Peringatan Bagi Jaamaah Haji :Hadiah Buku sesat wahaby

HADIAH PERCUMA MEMUDHARAT AQIDAH ,SATU PERINGATAN BUAT PARA JEMA’AH HAJI 2008



Peringatan sekali lagi kepada para Jema’ah Haji agar tidak terpengaruh dengan hadiah yang diberikan secara percuma di Tanah Suci nanti.

Edaran percuma ini adalah memudharatkat aqidah umat Islam khasnya di Malaysia.Para jema’ah dinasihatkan tidak membaca edaran-edaran tersebut, atau serahkan sahaja kepada pihak yang berwajib di Malaysia.

EDARAN PERCUMA DARI MANA ?


Bila diamati benar-benar edaran percuma berkaitan dengan aqidah aliran Wahab , ternyata adalah cetakkan semula buku-buku yang diedarkan oleh pihak Wahab di tempat haji untuk para jemaah haji dan umrah yang telah diterjemah semula kedalam bahasa Indonesia.Risalah ini telah dikarang oleh Mohammad Bin Jameel Zeeno ,Guru di Darul Hadith al-Khairiyyah Makkah.

Risalah ini secara jelas menyebarkan aqidah Wahabi yang menjisim dan menyamakan(visual) Zat Allah dengan makhluk.

Awas ! bagi mereka yang menunaikan haji dan umrah dari membaca dan berpegang dengan aqidah yang batil.

Begitu juga kepada para jemaah haji yang akan berangkat , agar tidak menghadiri kulliah yang disampaikan di Masjid al-Haram oleh Ahmad Abd Qadir al-Mandili dalam bahasa Malaysia cara Kedah.Beliau dalam kuliahnya selalu mencerca seluruh amalan-amalan orang di Malaysia sebagai bid’ah sesat.

Awas untuk semua para jema’ah haji yang akan berangkat pada awal November ini.

EDARAN PERCUMA YANG MEROSAKKAN Aqidah



Kitab ini diedarkan secara percuma.Isi kandungannya secara jelas menjsimkan zat Allah dengan katanya Allah itu berada di atas Arasy.Aqidah yang seumpama ini adalah sama sekali bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah.

Golongan ini dilihat mempunyai dana untuk menyebarkan pelbagai risalah untuk mengheret seramai yang mungkin orang awam yang tidak mempunyai asas aqidah untuk terpengaruh dengan aqidah yang sesat ini.

Awas mereka mula menyebarkan risalah ini di sekolah-sekolah agama , surau , masjid dan tempat-tempat umum.

Awas ! kalau anda dapati risalah-risalah sesat ini , segera himpunkan dan bakar atau serahkan kepada pehak yang berwajib.

http://al-subki.blogspot.com/