percaya terhadapnya dan mengharapkan ganjaran pahalanya maka Allah memberikan yang demikian itu, sekalipun sebenarnya bukan begitu”.4

Hadis ini merupakan punca asas yang besar dalam membincangkan hukum-hukum berkaitan hadis Dhoif, kerana tidak mungkin sabdaan ini terbit daripada fikiran semata-mata tanpa Masmu’ (didengari dari Nabi s.a.w), bahkan ia sebenarnya merupakan dalil bahwa bagi hadis-hadis Dhoif mempunyai asal dan tanda pengesahan makbul (diterima).

Sesungguhnya para Ulama menukilkan daripada Imam Ahmad bin Hanbal bahawa dalam soal hukum-hakam, beliau berpegang dengan hadis yang Dhoif (jika ditampung keDhoifan tersebut dengan kemasyhuran hadis terbabit). Beliau juga mengutamakan hadis Dhoif dari pandangan akal. Beliau mengambil hadis-hadis Dhoif pada perkara-perkara halus (seperti akhlak) dan fadhoil. Seperti itu juga Ibnu Mubarak, al-Anbari, Sufiyan al-Thawri dan di kalangan pemuka-pemuka umat r.ahum.

————————————————————————————————–

3 Qaulul Badi’ : 195.

4 Pengarang Kanzul Ummal – ( 43132) – telah menisbahkan hadis ini kepada Abu Sheikh, Khatib, Ibnu an-Najjar, al-Dailami dari Jabir iaitu dalam kitab al-Durar karangan Ibnu Abdi al-Barr , al-Mu’jam al-Awsath karangan al- Tabarani dari Anas dengan lafaz – (( Sesiapa yang telah sampai kepadanya sesuatu fadhilat dari Allah , maka ia tidak mengakuinya , tidaklah ia mendapatnya.)) tapi terdapat kritikan pada riwayat yang ini , al-Ajluni telah menyebut dalam Kasf al-Khafa ( 2 : 327), telah di nukil dari Imam Sayuthi pada akhirnya (( maka pada jumlah , ada baginya asal )). Satu hadis lagi telah meriwayatkan oleh Imam Ahmad (5: 425) Ibnu Sa’ad dalam Tabaqat ( 1: 387/388), Ibnu Hibban telah menSohihkannya (92) – Bahawa Nabi s.a.w telah bersabda ((Bila kamu mendengar sesuatu hadis dari ku, yang hati kamu telah mengenalinya, lembutlah bulu dan kulit kamu , kamu nampak hadis tersebut hampir (boleh kamu faham) maka daku lebih utama dengannya dari kamu. Apabila kamu mendengar pula sesuatu hadis dari ku yang hati kamu ingkar, liar darinya oleh bulu dan kulit kamu dan kamu nampak hadis tersebut jauh (untuk difahami), maka daku lebih jauh dari kamu terhadapnya (lantaran ia bukan berasal dariku)).

Begitu juga para ulamak Hanafi mendahulukan hadis Dhoif terhadap pandangan akal, sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Zarkasyi, Ibn Hazm dan selainnya.

Maksudnya, bahwa sesungguhnya bagi hadis-hadis Dhoif adalah zat-zat hadis yang terdapat I’tibar, dan kegiatan Ilmiyyah Syaria’t, kerana tidak mencukupi sebahagian syarat-syarat hadis Sohih padanya. Maka meletakkan title makzub (hadis dusta/ maudhu’) pada hadis Dhoif adalah kesalahan yang besar di sudut Ilmiyah.

Mazhab Abu Daud samalah seperti mazhab Hanafi dan Hanbali, yang mana mereka mengutamakan hadis Dhoif berbanding penggunaan akal, jika tidak ada sumber lain yang boleh dijadikan dalil dalam sesuatu bab yang dibincangkan.

Tidak ada yang menyanggahi Ijmak bahawa hadis Dhoif boleh diamalkan melainkan Abu Bakar Ibn al-‘Arabi seperti yang dinukilkan oleh Ibn al-Solah. Percanggahan oleh Ibn al-‘Arabi ini mempunyai beberapa alasan yang telah dijawab oleh para ulama, atau penolakannya terhadap hadis Dhoif itu hanya terbatas kepada alasan-alasan yang diberikan sahaja. Oleh itu sebenarnya tidak ada percanggahan antara beliau dengan ijmak ulama dalam hal keharusan beramal dengan hadis Dhoif jika betul pada tempatnya.

7. Hadis-hadis dalam al- Sohih (al-Bukhari dan Muslim), Dhoif dan Mudha’af.

Di sana terdapat satu lagi bahagian hadis yang dinamakan hadis muda’af, iaitu hadis yang mana senarai perawi dalam isnadnya dianggap Dhoif (lemah) oleh satu kumpulan ulama sementara kumpulan lain pula mengatakan mereka adalah perawi yang thiqah (dipercayai). Kedudukan hadis yang sebegini berada di tengah-tengah antara hadis Sohih dan Dhoif. Dengan kata lain, martabatnya kurang daripada hadis Sohih tetapi melebihi taraf hadis Dhoif. Ia adalah saudara kepada hadis Hasan ataupun dari jenis yang lebih tinggi daripada hadis Hasan. Oleh kerana itu para ulama mengharuskan hadis sebegini dimasukkan dalam kitab-kitab Sohih. Namun hadis-hadis ini pada kebiasaan yang berlaku , dimasukkan dalam kitab-kitab Sohih hanya berperanan sebagai syawahid dan mutaba’ah atau hanya sekadar disebut ketinggian sanadnya (sanad yang A’liyy) saja.

Al-Bukhari telah menyebut secara bersendirian (tanpa Muslim) sebanyak lebih empat ratus lapan puluh nama perawi yang lapan puluh daripadanya dikritik oleh ahli hadis sebagai bertaraf lemah periwayatannya.

Adapun rangkaian sanad Muslim pula ada enam ratus dua puluh orang perawi, yang mana seratus enam puluh orang daripada mereka dikritik dan dikatakan bertaraf lemah. Namun mereka ini (yang dikatakan lemah periwayatannya) diperakukan sebagai perawi yang thiqah (dipercayai) oleh ramai ahli hadis yang lain.

Maka bagaimana pula fikiran mereka yang mendakwa-dakwi dalam Ilmu Ini cuba mengulas berkenaan hal perwai-perawi tersebut??..

Ibn al-Solah mengulas:

(( يقع بصحة ما أسنداه ( البخارى ومسلم ) أو أحدهما , سوى أحرف يسيرة تكلم

عليها بعض أهل النقد , لا كلهم .

(( Semua perawi yang disebutkan dalam sanad al-Bukhari dan Muslim diputuskan sebagai Sohih kecuali beberapa nama yang dipertikaikan oleh sesetengah ahli al-Naqd (pengkritik sanad) bukan kesemuanya.))

Kami pula mengulas: Beberapa nama yang dipertikaikan sesetengah pengkritik sanad inilah yang termasuk dalam bahagian hadis muda’af, yang mana ia harus dimasukkan ke dalam kitab-kitab hadis yang Sohih, tanpa ada celaan seperti yang telah kami terangkan.

Kemudian seterusnya :

: ان الحكم على الحديث بالصحة , أو الحسن , أو الضعيف , انما هو لظاهر الاسناد , لا لما هو فى نفس الأمر , فنفس الأمر هو اليقين المطلق الذى لا يعلمه الا اللّه وحده

Menentukan sesuatu hadis sama ada bertaraf Sohih atau Hasan atau Dhoif adalah berdasarkan pengamatan zahir terhadap nama-nama yang terdapat dalam sanad. Sesuatu hadis dikategorikan sebagai Sohih, Hasan dan Dhoif bukan berdasarkan hakikatnya, kerana hakikatnya yang sebenar hanya Allah jua yang mengetahui. Oleh kerana itulah para ulama hadis menyebutkan:

(( كم من حديث صحيح هو فى نفس الأمر ضعيف , وكم من حديث ضعيف هو فى نفس الأمر صحيح , وانما علينا التحرى والاجتهاد ))

((Mungkin ada di antara hadis yang Sohih pada hakikatnya ia adalah Dhoif, dan berapa banyak hadis yang Dhoif sedangkan pada hakikatnya ia adalah Sohih. Yang menjadi kewajipan kita ialah membuat pemeriksaan dan berijtihad.)

Mereka mengatakan lagi:

: لأنه يجوز الخطأ والنسيان على العدل الصدوق , كما يجوز على غيره , فاليقين هنا اعتبارى محض.

((Ini kerana ada kemungkinan perawi yang adil/yang benar melakukan kesilapan atau terlupa sebagaimana hal tersebut harus berlaku kepada orang lain. Oleh itu keyakinan terhadap mutu hadis di sini hanya dalam bentuk iktibar (iaitu berdasarkan pengamatan yang zahir)).

ورواية (( العدل )) عن (( الضعيف )) تعديل له عند الأصوليين .

((Apabila seorang perawi yang bersifat adil meriwayatkan hadis yang diambilnya daripada perawi yang bertaraf Dhoif, maka bererti dia menganggap perawi itu bertaraf adil, menurut ulamak Usul.))

Pengarang kitab al-Manhal menyebutkan:

” وقياسه أنه تصحيح له أيضا عندهم ” .

((Qiyasnya, bererti perawi yang bertaraf adil itu telah mentashihkan hadis Dhoif tersebut, menganggap hadis tersebut sebagai Sohih disisi mereka.))

8. Ulama Sufi dan Hadis Dhoif.

Mudah-mudahan para saudara kita di kalangan penulis dan pembimbing selepas ini mengambil sikap warak (berhati-hati) daripada menghamburkan pandangan secara ithlaq (pukul rata) sehingga sampai menganggap palsu (maudhu’) terhadap hadis-hadis yang Dhoif yang tidak sesuai dengan pendapat mereka. Seolah-olah hadis Dhoif itu sebagai maudhu’, makzub dan muftara (( موضوع , مكذوب , مفترى ))

tidak boleh diambil manfaat, tidak perlu dihormati dan tidak boleh dinukilkan dan tidak boleh langsung berjinak-jinak dengan lafaz dan pengertiannya.

Kemungkaran yang paling teruk ialah apabila kemelut yang dihadapi oleh saudara-saudara kita ini tidak berkurangan sampaikan mereka sanggup mempertikaikan/ menuduh yang bukan-bukan kepada orang-orang Sufi hanya kerana berpegang pada hadis Dhoif, walaupun dalam hal-hal yang disepakati oleh Para Ulama Hadis dan Para Ulama Usul ditimur dan barat bahawa hadis-hadis Dhoif terbabit sunat diamalkan, juga semata-mata kerana mengetahui sebahagian besar di kalangan Ulama-ulama hadis dan Imam-imam mereka adalah Ahli Sufi yang memimpin (pengikutnya dan umat) sebagaimana yang terdaftar dalam senarai sanad-sanad dan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh mereka. Sentiasalah mereka yang redho dengan penyakit hadis Dhoif, berdalilkan dengan mereka (Ahli hadis di kalangan Ahli Sufi).

Ibn Abdul Barr berkata:

: (( أحاديث الفضائل لا تحتاج فيها الى من يحتج به ))

((Hadis-hadis yang berkaitan dengan fadhilat-fadhilat, maka kami tidak perlukan orang yang layak untuk dijadikan hujah.))

Ibn Mahdi menyebut dalam kitab al-Madkhal:

: (( اذا روّينا عن النبى _ صلى اللّه عليه وسلم _ فى الحلال , والحرام , والأحكام , شددنا فى الأسانيد , وانتقدنا الرجال , واذا روّينا فى الفضائل , والثواب , والعقاب , تساهلنا فى الأسانيد , وتسامحنا فى الرجال )) .

((Apabila kami meriwayatkan daripada Nabi SAW tentang halal haram dan hukum-hakam, maka kami akan memperketatkan sanad-sanadnya dan kami akan membuat kritikan (pemeriksaan) terhadap rijalnya (nama-nama perawi yang terdapat dalam sanad). Tetapi apabila kami meriwayatkan hal-hal berkaitan fadhilat, ganjaran pahala dan seksa, maka kami mempermudahkan sanad-sanadnya, dan kami bertolak ansur dengan rijalnya.))

Imam al-Ramli menyebutkan hadis-hadis yang terlalu Dhoif (iaitu hadis yang dinamakan al-Wahiy) apabila sebahagiannya bergabung dengan sebahagian yang lain, maka ia boleh dijadikan hujjah dalam bab ini (iaitu Bab Fadhilat, Perkara yang menambat hati, Nasihat, Ketatasusilaan, Sejarah dan seumpamanya). Berdasarkan inilah, maka al-Mundziri dan para pentahkik yang lain mengumpulkan hadis-hadis terbabit dalam kitab al-Targhib wa al-Tarhib (menggemar dan membimbangkan).

Pendekatan yang diambil oleh golongan terdahulu yang membuat pengkhususan dalam bidang hadis ini samalah dengan pendekatan yang diambil oleh sesetengah fuqaha’ dan ulama tasawuf. Dan dengan pendekatan inilah kami berpegang. Dalam Matan Hadis-hadis Dhoif, kita banyak menemui hikmah-hikmah, ilmu makrifah, perkara yang seni-seni/ halus, kesusateraan yang menghimpun semuanya oleh hembusan wahyu kenabian adalah merupakan barang khazanah (Ilmu ) orang mukmin yang telah hilang.

Inilah pendekatan yang diambil oleh ulama terdahulu seperti al-Thawri, Ibn ‘Uyainah, Ibn Hanbal, Ibn al-Mubarak, Ibn Mahdi, Ibn Mu’in dan al-Nawawi. Ibn ‘Adiy meletakkan satu bab berkaitan hal ini (penerimaan hadis Dhoif) dalam kitabnya yang berjudul al-Kamil. Begitu juga yang dilakukan oleh al-Khatib dalam kitab al-Kifayah.

*******

Pada masa kini, kita dapat melihat (amat mendukacitakan), ada golongan yang menolak hadis-hadis al-Bukhari kerana tidak sejajar dengan kefahaman yang dipeganginya, dan tidak bersesuaian dengan kecenderungannya atas nama menolong Sunnah. Malah ada orang yang menulis buku berkaitan hal ini, sedangkan dia bukan orang yang berkelayakan. Ada berpuluh-puluh musuh Islam yang membantunya untuk mencetak buku berkenaan dan mengagihkan secara percuma di merata tempat walaupun menelan kos yang besar yang didorong oleh kepentingan mendapatkan keuntungan material dan niat yang buruk.

Kalau tidak dengan rahmat Allah, dan langkah-langkah yang diambil oleh majalah Muslim (iaitu majalah yang diasaskan oleh penulis) dan sesetengah ulama hadis (untuk menangkis usaha tersebut), nescaya akan menyebabkan timbul keraguan terhadap semua hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan riwayat oleh Imam-imam Hadis yang lain. Tentunya (jika tidak ada usaha yang diambil oleh sesetengah Ulama dalam menangkis golongan terbabit), maka Sunnah Nabi yang telah sabit secara ilmiah terdedah kepada fitnah (semoga Allah melindunginya) yang ditimbulkan oleh golongan yang mendakwa sebagai Salafiyah, kononnya mereka yang lebih mengetahui tentang ilmu Sunnah , berbanding makhluk Allah yang lain. Mereka menghukum kufur orang dan menghukum mereka sebagai Syirik dan Fasiq kecuali sesiapa yang menurut hawa nafsu mereka yang jelek.

Fahamilah keadaan Ini :

Sesungguhnya Imam Al-Nasa’ie telah mentakhrijkan (iaitu memakai dan beri’timad dalam riwayat sesuatu hadis) nama-nama perawi yang tidak diijmak pada matruknya, yakni nama perawi sesuatu hadis yang hanya bersumberkan daripadanya. Asalkan jangan dia dikenalpasti sebagai seorang yang pembohong.

Apa yang berlaku kepada kami (iaitu hadis-hadis yang diamalkan oleh kami) yang diriwayatkan oleh Tokoh-tokoh besar Sufi dan Pendakwah ke jalan Allah, tidak terdapat di dalam sanadnya perawi yang pembohong atau pendusta. Cukuplah ini sebagai dalil keharusan beramal dengan hadis yang Dhoif pada tempatnya. Inilah pendirian yang diambil oleh ulama-ulama Tasawuf dan yang terdapat dalam kitab-kitab mereka. Kami memohon keampunan kepada Allah dan bertaubat kepadaNya. Dialah jua yang memberikan taufiq dan tempat untuk meminta pertolongan.

ونستغفراللّه ونتوب اليه , وهو الموقف المستعان .

وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصبه وسلم .

وكتبه المفتقر اليه تعالى وحده

محمد زكى ابراهيم

رائد العشيرة المحمدية وشيخ الطريقة الشاذلي

بسم الله الرحمن الرحيم.

فوائد علمية متناثرة

وكتبه تلميذ المؤلف :

محي الدين حسين يوسف

حول الحديث الضعيف وأحكامه

الحمدللّه , والصلاة والسلام على رسوللّه , وعلى آله وصحبه ومن اهتدى بهداه. أما بعد .

1. Bilakah naik darjat Hadis Dhoif kepada darjat Hadis Hasan?

Apabila diriwayatkan sesuatu hadis yang mana disegenap sudutnya adalah Dhoif, tidak semestinya hasil daripada berhimpun banyak akan dianggap sebagai Hasan. Maka Hadis Dhoif di sisi Para Muhaqiqin terbahagi dua:

A.Yang ditampung dengan hadis-hadis yang lain: Hadis yang sebegini dibuat hujjah pada masalah fadhoil dan sepertinya. Hadis Dhoif daripada bahagian pertama ini disebabkan beberapa sebab :

1) Dhoif disebabkan lemahnya hafalan perawi yang meriwayatkannya padahal perawi

tersebut bersifat amanah.

2) atau Dhoifnya disebabkan Mursal

3) atau bersifat Tadlis

4) atau tidak dikenal perawinya (Majhul).

atau yang sepertimana perkataan para ahli hadis:

: اسناده محتمل للتحسين , أو قريب من الحسن , أو فى اسناده لين , أو ضعف , ثم : اسناده َضعيف , ثم : فى اسناده مجهول , أو مستور , ثم : ليس فى اسناده متروك , أو من يترك , أو من أجمع على ضعفه.

(( Isnadnya diihtimalkan bagi Hadis Hasan atau hampir dengan martabat Hadis Hasan

atau pada isnadnya terdapat sifat Liin atau sifat Dhoif. Kemudian isnadnya lemah,

kemudian pada isnadnya Majhul atau mastur, kemudian tiada pada isnadnya itu seseorang yang bersifat Matruk, atau mereka yang matruk ( ditinggalkan) atau mereka yang telah di Ijmak kan atas Dhoif riwayatnya.

Maka Dhoif yang begini akan ditampung keDhoifannya dengan hadis Dhoif yang lain yang tidak rendah darjahnya ( sama-sama Dhoif) dan hilang keDhoifan nya dengan sebab terdapat thuruq ( jalan riwayat ) yang lain yang bersamaan atau lebih tinggi daripada darjahnya.

B. Dhoif yang tidak tertampung dengan riwayat yang lain, dan tidak boleh dibuat hujjah dengannya secara mutlak. Tidak boleh pada bab fadhoil dan tidak juga boleh pada perkara yang selain fadhoil. Diantaranya hadis Al Waahiy dan hadis Mungkar. Iaitu hadis yang keDhoifannya disebabkan fasik rawinya atau dusta. Itulah perkataan muhadissin berkenaannya:

اسناده واه أو ضعيف جدّا , أو ساقط , أو هالك , أو مظلم

Hadis-hadis yang begini tidak berfungsi sekalipun maufakat padanya hadis-hadis Dhoif yang lain, lebih-lebih lagi apabila hadis-hadis Dhoif yang lain hanyalah bersamaan dengannya pada istilah-istilah pangkat tersebut, disebabkan kuat Dhoifnya dan sama taraf kedudukan hadis yang menjadi penampung. Ya, bahkan boleh meningkat pangkat hadis-hadis Dhoif tersebut daripada keadaan pangkat-pangkatnya kepada pangkat Hadis Mungkar disebabkan berhimpun Turuqnya (banyak jalan riwayatnya), dan tidak harus (haram) meriwayatkannya melainkan hendaklah disertai penerangan berkenaan keDhoifannya yang Mungkar.

2) Ijmak Ulama menerima sesuatu hadis sekalipun ia tidak Sohih.

Sesuatu hadis yang telah diterima oleh para ulama melalui jalan periwayatan adalah makbul sekalipun tidak mencukupi syarat-syarat Sohih, kerana Umat tidak akan bersependapat di atas sesuatu yang sesat.

Berkata Ibn Abdil Barr dalam kitab al-Istizkar:

لما حكى عن الترمذى أن البخارى صحح حديث البحر (( هو الطهور ماؤه )) , وأهل الحديث لا يصححون مثل اسناده , لكن الحديث عندى صحيح , لأن العلماء تلقوه بالقبول .

((Ketika dihikayatkan daripada Imam at-Tarmizi bahawa al-Bukhari telah menSohihkan hadis berkenaan laut هو الطهور ماؤه , padahal para ahli hadis tidak menSohihkan sanad yang sepertinya, tetapi hadis tersebut disisiku adalah Sohih , kerana para ulama telah menerima hadis tersebut sebagai makbul. ))

Berkata Ibn Abdil Barr di dalam kitab at-Tamhid, Jabir telah meriwayatkan daripada Rasulullah SAW :(( الدينار أربعة وعشرون قيراطا)) Beliau berkata: Pada berkenaan pendapat sebahagian Ulama yang berkata :

واجماع الناس على معناه غنى عن الاسناد فيه.

((Ijmak manusia atas maknanya itu terkaya daripada isnadnya.))

Berkata al-Ustaz al-Isfiroyni:

, تعرف صحة الحديث اذا اشتهر عند أئمة الحديث , بغير نكير منهم .

((Dikenali keSohihan sesuatu hadis apabila masyhur ia di sisi para ulama hadis tanpa terdapat ingkar padanya.))

Berkata sebahagian ulama:

يحكم للحديث بالصحة اذا يلقاه الناس بالقبول , وان لم يكن اسناده صحيح .

((Dihukumkan sesuatu hadis itu dengan Hadis Sohih apabila para ramai Ulama menerimanya sekalipun isnadnya tidak Sohih.))

3) Beramal dengan hadis Dhoif sekalipun pada hukum-hukum.

Para ulama telah berdalil dengan hadis-hadis Dhoif, yang Dhoifnya tidaklah terlampau Dhoif. Sehingga pada masalah hukum-ahkam yang mana hadis-hadis yang Dhoif telah juga diambil iktibar. Istimewa lebih-lebih lagi bila pada bab yang bukan bab hukum-ahkam.

Contoh contoh pada masalah yang sebegitu terlalu banyak. Misalnya hadis-hadis berkenaan meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri ketika di dalam sembahyang. Maka hadis-hadis berkenaan dalam perkara tersebut adalah hadis-hadis yang Dhoif. Oleh yang demikian sekalipun tidak ada satu pun hadis-hadis dalam masalah ini yang sah. Ada yang paling Sohih pun ialah hadis yang diriwayatkan oleh Wail: ((Nabi SAW meletakkan kedua-dua tangan tersebut di atas dada.)) Pada hal ia bukan pula dalil untuk amalan meletakkan kanan atas kiri, al-Sawkani dan selain beliau telah menyebut tentang hadis ini.

Engkau akan jumpai contoh-contoh pada masalah yang sebegitu terlalu banyak misalnya di dalam (1.) Kitab Muntaqa al-Akhbar – karangan al-Mujid Ibnu Taimiyah, dan syarahanNya ( 2.) Nailul Awthar – karangan as-Syaukani, (3.) Takhrij Al-Hadith al Hidayah – karangan al-Hafiz Zailaie, (4.) Talkhis al-Habir – karangan Ibnu Hajar al-Asqolani, (5.) BBuluughu al-Muram, dan SyarahanNya (6.) Subul al-Salam– karangan as-Suna’ni. Di dalam (7.) Muwata– Imam Malik terdapat hadis-hadis bertaraf Mursal dan hadis-hadis yang di mulai dengan lafaz “Balagha”. Begitu juga di dalam kitab-kitab Sunan terdapat bab-bab hukum yang berhujahkan hadis-hadis Dhoif, dalam jumlah yang tidak sedikit.

Berkata al-Hafidz Abu Fadhal Abdullah bin Siddiq al-Ghumari r.h.m: Perkataan para Ulamak dalam Ilmu Ini:

الحديث الضعيف لا يعمل به فى الأحكام ليس على اطلاقه , كما يفهمه غالب الناس أو كلهم ؛ لأنك اذا نظرت فى أحاديث الأحكام التى أخذ بها الأئمة المجتمعين ومنفردين وجدت فيها من الضعيف ما لعله يبلغ نصفها أو يزيد , وجدت فيها المنكر والساقط , القريب من الموضوع.

((Hadis-hadis Dhoif tidak diamalkan dengannya pada hukum-ahkam tidaklah menurut lafaz ithlaqnya (makna yang menyeluruh) sebagaimana fahaman kebanyakkan manusia atau seluruh mereka. Kerana jikalau engkau memerhati pada hadis-hadis hukum yang telah digunakan oleh Imam-imam, samada secara sependapat ataupun sendirian pada sudut berdalil dengan hadis dhoif, nescaya engkau akan dapati terdapat hadis-hadis yang Dhoif barangkali mencapai separuh daripada dalil-dalil hukum-ahkam tersebut atau melebihi separuh. Kadang-kala engkau akan jumpai hadis-hadis Mungkar, hadis Saqith dan hadis-hadis yang hampir kepada taraf Maudhu’.))

Perkara ini telah diisyaratkan oleh saudara kandung kami al-Allamah al-Hafiz as Saiyid Ahmad di dalam kitab al Masnuni wal Battal, maka hendaklah dirujuk di sana. Bahkan mereka yang telah mencontohkan kaedah tersebut adalah Imam Malik dan Imam Abu Hanifah di mana mereka telah berhujah dengan hadis-hadis Mursal. Sebahagian daripada usul Imam Ahmad dan muridnya Abu Daud adalah berhujah dengan hadis-hadis Dhoif. Beliau telah mendahulukan hadis Dhoif daripada Pendapat dan Qiyas. Imam Abu Hanifah seperti yang telah dinaqalkan oleh Ibnu Hazam juga telah beramal seperti mana mereka yang seangkatan dengannya. Terdapat di dalam perpustakaan kami satu naskah kitab tulisan tangan berjudul al-Mi’yar, di dalamnya disebutkan hadis Dhoif pada tiap-tiap bab, yang telah dipungut daripada ijtihad para Ulamak Mahzab Empat, sebagai dalil mereka samada sependapat atau bersendiri menggunakan hadis-hadis Dhoif pada sesuatu hukum.

Apabila telah mantap bagimu pada kaedah ini, maka janganlah engkau berpaling disebabkan was-was yang telah dilemparkan oleh kumpulan buat kacau-bilau bahawa hadis-hadis Dhoif tidak boleh ditegakkan hujah dengannya sama sekali, kerana engkau telah mengetahui kaedah tersebut adalah sebahagian amalan para Imam Umat ini. Tetapi alangkah menghairankan, Thoifah (kumpulan) ini telah menggunakan hadis-hadis Dhoif apabila sesuai dengan kehendak mereka dan mengutamakan hadis-hadis Dhoif daripada yang Sohih. Perkara sebegini boleh diketahui dengan memerhatikan cara mereka menggunakan dalil-dalil untuk menegakkan bida’ah dan bantahan-bantahan mereka. Ini adalah merupakan permainan-permainan yang patut mendapat murka Tuhan

4) Ijmak Para Ulamak atas beramal dengan hadis-hadis yang Dhoif:

Tidak cedera Ijmak disebabkan terdapat pertentangan dan pendapat yang pelik

( Syaz.) Tidak terdapat seorang pun dikalangan para Ulamak yang menentang Ijmak pada Keharusan beramal dengan hadis-hadis yang Dhoif pada soal Fadhoil Amal melainkan Al-Qadi Abu Bakar bin Al-Arabi. Yang demikian itu telah menyebut oleh guru kami didalam risalahnya, perkataan yang berbunyi,:

له وجوه يرد عليه منها , ويحمل كلامه عليها … ويكفى انه انفرد بهذا القول لئلا يحتج به

((Beliau (Qadhi al-Arabi) mempunyai pendapat-pendapat yang dibangkang dan (diihtimalkan) ditujukan maksud beliau kepada…. Memadalah bahawa bersendirian beliau dengan perkataan itu dan tidak boleh dipegang sebagai hujjah.))

Adapun perbuatan sebahagian penulis kini yang suka mengubah-ubah fakta, cuba menisbahkan pendapat tersebut (iaitu tidak boleh sekali-kali beramal dengan hadis Dhoif sekalipun pada Fadhoil Amal) kepada Imam al-Bukhari dan Imam Muslim sebenarnya adalah merupakan perkara yang sangat ajeeb (menghairankan).

Kenapa begitu, jawabnya kerana Imam Al-Bukhari telah menulis di dalam kitabnya Al-Adabul Mufrod dan di dalam kitab Tarikh yang mana beliau tidak mensyaratkan periwayatan-periwayatan hadis dengan meninggalkan hadis-hadis yang Dhoif. Maka di dalam kedua kitab tersebut, beliau telah menisbahkan riwayat-riwayat tersebut kepada diri beliau sendiri, tidak lain tidak bukan tujuannya supaya bersungguh-sungguh manusia beramal dengan hadis-hadis tersebut walaupun terdapat hadis-hadis yang Dhoif. Kemudian Imam al-Bukhari R.A telah menyebut hadis hadis yang tidak menurut syarat-syarat beliau dalam kitab Jami’ nya, iaitu kitab Jami’ Sohih dan sebahagian daripada hadis hadis tersebut sekalipun di dalam Jami’ Sohih, karangan beliau terdapat hadis-hadis yang Dhoif, Ini terdapat di dalam ta’lik atau tarjamah beliau. Berlakunya perkara yang demikian menunjukkan, bahawa beliau sebenarnya beramal juga dengan hadis-hadis yang Dhoif, Adapun sebab beliau tidak menyebut di dalam Asal Kitab Sohihnya itu kerana bertentangan dengan syarat syarat beliau, yang mana beliau hanya akan meriwayatkan hadis-hadis didalam Kitab Jami’ nya itu tidak lain melainkan hadis-hadis yang Sohih sahaja.

Adapun Imam Muslim, maka sesungguhnya Imam Nawawi yang telah mensyarahkan kitab beliau, telah menghikayatkan Ijmak atas Keharusan, beramal dengan hadis hadis yang Dhoif pada Fadhailul amal,

Padahal Imam Nawawi lebih mengetahui, berkenaan Imam Muslim, dan berkenaan Kitab Sohih Imam Muslim, berbeza jauh apabila dibandingkan dengan mereka yang membantah.

Adapun perkataan, sekumpulan daripada golongan orang yang menisbahkan diri mereka, sebagai golongan Salafi pada zaman kita ini, maka tidaklah akan cedera pula Ijmak lantaran kurang faham mereka itu dan lantaran disebabkan mereka membantahinya pada perkara yang telah diamalkan (iaitu beramal dengan hadis-hadis Dhoif).

Selain daripada itu, sebenarnya kebanyakan mereka yang mendakwa sebagai Salafi itu, bukanlah Ahli di medan Ilmu Ini .

5) Meriwayatkan hadis-hadis Dhoif?

Adalah wajib menerangkan keadaan sesuatu hadis itu adalah Dhoif ketika meriwayatkannya atau wajib disebutkan dengan salah satu dari lafaz yang menunjukkan Dhoif seperti lafaz :

روى untuk memelihara perbezaan di antara hadis yang Sohih, yang Thabit dengan hadis yang Dhoif, yang tidak sempurna padanya syarat-syarat Sohih.

6) Pemuka-pemuka hadis dahulu kala.

Di dalam kebanyakkan kitab-kitab para pemuka hadis yang terdahulu mereka menyebutkan setiap hadis dengan sanadnya tanpa menerangkan darjah hadis tersebut. Demikian itu kerana bersandar kepada kaedah:

(( من أسند فقد أحالك , ومن لم يسند فقد تكفل لك ))

Ertinya: ((Sesiapa yang menyebut sanad maka sesungguhnya ia memalingkannya kepadamu, dan sesiapa yang tidak menyebut sanad sesungguhnya memadai ia bagimu.)) Oleh yang demikian lazimlah berniat.

7) Sebahagian daripada tanda-tanda keNabian

Kepada mereka yang berpangkalkan Hadis Nabi s.a.w pada selemah-lemah sebab , dan telah menimpa mereka demam panas Ta’asub ketika mendengar perkara yang bertentangan dengan Hawa Nafsu mereka berkenaan Hadis Nabi , ditujukan kepada mereka sabdaan Rasul s.a.w :

(( لا ألفينّ أحدكم متكئا على أريكته يأتيه الأمر من أمرى مما أمرت به , أو نهيت عنه فيقول : لا ندرى ما وجدنا فى كتاب اللّه اتبعناه )) رواه ابو داود والترمذى وصححه

((Sesungguhnya tidak akan di dapati sesorang dari kamu yang bertelekan (duduk) di katilnya, yang datang padanya sesuatu perkara dari urusan dari perintahku atau laranganku, melainkan akan akan menjawab: Kami tidak tahu dan tidak menjumpainya ada dalam Kitab Allah untuk kami ikutinya.))

8) Waham dan Tadlis pada menerangkan pangkat hadis.

Telah beradat sebahagian mereka yang telah mewahamkan dan mentadliskan pada menerangkan darjah hadis dengan menggunakan perkataan:

(( ليس بصحيح)) يعنى (( حسن أو ضعيف ))

Ertinya: Tidak Sohih iaitu (maksud yang sebenar adalah samada) Hasan atau Dhoif, melainkan bahawa menisbahkan perkataan berikut sebenarnya bertujuan untuk memberi kesamaran kepada umat bahawa hadis tersebut adalah Maudhu’. Padahal tidak terdapat di dalam kitab-kitab hadis istilah yang begitu, sesungguhnya kebanyakkan mereka yang mengaku Salafi pada masa kita ini menulis di dalam majalah-majalah mereka perkara waham dan tadlis. Mesti diketahui apabila di dapati di dalam kitab-kitab ahli hadis yang terdahulu (al-Mutakaddimin) istilah seperti

لم يصح فى هذا الباب حديث

((Tidak sah pada bab ini suatu hadis pun)), maka yang dimaksudkan adalah terdapat hadis Hasan dan Dhoif padanya. Mereka menggunakan peristilahan sebegitu kerana mereka berbicara dihadapan:

1.Para Ulamak atau

2. Pada ketika kebanyakkan hadirin yang hadir adalah membincangkan istilah-istilah di dalam ilmu ini.

9)Membatalkan hadis-hadis dengan menyangka membersih dan menolongnya.

Sebahagian bala Allah Taala yang ditimpakan pada segolongan orang, iaitu sengaja menyeluk kitab-kitab hadis dan membahagi-bahagikannya kepada hadis Sohih dan Dhoif, bahkan cuba mengumpulkan kesemua hadis-hadis Sohih dalam satu kitab dengan hanya menurut hawa nafsunya. Mengandingkan hadis Dhoif bersama Hadis Maudhu’ dalam satu kitab pula. Maka apakah bencana dahsyat yang ditimpakan lagi?. Adakah kerana kemasyhuran dan banyak karangan yang menghasilkan banyak harta benda?. Atau di sana ada tujuan yang tersembunyi untuk mengenepikan hadis-hadis yang begitu banyak?. Lantaran menuntut redho syahwat orang-orang tertentu atau menuntut redho mereka yang di tangannya suruh dan tegah, dan menyebarkan sebahagian mazhab dan hawa nafsu yang mengikut siasah dengan memperdaya menggunakan agama?

10) Kaedah usul pada sesuatu yang pada perkara yang ditinggalkan الترك

Setengah daripada bencana yang meratai di kalangan masyarakat bahawa sesorang akan berkata: Perkara ini haram kerana Nabi meninggalkannya atau tidak melakukannya.

Firman Allah Ta’ala:

وما آتاكم الرسول فخذوه وما نهاكم عنه فانتهوا

((Perkara yang telah mendatangnya pada kamu oleh Rasul, maka hendaklah kamu ambil, dan perkara yang Baginda tegah pada kamu maka hendaklah kamu tinggalkan.))

Tidak pula Tuhan berfirman: : وما تركهdan perkara yang ia tinggalkan. Maka Nabi meninggalkan sesuatu perkara tidak pula bermakna perkara tersebut haram kerana kaedah:

والأصل فى الأشياء الاباحة , الاّ ما ورد فيه نص أو دليل شرعى .

((Asal pada sesuatu perkara adalah harus melainkan apabila telah datang padanya nas atau dalil syarak yang mengharamkannya.))

11) Penyudah, ditujukan pada Para Pemuda kami, Para Pewaris.

Sesungguhnya sebaik-baik perkara yang kami bentangkan pada hari ini kepada para pewaris umat ini dan pemukannya adalah: ((Bahawa berhadaplah sepenuh inayah kamu untuk kitab-kitab hadis, mengambil dan belajar kepada para guru yang beramal dan jadilah kamu para penolong pada beramal dengannya, janganlah kamu menjadi yang memusuhinya. Sejahat-jahat musuh adalah musuh yang menyerupai rupa teman. Dan sesungguhnya kitab-kitab hadis yang sangat berhajat para pemuda padanya lebih daripada berhajat kepada air sejuk pada ketika haus/ dahaga, maka lazim olehmu kitab :

1.Riyadus Solihin—- Imam Nawawi,

2.Al-Targhib wa al-Tarhib—-al- Munziri,

3.Subulus Salam- as- Sun a’ni,

4.Nailul Awthar-al-Syaukani,

Jangan meluputkan kamu oleh Kitab al Syamail al Muhammadiah— al-Tirmizi dan Sifru as Sa’adah— al-Fairu Zabadi. Maka pada perkara-perkara yang telah kami sebutkan terdapat kebaikan yang banyak, dan permulaan keharuman bagi pemuda Islam yang menuju kepada peradaban kebudayaan Islam yang sihat, yang tidak bertukar-tukar dan tidak kacau bilau.

“وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم”

Nasab yang mulia

Titihan Mulia

Waduh, cbox aku dah jadi macam kata Allahyarham Pak Abas Astro: “macam-macam ada”, sehingga aku pun lost sewaktu membacanya. Dari apa yang dapat ku tangkap ianya nampak macam menjurus kepada bahasan mengenai titihan nasab yang mulia, iaitu titihan zuriat keturunan Junjungan Nabi s.a.w. daripada anakanda baginda Sayyidatina Fathimah az-Zahra` r.’anha.
Aku mengakui kelebihan dan keutamaan serta kemuliaan titihan nasab ini. Ianya merupakan satu nikmat yang Allah kurniakan kepada sesiapa yang telah dijadikanNya tergolong dalam nasab tersebut. Akan tetapi ianya juga merupakan satu amanah dan tanggungjawab berat yang mesti dipikul oleh mereka-mereka yang bernasab kepada nasab yang mulia ini. Tanggungjawabnya ialah mereka yang memiliki nasab yang mulia ini hendaklah sentiasa memuliakan darah Junjungan Nabi s.a.w. yang mengalir dalam tubuh mereka. Memuliakannya dengan sentiasa mematuhi ajaran nenda mereka Junjungan Nabi s.a.w. Jika kami yang tidak ternasab dalam titihan yang mulia ini, yakni dalam tubuh kami Allah tidak rezekikan mengalir darah atau DNA Junjungan Nabi s.a.w. dikehendaki untuk sentiasa taat kepada ajaran baginda, maka kamu keturunan yang mulia, anak cucu baginda seharusnya menjadi contoh utama dan pertama dalam mentaati ajaran baginda s.a.w. Kamu wahai habaib kami yang mulia diamanahkan dan dipertanggungjawabkan untuk menjaga titihan mulia yang mengalir dalam diri kamu. Nama baik Junjungan dan segala ahli keturunan baginda yang mulia jangan sekali-kali kamu khianati dengan cemar dosa dan maksiat. Jangan kotori titihan mulia ini dengan kederhakaan kepada Allah s.w.t. dan kepada ajaran Nenda kamu yang mulia s.a.w. Inilah amanah dan tanggungjawab kamu wahai habaib yang mulia.

Aku teringat kata-kata salah seorang guruku yang berketurunan asy-Syathiri yang mulia. Di mana guruku ini sekian tahun telah tinggal dan berdakwah di Negara Brunei Darus Salam. Dimaklumi bahawa di sana para saadah dipandang tinggi dan dimuliakan oleh masyarakat. Sama seperti generasi ibu-bapa ku dahulu, amat memuliakan keturunan mulia ini berbanding masyarakat zaman aku sekarang. Guruku itu amat tidak menyukai orang membesar-besarkan dirinya kerana nasabnya tersebut, bila dia menyuarakan rasa hatinya itu, maka masyarakat menjawab bahawa mereka sebenarnya memuliakan beliau kerana mungkin dalam diri beliau mengalir setitik darah Junjungan Nabi s.a.w. Justru kita memuliakan para habaib anak keturunan baginda Nabi s.a.w. adalah kerana baginda s.a.w. Allahu … Allah, jagalah kehormatan titihan mulia ini, baik umat biasa seperti diriku ini, apatah lagi mereka-mereka yang dalam diri mereka mengalir titihan ini. Sungguh kamu diberi kemuliaan yang tiada tara, dalam silsilah nasab kalian ada Junjungan Nabi s.a.w., mana ada nasab yang semulia nasab kalian, penghormatan kepada nasab kalian tetap menjadi junjungan umat ini, TAPI harus kamu ingat akan amanah dan tanggungjawab yang berat atas pundak kamu IAITU tetap istiqamah menjaga nama baik dan kemuliaan tersebut.

Mari kita lihat kalam Imam al-Haddad dalam kitabnya “al-Fushuul al-‘Ilmiyyah wal Ushul al-Hikamiyyah” dalam Fasal ke-25 halaman 88 – 91, beliau rahimahUllah antara lain menulis:-

… Dan telah berlaku atas lidah sebahagian manusia, apabila dikatakan kepadanya “seseorang dari kalangan Ahlil Baitin Nabawi telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi ajaran agama dan bercampur-baur perbuatannya antara makrufat dan maksiat”, maka mereka menjawabnya dengan kata-kata: “Mereka itu Ahlul Bait Rasulillah s.a.w., Rasulullah adalah pemberi syafaat bagi mereka, dan barangkali dosa-dosa tidak memudaratkan mereka”. Maka ini adalah ucapan yang amat buruk, yang memudaratkan diri orang yang berkata dan juga memudaratkan diri orang jahil yang diperkatakan itu. Bagaimana seseorang boleh berkata sedemikian sedangkan Kitab Allah yang mulia telah menunjukkan bahawasanya Ahlul Bait digandakan bagi mereka pahala atas segala kebajikan mereka dan demikian juga diganda hukuman terhadap dosa kesalahan mereka, sebagaimana difirmankan Allah ta`ala:-

يٰنِسَآءَ ٱلنَّبِيِّ مَن يَأْتِ مِنكُنَّ بِفَاحِشَةٍ مُّبَيِّنَةٍ يُضَاعَفْ لَهَا ٱلْعَذَابُ ضِعْفَيْنِ وَكَانَ ذَلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيراً وَمَن يَقْنُتْ مِنكُنَّ للَّهِ وَرَسُولِهِ وَتَعْمَلْ صَالِحاً نُؤْتِهَآ أَجْرَهَا مَرَّتَيْنِ وَأَعْتَدْنَا لَهَا رِزْقاً كَرِيماً

Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. Dan (hukuman) yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya. Dan sesiapa yang di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang sholeh, Kami beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda, dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia. [Surah al-Ahzab: 30 – 31)

Dan para isteri Junjungan Nabi s.a.w. adalah dari kalangan Ahlil Bait baginda s.a.w. Maka sesiapa yang berkata atau menyangka yang dengan meninggalkan ketaatan dan melakukan maksiat tidak akan memudaratkan seseorang kerana kemuliaan nasabnya atau kerana kesholehan datuk neneknya, maka dia telah mendustai Allah dan menyalahi ijmak kaum Muslimin. ………..

…. Dan adapun sesiapa daripada kalangan Ahlil Bait yang tidak menjalani jalan-jalan para salaf mereka yang suci, di mana telah masuk pada mereka sesuatu percampuran antara taat dan maksiat kerana kejahilan. Maka sewajarnya juga mereka dimuliakan dan dihormati kerana hubungan kekerabatan mereka dengan Junjungan Nabi s.a.w., dan sesiapa yang berkemampuan memberi nasihat maka hendaklah dia tidak meninggalkan menasihati mereka dan mendorong mereka untuk mengikut perjalanan shalafush sholeh mereka yang terdahulu dari segi ilmu, amal-amal sholeh, akhlak yang baik, sirah perjalanan hidup yang diredhai. Khabarkanlah kepada mereka bahawasanya mereka terlebih utama dan lebih berhak untuk berbuat sedemikian berbanding manusia lain. Dan maklumkan juga bahawa nasab semata-mata tidak bermanfaat dan tidak menjadikan darjat seseorang itu tinggi, selagi mana dia mengabaikan ketaqwaan, mencintai dunia, meninggalkan ketaatan dan mencemar diri dengan berbagai perbuatan yang menyalahi ajaran agama. Para penyair terutamanya dari kalangan para Imam dan ulama telah memberi penekanan mengenai perkara ini dalam syair-syair mereka, sehingga dikatakan oleh sebahagian mereka:-

لعمرك ما الإنسان إلا ابن دينه * فلا تترك التقوى اتكالا على النسب
فقد رفع الإسلام سلمان فارس * و قد وضع الشرك الحسيب ابا لهب

Sungguh tidaklah manusia melainkan anak agamanya
Maka jangan kau tinggal taqwa demi mengunggulkan nasab
Dengan Islam telah ditinggikan darjat Salman orang Farsi
Manakala syirik merendahkan orang berbangsa si Abu Lahab


Al-Mutanabbi pula bersyair:

إذا لم تكن نفس الشريف كأصله * فماذا الذي تغني رفاع المناصب

Pabila diri si Syarif tidak jadi seperti asal keturunannya

Maka apalah faedah ketinggian nasab keturunannya itu


Dan penyair lain berkata:-

و ما ينفع الأصل من هاشم * إذا كانت النفس من باهله

Tidak berfaedah asal keturunan daripada Hasyim
Jika jiwa dirinya daripada Baahilah

***************

Allahu …. Allah. Nasab keturunan Bani Hasyim yang merupakan semulia-mulia nasab Bangsa Quraisy tidak mendatangkan apa-apa jika diri orang itu mempunyai jiwa Baahilah iaitu satu suku ‘Arab yang terkenal dengan keburukan akhlak dan perangai mereka. Harap jangan ada sesiapa yang tersinggung. Aku tidak berniat untuk merendahkan sesiapa, hajatku hanya satu agar semua pihak, baik Saadah, baik Habaib, baik Asyraf, baik ghair munashib, untuk sama-sama memuliakan titihan mulia tersebut. Ambillah perhatian dengan kalam Imam al-Haddad tersebut, sungguh ianya adalah kalam Imam dan Pemuka Ahlil Bait Nabawi yang mulia. Mudah-mudahan dapat kita jadikan pedoman dalam kehidupan.

Hukuman Murtad

Hukuman Murtad

Jenayah Riddah atau Jenayah Murtad mesti ditangani dan dibendung dengan sewajarnya. Janganlah dibiarkan berlaku tanpa sebarang tindakan, jika dibiarkan begitu saja, jawablah nanti depan Allah. Murtad adalah termasuk dalam jenis kekufuran yang terdahsyat dan merupakan jenayah besar terhadap Islam dan penganutnya. Sebagaimana dinyatakan oleh Imam an-Nawawi rhm. dalam “Raudhatuth Thoolibin“, jilid 7, halaman 283, di mana beliau menulis:-
هي من أفحش أنواع الكفر و أغلظها حكما

Ianya adalah dari sekeji-keji kekufuran dan yang paling berat hukumannya.

Islam mengajar bahawa tiada paksaan dalam beragama, yakni dalam menjadikan Islam sebagai agama anutan. Oleh itu, kita tidak memaksa orang yang bukan Islam untuk menukar agama mereka tanpa kerelaan hati mereka. Jika paksaan menjadi amalan umat Islam, maka tiadalah lagi penganut agama Hindu di India atau penganut Kristian di Sepanyol. Kewujudan penganut-penganut agama Hindu dan Kristian tersebut menjadi bukti nyata bahawa umat Islam tidak pernah menukar agama seseorang secara paksa walaupun umat Islam beratus-ratus tahun menguasai negeri-negeri tersebut.

Seseorang yang berada di luar Islam, tidaklah dipaksa memeluk Islam. Tetapi apabila dia masuk Islam, maka dia terpaksalah tunduk dan patut dengan segala ajaran Islam termasuklah kepada hukum riddah atau murtad. Seseorang itu tidak dibenarkan untuk murtad dengan sewenang-wenangnya kerana tindakannya untuk murtad akan mengakibatkan hukum hadd dijalankan ke atasnya. Haddnya tidak lain melainkan dibunuh dengan dipancung kerana tindakannya menjadikan agama sebagai persendaan dan permainan. Sungguh kita umat yang beragama, kita tidak akan membiarkan ghirah kita kepada agama dipermain-mainkan.

Pada halaman 296, Imam an-Nawawi rhm. menyebut:-

“… Dan orang yang murtad itu hukumannya adalah dibunuh dengan dipancung lehernya, dan bukannya dibakar atau lain-lain. Hukuman tersebut hendaklah dilaksanakan oleh pemerintah atau orang yang diberinya kuasa. Jika hukuman tersebut dilaksanakan oleh selain pemerintah (yakni tanpa kebenaran pemerintah) maka orang yang melaksanakan hukuman tersebut hendaklah dihukum ta’zir.

Orang yang murtad itu hendaklah disuruh bertaubat sebelum dibunuh. Adakah suruhan bertaubat ini hukumnya wajib atau mustahab? Dalam perkara ini terdapat dua qawl atau wajah; Yang adzharnya suruhan bertaubat ini adalah wajib. Berhubung kadar tempoh yang diberi untuk orang yang murtad itu bertaubat sebelum hukuman bunuh dilaksanakan terdapat dua qawl; Qawl yang pertama menyatakan bahawa tempoh penangguhan tersebut adalah tiga (3) hari, manakala qawl yang adzharnya ianya adalah ketika itu juga, jika orang murtad itu enggan bertaubat setelah disuruh, maka dia dibunuh ketika itu juga (yakni tidak diberi penangguhan 3 hari atau lainnya kerana dia enggan bertaubat dan tetap dengan keputusannya untuk murtad). Menurut pendapat yang lemah (qil) penangguhan tiga (3) hari tersebut adalah tidak wajib sekali-kali…..”

Inilah pegangan para ulama kita, asy-Syafi’iyyah, terhadap hukuman ke atas orang murtad. Yakni hukumannya adalah dibunuh dengan dipancung, tetapi sebelum hukuman dilaksanakan wajib kita suruh orang yang murtad itu bertaubat dan kembali kepada Islam. Jika dia enggan, maka tidaklah ditangguh hukuman tersebut 3 hari, bahkan bolehlah dilaksanakan hukuman pancung itu pada ketika itu juga.

Hukuman bunuh bagi orang lelaki yang murtad telah disepakati oleh para ulama kita dari kalangan mazhab 4. Adapun jika yang murtad itu perempuan, maka terdapat khilaf di mana Hanafiyyah berpendapat dia tidak dibunuh tetapi hendaklah disuruh bertaubat dan jika dia enggan maka dia hendaklah dipenjarakan sehingga dia mau bertaubat dan kembali kepada Islam atau dia mati dalam penjara. Manakala ulama mazhab Syafi’iyyah, Malikiyyah dan Hanabilah menyatakan hukuman bagi jenayah murtad adalah bunuh, tanpa mengira jantina.

Qadhi Abu ‘Abdullah Shadruddin Muhammad bin ‘Abdur Rahman bin al-Husain ad-Dimasqi al-Utsmani asy-Syafi’i (w. 780) pengarang kitab “Rahmatul Ummah fi Ikhtilaf al-Aimmah” pada halaman 228 menulis:-

” … Telah ittifaq (sepakat) para Imam bahawa sesiapa yang murtad dari Islam dia wajib (mesti) dibunuh. Yang menjadi pertikaian ialah:-

  1. sama ada hukuman bunuh tersebut dilaksanakan serta-merta atau ditangguh untuk orang murtad yang disuruh bertaubat itu bertaubat?
  2. sama ada suruhan bertaubat itu wajib atau mustahab?
  3. sama ada orang murtad yang enggan bertaubat setelah disuruh diberi penangguhan hukuman?

Imam Abu Hanifah rhm. berpendapat:- Tidak wajib disuruh bertaubat, orang murtad boleh dibunuh serta-merta melainkan jika dia memohon penangguhan, maka diberi penangguhan selama 3 hari. Di kalangan sebahagian sahabat beliau (yakni para ulama Hanafiyyah) berpendapat bahawa memberi penangguhan itu dihukumkan sunnat walaupun si murtad tidak memohon penangguhan.

Imam Malik rhm. berpendapat: Wajib menyuruhnya bertaubat, dan jika dia bertaubat ketika itu maka diterima taubatnya. Jika dia enggan bertaubat pada ketika disuruh untuk bertaubat, maka dia diberi penangguhan 3 hari agar dia bertaubat, dan jika dia enggan bertaubat setelah tempoh penangguhan tersebut, barulah dia dibunuh.

Imam Syafi’i rhm. mempunyai dua pendapat berhubung menyuruh orang murtad untuk bertaubat dan yang adzhar ianya adalah wajib. Begitu pula dengan memberi penangguhan, beliau juga mempunyai dua pendapat dan yang adzhar ianya adalah wajib. Jika penangguhan tidak memberi apa-apa faedah yakni si murtad memang telah nekad untuk keluar Islam walaupun sudah disuruh bertaubat, maka Imam Syafi’i mempunyai dua pendapat berhubung penangguhan ketika itu, dan yang adzharnya adalah tidak wajib diberi penangguhan walaupun diminta oleh orang yang murtad itu dan dia dibunuh ketika itu juga (yakni jika disuruh bertaubat, si murtad enggan, maka dia dibunuh tanpa diberi penangguhan kerana keengganan untuk bertaubat itu).

Imam Ahmad rhm. mempunyai dua riwayat berhubung suruhan bertaubat bagi orang yang murtad. Pendapat yang pertama adalah sama seperti pendapat mazhab Maliki, manakala pendapatnya yang kedua menyatakan yang suruhan bertaubat itu bukanlah satu kewajipan (yakni tidak wajib). Berhubung hukum memberi penangguhan, maka berlaku perbezaan pendapat dalam mazhabnya kepada 3 pendapat yang berbeza.

….. Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad berpendapat bahawa hukuman bagi orang yang murtad adalah sama, tanpa mengira jantina. Imam Abu Hanifah pula berpendapat bahawa orang perempuan yang murtad hendaklah dipenjarakan dan tidak dihukum bunuh.

Syaikh ‘Abdul Qaadir ‘Awdah dalam “at-Tasyrii’ al-Jinaa-i al-Islamiy” halaman 720 memperjelaskan lagi pendapat Abu Hanifah tersebut dengan menyatakan bahawa menurut Imam Abu Hanifah perempuan tersebut hendaklah dikembalikan kepada Islam dengan setiap hari disuruh bertaubat dan diajarkan dia ajaran Islam sehingga dia mau bertaubat atau dia mati dalam penjara tersebut. Jadi bukanlah ertinya dia dipenjarakan semata-mata sehingga ajalnya tiba.

Allahu … Allah, berat – berat hukuman terhadap pelaku jenayah murtad ini. Dalam Kes Mal No. 07100-043-0191-2006 kes murtad Siti Fatimah bt. Abdullah @ Tan Ean Hung (ini adalah kes murtad kerana Siti ni telah memeluk Islam pada 25/7/1998, jadi tak timbul isu “menentukan status agama”, tok sahlah nak kelentong, ini adalah kes murtad), Y.A. Tuan Haji Othman bin Ibrahim, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dalam alasan penghakimannya menyatakan bahawa “riddah” itu adalah sekeji-keji kekufuran dan mendapat seberat-berat hukuman. Y.A. Tuan Hakim juga menyatakan kesepakatan ulama mengenai hukuman bunuh terhadap orang murtad dan beliau turut menukilkan beberapa nash mengenainya antaranya hadits:

من بدل دينه فاقتلوه

“Sesiapa yang menukar keIslamannya, bunuhlah dia. (Terjemahan beliau)

Juga beliau nukilkan keterangan kitab “Kifayatul Akhyar” yang menyatakan:-

“Barangsiapa yang keluar daripada Islam, ia diminta bertaubat tiga kali. Jika bertaubat (diterima taubatnya dan ia kembali kepada Islam) dan jika tidak, dia dibunuh, dan tidak boleh dimandikan, tidak boleh disembahyangkan dan tidak boleh dikuburkan di perkuburan orang Islam.” (Terjemahan beliau)

Maka di sini, aku ingin bertanya:- Adakah Siti Fatimah Tan bt. Abdullah ini telah disuruh atau diperintahkan untuk bertaubat dan kembali kepada Islam? Pertanyaanku ini adalah kerana dalam alasan penghakiman yang ada padaku tak nampak pulak suruhan tersebut yang merupakan satu kewajipan menurut mazhab jumhur termasuk asy-Syafi’iyyah dilaksanakan. Ni bukan nak pertikai, sekadar mendapatkan kepastian. Pihak kami yang jahil ini sentiasa mengharapkan tunjuk ajar daripada Mahkamah yang mulia.

Saadah Ba ‘Alawi (4 Kitab Ahlusunnah yang utama)

Mazhab Saadah Ba ‘Alawi

Alhamdulillah, kini setiap tahun apabila menjelang 7 Dzul Qaedah, maka di sesetengah tempat dalam negara tercinta ini telah diadakan upacara memperingati haul Imam Quthubul Irsyad Habib ‘Abdullah bin ‘Alawi bin Muhammad al-Haddad r.a. Beliau adalah seorang ulama dan waliyUllah yang ulung, hanya orang-orang yang buta mati hati sahajalah yang akan menolak dan mempertikaikan keilmuan dan kewalian beliau …. Allahu … Allah …. moga mata hati mereka dicelikkan Allah, jika itu kehendakNya.

Sempena haul beliau, aku nukillah kalam beliau berhubung dengan kitab-kitab yang dianjurkan untuk dijadikan pegangan kita dalam ilmu agama dan penjelasan beliau mengenai mazhabnya para Saadah Bani ‘Alawi. Agar tidak kita termakan dakyah golongan yang cuba menyesatkan para saadah yang kita kasihi dari jalan para leluhur mereka yang mulia. Syaikh Ahmad bin ‘Abdul Karim al-Hasaawi asy-Syajaar, murid Imam al-Haddad, dalam karangannya “Tatsbiitul Fuaad” juzuk ke-2, halaman 36, menukilkan kalamnya Imam al-Haddad seperti berikut:-

Telah berkata Imam al-Haddad r.a.: Dalam pandangan kami, (kitab – kitab yang menjadi) tiang atau fondasi bagi ilmu-ilmu agama serta segala kaedahnya ada 4. “Shahih al-Bukhari” dalam ilmu hadits; “Tafsir al-Baghawi” dalam ilmu tafsir; “al-Minhaj” (yakni “Minhajuth Tholibin” karya Imam an-Nawawi)” dalam ilmu fiqh (yakni fiqh Syafi`i); dan di antara kitab yang menghimpun berbagai ilmu agama adalah “Ihya` ‘Ulumiddin“. Inilah kaedah-kaedah untuk dijadikan landasan bagi memahami ilmu-ilmu agama. Kami telah mentelaah banyak kitab tetapi tidak kami lihat yang lebih himpunan ilmunya berbanding kitab “Ihya` ‘Ulumiddin”. Waktu sangat singkat dan segala kaedah yang disebutkan tadi itulah yang menjadi landasan bagi pengetahuan agama, itulah tiang-tiangnya pengetahuan agama. Dan tiadalah mazhab kami melainkan al-Quran dan as-Sunnah (yakni mazhab kita semuanya bersandarkan kepada nas-nas al-Quran dan as-Sunnah, bukanlah ertinya Imam al-Haddad menolak mazhab walaupun beliau dikatakan telah mencapai kedudukan untuk berijtihad). Ketika kami menunaikan haji, sebahagian orang bertanyakan mengenai mazhab kami. Maka aku katakan kepada mereka: “(Kami bermazhab) Syafi`i”. Dan hadir dalam majlis itu seorang wali yang kasyaf dari kalangan ahlul khuthwah, dia berkata kepadaku: “Kenapa engkau mengatakan bahawa mazhabmu Syafi`i, sedangkan mazhabmu adalah al-hadits?” Maka aku menjawabnya: “Bagaimana tidak, bahawasanya para leluhur kami semuanya atas mazhab Imam asy-Syafi`i.

Bukanlah sesuatu yang pelik, jika ada ulama yang telah mencapai darjat ijtihad tetapi mereka tetap mengaku bermazhab dengan salah satu dari mazhab yang empat. Ini tidaklah bermakna mereka meninggalkan ijtihad, tapi hasil ijtihad mereka bersesuaian dengan pendapat mazhab-mazhab tersebut. Oleh itu, janganlah terburu-buru untuk menuduh para imam mazhab empat sebagai tidak berpandukan al-Quran dan al-hadits. Sesungguhnya hasil ijtihad mereka pasti disandari dengan dalil yang kuat di sisi mereka menurut ijtihad mereka berdasarkan kaedah-kaedah yang mereka pegangi. Adakah para Imam Mazahib akan berpegang dan beramal dengan hasil ijtihad mereka, jika dalam pendapat mereka dalil bagi perkara tersebut adalah lemah? Sesungguhnya bermazhab bukanlah ertinya kita taksub dengan mazhab tertentu, bahkan sekarang nampaknya golongan yang bebas mazhablah yang selalu taksub dengan pendapat mereka sehingga memaksa-maksa orang lain untuk menerima pendapat mereka tanpa mempedulikan bahawa ianya adalah perkara khilafiyyah. Moga Allah berikan taufiq dan hidayahnya kepada kita dan memberikan sebesar-besar ganjaran bagi para ulama kita. Mari kita hadiahkan al-Fatihah kepada Imam al-Haddad dan sekalian ulama.

Ashhaabul Badr / Ahli Badar

Ashhaabul Badr

Sempena 17 Ramadhan, tarikh berlakunya 2 peristiwa penting, iaitu Nuzul al-Quran dan Badar al-Kubra. Posting ini aku nak tulis sedikit berkaitan Ashhaabul Badr iaitu para pejuang Badar yang dipimpin oleh Junjungan Nabi s.a.w. Sebelum itu, aku nak kisahkan satu peristiwa yang terjadi sewaktu dalam perjalanan ke Badar yang jauhnya kira-kira 160 km dari Kota Madinah al-Munawwarah. Perjalanan merentas padang pasir ke sana oleh kira-kira 313 orang mujahidin yang dikepalai Sayyidul Mujahidin Junjungan Nabi s.a.w. hanya berkenderaankan dua kaki masing-masing, 3 ekor kuda dan 70 puluh ekor unta yang ditunggang secara bergilir. Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya dengan sanad hasan dan al-Hakim menyatakan darjatnya shohih atas syarat Imam Muslim bahawa Sayyidina Ibnu Mas`ud r.a. berkata:-

Adalah kami pada hari Badar berkongsi seekor unta 3 orang, dan adalah Sayyidina Abu Lubabah r.a. dan Sayyidina Ali bin Abu Talib r.a. menjadi rakan berkongsi unta dengan Junjungan Nabi s.a.w. Ketika sampai giliran untuk menunggang unta, mereka berdua berkata kepada Junjungan s.a.w.: “Wahai RasulAllah, biarlah kami berjalan dan engkau tetap naik.” Baginda menjawab: “Kalian tidaklah lebih kuat daripadaku untuk berjalan dan tidaklah aku terkaya daripada memperolehi pahala.”

Allahu..Allah, lihat ikhwah bagaimana akhlak Penghulu sekalian semesta ini. Bandingkanlah dengan sikap kita, sudahlah banyak dosa, tapi tak sungguh-sungguh meminta keampunan Allah, malas beramal walaupun miskin pahala…Allahu…Allah.

Sungguh Ghazwah Badar amat signifikan dalam kehidupan seseorang individu muslim kerana inilah hari berlakunya penentuan sama ada Islam terus tetap berkembang atau berkubur. Junjungan s.a.w. sendiri dalam munajat baginda sebelum meletusnya perang tersebut menyatakan:-

اللهم أنشدك عهدك و وعدك، اللهم إن تهلك هذه العصابة لا تعبد في الأرض

Ya Allah, aku mengharapkan janji-janjiMu. Ya Allah, jika sekiranya Engkau binasakan akan pasukan ini (yakni para pejuang Badar), nescaya Engkau tidak akan disembah lagi di muka bumi ini.

Sungguh peristiwa ini mesti sentiasa lekat dalam fikiran dan sanubari kita. Kemenangan tentera Badar di bawah pimpinan Junjungan telah menjadi sebab bagi perkembangan pesat Islam ke seluruh alam sehingga ke rantau kita ini wajar diingat dengan penuh rasa syukur kepada Allah s.w.t. sebagaimana firmanNya dalam surah Ali Imran ayat 123:-

وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ فَاتَّقُواْ اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan sungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).

Para pejuang Badar amat tinggi kedudukan mereka di sisi umat. Mereka telah dipilih Allah untuk menjadi sebab bagi kesinambungan Islam atas mukabumi ini. Oleh itu mereka adalah pilihan Allah dan waliNya. Maka tidak hairanlah, para ulama kita mengarang berbagai ibtihal dan munajat yang mengandungi tawassul dengan para pejuang ini. Antara yang paling masyhur di rantau kita ini ialah Sholawat Badar. Al-‘Allaamah as-Sayyid Ja’far bin Hasan bin ‘Abdul Karim al-Barzanji rhm., Mufti Syafi`iyyah Madinah dan pengarang Mawlid Barzanji yang terkenal, telah mengarang sebuah nazam yang mengandungi tawassul ini yang dinamakan Jaaliyatul Kadar“. Al-‘Allaamah as-Sayyid Ibrahim bin Idris as-Sanusi al-Hasani al-Fasi rhm. pula mengarang “Saifun Nashor bis Saadatil Kiraam Ahlil Badr” yang pembacaannya menjadi wirid penting di sesetengah tempat. Di Kota Gresik, Jawa Timur pembacaannya secara tetap dipelopori oleh Quthubul Habib Abu Bakar bin Muhammad as-Saqqaf rhm. Mawlana Dhiyauddin Khalid al-Baghdadi q.s., mujaddid Thoriqah an-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah, pula menyusun himpunan sholawat yang memuatkan tawassul dengan pejuang Badar dengan jodol “Jaaliyatul Akdaar was Saiful Battaar. Inilah antara cara bagaimana ulama dan umat memperingati Ahli Badar yang mulia, bukan sahaja dengan ceramah-ceramah, tetapi dalam munajat disebut nama mereka dengan penuh hormat dan takzim kerana mereka-mereka ini adalah kekasih Allah dan waliNya di mana dengan penyebutan nama mereka diharapkan turunnya keberkatan dan rahmat daripada Allah s.w.t..

Ikhwah, untuk penutup posting ini, aku nukil kalam Tok Syaikh Wan Ahmad al-Fathani rhm. dalam “Hadiiqatul Azhaar war Riyaahiin” bahawa:-

و قال صلى الله عليه و سلم أذكروا الصالحين يبارك عليكم.
و قال ايضا عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة

Dan bersabda Nabi s.a.w.:- “Sebut oleh kamu akan segala orang yang sholihin nescaya diberi berkat atas kamu”. Dan sabdanya juga:- “Tatkala menyebutkan segala orang yang sholihin itu turunlah rahmat.”

Mudah-mudahan keberkatan Ahli Badar terus mengalir kepada kita sekalian demi kemuliaan Penghulunya Ahli Badar, Junjungan Nabi s.a.w., moga dengan keberkatan tersebut kita akan bersemangat waja untuk mengamalkan dan menegakkan Islam dengan sebaiknya.

اللهم آمين …. الفاتحة إلى حضرة النبي و الى ارواح اصحاب البدر الكرام

Fatwa Mawlid Ibnu taimiyyah vs wahabi

Mawlid – Fatwa Ibnu Taimiyyah

12 Rabi`ul Awwal, hari keputeraan Junjungan Nabi s.a.w. Seluruh dunia Islam menyambut ketibaan hari ini dengan berbagai acara dan sambutan. Perkara ini telah berjalan zaman berzaman sehingga ke hari ini berterusan, alhamdulillah. Dalam keghairahan puak Wahhabi mengharamkan dan membid`ahkan umat dari menyambut hari keputeraan Junjungan s.a.w., mereka lupa bahawa panutan mereka yang digelar sebagai Syaikhul Islam, Ibnu Taimiyyah al-Harrani, walaupun menghukum sambutan Mawlidin Nabi sebagai bid`ah yang diada-adakan umat Islam dengan meniru-niru puak Nashrani, tetapi dia tetap menyatakan bahawa orang yang mengadakan sambutan tersebut diberi pahala atas niat baik mereka menyambut mawlid tersebut demi membesarkan Junjungan Nabi s.a.w. Rupa-rupanya, Ibnu Taimiyyah tidaklah seekstrim puak Wahhabi yang ada pada masa kita, yang dengan mudah dan sembrono memvoniskan “masuk neraka” bagi sesiapa yang merayakan atau menyambut hari keputeraan Junjungan Nabi s.a.w.

Pandangan Ibnu Taimiyyah ini dapat kita lihat dalam karya-karyanya seperti himpunan fatwanya pada juz ke-23, halaman 134, yang menyatakan, antara lain:-

فتعظيم المولد و اتخاذه موسما قد يفعله بعض الناس و يكون لهم فيه
أجر عظيم لحسن قصدهم و تعظيمهم لرسول الله صلى الله عليه و سلم

Maka membesarkan Mawlid Nabi dan menjadikannya sebagai waktu atau musim yang dirayakan telah dilakukan oleh sebahagian manusia dan bagi mereka padanya (yakni pada menyambut mawlid tersebut) ganjaran pahala yang besar kerana baiknya niat mereka dan kerana mereka membesarkan Junjungan Nabi s.aw.
Allahu … Allah, lihat saja Ibnu Taimiyyah menyatakan bahawa sesiapa yang menyambut hari keputeraan Junjungan dengan niat yang baik serta membesarkan Junjungan s.a.w., maka baginyalah ganjaran pahala yang besar. Ini pernyataan Ibnu Taimiyyah, ikutan dan panutan mereka yang mengaku salafi zaman kita ini. Maka bersederhanalah hendaknya wahai salafi moden dalam menghukum kami yang menyambut dan membesarkan keputeraan Junjungan Nabi s.a.w. Selamat Menyambut Hari Keputeraan Junjungan Nabi s.a.w.

Siti Maryam, Asiyah & Bidadari hadir saat nabi lahir

Ahlan Bika Ya RasulAllah

فحضرت بتوفيق الله السيدة مريم و السيدة اسية
و معهما الحور العين من قسم الله له من الشرف بالقسمة الوافية
Maka hadirlah dengan taufik Allah
Sayyidah Maryam dan Sayyidah Asiyah.
Bersama keduanya datang mengiring
Sejumlah bidadari syurga yang beroleh kemuliaan agung
yang dibagi-bagikan oleh Allah atasnya

Itulah kalam Shohibul Mawlid, Habib Ali al-Habsyi dalam karangannya “Simthud Durar” yang masyhur. Karangan yang telah dijadikan bacaan, amalan dan wiridan berjuta umat di timur dan barat, bukan sahaja awam kalangan umat Melayu dan Jawa yang buta Bahasa ‘Arab, tetapi juga ulama mereka yang reti, dan juga umat yang lidah mereka memang lidah ‘Arab. Mustahil, tak masuk akal jika pembohongan dibiarkan sahaja oleh umat ini. Atau tuduhan bahawa kisah tersebut tidak benar dan tidak berasas serta semata-mata bohong, itulah sebenarnya pembohongan yang nyata.

Adakah Habib Ali juga tidak betul atau tidak teliti kerana membawa kisah-kisah yang tidak mempunyai sumber dan sandaran ? Tidakkah Habib ‘Ali takutkan Allah, membuat pembohongan terhadap Junjungan s.a.w.? Atau si penuduh yang kurang periksa? Fikirlah betul-betul, jangan sampai taklidmu kepada sang penuduh menjadi taklid buta. Mana logikanya menolak seorang ulama yang sudah diakui umat ilmu dan keutamaan, bahkan maqam dan kewaliannya. Ulama yang karangannya membawa umat menjadi pencinta dan perindu Sayyidil Mursalin s.a.w., bukan hanya sekadar menulis buku yang membawa onar dalam masyarakat, buku yang memecahbelahkan kesatuan umat. Tapi aku nak kata apa, manusia songsang ada di mana-mana. Manusia yang suka jalan menyongsang, kerana kata mereka “orang ramai telah sesat, hanya kami sahaja yang benar. Hanya kami sahaja yang ikut sunnah, sebab itu negeri kami Darus Sunnah“. Oleh itu, pendek bicara, ku singkat sahaja dengan kata-kata : “Biarlah si luncai terojun dengan labu-labunya“, kerana nanti kita semua akan bertanggungjawab atas apa yang kita kata dan usaha. Maka, jangan biarkan mereka merosak kegembiraan kita atas kelahiran Junjungan Nabi s.a.w.

Ahlan bika Ya RasulAllah.

اشرق الكون ابتهاجا بوجود المصطفى احمد
و لأهل الكون انس وسرور قد تجدد

فاطربوا يا اهل المثاني فهزار اليمن غرد
و استضيئوا بجمال فاق في الحسن تفرد

و لنا البشرى بسعد مستمر ليس ينفد
حيث اوتينا عطاء جمع الفخر المؤبد

فلربي كل حمد جل ان يحصره العد
اذ حبانا بوجود المصطفى الهادي محمد

يا رسول الله اهلا بك انا بك نسعد
و بجاهه يا الهي جد و بلغ كل مقصد

و اهدنا نهج سبيله كي به نسعد و نرشد
رب بلغنا بجاهه في جواره خير مقعد

و صلاة الله تغشى اشرف الرسل محمد
و سلام مستمر كل حين يتجدد

Alam bersinar cemerlang bersukaria
Demi menyambut kelahiran Ahmad al-Musthofa
Penghuni alam bersukacita
Dengan kegembiraan yang berterusan selamanya

Wahai pengikut al-Quran, hendaklah kamu bergembira
Burung-burung turut berkicauan tanda suka
Keindahan baginda menerangi segalanya
Mengatasi segala keindahan tanpa ada bandingannya

Dan wajib kita untuk bergembira atas bahagia
Yang berkesinambungan selama-lama
Tatkala kita menerima anugerahNya
Anugerah yang menghimpun kebanggaan sepanjang masa

Maka bagi Tuhanku segala puji dan puja
Pujian yang tiada terkira-kira
Atas anugerahNya dengan wujudnya baginda
Kelahiran Junjungan Muhammad al-Hadi al-Musthofa

Ya Rasulullah, selamat datang ahlan wa sahlan
Sungguh denganmu kami beroleh kebahagiaan

Wahai Tuhanku, demi jah Nabi Junjungan
Kurniakanlah dan sampaikan segala maksud dan tujuan

Dan hidayahkanlah kami atas jalan Nabi Junjungan
Agar dengannya kami beroleh kebahagiaan dan pimpinan

Wahai Tuhan, sampaikanlah kami demi jah Nabi Junjungan
Di sisi baginda duduk berdampingan

Sholawat Allah dilimpahkan
Atas semulia-mulia rasul Nabi Junjungan

Beserta salam yang berkekalan
Sepanjang masa berubah zaman


Kehadiran Asiyah & Maryam

MAZA dalam ceramahnya antara lain komen tentang hadirnya Siti Maryam dan Siti Asiyah tatkala Junjungan Nabi s.a.w. dilahirkan sebagai tidak betul kerana “tak dak orang tengok, nabi sendiri tak pernah habaq“, betui ke Nabi tak pernah habaq? Betui ke tak dak riwayat berhubung kisah tersebut? Betui ke kata si Asri tu ? Atau seperti mana biasa dia beri fatwa secara gegabah dan hentam keromo saja. Dah abis ke kitab-kitab karangan ulama ditelaah oleh si Asri ? Dah ke dicheck betul-betul yang memang tak dak langsung riwayat mengenai kisah tersebut dan kisah-kisah lainnya, sama ada riwayat shohih atau dhoif, asalkan jangan maudhu, untuk membolehkan budak Asri habaq lagu tu ? Tambah sedih bila budak tak sedar diri tu, turut memperlekehkan Sidi Ja’far al-Barzanji rhm. dengan angkuhnya dia berkata: “Barzanji tu bukan dia tu satu orang yang hebat sangat …“. Insya-Allah, lain entri aku tulis pasal Sidi Ja’far dan kita tengok tara mana hebat budak Asri tu berbanding Sidi Ja’far rhm.

Dulu aku pernah tulis sedikit berhubung hal ini, di bawah jodol “Mawlid Barzanji – Kitab Sirah Berwibawa“. Kali ni aku nak letak plak jawapan Habib Omar Bin Hafidz Bin Syaikh Abu Bakar bin Salim hafizahUllah tatkala beliau ditanya berhubung perkara ini. Di sini aku bubuh terjemahannya secara bebas untuk manfaat bersama. Kalau nak tengok yang asal sila klik http://www.alhabibomar.com/ask/article.php?id=000038.

************************

Soalan: Bagaimana bisa terjadi hadirnya Sayyidatina Maryam dan Sayyidatina Asiyah waktu kelahiran Junjungan Sayyidina Muhammad s.a.w.?

Jawab: Kita telah diberitahu oleh kitab-kitab sirah yang mulia mengenai hadirnya Sayyidatina Maryam dan Sayyidatina Asiyah di sisi Sayyidatina Aminah tatkala kelahiran Junjungan Nabi s.a.w. Hal ini telah dinyatakan oleh Imam al-Baihaqi dalam “Dala-ilun Nubuwwah” sebagaimana ianya juga disebut dalam “Subulul Huda war Rasyad” kitab mengenai sirah dan juga kitab-kitab sirah yang lain.

Adapun masalah cara atau kaifiyyah kehadiran ini, maka sesungguhnya terdapat dalil-dalil daripada hadits Junjungan Nabi s.a.w. yang memaklumkan atas boleh dan mungkin bagi segala ruh yang ada di alam barzakh untuk hadir ke barang mana tempat di dunia atau di langit atau selainnya. Maka asal tempatnya ialah di ‘Illiyiin sebagaimana difirmankan Allah: “Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya kitab suratan amal orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), adalah (didaftarkan) dalam ‘Illiyiin. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia ‘Illiyiin itu? Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata” [Sebahagian mufassir menyatakan yang arwah orang beriman itu berada di ‘Illiyiin. Antara yang menyatakan seperti itu ialah Sayyidina Ibnu ‘Abbas, adh-Dhahhak, Qataadah, dan Mujahid, silalah rujuk bahasannya dalam Tafsir Thobari, Tafsir Qurthubi, Ibnu Katsir dan lain-lain].

Kemudian pula, setiap ruh itu mempunyai pertautan erat dengan tempat di mana jasadnya bersemadi. Perkara ini dapat dilihat dalam hadits yang shohih (di mana Junjungan Nabi s.a.w. bersabda): “Tidak ada seorang pun yang melalui kubur seseorang yang dikenalinya di dunia, lalu dia memberikan salam, melainkan si mati itu akan mengenalinya dan membalas salamnya,” dan dalam satu riwayat : “si mati akan merasa senang dengannya….”. Demikian pula telah datang juga hadits berkenaan perjumpaan Junjungan Nabi s.a.w. dengan roh-roh orang yang telah mati yang telah keluar dari alam dunia sebagaimana hadits ucapan salam Sayyidina Ja’far bin Abu Tholib bersama beberapa malaikat setelah pembunuhannya di medan Mu’tah dan sebagainya. Demikian juga telah dinyatakan dalam Shohihain tentang perkhabaran Junjungan Nabi s.a.w. mengenai keadaan dan kondisi para nabi serta pertemuan baginda dengan mereka pada malam Isra` dan Mi’raj. Semua ini menjadi dalil untuk mensabitkan kemungkinan hadirnya roh daripada segala arwah yang telah mati ke barang mana tempat. Dalam kitab “Syarhush Shuduur bi syarhi halil mauta wal qubuur” karangan Imam Jalaluddin as-Sayuthi didatangkan banyak hadits berhubung perkara ini. Oleh yang demikian, diketahuilah bahawa kehadiran Siti Asiyah dan Siti Maryam adalah ianya urusan Allah yang telah menghadirkan roh kedua mereka bersama-sama dengan para hurul ‘ain (bidadari) untuk menyaksikan kelahiran Junjungan Nabi s.a.w.


نص السؤال : كيف كان حضور سيدتنا مريم وسيدتنا آسية لولادة سيدنا محمد صلى الله عليه وآله وسلم؟

نص الجواب

حملت لنا كتب السيرة المشرفة حضور سيدتنا مريم وآسية عند سيدتنا آمنة وقت ولادة النبي صلى الله عليه وآله وسلم، فقد أشار إلى ذلك الإمام البيهقي في (دلائل النبوة) كما هو في (سبل الهدى والرشاد) في السيرة وغيره من كتب السيرة ، أما مسألة كيفية هذا الحضور فإن الأرواح الموجودة في البرزخ قامت الأدلة في سنة نبينا عليه الصلاة والسلام على إمكانية حضورها إلى أمكنة في الدنيا أو في السماء أو في غير ذلك ، فأصل مستقرها في عليين كما قال تعالى ( كلا إن كتاب الأبرار لفي عليين* وما أدراك ما عليون* كتاب مرقوم ) ثم إن لكل روح اتصال وثيق بالمكان الذي يُدفن فيه جسدها، وفي ذلك جاء في الحديث الصحيح ( ما من عبد يمر بقبر رجل كان يعرفه في الدنيا فيسلم عليه إلا عرفه ورد عليه السلام ) وفي رواية (واستأنس به ..) ثم ما جاء أيضا من لقائه صلى الله عليه وسلم بالأرواح التي مات أصحابها وخرجوا من عالم الدنيا كما في حديث سلام جعفر بن أبي طالب عليه في نفر من الملائكة بعد قتله في مؤتة إلى غير ذلك، ثم ما جاء مبيَّنا في الصحيحين من وصفه لهيئات الأنبياء ولقائه بهم في ليلة الإسراء والمعراج، كل ذلك يثبت إمكان حضور أي روح من الأرواح التي قد ماتت إلى شيء من المواطن والأماكن ، وفي كتاب (شرح الصدور بشرح حال الموتى والقبور) للإمام جلال الدين السيوطي إيراد للأحاديث الكثيرة في هذا الشأن ، وبذلك يُعلم أن حضور آسية ومريم كان أمر من الله بحضور روحيهما مع الحور العين ليشهدن وضع المصطفى الأمين محمد صلى الله عليه وآله وسلم

Nabi Muhammad “sayyid” anak adam dari para nabi

Penciptaan Agung

Imam ‘Abdur Rahman bin ‘Ali yang terkenal dengan nama Imam Ibnul Jawzi ulama besar bermazhab Hanbali yang dilahirkan pada tahun 509/510H di Baghdad. Beliau adalah pengarang dan daie yang terkenal yang banyak menyedarkan umat serta ramai yang memeluk Islam di tangannya. Beliau adalah guru kepada Ibnu Qudamah al-Maqdisy yang masyhur itu.Tersebutlah dalam karya beliau yang berjodol “al-Wafaa bi ahwaalil Musthofa s.a.w.” akan kisah penciptaan Junjungan Nabi s.a.w. yakni penciptaan benih asal jasad baginda s.a.w. Kisahnya adalah sebagai berikut:-

عن كعب الأحبار قال: لما أراد الله تعالى أن يخلق محمداً صلى الله عليه وسلم أمر جبريل عليه السلام أن يأتيه فأتاه بالقبضة البيضاء التي هي موضع قبر رسول الله صلى الله عليه وسلم، فعجنت بماء التَّسْنيم، ثم غمست في أنهار الجنة، وطيف بها في السموات والأرض، فعرفت الملائكة محمداً وفَضْله قبل أن تعرف آدم، ثم كان نور محمد صلى الله عليه وسلم يُرى في غُرَّة جبهة آدم. وقيل له: يا آدم هذا سيد ولدك من الأنبياء والمرسلين.

فلما حملت حواء بشيت انتقل عن آدم إلى حواء، وكانت تلد في كل بطن ولدين إلا شيتاً، فإنها ولدته وحده، كرامة لمحمد صلى الله عليه وسلم. ثم لم يزل ينتقل من طاهر إلى طاهر إلى أن ولد صلى الله عليه وسلم.

Daripada Ka’ab al-Ahbar: ” Tatkala Allah ta’ala berkehendak untuk menciptakan Nabi Muhammad s.a.w., Dia memerintahkan Jibril a.s. untuk membawakan segenggam tanah putih yang merupakan tanah tempat Junjungan Nabi s.a.w. dimakamkan nanti. Maka diulilah tanah tersebut dengan air Tasniim (air syurga) lalu dicelupkan ke dalam sungai-sungai syurga. Setelah itu, dibawakan dia berkeliling ke serata langit dan bumi. Para malaikat pun mengenali Junjungan Nabi s.a.w. dan keutamaan baginda sebelum mereka mengenali Nabi Adam a.s. Ketika nur Junjungan Nabi s.a.w. kelihatan di kening dahi Nabi Adam a.s., dikatakan kepadanya: “Wahai Adam, inilah sayyid (penghulu) keturunanmu daripada para anbiya’ dan mursalin.
Tatkala Siti Hawa mengandungkan Nabi Syits berpindahlah Nur Muhammad tersebut kepada Siti Hawa. Siti Hawa yang biasanya melahirkan anak kembar setiap kali hamil, tetapi pada hamilnya ini dia hanya melahirkan seorang anak sahaja iaitu Nabi Syits kerana kemuliaan Junjungan Nabi s.a.w. Maka sentiasalah berpindah-pindah Nur Muhammad daripada seorang yang suci kepada orang suci yang lain sehinggalah baginda dilahirkan.

Begitulah keistimewaan penciptaan Junjungan Nabi s.a.w., sama ada penciptaan roh baginda yang agung, juga penciptaan asal benih bagi jasad baginda yang mulia lagi suci. Patutlah peluh baginda merupakan wangian yang teristimewa lagi penuh keberkatan kerana benih bagi jasad baginda telah diuli dan diadun serta dicelup dengan air Tasniim dan sungai-sungai syurga. Imam Muslim meriwayatkan bahawa Ummu Sulaim telah mengumpul titisan peluh Junjungan Nabi s.a.w. demi memperolehi keberkatan baginda s.a.w. Allahu .. Allah, mari kita banyakkan ucapan sholawat dan salam ke atas Junjungan Nabi s.a.w. kerana ucapan tersebut yang berhubung kait dengan Junjungan Nabi s.a.w. pun turut menghasilkan keberkatan dan keharuman yang istimewa yang boleh dihidu oleh sekalian makhluk selain jin dan manusia.

نور القلوب يزيد عند صلاتنا
للهاشمي فنوره لا ينجلي
فضياؤنا من ضوء نور محمد
صلوا على ذاك النبي الأفضل

Cahaya hati bertambah ia tatkala kita sholawatkan Nabi
Nabi keturunan Hasyim cahayanya tak akan sirna sekali-kali
Maka sinar cahaya kita adalah daripada sinar cahaya Nabi
Bersholawatlah atas nabi yang terutama itulah Junjungan Nabi


اللهم صل على النبي الهاشمي سيدنا محمد
وعلى اله و صحبه و سلم تسليما

*****************************