Tafsir ibnu katsir membungkam kaum dhohiriah (anti takwil) mujasimmah wahaby dan muktazillah (tuhannya dimana mana)

Aqidah islam : Allah ada tanpa tempat dan arah (Allah exist without place and direction)

quran surat al an'am ayat 3

 

 

 

Tafsir ibnu katsir membungkam kaum dhohiriah (anti takwil) mujasimmah wahaby dan muktazillah (tuhannya dimana mana)

Contoh pengggunaan Takwil dalam tafsir ayat mutasyabihat (al an’am ayat 3)

http://www.ibnukatsironline.com/…/tafsir-surat-al-anam-ayat…

——
Puak Mujassimah selalu mengatakan keberadaan Allah bertempat di langit menggunakan dalil Al-Quran :
الرَّحْمَنُ عَلَى العَرْشِ اسْتَوَى
Malah lebih teruk lagi mereka mengatakan Allah duduk diatas arasy sebagaimana seorang raja bersemayam diatas singgahsananya malah mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak mengatakan Allah duduk diatas arasy. Ini adalah Akidah batil lagi sesat malah Imam Syafie mengatakan kafir kepada mereka yang berkeyakinan Allah duduk diatas arasy.
Tetapi jika mereka berhujah begitu, terdapat banyak dalil yang menunjukkan Allah bukan di arasy dan bagaimanakah mereka mahu memahaminya, adakah mereka mahu mengatakan Allah sekejap di langit dan sekejap dibumi? Mari kita lihat ayat dibawah ini;
وَهُوَ اللهُ فِي السَمَواتِ وَ الأَرْضِ يَعْلَمُ سِرَّكُمْ وَجَهْرَكُمْ وَ يَعْلَمُ مَا تَكْسِبُوْنَ.َ
Maksudnya: Dan Dialah Allah di langit mahupun di bumi; Dia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan mengatahui apa yang kamu usahakan. (Surah al-An’am : 3)
Seandainya puak Mujassimah mengatakan wajib mengertikan nas-nas syara’ tentang sifat Allah secara zahir, sudah pastinya mereka akan merosakkan akidahnya sendiri, sebab zahir ayat ini mengandungi makna bahawa Allah itu berada di langit dan bumi, bukan hanya di langit saja sebagaimana akidah sesat mereka. Padahal tidak seorangpun dari umat Islam yang mengatakan bahawa Allah bertempat di langit dan di bumi. Maha Suci Allah dari bertempat di langit dan di bumi. Kerana itu, para ulama Islam, baik salaf (yang terdahulu) mahupun khalaf (yang mutakhir) tidak memahami ayat di atas secara zahirnya. Dalam Tafsir Ibnu Katsir disebutkan para ulama tafsir sepakat menolak pemahaman kaum Jahmiyah yang mengatakan bahawa Allah Ta’ala berada pada setiap tempat dengan merujuk kepada ayat ini. Kemudian Ibnu Katsir mengatakan setelah terjadi kesepakatan tersebut, para ulama tafsir berbeza pendapat dalam mentakwilnya, yang lebih sahih dari tafsir-tafsir itu adalah Yang diseru itu adalah Allah yang disembah, diesakan dan diakui ketuhanannya oleh makhluk-makhluk yang ada di langit dan di bumi.
(Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, Darul al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut, Juz. III, Hal. 215)

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: