Kitab Bughyah al-Mustarshidin: Makruh/Haram Berkahwin dengan Hanabilah al-Mujassimah

Makruh/Haram Berkahwin dengan al-Hanabilah al-Mujassimah {Bughyah al-Mustarshidin}


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

1. Fahaman al-Tajsim pernah melanda mazhab Imam Ahmad Ibn Hanbal (selepas kewafatan beliau) sehingga timbul istilah “al-Hanabilah al-Mujassimah” di kalangan para fuqaha’.

2. Walaupun dalam bab furu’ mereka berpegang, bahkan taksub dengan mazhab Imam Ahmad Ibn Hanbal, namun di dalam bab akidah, mereka sebenarnya adalah pengkhianat kepada mazhab Imam Ahmad Ibn Hanbal dan pendusta ke atas Imam Ahmad Ibn Hanbal yang suci dan berlepas diri daripada akidah Tajsim.

3. Insya-Allah, penulis akan menerangkan sejarah golongan “al-Hanabilah al-Mujassimah” yang banyak dijadikan rujukan oleh Ibnu Taymiyyah dalam fatwa-fatwa (bid’ah)nya yang menyalahi majoriti ulama’ Islam Ahli Sunnah dan Jamaah.

4. Mungkin ramai masyarakat awam tidak tahu mengenai sejarah al-Hanabilah al-Mujassimah yang telah berlaku di dalam mazhab Imam Ahmad Ibn Hanbal sehingga dikritik hebat oleh salah seorang tokoh besar mazhab Hanbali dari kalangan Ahli Sunnah dan Jamaah iaitu al-Hafiz al-Imam Ibn al-Jawzi. Beliau telah memerangi golongan ini melalui kitabnya yang sangat masyhur “Daf Shubah al-Tashbih bi akuff al-Tanzih.”

5. Bahkan peperangan yang berlaku di antara mazhab Shafie dan Hanabilah al-Mujassimah bukanlah disebabkan oleh isu-isu furu’, tetapi isu-isu dan prinsip akidah.

6. Sesiapa yang menjalankan penyelidikan secara adil dan terperinci di dalam memahami pola pemikiran Ibnu Taymiyyah pasti mengetahui bahawa Ibnu Taymiyyah bukanlah mengasaskan fatwa-fatwa (bid’ah) peliknya itu daripada angin kosong.

7. Sebenarnya bid’ah-bid’ah tersebut diambil daripada golongan al-Hanabilah al-Mujassimah yang terdahulu dan diselimuti dengan pakaian Al-Quran, al-Sunnah, dakwaan al-Ijma’ dan hujah-hujah yang lebih kuat sesuai dengan kepetahan Ibnu Taymiyyah.

Wahai para pengkaji! Kajilah berkenaan sejarah al-Hanabilah al-Mujassimah!!

8. Benih-benih Takfiriyyah, khasnya yang dikembangkan oleh Ibnu Taymiyyah, telah dibajai dengan Jihad Khawarij oleh Muhammad Ibn Abdul Wahhab yang didukung dengan kuasa politik pemerintah Dar’iyyah dan dinaungi penjajah British akhirnya telah berjaya merampas Hijaz daripada keluarga al-Sharif Ghalib .

Ya!! Di waktu umat Islam di seluruh dunia sedang berjuang membebaskan diri mereka dari cengkaman penjajah Barat! Golongan Wahhabiyyah pula sedang memerangi Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah! Bukankah hakikat ini dapat diperhatikan di dalam hadis-hadis Rasulullah SAW berkenaan dengan kaum Khawarij yang akan timbul di akhir zaman…

9. Umat Islam di Somalia pada waktu ini sedang menghadapi fitnah hasil daripada fahaman Takfiriyyah Wahhabiyyah dan Jihad Khawarij yang bersarang di dalam gerakan “al-Shabab”. Peperangan di antara Wahhabi Khawarij dan kerajaan dan umat Islam yang lain pada waktu ini sedang berlaku walaupun kebanyakan suratkhabar menamakan kecelakaan ini sebagai “RUSUHAN KAUM” atau “PERGADUHAN PUAK”.

Cubalah para pembaca kaji gerakan Wahhabiyyah Takfiriyyah Irhabiyyah yang juga sedang berlaku di Algeria melalui gerakan Taliban!!

Mangsa jihad khawarij golongan Wahhabiyyah Irhabiyyah adalah umat-umat Islam yang lain yang telah dikafirkan oleh mereka!!!

10. Walapun para ulama’ Ahli Sunnah dan Jamaah berbeza pendapat berkenaan status golongan al-Hanabilah al-Mujassimah ini. Namun, penulis suka mengambil pendapat yang lebih berhati-hati dan majoriti – iaitu selagi mana ada shubhat, maka mereka tetap sebahagian umat Islam, tetapi bukan dari kalangan Ahli Sunnah dan Jama’ah. [Namun perbahasan ini sebenarnya boleh diperincikan lagi].

11. Untuk tidak memanjangkan lagi artikel ini, di sini penulis nukilkan fatwa yang telah dinukilkan oleh al-Sayyid Abdurrahman Ba’alawi – Mufti Hadramaut – yang masyhur daripada salah seorang gurunya al-Allamah Muhammad al-Ashkhar al-Yamani seperti berikut:

Terjemahannya:

Masalah Shin (yang difatwakan oleh al-Allamah Muhammad al-Ashkhar al-Yamani):

Ahli bid’ah itu dua golongan: Golongan yang dihukumkan kafir dengan bid’ahnya seperti mereka yang mengingkari ilmu Allah pada perkara-perkara juzu’, dan mereka yang beri’tiqad bahawa alam ini qadim dan golongan yang mentajsimkan Allah (meletakkan sifat-sifat jisim kepada Allah) seperti al-Isma’iliyyah yang menyatakan bahawa wahyu adalah untuk (Saidina) Ali (r.a.) dan (Saidatina) Aishah (r.a.) tidak suci dari dosa (zina) dan golongan yang mengkafirkan para sahabat r.anhum, maka mereka dihukumkan seperti golongan kuffar, maka tidak dihalalkan berkahwin dengan mereka dan memakan sembelihan mereka itu.

Dan golongan (ahli bid’ah) yang tidak dikafirkan seperti Mu’tazilah, Qadariyyah dan Zaydiyyah, dan satu kelompok daripada Hanabilah (al-Hanabilah al-Mujassimah) yang beri’tiqad dengan Tajsim (mentajsimkan Allah) tetapi tidak seperti jasad yang lain, maka dimakruhkan berkahwin dengan mereka bagi mengelakkan khilaf (sebahagian ulama’) yang mengharamkannya.”

12. Persoalan yang akan dihuraikan pada penulisan akan datang ialah: SIAPAKAH GOLONGAN AL-HANABILAH AL-MUJASSIMAH tersebut?

13. Penulis juga berpendapat bahawa hukum makruh di sini adalah makruh yang berat, yang boleh menjadi haram berdasarkan tahap keseriusan bid’ah ahli bid’ah al-Mujassim tersebut dan kesannya terhadap pasangannya. Wallahu a’lam.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin…

[ucapan seperti di atas dianggap sebagai bid’ah terkeji oleh sebahagian Wahhabi, khasnya selepas hari raya pertama…. Satu tahap pemikiran yang sangat melucukan pada hari ini]

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Advertisements