Bolehnya menyebut shadaqallahul ‘adhim


Ia tidaklah menjadi kesalahan sekiranya diucapkan selepas membaca al Quran, dan ianya bukanlah suatu yang bid’ah sebagaimana yang disangka sebahagian umat Islam, kerana tiada terdapat satupun larangan daripadanya dan ia tidaklah bertentangan dengan kaedah-kaedah am syariat (qawaid syar’iyyah). Selain daripada itu, ALlah ta’ala sendiri menyebut ungkapan ini di dalam KitabNya yang mulia iaitu firmannya :

قُلۡ صَدَقَ ٱللَّهُ‌ۗ فَٱتَّبِعُواْ مِلَّةَ إِبۡرَٲهِيمَ حَنِيفً۬ا وَمَا كَانَ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ (٩٥)

Katakanlah (wahai Muhammad): Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan agama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid) dan bukanlah dia dari orang-orang musyrik. ( Surah Ali Imran : Ayat 95)

Sebab itu para salafussoleh apabila dibacakan satu ayat al Quran di hadapan mereka, mereka akan mengucapkan SodaqaLlahul ‘Azimm

Sumber : Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa’adi, Salah Faham Terhadap Bid’ah, al Bid’ah fi al mafhum al islami ad daqiq, Darul Nu’man, 2002, Kuala Lumpur

Bidaah Membaca  Sadaqallahulazim’?

September 23rd, 2009 by admin

Assalamualaikum Warahmatullah.

PENGENALAN

Persoalan Bidaahkah membaca ’sadaqallahulazim’ setelah berakhirnya membaca al-Quran? pernah ditanyakan kepada saya beberapa ketika yang lalu oleh seseorang melalui Yahoo Messenger. Namun pada waktu itu saya tidak dapat menjawab secara panjang lebar memandangkan pada ketika itu saya berada didalam mood exam dan apatah lagi kesibukkan meraikan bulan Ramadhan. Masih terasa rindu yang bersangat dengan berlalunya Ramadhan pada tahun ini. Moga-moga saya masih lagi diberikan kesempatan olehNya untuk bertemu semula Ramadhan pada tahun akan datang. InsyaAllah.

Saya tidak pasti bagaimana mereka yang berkata bidaah membaca ’sadaqallahulazim’ memahami maksud bidaah ini sepertimana para ulama muktabar memahaminya. Sesungguhnya tuduhan bidaah ini bukanlah suatu perkara yang boleh dikatakan sewenang-wenangnya terhadap sesuatu perkara itu. Pada saya, inilah di antara unsur-unsur fahaman Wahabi (atau Salafi Jadian) iaitu terlalu mudah menghukum bidaah atau sesat dan sebagainya lagi kepada orang lain. Semoga kita dijauhi dari fahaman yang membahayakan umat Islam ini. Aminnn.

FATWA KEHARUSAN MEMBACA ‘SADAQALLAHULAZIM’

Soalan:
Sesetengah manusia mengatakan: Sesungguhnya mengucapkan ‘sadaqallahulazim’ oleh qari selepas berakhir membaca al-Quran adalah bidaah. Tidak harus mengatakannya maka adakah ini benar?

Jawapan:

Aku memberi peringatan kepada masyarakat kebanyakkan agar tidak tergesa-gesa di dalam mengatakan dan menyifatkan bidaah ke atas amalan yang tidak berlaku pada zaman Nabi S.A.W. dan tidak pada zaman pensyariatan, dan daripadanya berkeras di dalam menyifatkan setiap bidaah adalah sesat dan setiap yang sesat di dalam neraka. Dan mengucapkan ‘sadaqallahulazim’ oleh qari atau siapa yang mendengarnya selepas berakhir dari membaca al-Quran, atau di sisinya mendengar ayat dari dari al-Quran bukan bidaah yang dikeji, pertama kerana tiada larangan yang khusus, kedua kerana berzikir kepada Allah dan mengigatinya adalah disuruh sebanyak-banyaknya, ketiga sesungguhnya para ulama mengatakan itu adalah adab-adab dari adab membaca al-Quran, dan mengucapkannya di dalam solat tidak batal, keempat sesungguhnya ungkapan ini datang di dalam al-Quran, dan ia dari kata-kata orang-orang beriman ketika berperang.

Firman Allah Taala bermaksud:

qul shadaqa allaahu faittabi’uu millata ibraahiima haniifan wamaa kaana mina almusyrikiina

[3:95] Katakanlah: “Benarlah (apa yang difirmankan) Allah”. Maka ikutilah agama Ibrahim yang lurus, dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang musyrik

(Surah ali-Imran: Ayat 95).

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan ketika orang-orang mukmin melihat golongan (yang bersekutu) itu, mereka berkata, “inilah yang dijanjikan Allah dan rasulNya (kemenangan) kepada kita”. Dan benarlah Allah dan rasulNya.
(Surah al-Ahzab: Ayat 22).

Dan disebut al-Qurtubi di dalam mukaddimah tafsirnya sesungguhnya al-Hakim al-Tarmizi mengatakan di antara adab-adab membaca al-Quran al-Karim dan berkata ketika berakhir membaca al-Quran: ‘sadaqallahulazim’ atau ayat ungkapan sama maknanya. Dan di antara kehormatan apabila berakhir membaca al-Quran sesungguhnya benarlah tuhanNya, dan penyaksian menyampaikan terhadap RasulNya S.A.W. (Contoh berkata bermaksud: Benarlah Allah Yang Maha Agung dan rasulNya yang mulia telah menyampaikan). Dan penyaksian ke atas kebenaran, maka berkata: Benarlah wahai tuhan kami dan menyampaikan rasul kmu dan kami menjadi saksi. Wahai tuhan kami, jadikanlah kami dari kalangan syuhada yang benar untuk mendirikan keadilan, kemudian menyeru dengan seruan.

Dan datang di dalam fiqh empat mazhab, dikeluarkan oleh Kementerian Wakaf Mesir, sesungguhnnya al-Hanafiah (mazhab Imam Hanafi) berkata: Kalau berkata di dalam solat dengan tasbih seperti: ‘sadaqallahulazim’ ketika selesai qari dari membaca al-Quran tidak membatalkan solat apabila dimaksudkan semata-mata pujian, zikir atau tilawah, dan sesungguhnya al-Syafieyah (mazhab Imam Syafie) berkata: Tidak batal secara mutlak dengan ucapan ini, maka bagaimanakah segelintir orang pada hari ii berkata: Sesungguhnya berkata: ‘sadaqallahulazim’, selepas berakhir dari membaca al-Quran adalah bidaah? Aku mengulangi sekali lagi amaran supaya tidak tergesa-gesa di dalam mengeluarkan hukum-hakam fiqh sebelum pasti kebenarannya.

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’ untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidak akan berjaya.
(Surah al-Nahl: Ayat 116).

Rujukan:
Kitab: al-Fatawa Min Ahsan al-Kalam Fi al-Fatawa Wa al-Ahkam. Karangan: Syeikh Atiyyah Saqr (mantan Pengerusi Fatwa al-Azhar). Terbitan: al-Maktabah al-Taufiqiah. Jilid: Satu. Mukasurat: 142 dan 143.

KESIMPULAN

Jangan terlalu mudah untuk membidaahkan amalan orang lain tanpa kajian dan ilmu yang mencukupi. Adapun membaca ’sadaqallahulazim’ pada akhir bacaan al-Quran al-Karim bukanlah bidaah yang sesat sepertimana didakwa oleh sesetengah pihak.

Bahan bacaan tambahan:
http://buluh.iluvislam.com/?p=21

‘Memberi dan Berbakti’

Wallahualam.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: