Bukti Kesesatan Wahabi : Menghalalkan Gelatin ,Vaksin dan Ubat dari Babi

Majelis Ulama Indonesia, Malaysia, India< Pakistan, Mesir  dan Majority Ulama Sunni Mengharamkan Gelatin Babi, Manakala Wahabi (Syaikh Albani & Majelis Ulama Wahabi  Kuwait menghalalkannya)

1. Majelis Ulama Indonesia Haramkan Vaksin dan Ubat dari Babi

LP POM MUI.

Ir. Muti Arintawati, MSi., auditor LP POM MUI amat yakin menyatakan bahwa gelatin babi itu haram, meski para ulama (Wahabi) seluruh dunia yang berkumpul di Kuwait menyatakan kehalalannya.

http://www.halalmui.org/images/stories/pdf/fatwa/fatwa%20vaksin.pdf

2. JAKIM Malaysia Haramkan gelatin dan barangan yang mengandung DNA Babi 

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/media/berita/17-pastikan-produk-gelatin-ada-halal

ISU gelatin babi dalam perubatan sudah lama menjadi suatu isu yang menarik perhatian pelbagai pihak di Malaysia, khususnya umat Islam. Tapi sebelum itu, pasti ada yang tertanya-tanya – gelatin itu apa?

babi ubatan gelatin

Secara ringkasnya, gelatin adalah seperti apa yang disebut oleh..

Dr Su’aad Salih, Professor Fekah di Universiti Al-Azhar:

“Gelatin adalah bahan kasar yang dihasilkan dengan mendidihkan tulang, kulit dan tisu haiwan. Oleh itu, ia bergantung kepada jenis haiwan tersebut. Jika haiwan tersebut dagingnya halal dimakan seperti lembu, unta, kambing dan lain-lain, makan gelatinnya adalah halal, dan begitu juga dengan makanan yang mengandunginya. Bagaimanapun, jika haiwan tersebut dagingnya haram dimakan seperti babi, maka gelatin yang dihasilkan daripadanya adalah haram”.

Mengambil intipati Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-8 pada 24 September 1984 berpandangan bahawa – penggunaan gelatin dalam ubat pada masa sekarang (1984) adalah diharuskan kerana darurat. Sekiranya telah ada bahan halal yang dapat menahan ubat dari cepat rosak, maka penggunaan gelatin dalam ubat tidaklah lagi diharuskan.

Bagaimanapun, Fatwa ini tidak menjelaskan secara spesifik jenis gelatin yang dimaksudkan, oleh itu saya membuat kesimpulan bahawa gelatin yang dimaksudkan di dalam fatwa ini ialah gelatin yang dihasilkan daripada sumber haram sama ada babi ataupun haiwan yang tidak disembelih secara Islam.

Persoalannya kini, selepas 26 tahun fatwa ini dikeluarkan, adakah penggunaan gelatin dari bahan haram masih lagi diharuskan atau penggunaan gelatin dari bahan haram tidak lagi diharuskan pada masa sekarang kerana telah terdapat bekalan gelatin halal yang dihasil daripada sayuran ataupun haiwan yang disembelih mengikut kaedah Islam?

Dengan peningkatan kesedaran dan sensitiviti umat Islam tentang status halal gelatin yang terkandung di dalam ubat, Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah mengarahkan syarikat syarikat farmaseutikal yang bertanggungjawab untuk mengisytiharkan dan menyatakan pada label ubat mereka jenis gelatin ataupun sumber haiwan yang digunakan.

Pada November 2009, satu kajian hasil usahasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Gam Lay Harn mendapati 30% daripada 100 kapsul ubat yang diuji mengandungi gelatin dari babi ataupun campuran gelatin lembu dan babi.

Menurut Dekan Pusat Pengajian Farmasi USM, Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman:

“Gelatin dari khinzir (babi) digunakan kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu. Bagaimana pun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan”.

Apa yang malangnya, sehingga kini belum ada senarai ubat-ubatan yang mengandungi gelatin babi yang dikeluarkan secara rasmi sama ada dari pihak universiti, Kementerian Kesihatan Malaysia, Indonesia mahupun Brunei. Ini mungkin kerana, kaedah pengesanan gelatin ataupun sumber haiwan di dalam ubat masih dalam peringkat penyelidikan dan pembangunan, serta ujian pengesahan seterusnya perlu dilakukan.

Realitinya, ramai umat Islam di Malaysia yang masih keliru dengan penjualan ubat-ubatan yang mengandungi unsur babi. Ubat-ubatan yang mengandungi gelatin babi adalah haram di sisi Islam tetapi penjualannya adalah dibenarkan di Malaysia jika ia menepati syarat-syarat pendaftaran yang ditetapkan terutama dari segi kualiti, selamat dan label produk yang menyatakan jenis sumber haiwan yang digunakan. Ini membolehkan mereka yang bukan beragama Islam menggunakannya ataupun boleh digunakan oleh umat Islam dalam keadaan yang memenuhi syarat-syarat darurat.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab pengamal perubatan untuk memaklumkan kepada pesakit sekiranya ubat yang diberikan mengandungi sumber babi, dan menjadi tanggungjawab pesakit pula untuk meneliti dan membaca label kandungan ubat-ubatan yang mereka ambil.

Sedikit panduan ringkas bagi para pembaca, berikut adalah istilah bagi babi yang sering digunakan di dalam pembungkusan (termasuk makanan dan ubatan):

1. Pig

– Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kuran 50kg.

2. Pork

– Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

3. Swine

– Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi. Ingat lagi tak Swine Flu? Itu maknanya selesema babi tetapi telah kemudiannya ditukarkan namanya kepada suatu istilah lain yang tidak menarik perhatian terhadap babi lagi.

4. Sow Milk

– Istilah untuk menerangkan susu babi.

5. Porcine

– Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang  perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar

– Merujuk kepada babi hutan atau babi liar.

7. Hog

– Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

9. Sow

– Istilah untuk babi betina dewasa. Istilah ini agak jarang digunakan.

9. Dan ada pelbagai istilah lagi..

Kalau mahu mengetahui hal ini dengan lebih jelas, saya amat mengesyorkan anda memuaturun dan membaca sendiri ‘Laporan Pendedahan Eksklusif 90 Ubat Mengandungi Babi ‘ yang didedahkan oleh seorang ahli farmasi Islam yang baik hati. Ini memang penting sebenarnya. Semoga usaha beliau mendapat keberkatan dan balasan yang baik daripada Allah SWT. Amin.

Sumber Asal: Babi Dan Ubat-Ubatan Yang Mengandunginya.. – Julmazli Dot Com

B. Bukti Majelis Ulama Wahabi Halalkan Produk Babi:

1. Muktamar ke VII Munadzamah Al-Islamiyyah :

Muktamar yang digelar dari tanggal 22-24/12/1415 bertepatan dengan 22/24/5/1995 adalah muktamar para ulama wahabi kaliber dunia yang duduk bersama membahas hal-hal yang berkaitan dengan zat-zat yang diharamkan dan najis yang terdapat dalam makanan dan obat-obatan. Tetapi makanan dan obat  dari Babi dihalalkan.

Berikut ini cuplikannya yang barangkali bermanfaat buat Anda yang bisa anda rujuk (Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuhu karya Dr. Wahbah Zuhaili jilid VII halaman 5265) :

2.  Wahbah Zuhaili al wahabi halalkan produk dari babi

Kitab : Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuhu karya Dr. Wahbah Zuhaili jilid VII halaman 5265

2. Fatwa Syaikh Albani al wahabi halalkan produk dari babi

Taken entirely from a dars given by Sh. Muhammad Bazmool, translated by Moosa Richardson and a fatwa given by Sh. al-Albaani

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: