Bermazhab dengan mazhab/manhaj “salafy” adalah bid’ah

Al-Bouthi: Bermazhab dengan mazhab al-Salafiyyah adalah bid’ah yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Alim besar Syria yang tidak perlu diperkenalkan lagi, al-Sheikh Prof. Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Bouthi menerangkan dengan panjang lebar sebuah ajaran baru yang dinamakan “al-Salafiyyah” selepas ditukar jenama daripada “al-Wahhabiyyah” kerana pengamal ajaran ini tidak mahu ajaran ini dinisbahkan kepada Muhammad Ibn Abdul Wahhab semata-mata. [Rujuk m/s 235 & 236 daripada kitab dibawah]

Beliau menyatakan bahawa MENGIKUT GENERASI SALAF adalah satu perkara yang sangat-sangat berbeza berbanding BERMAZHAB DENGAN MAZHAB AL-SALAFIYYAH yang digembar-gemburkan oleh pengamal Wahhabi pada hari ini.[Rujuk m/s 221 sehingga 242 daripada kitab di bawah].

Beliau berkata bahawa istilah yang digunakan oleh para ulama’ untuk menamakan kedudukan para ulama’ yang benar adalah Ahli Sunnah dan Jama’ah. Istilah Ahli Sunnah dan Jama’ah adalah istilah yang telah diijmak oleh para ulama’ generasi Salaf untuk menamakan golongan yang benar. Manakala istilah al-Salafiyyah yang digunakan oleh golongan Wahhabi pada hari ini untuk melambangkan dan menamakan golongan yang benar [menurut sangkaan mereka] adalah satu bid’ah yang tercela bahkan tidak pernah digunakan oleh generasi Salafus Soleh untuk menamakan golongan yang benar. Sila lihat petikan dan terjemahan kata-kata beliau di bawah [Semoga anda diberi hidayah oleh Allas SWT]. Kitab ini bertajuk:

[السلفية: مرحلة زمنية مباركة لا مذهب إسلامي]

“Al-Salafiyyah: Satu Tempoh Masa Yang Diberkati dan bukanlah Sebuah Mazhab Islam.”

Kitab ini adalah satu penerangan dan kritikan yang penuh ilmiah terhadap ajaran Wahhabi yang dikarang oleh seorang alim seperti beliau.

“Cukuplah pujian bagi kitab ini dengan disebutkan nama penulisnya.”

Terjemahan:

“Dan manakala apabila seorang Muslim mentakrifkan / memperkenalkan dirinya dengan menyatakan bahawa dia disandarkan kepada sebuah mazhab yang dikenali pada hari ini dengan al-Salafiyyah, maka tanpa ragu-ragu lagi dia adalah seorang ahli bid’ah.

Ini adalah kerana sekiranya istilah “al-Salafiyyah” boleh memberi maksud yang sama seperti “Ahli Sunnah dan Jamaah”, maka sesungguhnya dia telah melakukan bid’ah dengan mencipta nama yang berbeza dengan nama yang telah disepakati oleh generasi Salaf [Semoga keredhaan Allah dilimpahkan ke atas mereka].

Dan nama yang bid’ah lagi tidak diperlukan ini telah cukup untuk menimbulkan ketidakstabilan dan perpecahan di dalam saf-saf [perpaduan] umat Islam.

Dan manakala sekirannya nama al-Salafiyyah ini memberi maksud yang berbeza dengan dengan hakikat Ahli Sunnah dan Jama’ah – dan inilah kebenarannya – maka bid’ah ini telah berlaku dengan nama rekaan tersebut [al-Salafiyyah] serta kandungannya yang bathil, dan istilah ini cuba menegakkan benderanya dan mengangkat kedudukannya sebagai ganti kepada kebenaran yang telah disepakati oleh generasi Salaf dan [generasi Salafus Soleh pada hakikatnya] telah berijma’ menggunakan nama “Ahli Sunnah dan Jama’ah” [bagi golongan yang benar].”

Maka telah terbuktilah bid’ah [golongan Salafi Wahhabi ini] dalam menggunakan istilah “al-Salafiyyah” di samping maksudnya yang juga bid’ah untuk digunakan sebagai jenama/nama bagi sebuah kumpulan baru [Salafi Wahhabi] yang memisahkan diri mereka dari jemaah umum Umat Islam yang bersatu dalam menggunakan istilah “Ahli Sunnah dan Jama’ah” serta berpegang dengan hakikat [Ahli Sunnah dan Jama’ah] yang benar.”

Dapat difahami daripada kata-kata di atas bahawa al-Sheikh al-Bouthi:

  1. Menerangkan bahawa istilah al-Salafiyyah adalah satu istilah yang bid’ah dan bertentangan dengan kesepakatan ulama’ generasi Salaf.
  2. Menolak istilah al-Salafiyyah untuk digunakan sebagai ganti Ahli Sunnah dan Jamaah.
  3. Berterus-terang bahawa kandungan ajaran yang dibawa oleh kelompok Salafiyyah Wahhabiyyah adalah bukan merupakan pegangan Ahli Sunnah dan Jamaah.

Semoga nasihat beliau ini mampu melembutkan hati yang keras, menghidupkan hati yang mati, menyedarkan hati yang lalai, mengubati hati yang berpenyakit dan meluruskan hati yang terpesong dengan izin Allah SWT dan berkat kasih sayang-Nya kepada Rasulullah SAW.

Wassalam.

http://al-ashairah.blogspot.com/

baca juga “Pendapat Imam Nanwawi Tentang Pentingnya Bermadazab “

http://al-ashairah.blogspot.com/2008/06/penjelasan-imam-al-nawawi-mengenai.html

________

gudang ilmu :

https://salafytobat.wordpress.com

Taubat

Pengajian Kitab: Fasal Taubat

Setiap amalan dalam Islam mempunyai syarat dan rukun. Jika sesuatu syarat atau rukun tidak sempurna maka begitulah ibadah atau amalan tersebut, sama ada menjadi tidak sempurna atau lebih parah lagi menjadi tidak sah atau batal, justru menjadi sia-sia, menjadi ‘haba-an mantsura’ (debu-debu berterbangan).
Taubat yang merupakan satu ibadah dan amalan yang dihukumkan wajib bagi orang yang berdosa dan sunnat bagi yang tidak berdosa. Jadi tengok le diri, kalau rasa tak berdosa, dihukumkan taubat itu sunnat, tapi kalau banyak dosa, wajiblah bertaubat. Mari kita telaah kitab “Sullamul Mubtadie” di tepi “Kifayatul Muhtadie” mukasurat 370 371 berhubung hal taubat ini.
Matan Kitab:
  • (Fasal) Dan wajib taubat itu bagi orang yang mengerjakan dosa itu bersegera atas tiap-tiap orang yang mukallaf iaitu menyesal daripada pekerjaan yang ia mengerjakan dia daripada dosanya dan meninggalkan ia daripada demikian dosanya dengan ikhtiarnya dan mencita ia atas tiada hendak kembali kepadanya selama-lama, maka ia benci akan yang demikian itu seperti akan racun dan akan api dan serta ia membanyakkan mengucap istighfar dan jika adalah dosanya itu meninggalkan fardhu maka hendaklah segera mengqadhakan dia, maka tiada harus ia mengerjakan amal yang sunnat dan mengerjakan pekerjaan yang lain daripada mengqadhakan dia melainkan kerana menuntut akan kehidupannya dan makan dan minum dan qadha hajat dan tidur apabila sangat mengantuk, maka yang lain daripada itu tiada harus ia mengerjakan melainkan duduk mengqadhakan dia. Atau ada dosanya itu ada sangkutan hak manusia maka hendaklah ia kembali akan empunyanya. Jika ambil harta orang atau ia mengumpat – ngumpat orang maka hendak ia minta halal daripadanya atau membunuh atau meluka, maka hendaklah menyerahkan dirinya baginya atau membayar diatnya atau ia minta halalkan dan minta redhakan dia dan jika tiada ada lagi orang yang ia zalim atau orang yang ia khianat akan dia maka dibuat kebajikan dan disedekahkan dia meniatkan pahalanya bagi empunyanya dan membanyak akan taubat kepada Allah bahawa diredhai ahlinya pada hari Kiamat dan membanyakkan amal dan mendoakan empunyanya mudah-mudahan ia redhakan dia pada hari Kiamat.

Taubat 1

Matan:-

(Fasal) Dan wajib taubat itu bagi orang yang mengerjakan dosa itu bersegera atas tiap-tiap orang yang mukallaf.

Syarah:-

Yakni kewajipan bertaubat itu adalah bagi orang yang mengerjakan dosa tersebut dan kewajipan ini hendaklah dilakukan dengan bersegera atas setiap orang mukallaf, yakni yang aqil baligh. Ini adalah kerana orang yang beriman apabila melakukan dosa dan maksiat rasa berdosa dan bersalah akan terus wujud kerana sekurang-kurang nafsu orang beriman ialah nafsu lawwamah, iaitu nafsu yang mencela dirinya sendiri apabila melakukan dosa dan maksiat. Sepakat ulama tasawwuf dan fuqaha mewajibkan orang yang melakukan dosa bertaubat dari dosanya dan ianya hendaklah dilakukan dengan segera. Menangguh-nangguhkan taubat merupakan satu lagi dosa yang memerlukan kepada taubat yang lain pula. Oleh itu setiap kali kita terjerumus dalam dosa dan maksiat, maka teruslah bertaubat kepada Allah. Dan di sinilah peranan dan pentingnya ilmu yang memberi panduan mengenai dosa dan maksiat, kerana berapa ramai orang yang melakukan dosa dan maksiat tidak bertaubat atau tidak merasa berdosa kerana dia tidak tahu apa yang dilakukannya itu sebagai satu dosa dan maksiat kepada Allah.
Matan:-
  • iaitu menyesal daripada pekerjaan yang ia mengerjakan dia daripada dosanya
Syarah:-
Syarat taubat yang pertama ialah “an-nadam“, iaitu menyesal atas keterlanjurannya melakukan dosa tersebut. Sebagaimana dinyatakan tadi, orang beriman sentiasa menyesal setiap kali melakukan dosa dan maksiat. Ini adalah kerana wujudnya iman dalam hatinya. Mungkin kerana imannya walaupun wujud tetapi masih lemah, maka dia masih terjerumus dalam dosa dan maksiat. Tetapi bezanya dengan orang yang tidak punya iman ialah dia walaupun berdosa menyesali akan dosanya tersebut berbanding yang tidak beriman. Penyesalan ini amat penting kerana ianya akan membawa orang tersebut kepada kesempurnaan taubatnya. Dalam riwayat dinyatakan bahawa Junjungan s.a.w. bersabda bahawa “Taubat itu adalah penyesalan“, dan dalam riwayat lain dinyatakan bahawa “Setiap anak Adam itu melakukan dosa, dan sebaik-baik pelaku dosa adalah yang bertaubat dari dosanya.” Tetapi kerana kurangnya kesedaran ilmu, maka sekarang orang melakukan maksiat tanpa rasa berdosa kerana dia tidak beranggapan ianya dosa. Ada orang yang berzina, tetapi tidak merasa berdosa kerana katanya dia berzina kerana suka sama suka dan kerana masing-masing ikhlas antara satu sama lain. Allahu …. Allah, dunia dah nak terbalik, manusia sudah songsang, bukan berbicara ikhlas dalam sholat, tetapi ikhlas dalam berzina. Begitu juga dalam bab-bab lain, manusia sudah tidak gemar pada ilmu-ilmu agama, mereka lebih tahu kesalahan lalu lintas berbanding kesalahan dalam hukum syarak. Bagaimana Allah nak beri bantuan kepada umat yang sebegini ????? Lihat sahaja para penganas yang mengganas atas nama Islam, membunuh secara membabibuta tak kira siapa mangsanya, hatta yang seagama pun menjadi mangsa, tidakkah mereka merasa perbuatan mereka tersebut MAKSIAT kepada Allah ? Sudah tentu tidak kerana itu mereka berbuat sedemikian. Sedangkan menurut fuqaha muktabar Ahlus Sunnah wal Jamaah, perbuatan membunuh orang tanpa hak adalah dosa besar. Justru ikhwah sekalian, selain kesalahan duniawi kena telaah dan belajar hukum halal haram dalam Islam, mari duduk depan tuan-tuan guru yang mengajar berpandukan kitab ulama terdahulu untuk mengetahui hal ini. Antara kitab yang elok untuk kita telaah dalam bab ini ialah kitab “al-Kabair” karangan Imam az-Zahabi dan kalau nak yang lebih luas bahasannya kitab “az-Zawajir” karangan Imam Ibnu Hajar al-Haitami. Kalau tak silap kitab “al-Kabair” tersebut sudah ada terjemahannya dalam bahasa Melayu. Allahu a’laam.

Inilah matan kitab tersebut. Untuk makluman, kitab ini merupakan karangan Mawlana al-‘Alim al-‘Aamil al-‘Allamah al-Kaamil asy-Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathoni yang masyhur itu. Dan kitab ini juga telah diberi syarah oleh Syaikh Muhammad Nur bin Muhammad bin Ismail Daud al-Fathoni dengan jodol “Kifaayatul Muhtadie pada menerangkan cahaya Sullamul Mubtadie”. Syaikh Muhammad Nur adalah anak kepada Syaikh Muhammad al-Fathoni atau gelarannya Syaikh Nik Mat Kecik pengarang “Mathla`ul Badrain” yang masyhur yang merupakan anak saudara dan anak angkat bagi Syaikh Daud al-Fathoni. Harap fahami matan kitab di atas dan insya-Allah, kita syarahkan nanti sekadar mampu dan keizinan Allah yang Esa.

Taubat 2

Matan:-
  • ” dan meninggalkan ia daripada demikian dosanya dengan ikhtiarnya “
Syarah:-
Rukun seterusnya bagi seorang yang bertaubat ialah hendaklah dia tatkala bertaubat tersebut meninggalkan dosa dan maksiatnya itu dengan ikhtiarnya sendiri, yakni dengan pilihannya sendiri. Di sini terdapat 2 perkara pokok yang perlu difahami, (i) meninggalkan dosa; dan (ii) dengan ikhtiarnya. Bukan dinamakan orang bertaubat yang sewaktu bertaubat masih melakukan dosa yang ditaubatnya. Dan begitu juga orang yang meninggalkan maksiat kerana terpaksa, bukan kerana pilihannya sendiri demi menjunjung perintah Ilahi tidaklah dianggap sebagai sempurna taubatnya.
Sekarang kita lihat, ada segelintir manusia yang masih berselera dengan dosa dan maksiat, bahkan berbangga-bangga dengan dosa dan maksiat, cuma oleh kerana sudah uzur atau sudah tua, maka maksiat tersebut ditinggalkannya. Maka jadilah dia meninggalkan dosa dan maksiat kerana faktor tersebut, bukan kerana menjunjungan perintah Allah, dia meninggalkan dosa bukan kerana keinsafan dan pilihannya sendiri, tetapi meninggalkan dosa kerana tak larat lagi nak buat dosa tersebut sedangkan hatinya masih suka dengan dosa tersebut, maka hal taubat sebegini menurut ulama tidak sempurna dan dikhuatiri tak sah di sisi Allah s.w.t. Inilah sebabnya, Mawlana Syaikh Daud menegaskan syarat ini dengan kalimah “….dengan ikhtiarnya“. Demikian juga orang yang dipaksa bertaubat, lalu dia pun bertaubat kerana takut dihukum manusia, maka taubatnya itu hanya sah di mata manusia sedangkan di sisi Allah ta`ala, tidak dinamakan taubat. Ketahuilah dengan sebaiknya, agar kita faham bahawa kesempurnaan taubat itu hendaklah datang dari pilihan dan kesedaran kita sendiri setelah disuluh cahaya hidayah dan taufiq daripada Allah s.w.t. Allahu a’laam

Taubat 3

Matan:-
  • “dan mencita ia atas tiada hendak kembali kepadanya selama-lama, maka ia benci akan yang demikian itu seperti akan racun dan akan api “

Syarah:-

  • Seseorang yang bertaubat dengan sebenarnya, maka tatkala bertaubat tersebut langsung tidak teringat atau teringin bahkan terlintas untuk kembali membuat dosa yang ditaubatkan itu selama-lamanya. Bahkan timbul rasa benci kepada maksiat tersebut seperti seseorang yang bencikan racun yang membinasakan atau benci dihumban ke dalam api neraka. Kerana hakikat kesudahan dosa dan maksiat itu membawa seseorang ke dalam siksaan neraka. Dosa dan maksiat yang merupakan penyakit batin adalah lebih bahaya daripada sakit zahir seumpama kanser, kalau seorang menghidap kanser paling teruk kesudahannya ialah mati, tapi dosa dan maksiat jika tidak diampun oleh Allah akan membawa pelakunya ke neraka, dan ingatlah bahawa azab neraka itu teramatlah pedih dan masa di sana teramatlah panjang. Adakah kekuatan kita nak menanggungnya nanti ??? Allahu…Allah. Tuhanku aku tak layak untuk Syurga FirdausMu, tetapi aku tak tahan menanggung siksa nerakaMu, oleh itu ampunkanlah aku terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar.

Seseorang yang mengaku bertaubat tetapi dosa masih terasa manis di sisinya, maka ketahuilah bahawa taubatnya belum cukup sempurna. Ada riwayat dalam hadits qudsi Allah ta`ala berfirman kepada Nabi Musa a.s. mengenai pertanyaan Nabi Musa tentang taubat seorang umatnya yang tidak dikabulkan Allah, maka Allah menjawabnya: “Bagaimana aku nak menerima taubatnya sedangkan hatinya masih melekat kepada dosa tersebut”. Allahu a’laam.

Taubat 4

Matan:-

  • “…..dan serta ia membanyakkan mengucap istighfar. “

Syarah:-

Kesempurnaan taubat itu daripada hati yang tulus ikhlas terlancar ke lidah ucapan istighfar memohon keampunan Allah ta`ala. Junjungan s.a.w. seorang yang ma’sum menyatakan bahawa baginda mengucapkan istighfar 100 kali sehari. Maka insan kerdil dan banyak dosa seperti kita hendaklah berlebih lagi. Istighfar yang diucapkan biarlah betul-betul mencerminkan keinsafan hati kita. Ucapkanlah “Rabbirgh fir li” atau sebagainya. Tetapi hendaklah diingat bahawa ucapan istighfar yang hanya ditanam di bibir mulut tanpa berakar daripada hati kesannya jika pun ada amatlah minima. Tetapi janganlah cepat berputus asa, istighfar di lidah lebih baik daripada langsung tidak beristighfar. Insya-Allah, mudah-mudahan taubat lisan akan menembusi hati. Ingatlah bahawa titisan air yang terus menerus menimpa batu akan melekukkannya. Allahu a’laam.

Taubat 5

Matan:-

  • “…dan jika adalah dosanya itu meninggalkan fardhu maka hendaklah segera mengqadhakan dia, maka tiada harus ia mengerjakan amal yang sunnat dan mengerjakan pekerjaan yang lain daripada mengqadhakan dia melainkan kerana menuntut akan kehidupannya dan makan dan minum dan qadha hajat dan tidur apabila sangat mengantuk, maka yang lain daripada itu tiada harus ia mengerjakan melainkan duduk mengqadhakan dia…..”

Syarah:-

  • Jika dosa yang dilakukan merupakan maksiat meninggalkan kefardhuan atau kewajipan terhadap Allah, maka hendaklah orang yang bertaubat itu mengqadhakan fardhu yang ditinggalkannya dengan segera, jika kefardhuan tersebut ditinggalkan dengan sengaja tanpa keuzuran. Perlu diingat bahawa kejahilan tentang hukum hakam tidak termasuk keuzuran secara lazimnya. Maka hendaklah orang bertaubat tersebut menebus kembali fardhu yang ditinggalkannya dengan taubat dan qadha. Inilah pendapat jumhur ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah daripada 4 mazhab. Inilah pendapat yang sewajarnya diikuti kita, inilah fatwa Imam an-Nawawi, Ibnu Hajar dan lain-lain ulama besar mazhab kita. Jangan terpengaruh dengan fatwa – fatwa zaman sekarang kaum muda atau lebih tepat kaum mudah yang suka bermudah-mudah dalam urusan agama, yang menyandarkan pendapat mereka kepada fatwa minoriti ulama Zahiri.
  • Seterusnya dinyatakan bahawa orang yang bertaubat dari maksiat meninggal fardhu tanpa uzur disyaratkan menggunakan segala masa dan kelapangannya untuk mengqadha fardhunya tersebut dan tidak dibenarkan dia mengerjakan amalan-amalan sunnat. Inilah qawl asah dalam mazhab kita, sedangkan qil mengatakan tidak perlu bersegera. Bahasan hal ini telah kita buat dahulu, silalah rujuk lagi.

Taubat 6

Matan:-

  • “…Atau ada dosanya itu ada sangkutan hak manusia maka hendaklah ia kembali akan empunyanya. Jika ambil harta orang atau ia mengumpat – ngumpat orang maka hendak ia minta halal daripadanya atau membunuh atau meluka, maka hendaklah menyerahkan dirinya baginya atau membayar diatnya atau ia minta halalkan dan minta redhakan dia..”

Syarah:-

Jika dosa atau maksiat dilakukan bersangkut paut dengan hak manusia, maka kesempurnaannya ialah dengan dikembalikan balik hak orang tersebut, atau mintak halal. Jika membunuh orang atau mencederakan orang maka hendaklah menyerah diri kepada orang yang dicederai atau waris orang yang dibunuh agar dapat dijalankan hukuman qisas atau mintak halal atau dibayar diat.

Matan:-

  • “…dan jika tiada ada lagi orang yang ia zalim atau orang yang ia khianat akan dia maka dibuat kebajikan dan disedekahkan dia meniatkan pahalanya bagi empunyanya dan membanyak akan taubat kepada Allah bahawa diredhai ahlinya pada hari Kiamat dan membanyakkan amal dan mendoakan empunyanya mudah-mudahan ia redhakan dia pada hari Kiamat.”

Syarah:-

Jika orang yang dizalimi tersebut telah tiada dan warisnya tidak diketahui, maka hendaklah orang yang bertaubat daripada kezalimannya itu memperbanyak membuat kebajikan dan bersedekah yang pahalanya dihadiahkan kepada orang yang kena zalimnya itu serta mendoakan orang tersebut. Kerana sesuatu hutang kezaliman yang tidak dijelaskan di dunia sewaktu hidup nescaya akan dituntut di akhirat dan nanti bukan wang ringgit yang digunakan untuk membayarnya melainkan pahala kebajikan kita. Mudah-mudahan dengan banyak bersedekah dan membuat kebajikan yang pahalanya ditujukan kepada orang yang kena zalim tersebut akan redhalah ia melepaskan tuntutannya atas si penzalim yang bertaubat itu. Dan mudah-mudahan dengan kesungguhannya bertaubat dan beramal sholeh Allah akan menjadi penanggung baginya atas tuntutan orang yang kena zalim tersebut. Allahu a’laam.

WAHABI RUBAH TEMPAT SA’I, HAJI SYAH??

Isu Besar Tempat Sa’ie

(Pasal) Haji Dan Sa’i
Kewajiban haji dan umrah adalah sekali seumur hidup bagi seorang muslim, merdeka,
mukallaf, yang memiliki harta yang cukup untuk perjalanan ke sana dan kembali lagi ke tanah airnya, lebih dari kebutuhannya untuk membayar hutang,kebutuhan tempat tinggal, pakaian yang layak dan nafkah bagi yang wajib dia nafkahi, selama
kepergiannya sampai kepulangannya dari tanah suci.

Rukun haji ada enam:
1. Ihram, yaitu berniat dalam hati dengan mengatakan:
”Saya berniat (mulai) melaksanakan ibadah haji atau umrah”.

2. Wuquf di Arafah, (waktunya adalah antara tergelincirnya matahari pada hari Arafah yaitu pada tanggal 9 dzulhijjah sampai terbitnya fajar malam
hari raya idul adlha).
3. Thawaf di baitullah.
4. Sa’i antara bukit Shofa dan bukit Marwa tujuh kali dari ‘aqd ke ‘aqd.
5. Memotong sebagian atau seluruh rambut.
6. Tertib dalam sebagian besar rukunnya.

Adapun yang merupakan rukun ibadah umrah adalah yang tersebut di atas kecuali wukuf di Arafah. Dan tiap-tiap rukun ini mempunyai tuntunan; kewajiban dan syarat-syarat tersendiri yang harus dipenuhi.

Dalam pelaksanaan thawaf disyaratkan menempuh jarak yang di mulai dari hajar aswad menuju kembali ke hajar aswad sebanyak tujuh kali putaran, dan disyaratkan pula untuk menutup aurat, suci dari hadats besar dan hadats kecil, serta
menempatkan ka’bah di sebelah kiri kita, tidak menghadap atau membelakanginya.
Diharamkan bagi orang yang sedang ihram:
1. Memakai wewangian.
2. Meminyaki rambut atau janggut dengan minyak, lemak (yang sudah mencair) atau lilin yang berasal dari sarang lebah madu yang sudah cair.
3. Memotong kuku atau rambut.
4. Jima’ (termasuk pula hal-hal yang merupakan permulaan jima’, seperti berciuman).
5. Melakukan aqad nikah.
6. Berburu binatang darat yang boleh dimakan dan
buas.
7. Bagi lelaki dilarang menutup kepalanya atau
memakai pakaian yang menutupi sepeti yang
dijahit atau sejenisnya.
8. Bagi wanita dilarang menutup muka dan memakai
sarung tangan.
Barang siapa mengerjakan salah satu dari halhal yang diharamkan ini maka dia berdosa dan harus membayar fidyah. Adapun orang yang merusak ibadah hajinya dengan jima’, maka selain berdosa dan membayar fidyah hajinya rusak dan dia wajib mengqadla sesegera mungkin dan menyempurnakan (menuntaskan sampai selesai) ibadah hajinya (yang rusak tersebut). Jadi orang yang merusak hajinya
dengan jima’ dia harus tetap meneruskan ibadahnya (tidak boleh memutuskannya) dan pada tahun berikutnya dia mempunyai kewajiban untuk mengqadla’nya kembali.

Wajib haji adalah:
1. Ihram dari miqot; yaitu tempat yang telah ditentukan oleh Rasulullah untuk memulai ihram, seperti tempat yang bernama Dzul hulaifah sebagai miqat bagi penduduk Madinah dan orang–orang yang melewati daerah ini.
2. Bermalam di Muzdalifah ketika haji menurut satu pendapat, dalam pendapat yang lain tidak wajib.
3. Bermalam di Mina menurut satu pendapat, dalam pendapat yang lain tidak wajib.
4. Melempar jumrah aqabah pada hari raya qurban (10 Dzulhijjah).
5. Melempar tiga jumrah (Jumrah Ula, Jumrah Wustha dan Jumrah Aqabah) pada hari tasyriq (11,12, 13 Dzulhijjah).
6. Thawaf wada’ menurut satu pendapat dalam madzhab Syafi’i.

Orang yang tidak melaksanakan keenam perkara ini (wajib haji), tidak rusak ibadah hajinya, tetapi dia berdosa dan harus membayar fidyah. Berbeda dengan rukun–rukun yang telah disebutkan sebelumnya, orang yang tidak melaksanakannya (sekalipun satu rukun) maka hajinya tidak sah dan orang yang meninggalkannya tidak bisa menggantinya dengan dam; denda berupa menyembelih kambing.

Diharamkan berburu binatang dan memotong pepohonan di dua tanah haram baik bagi orang yang sedang melaksanakan ibadah haji atau tidak. Jika hal ini dilakukan di Mekah maka wajib membayar fidyah, berbeda jika dilakukan di Madinah maka tidak wajib membayar fidyah. Tanah haram-nya Madinah adalah yang ada di antara bukit ‘Ayr dan bukit Tsawr.

Silahkan Download Tarjamah Mukhtasar Harary (Fiqh madzad syafei) ,42 halaman:
http://darulfatwa.org.au/languages/Indonesian/Mukhtassar_Al-Harari.pdf

Untuk sahnya sa’i ini syaratnya ini disyaratkan beberapa hal yaitu :

1. Hendaklah dilakukan setelah thawaf

2. Hendaklah tujuh kali putaran.

3. Dimulai Shafa dan akhiri di marwa (jaraknya kurang lebih 420 m).

4. Hendaklah sa’i dilakukan ditempatnya -mas’a- yaitu jalan yang terbentang diantara Shafa dengan marwa.

Semua itu berdasarkan perbuatan Rasulullah saw yang melakukannya seperti tersebut, sedang ia bersabda : “Contohlah kepadaku mengenai tatacara hajimu”

Maka seandainya seseorang sa’i bukan pada tempat yang telah ditentukan, maka sa’inya batal.

DALIL SA’I WAJIB DALAM HAJI DAN WAJIB DILAKUKAN ANTARA BUKIT SHAFA – MARWA :

DALIL-dalilnya :

1. Diriwayatkan oleh bukhari dari ibnu abbas ra., katanya: Ibrahimas. dan dengan putranya bersama siti hajar datang ke baitullah, dekat sepohon kayu besar diatas zam-zam. Mereka letakan ismail dibawah pohon itu, sedang dimakkah tidak ada manusiapun dan tidak ada pula air. Kemudian Ibrahim berjalan lagi yang disusul oleh bunda ismail, tanyanya :”hai ibrahim, hendak kemana anda dan meninggalkan kami di lembah yang sunyi, tidak ada teman dan suatu apapun ini?”

Pertanyaan itu diucapkannya berkali-kali, tetapi Ibrahim sengaja tidak menoleh kepada Isterinya itu. Tanya Hajar pula :”Apakah Allah yang Menyuruhmu melakukan ini?”.”Betul!” ujar Ibrahim as..”Kalau Begitu”kata Hajar pula, “Ia (Allah) tidak akan menyianyiakan kami!”

Menurut riwayat lain ditanyakannya :”Kepada siapa kami ditinggalkan?” “Kepada Allah” ujar Ibrahim as.”Kalau begitu, aku rela” ujar Hajar dan ia pun kembali.

Ibrahim pun berajalan, hingga ketika ia sampai belokan dan tidak kelihatan oleh mereka, Dihadapkannya wajahnya ke baitullah, lalu mengucapkan do’a-doanya itu, katanya : ” YA Tuhan kami! aku telah menempatkan keturunanku dilembah yang kosong tanpa tumbuh-tumbuhan, yakni dekat rumahMu yang suci. Ya Tuhan kami! agar mereka menegakan sholat, jadikanlah hati manusia rindu kepada mereka dan berilah mereka rezeki buah-buahan semog mereka bersyukur dan berterima kasih” (Ibrahim : 37)

Dan Ibunda Ismailpun duduk di bawah pohon besar itu. Ditaruhnya puteranya disisinya dan digantungkan digeribanya agar dapat minum isinya, lalu diminumkan isinya, lalu disusukannya bayinya hingga akhirnya air itu habis dan air susunya terputus. Bayi itupun kehausan, makin lama makin menjadi, dan sang ibu pun memandang puteranya dengan terharu.

Dan karena tidak terpandanginya lebih lama ia pun pergi berdiri di bukit Shafa (iaitu bukit yang berada didekatnya) lalu melayangkan pandang ke arah lembah, kalau-kalau tampak manusia. Tetapi tidak seorang pun tampak olehnya manusia. Ia pun turun dari bukit Shafa, hingga sampai di lembah diangkatnya ujung kainnya, lalu berlari seperti halnya orang yang letih-lesu hingga melewati lembah dan tiba di marwa. Ia pun berdiri tegak pula disana dan melihat-lihat kalau-kalau ada manusia. Rupanya tak seorangpun tampak, hingga ahirnya kembalilah ia ke Shafa dan dilakukannya hal itu sampai tujuh kali”.

Ibnu Abbas mangatakan : “Sabda Nabi SAW. : Itulah sebabnya orang melakukan SA’i antara keduanya (bukit shafa-marwa)”

2. Ibnu ‘umar, jabir dan aisyah serta golongan besar sahabat ra.hum dan begitupun imam Malik, Syafe’i dan Ahmad berpendapat bahwa sa’i adalah salahsatu rukun haji dalam arti seseorang yang menunaikan haji tidak melakukan sa’i di antara shafa dan marwa, maka hajinya batal dan tidak bisa diimbali dengan menyembelih hewan ataupun lainnya.

3. Diriwayatkan dari zuhri bahwa Urwah bercerita katanya :Saya bertanya kepada ‘aisyah ra., kataku : “Bagaimana pendapat anda tentang firman Allah ta’ala :” Sesungguhnya Shafa dan marwa itu sebagian dari syi’ar Allah. Maka siapa yang naik haji ke Baitullah atau ber’umrah, maka tidak ada salahnya ia thawaf diantara keduanya” (al-Baqarah : 158).

“Demi Allah kalau begitu, tidak ada salahnya orang tidak thawaf diantara shafa dan marwa!”

Ujar ‘aisyah :”Alangkah salahnya apa yang kau katakan itu, wahai anak saudaraku! Jika makna ayat tersebut benar sebagaimana yang engkau tafsirkan, memang tidak apa apabila seseorang tidak sa’i diantara keduanya (shafa dan mawa). Tetapi ayat itu turun mengenai kaum anshar. Sebelum islam mereka memuja Berhala yang terdapat di Musylil. Itulah sebabnya mereka keberatan melakukan sya’i diantara Shafa dan Marwa, setelah mereka memeluk islam. Mereka tanyakan hal itu kepada Rasulullah SAW., kata mereka: “Wahai rasulullah, kami merasa keberatan untuk sa’i diantara shafa dan marwa. Maka Allahpun menurunkan ayat “Sesungguhnya shafa dan marwa adalah sebagian syi’ar Allah……ila akhirihi)”

Kata ‘Aisyah r.ha. pula :”Rasulullah saw. telah menetapkan sa’i diantara keduanya sebagai sunnah, hingga tak boleh seorangpun meninggalkannya!”

4. Diriwayatkan oleh imam muslim dari ‘aisyah r.ha. Katanya :”Rasulullah saw. melakukan thawaf, dan kaum muslimin juga melakukan thawaf itu (maksudnya sa’i antara shafa -marwa) maka ia sunnah (perintah Allah, yang dicontohkan nabi) dan sungguh Allah tidak memandang sempurna ibadah haji seseorang yang tidak thawaf antara shafa dengan marwa!!!!”

5. Diterima dari habibah binti Abi tajrah – yakni salah seorang wanita Bani ‘abiddar – katanya :

“Bersama beberapa orang wanita quraisy saya masuk rumah keluarga Abu Husein melihat Rasullah saw. melakukan sa’i diantara shafa dengan marwa. Ketika itu sarungnya terbelit seluruhnya ke pinggangnya disebabkan cepat jalannya, hingga sampai mengatakan : Tampak olehku kedua lututnya” Dan dengar pula ia bersabda: “Kerjakanlah olehmu sa’i, karena Allah telah mewajibkan sa’i itu atasmu!” (Dalam alfath jalan-jalan periwayatan jika disatukan maka hadits ini kuat)

6. Hadits tentang do’a -doa2 sa’i: Doa tatkala didekat shafa, doa ketika diantara shaf dan marwa, sangat banyak haditsnya. ini menunjukan Rasulullah menunjukan sa’i di bukit shafa dan marwa bukan diantara bukit qobes dan qararah.

rujukan :

1. Shohih Bukhari

2. Shohih muslim

3. Fathul mu’in

4. Fiqh sunnah

JADI SA’I ADALAH RUKUN HAJi (rukun KE 4)……SA’I TIDAK SYAH MAKA HAJI PUN TIDAK SYAH!!!

TEMPAT SA’I SUDAH JELAS YAITU ANTARA BUKIT SHAFA – MARWA (TANDANYA SUDAH DIBUAT OLEH KHALIFAH2 HIJAZ,)KALAU TEMPAT TIDAK MENCUKUPI KARENA BANYAKNYA JAMAAH HAJI MAKA TIDAK BOLEH DILUAR AREA SA’I (SHAFA MARWA) TAPI BOLEH DITINGAKAT (SEPERTI YANG DILAKUKAN OLEH KHALIFAH2 HIJAZ)

TAPI SEKARANG (TAHUN 2008 M) REZIM BADUI-YAHUDI WAHABI SAUDI ARABIA MERUBAH TEMPAT SA’I YAITU DIANTARA BUKIT QOBES AND QARARAH ,bUKAN DIANTARA BUKIT SAFA DAN MARWA!!!

lIHAT FOTONYA DI BAWAH INI :




Disusun oleh: Abu Syafiq ( 012-2850578 )

JOM PAKAT-PAKAT BANTAH WAHHABI KERANA TUKAR TEMPAT SA’I SOFA & MARWAH

Saban hari umat Islam kini pergi menunaikan Umrah. Tetapi kerana kejahatan Wahhabi pengkhianat agama Allah waktu yang sama melakukan amalan bid’ah yang paling besar iaitu menukar tempat Nabi melakukan sa’i antara bukit Sofa dan Bukit Marwah ke tempat yang lain.

Sekiranya amalan sambutan Maulid dianggap bid’ah sampai beria-ria mengedarkan risalah yang lama lagi kuno kononnya membantah amalan Maulid tapi yang sekarang ini Wahhabi TUKAR tempat sa’i kepada tempat & kawasan lain tanpa berdalilkan sehuruf nas pun dari mana-mana dalil Al-Quran mahupun Hadith adakah ia bukan bid’ah?!

Nah! sekalipun Wahhabi tidak menganggap perbuatan menukar tempat sa’i itu adalah bid’ah maka mana nas yang kata harus?! adakah dari kenyataan orang Barat kafir yang Wahhabi berkerjasama menjatuhkan kerajaan Islam dahulu dan membunuh ribuan umat Islam bersama kafir Barat?!
atau berdalilkan dari ruh Muhammad bin Abdul Wahhab yang menjelma hidup semula menjadi ” NABI ” memberi sabda?!

Inilah Wahhabi..pengkhianat agama Allah…pencetus hura-hara..tanduk fitnah..
tidak cukup aqidah sesat Wahhabi ” Allah Letih Duduk Atas Kerusi” disebarkan dikampung2 kini tempat ibadah (sa’i) yang tetap pula telahpun diubah.

Ketahuilah bahawa Wahhabi sekarang telah melakukan sekurang-kurangnya 5 perkara bid’ah pada tempat sa’i :

1- Wahhabi robohkan tempat sa’i yang asal sehingga orang yang buat umrah sekarang melakukan sa’i BUKAN lagi di kawasan Bukit Sofa dan Marwah tetapi dikawasan yang baru luar dari kawasan sa’i yang disahkan oleh Nabi Muhammad. Dan ketahuilah bahawa sesiapa yang melakukan sa’i di tempat yang baru tersebut maka sa’i nya tidak sah dan tidak harus disisi Islam kerana Nabi Muhammad tidak pernah melakukan sa’i disitu.

2- Wahhabi membina kawasan baru yang kononnya dianggap tempat sa’i di luar kawasan Ziqoq Al-‘Attorain iaitu tempat yang telah di naskan sebagai tidak sah sekalipun melakukan sa’i di situ ( Ziqoq Al-‘Attoroin ) . Malangnya Wahhabi membina tempat sa’i yang baru luar dan jauh sama sekali dari tempat tersebut.

3- Wahhabi melebarkan tanpa dalil syara’ ukuran lebar Bukit Sofa yang ke arah luar kawasan asal sehingga membawa ke kawasan berhampiran hotel-hotel dan kedai-kedai bersebelahan disebelah Timur sehingga kawasan itu pula dijadikan tempat sa’i sedangkan ianya telah terkeluar jauh dari kawasan lebar Bukit Sofa yang asal.

4- Wahhabi tidak ada amanah bila mana dalam kerja mengorek kawasan baru tersebut mereka sendiri dapati bahawa Bukit Sofa & Marwah tidaklah selebar yang mereka sangkakan dan (terbaru) mereka sendiri dapati tempat sa’i yang baru mereka bina itu tidak termasuk dalam kawasan lebar Bukit Sofa & Marwah.
Tetapi cinta dunia dan benci agama menyebabkan lidah terkelu membicarakan kebenaran dek billion Dollar & Riyal telah mengaburi mata mereka.Subhanallah…..

5- Wahhabi akan menyiapkan bentuk tempat sa’i nanti (bulan Ramadhan) dengan bentuk one way iaitu orang ramai akan diarah melakukan sa’i antara Sofa ke Marwah dalam kawasan yang SAH tetapi dari Bukit Marwah ke Sofa pula mereka akan diarah mengunakan kawasan sa’i yang baru yang TIDAK SAH. Ini menjadikan sesiapa yang melakukan sa’i tersebut hukum sa’i nya adalah tidak sah bahkan masih dalam keadaaan Ihram selama-lamanya(sampai buat cara yang betul di tempat yang betul).

* KESEMUA WAHHABI DAN WEBSITE-WEBSITE WAHHABI SERTA MUFTI WAHHABI MALAYSIA MEMPERSETUJUI PERUBAHAN TEMPAT SA’I TERSEBUT BERSELARI DENGAN IDEA WAHHABI YANG MEROBOH DAN MENUKAR TEMPAT SA’I YANG ASAL.

Semoga Allah membantu hamba-hambaNya yang berakidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan memberi hidayah iman kepada hamba-hambaNya yang beraqidah Wahhabi.

http://www.abu-syafiq.blogspot.com

DAFTAR HUJJAH AHLUSUNNAH ATAS KESESATAN WAHABI(PENTING!!!)

DAFTAR HUJJAH AHLUSUNNAH ATAS KESESATAN WAHABI ATAU DARUL HADITS ATAU SALAFY

SILAHKAN DOWNLOAD :

http://darulfatwa.org.au/languages/Malaysian/Ahlussunah.pdf

Juga Download kitab2 aqidah ahlusunnah lainnya (dalam bahasa indonesia) :

http://darulfatwa.org.au/content/category/4/14/153/