PENGIKUT IBNU TAYMIYAH MUJASIMMAH Palsukan KITAB AL-IBANAH IMAM AL-ASY’ARI

JENAYAH PEMALSUAN KITAB AL-IBANAH BAGI IMAM ABU HASAN AL-ASY’ARI

(Kitab : Tabyin kizb al-muftari yang telah ditulis oleh al-Imam Ibnu Asakir)


Terdapat lima buah jodol kitab yang dinisbahkan kepada Imam Abu Hasan al-Asy’ari. Diantaranya :

1-Makalat al-Islamiyyin

2-Risalah fi istihsan al-hudh fi ilm al-kalam

3-Al-luma’ fir ad ‘ala ahli al-zaigh wa al-bida’

4-Al-ibanah fi usul al-dianah

5-Risalah ahli al-thaghr

Tiga kitab yang pertama disebut oleh para pengkaji sebagai selamat dari sebarang pemalsuan dan tokok tambah.

Sementara dua jodol (Al-ibanah fi usul al-dianah dan Risalah ahli al-thaghr)

yang terakhir para pengkaji berpendapat ada usaha yang bersungguh-sungguh untuk dipalsukan dari manuskrp yang asal.

Mereka yang dikenali sebagai salafiyyin adalah dari golongan yang bertanggung jawab diatas jenayah pemalsuan isi kandungan aslinya.[1]

Al-Allamah al-Kauthari ada menyatakan pada pada muqaddimah kitab tabyin kizb al-muftari : Naskhah kitab al-Ibanah yang dicetak di India adalah merupakan naskhah yang telah dipalsukan sebahagian dari isinya, adalah menjadi kewajipan untuk mencetak semula sebagaimana yang asal dari manuskrip yang dipercayai.

Dr Abd rahman Badawi didalam kitabnya berjodol mazahib islamiyyin menyokong pandangan al-Kauthari dengan katanya :

Apa yang telah disebut oleh al-Kauthari adalah merupakan suatu yang benar , dimana kitab al-Ibanah telah dicetak semula di India dengan permainan pehak-pehak jahat .[2]

Para pengkaji mendapati dua pasal dari kitab al-Ibanah yang telah dimuatkan didalam kitab tabyin kizb al-muftari karangan Imam Ibnu Asakir dan kitab al-Ibanah yang berada dipasaran ternyata dengan jelas terdapat pemalsuan.[3]

Contoh pemalsuan kitab al-Ibanah:

Kitab Ibanah yang berada dipasaran : halaman 16 (وأنكروا أن يكون له عينان…. )

Kalimah عينان dengan lafaz tathniah(menunjukkan dua).

Kitab Ibanah cetakkan Dr Fauqiyyah : halaman 22 (وأن له عينين بلا كيف….)

Kalimah yang digunakan juga adalah dari lafaz tathniah(menunjukkan dua).

Kitab Ibnu Asakir halaman 158 : (وأن له عينا بلا كيف….)

Kalimah yang digunakan adalah lafaz mufrad ( satu )

Kalimah mufrad adalah bertepatan dan tidak bertentangan dengan al-Kitab ,al-Sunnah dan pendapat-pendapat salaf.Ini kerana lafaz عينين tidak warid(datang) didalam al-Kitab dan al-Sunnah. Ini kerana menduakan kalimah عين adalah dianggap mengkiaskan Allah dengan makhluk yang sesuatu yang dapat disaksikan secara zahir .Maha suci Allah dari yang demikian itu.[4]


[1] Aqidah Imam al-Asy’ari-Mustafa Alawi al-Attas-hal 67

[2] Mazahib Islamiyyin- Dr Abd rahman Badawi-1/516

[3] Ahlu Sunnah al-Asyirah-Hamad Sinan/Fauzi Anjari-hal 62

[4] Ahlu Sunnah al-Asyirah-Hamad Sinan/Fauzi Anjari -hal 62-63

http://al-subki.blogspot.com/

WAHHABI TIPU AL-IBANAH LAGI…


(KITAB AL- IBANAH ‘AN USULI DIYANAH)

WAHHABI KELIRUKAN KITAB AL-IBANAH (2)
Oleh: Abu Syafiq (012-2850578)

Setelah merujuk kepada semua cetakan kitab Al-Ibanah didapati tiada suatu cetakan pun yang mengatakan “Allah Bersemayam Atas Arasy” dan tidak wujud langsung perkataan “Allah Duduk Atas Arasy” sepertimana yang didakwa oleh Wahhabi. Bahkan tertera pada cetakan kitab Al-Ibanah ‘An Usuli Adiyanah oleh Imam Abu Hasan Al-Asya’ry yang diTahkik Oleh Dr. Fauqiyah Husain Mahmoud Prof Di Universiti “ain Syams Kaherah Mesir cetakan 2 Tahun 1987M didapati dalam kitab Al-Ibanah tersebut

Imam Abu Hasan Al-Asya’ary menyatakan : ” Istiwa Allah bukan bersentuhan, bukan menetap, bukan mengambil tempat, bukan meliputi Arasy, bukan bertukar-tukar tempat, bukanlah Allah di angkat oleh Arasy bahkan arasy dan malaikat pemikul arasylah yang diangkat oleh Allah dengan kekuasaanNya, dan mereka dikuasai oleh Allah dengan keagunganNya “. Lihat kitab di atas yang telah Disacn dan perhatikan pada line yang telah dimerahkan.

Amat jelas Imam Abu Hasan Al-Asy’ary menafikan TEMPAT bagi Allah dan juga beliau menolak akidah kufur yang mendakwa Allah Berada Diatas Arasy Mengambil Arasy Sebagai TempatNya… Ini adalah akidah kufur yang ditolak oleh Imam Al-Asy’ary.

Sungguh jijik dan jahat golongan Wahhabi menokok dan menukar serta membohongan kitab Imam Sunnah Abu Hasan Al-Asy’ary.

SOALAN SAYA KEPADA WAHHABI: KENAPA ANTUM TIDAK AMANAH DALAM HAL AKIDAH?!!JAWAB!

Semoga Allah memberi hidayah kepada Wahhabi dengan hujjah yang saya kemukakan dengan terang,jelas lagi bersuluh.

*ISTAWA TIDAK BOLEH DITERJEMAHKAN KEPADA BERSEMAYAM KERANA BERSEMAYAM BERERTI DUDUK, INI BUKAN SIFAT ALLAH. SEPERTI MANA ALMUTAKABBIR TIDAK BOLEH DITERJEMAHKAN PADA ALLAH SEBAGAI SOMBONG&ANGKUH KERANA ITU SIFAT JELEK BUKAN SIFAT ALLAH. AKAN TETAPI SEBAIKNYA DITERJEMAHKAN DENGAN MAHA MENGUASAI.

http://www.abu-syafiq.blogspot.com

WAHHABI TIPU AL-IBANAH


( BUKTI DARI KITAB AL-IBANAH 1)


( BUKTI DARI KITAB AL-IBANAH 2 )

Oleh: Abu Syafiq (012-2850578)

” AL-IBANAH ‘AN USULI DIYANAH ” BUKAN KESEMUA ISI KANDUNGANNYA TULISAN IMAM AL-ASY’ARY.

Sememangnya kitab-kitab karangan Imam yang agong iaitu Imam Abu Hasan Al-Asy’ary ini menjadi carian dan keutamaan dalam menyebarkan dakwah. Ini kerana nama Imam tersebut sudah cukup mengambarkan kehebatan ilmu yang disampaikan seperti tersemai di tenta sejarah.

Berdasarkan kajian yang teliti dan amanah didapati bahawa kebanyakan kitab karangan Imam Al-Asya’ry dipermainkan dan ditokok tambah beberapa isi kandungannya berdasarkan apa yang telah diterangkan dalam kitab Tabyin Kazibi Muftary ‘Ala Imam Abu Hasan Al-Asy’ary oleh Ibnu ‘Asakir yang merupakan antara tokoh Al-Asya’irah yang utama.

WAHHABI BERDUSTA TERHADAP KITAB AL-IBANAH.
Rujuk sahaja buku-buku Wahhabi pasti akan diselitkan kenyataan dusta tanpa amanah terhadap Imam Al-Asy’ary. Paling kerap dinukilkan adalah dari kitab yang berjudul Al-Ibanah ‘An Usuli Ad-Diyanah.
Sebenarnya banyak pendustaan yang jelas terhadap sebahagian isi kandungan kitab tersebut.
Cuma kali ini difokuskan kepada satu sahaja daripada 39 pendustaan yang ditokok tambah dalam kitab tersebut.

WAHHABI BERDUSTA MENDAKWA “ALLAH DUDUK ATAS ARASY” ADALAH AKIDAH IMAM AL-ASYA’RY.
Ini merupakan pendustaan terhadap Imam Abu Hasan Al-Asy’ary.
Sebenarnya Imam Abu Hasan Al-Asy’ary tidak pernah mengatakan Allah Duduk Di Atas ‘Arasy dan tidak pernah juga beliau menyatakan Allah Bersemayam Di Atas ‘Arasy.
Tidak wujud dalam mana-mana kitab beliau pun kenyataan kufur tersebut.
Tidak wujud juga perkataan kufur tersebut dalam kitab Al-Ibanah ‘An usuli Ad-Diyanah karangan Imam Asy’ary. Tetapi Wahhabi berdusta lantas menyandarkan perkataan kufur tersebut kepada Imam Al-Asya’ry
Amat keji sungguh si penokok tambah yang mendakwa Imam Asy’ary kata begitu dalam Al-Ibanah. Bahkan apabila Imam Al-Asya’ry menyatakan tentang Istawa Allah beliau mensyarahkan dengan erti yang bukan bertempat dan berbentuk.
Lihat kitab Al-Ibanah di atas artikel ini yang telah discan dan perhatikan pada line yang telah digaris, kitab Al-Ibanah tersebut dicetakan Saudi Arabia Universiti Islamiah Madinah Munawwarah cetakan 5 mukasurat 119 & 126.

WAHHABI KATA : Imam Abu Hasan Al-Asya’ry pun kata Allah bertempat duduk/bersemayam di atas arasy dalam kitabnya Al-Ibanah.

Sedangkan

IMAM ABU HASAN AL-ASYA’RY PULA SEBUT DALAM KITABNYA ITU SENDIRI: ALLAH BERISTAWA ATAS ARASY TANPA BERBENTUK DAN TANPA MENGAMBIL TEMPAT. Lihat kitab Al-Ibanah di atas artikel ini yang telah discan dan perhatikan pada line yang telah digaris, kitab Al-Ibanah tersebut dicetakan Saudi Arabia Universiti Islamiah Madinah Munawwarah cetakan 5 mukasurat 119 & 126.

Pendusta Wahhabi amat keji disisi Allah dan Islam. Semoga pembohong Wahhabi ini diberi hidayah sebelum mati.

*ISTAWA TIDAK BOLEH DITERJEMAHKAN KEPADA BERSEMAYAM KERANA BERSEMAYAM BERERTI DUDUK, INI BUKAN SIFAT ALLAH. SEPERTI MANA ALMUTAKABBIR TIDAK BOLEH DITERJEMAHKAN KEPADA SOMBONG&ANGKUH KERANA ITU SIFAT JELEK BUKAN SIFAT ALLAH. AKAN TETAPI SEBAIKNYA DITERJEMAHKAN DENGAN MAHA BERKUASA.

http://www.abu-syafiq.blogspot.com

2 Responses

  1. itu adalah kedustaan wahaby yang sangat nyata……..tidak ada seorangpun murid imam asy’ary yang berakidah tajsim (menyatakan sifat arah dan tempat bagi Allah)….
    Aqidah sunniyah adalah aqidah yang dianut mayoritas muslim (sunni 4 madzab)….kaidah aqidah sunniyah telah disusun oleh imam maturudi dan imam asy’ary untuk memudahkan umat ahir zaman memahami aqidah salafusshalih

    2 Kitab tersebut banyak dipalsukan oleh musuh-musuh islam (agen kafir berjubah /wahaby)…..isinya dalam kitab tersebut ada yang ditambah-tambah sehingga kontradiktif dengan isi dalam kitab itu sendiri! anda bisa buktikan dgn scan kitab al-ibanah tersebut!

    Memalsukan pendapat ulama adalah darah daging agama wahaby.

    mari kita buktikan bahwa kitab-kitab tafsir alqur’an yang mu’tabar adalh membantah pendapat mereka…dan rujukan-rujukan yang mereka buat adalah bathil :

    ahlusunnah menta’wil ayat mutasyabihat

    Ta’wil bererti menjauhkan makna dari segi zahirnya kepada makna yang lebih layak bagi Allah, ini kerana zahir makna nas al-Mutasyabihat tersebut mempunyai unsur jelas persamaan Allah dengan makhluk.

    Ta’wilan pula ada dua,

    Pertama: Ta’wilan Ijmaliyy iaitu ta’wilan yang dilakukan secara umum dengan menafikan makna zahir nas al-Mutasyabihat tanpa diperincikan maknanya.

    sebagai contoh perkataan istawa dikatakan istawa yang layak bagi Allah dan waktu yang sama dinafikan zahir makna istawa kerana zahirnya bererti duduk dan bertempat, Allah mahasuci dari bersifat duduk dan bertempat.

    Manakala kedua adalah: Ta’wilan Tafsiliyy iaitu ta’wilan yang menafikan makna zahir nas tersebut kemudian meletakkan makna yang layak bagi Allah.
    seperti istawa bagi Allah bererti Maha Berkuasa kerana Allah sendiri sifatkan dirinya sebagai Maha Berkuasa.
    lihat dalam tafsir berikut :

    Quote:
    Sekarang akan disebutkan sebahagian penafsiran lafaz istawa dalam surah ar Ra’d:

    1- Tafsir Ibnu Kathir:

    (ثم استوى على العرش ) telah dijelaskan maknanya sepertimana pada tafsirnya surah al Araf, sesungguhnya ia ditafsirkan tanpa kaifiat(bentuk) dan penyamaan

    2- Tafsir al Qurtubi

    (ثم استوى على العرش ) dengan makna penjagaan dan penguasaan

    3- Tafsir al-Jalalain

    (ثم استوى على العرش ) istiwa yang layak bagi Nya

    4- Tafsir an-Nasafi Maknanya:

    makna ( ثم استوى على العرش) adalah menguasai Ini adalah sebahagian dari tafsiran , tetapi banyak lagi tafsiran-tafsiran ulamak Ahlu Sunnah yang lain…

    Makna istiwa yang dikenal dalam bahasa arab :
    Di dalam kamus-kamus arab yang ditulis oleh ulama’ Ahlu Sunnah telah menjelaskan istiwa datang dengan banyak makna, diantaranya:

    1-masak (boleh di makan) contoh:

    قد استوى الطعام—–قد استوى التفاح maknanya: makanan telah masak—buah epal telah masak

    2- التمام: sempurna, lengkap

    3- الاعتدال : lurus

    4- جلس: duduk / bersemayam,

    contoh: – استوى الطالب على الكرسي : pelajar duduk atas kerusi -استوى الملك على السرير : raja bersemayam di atas katil

    5- استولى : menguasai,

    contoh: قد استوى بشر على العراق من غير سيف ودم مهراق

    Maknanya: Bisyr telah menguasai Iraq, tanpa menggunakan pedang dan penumpahan darah.

    Al Hafiz Abu Bakar bin Arabi telah menjelaskan istiwa mempunyai hampir 15 makna, diantaranya: tetap,sempurna lurus menguasai, tinggi dan lain-lain lagi, dan banyak lagi maknannya. Sila rujuk qamus misbahul munir, mukhtar al-Sihah, lisanul arab, mukjam al-Buldan, dan banyak lagi. Yang menjadi masalahnya, kenapa si penulis memilih makna bersemayam. Adakah makna bersemayam itu layak bagi Allah?, apakah dia tidak tahu bersemayam itu adalah sifat makhluk? Adakah si penulis ini tidak mengatahui bahawa siapa yang menyamakan Allah dengan salah satu sifat daripada sifat makhluk maka dia telah kafir?

    sepertimana kata salah seorang ulama’ Salaf Imam at Tohawi (wafat 321 hijrah):

    ومن وصف الله بمعنى من معانى البشر فقد كفر

    Maknanya: barang siapa yang menyifatkan Allah dengan salah satu sifat dari sifat-sifat manusia maka dia telah kafir. Kemudian ulama’-ulama’ Ahlu Sunnah telah menafsirkan istiwa yang terkandung di dalam Al quran dengan makna menguasai arasy kerana arasy adalah makhluk yang paling besar, oleh itu ia disebutkan dalam al Quran untuk menunjukkan kekuasaan Allah subhanahu wata’ala sepertimana kata-kata Saidina Ali yang telah diriwayatkan oleh Imam Abu Mansur al-Tamimi dalam kitabnya At-Tabsiroh:

    ان الله تعالى خلق العرش اظهارا لقدرته ولم يتخذه مكان لذاته

    Maknanya: Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mencipta al-arasy untuk menzohirkan kekuasaanya, bukannya untuk menjadikan ia tempat bagi Nya.

    Allah ada tanpa tempat dan arah adalah aqidah salaf yang lurus.
    Hukum Orang yang meyakini Tajsim; bahwa Allah adalah Benda

    Syekh Ibn Hajar al Haytami (W. 974 H) dalam al Minhaj al
    Qawim h. 64, mengatakan: “Ketahuilah bahwasanya al Qarafi dan lainnya meriwayatkan perkataan asy-Syafi’i, Malik, Ahmad dan Abu Hanifah – semoga Allah meridlai mereka- mengenai pengkafiran mereka terhadap orangorang yang mengatakan bahwa Allah di suatu arah dan dia adalah benda, mereka pantas dengan predikat tersebut (kekufuran)”.

    Al Imam Ahmad ibn Hanbal –semoga Allah meridlainyamengatakan:
    “Barang siapa yang mengatakan Allah adalah benda, tidak seperti benda-benda maka ia telah kafir” (dinukil oleh Badr ad-Din az-Zarkasyi (W. 794 H), seorang ahli hadits dan fiqh bermadzhab Syafi’i dalam kitab Tasynif al Masami’ dari pengarang kitab al Khishal dari kalangan pengikut madzhab Hanbali dari al Imam Ahmad ibn Hanbal).

    Al Imam Abu al Hasan al Asy’ari dalam karyanya an-Nawadir mengatakan : “Barang siapa yang berkeyakinan bahwa Allah adalah benda maka ia telah kafir, tidak mengetahui Tuhannya”.

    As-Salaf ash-Shalih Mensucikan Allah dari Hadd, Anggota badan, Tempat, Arah dan Semua Sifat-sifat Makhluk

    الْموُلود سنةَ 227 ه t  16 . قَالَ اْلإِمام َأبو جعفَرٍ الطَّحاوِي
    والْمتوفَّى سنةَ 321 ه : “تعالَى (يعنِي الله) عنِ الْحدود
    والْغايات والأَركَان والأَعضاءِ والأَدوات لاَ تحوِيه الْجِهات
    الست كَسائرِ الْمبتدعات”.

    Al Imam Abu Ja’far ath-Thahawi -semoga Allah meridlainya- (227-321 H) berkata:
    “Maha suci Allah dari batas-batas (bentuk kecil maupun besar, jadi Allah tidak mempunyai ukuran sama sekali), batas akhir, sisi-sisi, anggota badan yang besar (seperti wajah, tangan dan lainnya) maupun anggota badan yang kecil (seperti mulut, lidah, anak lidah, hidung, telinga dan lainnya). Dia tidak diliputi oleh satu maupun enam arah penjuru (atas, bawah, kanan,
    kiri, depan dan belakang) tidak seperti makhluk-Nya yang diliputi enam arah penjuru tersebut”.

    Perkataan al Imam Abu Ja’far ath-Thahawi di atas merupakan Ijma’ (konsensus) para sahabat dan Salaf (orang-orang yang hidup pada tiga abad pertama hijriyah).

    Di sini akan dinyatakan sebahagian kata-kata ulamak 4 mazhab tentang aqidah:

    1- Imam Abu hanifah:

    لايشبه شيئا من الأشياء من خلقه ولا يشبهه شيء من خلقه

    Maknanya:: (Allah) tidak menyerupai sesuatu pun daripada makhlukNya, dan tidak ada sesuatu makhluk pun yang menyerupaiNya.Kitab Fiqh al Akbar, karangan Imam Abu Hanifah, muka surat 1

    2-Imam Syafie:

    انه تعالى كان ولا مكان فخلق المكان وهو على صفته الأزلية كما كان قبل خلقه المكان لايجوز عليه التغيير

    Maknanya: sesungguhnya Dia Ta’ala ada (dari azali) dan tempat belum dicipta lagi, kemudian Allah mencipta tempat dan Dia tetap dengan sifatnnya yang azali itu seperti mana sebelum terciptanya tempat, tidak harus ke atas Allah perubahan. Dinuqilkan oleh Imam Al-Zabidi dalam kitabnya Ithaf al-Sadatil Muttaqin jilid 2 muka surat 23

    3-Imam Ahmad bin Hanbal :

    -استوى كما اخبر لا كما يخطر للبشر

    Maknanya: Dia (Allah) istawa sepertimana Dia khabarkan (di dalam al Quran), bukannya seperti yang terlintas di fikiran manusia. Dinuqilkan oleh Imam al-Rifae dalam kitabnya al-Burhan al-Muayyad, dan juga al-Husoni dalam kitabnya Dafu’ syubh man syabbaha Wa Tamarrad.

    وما اشتهر بين جهلة المنسوبين الى هذا الامام المجتهد من أنه -قائل بشىء من الجهة أو نحوها فكذب وبهتان وافتراء عليه

    Maknanya: dan apa yang telah masyhur di kalangan orang-orang jahil yang menisbahkan diri mereka pada Imam Mujtahid ini (Ahmad bin Hanbal) bahawa dia ada mengatakan tentang (Allah) berada di arah atau seumpamanya, maka itu adalah pendustaan dan kepalsuan ke atasnya(Imam Ahmad) Kitab Fatawa Hadisiah karangan Ibn Hajar al- Haitami

    4- Imam Malik :

    الاستواء غير المجهول والكيف غير المعقول والايمان به واجب و السؤال عنه بدعة

    Maknannya: Kalimah istiwa’ tidak majhul (diketahui dalam al quran) dan kaif(bentuk) tidak diterima aqal, dan iman dengannya wajib, dan soal tentangnya bidaah.

    lihat disini : imam malik menulis kata istiwa (لاستواء) bukan jalasa atau duduk atau bersemayam atau bertempat (istiqrar)…..

    TIDAK PERNAH IMAM MALIK MENTAFSIR MAKNA ISTIWA DENGAN ISTIQRAR /BERTEMPAT/BERSEMAYAM!!

    lihat bagaimana wahaby membodohi pengikutnya DENGAN MENULIS MAKNA ISTIWA DENGAN “BERSEMYAM/ISTIQRAR”:

    wahaby tulis :
    Imam Malik berkata “Allah bersemayam” (padahal aslinya hanya tertulis lafadaz istiwa) telah jelas kita ketahui. Bagaimana dia bersemayam tidak akan terjangkau oleh Akal. Beriman tentang hal tsb adalah suatu kewajiban bagi kita sedangkan menanyakan bagaimana hakikatnya/kaifiyyatnya adalah termasuk bid’ah “.

    https://salafytobat.wordpress.com

  2. akhi…….. blog antum ini akan menjadi pembanding bagi saya…. salam kenal saya untuk_mu…. teruskan lah blog ini…. tapi jangan gegabah…. karena anda membawa nama baik kami sebagai Asy’ariyah…. saya bangga pada anda membela ummat ini, khususnya Indonesia dari gempuran WAHHABI…. teruskan… teruskan…. Hasbunallah.. oya, kalau bisa,, ana minta izin untuk mencopi paste tulisan-tulisan akhi… boleh kan?? kirimkan balasan akhi ke email saya… el_shafa@yahoo.com

    Akhukum…. Ahmad Khoiruddin al_Bantani

Leave a comment