Fatwa mufti malaysia / JAKIM : jamaah tabligh sesuai ajaran Ahlusunnah wal jamaah

Blog Fatwa Malaysia

Kedudukan Jemaah Tabligh Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah.

ISU:
Mohon penjelasan kedudukan jemaah tabligh menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah.
PENJELASAN:
Jamaah Tabligh ditubuhkan oleh Mawlana Ilyas al-Kandahlawi di India pada 1926. Beliau menuruti Tarikat Chistiyyah. Walaupun bermula di India pengaruh gerakan ini tersebar luas ke seluruh dunia khususnya di kawasan Asia Selatan. Gerakan ini dinamakan Jamaah Tabligh atas sebab pendekatan mereka yang selalu keluar bagi menyampaikan dakwah kepada masyarakat di tempat lain. Mawlana Ilyas sendiri walau bagaimanapun menamakan gerakan yang beliau pelopori sebagai gerakan iman (harakah al-iman)
Dari segi kaedah, jamaah tabligh membawa pendekatan pembersihan jiwa (tazkiyah ruhiyyah). Mereka mengajak ke arah memperkuatkan iman dan mengamalkan amalan-amalan sunat .
Dari segi fiqh, jamaah tabligh tidak terikat dengan satu-satu mazhab fiqh Sunni dan memberikan kebebasan kepada pengikut untuk mengikut mana-mana mazhab.
Mereka berpegang dengan enam prinsip utama:
1. Yakin terhadap kalimah tayyibah (la ilaha illallah Muhammad Rasulullah)
2. Solat khusyu’ dan khudu’ (ketundukan)
3. Ilmu dan zikir
4. Ikram muslimin (Memuliakan muslim yang lain dengan khidmat)
5. Tashih al-niyyah (membetulkan dan mengikhlaskan niat)
6. Dakwah dan tabligh (dengan cara keluar berdakwah[khuruj] dalam tempoh-tempoh tertentu seperti tiga atau empat puluh hari atau empat bulan.
Berdasarkan keenam-enam prinsip ini, kesemuanya pada asasnya tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang dipegang oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah. Cuma penekanan yang diberikan oleh jamaah tabligh adalah lebih kepada aspek kerohanian dan kurang memberi penekanan kepada aspek lain. Adapun perbezaan pendekatan yang dibawa oleh jemaah tabligh seperti keluar dalam jumlah hari-hari tertentu termasuk dalam konteks ijtihadi.
Wallahu a’lam.
Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: