KAEDAH AL-TARKU (الترك)

KAEDAH AL-TARKU (الترك)


(Perkara yang ditinggalkan Nabi s.a.w dalam hayatnya tidak menjadi dalil dalam syara’ kami,dan perkara yang ditinggalkan oleh Nabi s.a.w itu tidak membawa kepada ditegah atau wajib dibuat..Fahamkan penjelasan Ulama’…jangan tanya lagi mengapa Nabi s.a.w tidak bertahlil..!!!! Kepada para wahab-wahab tolong buktikan dalil Nabi bertauhid dengan 3 T(T Rububiyyah/T Uluhiyyah/T Asma wa Sifat !!!!)


al-Tarku: Sesuatu perkara yang ditinggalkan.

Pembahagian al-Tarku:


(1) Tark al-mubah : ترك المباح meninggalkan perkara yang harus.


Penjelasan: Satu hakikat yang perlu diketahui, Nabi Muhammad s.a.w. tidak melakukan semua yang perkara yang harus kerana sangat banyak. Tidak mampu seorang manusia untuk melakukan semua yang harus.


Kerana Nabi s.a.w. seorang yang zuhud dan berpada-pada dan melakukan sesuatu perkara itu kerana hajat dan meninggalkan yang berlebih-lebih.


Contoh: Riwayat Bukhari & Muslim: Daripada Khalid Ibn al-Walid, bahawasanya beliau masuk bersama Nabi s.a.w rumah Mainumah dan dihidangkan dengan dhab yang dipanggang. Lalu Rasulullah s.a.w. menghulurkan tangannya untuk mengambilnya, kemudian ada orang berkata: “Ini daging dhab.” Lantas baginda s.a.w mengangkat tangannya. Lalu Khalid berkata: “Adakah ia haram?”. Baginda menjawab: “Tidak, tetapi binatang ini tidak kedapatan di negeri kaumku. Lantas aku rasa tidak berselera.” Khalid berkata: “Lalu mengambil dan memakannya sambil dipandang oleh Nabi s.a.w.”


(2) Tark al-mandub ترك المندوب: Meninggalkan perkara yang sunat:

Penjelasan: Yang sedia dimaklumi secara darurah bahawa Nabi s.a.w. tidak mengerjakan semua amalan yang sunat.

Sebab:

    1. Nabi s.a.w. sibuk dengan urusan yang lebih penting dan lebih besar seperti menyampaikan da’wah, berdebat dengan orang musyrik dan ahli kitab, berjihad menentang orang kafir, mengadakan perjanjian damai, dll.


KONSEP AL-TARKU (الترك)


Apabila Nabi s.a.w. meninggalkan sesuatu, maka boleh diandaikan beberapa wajah yang bukan bersifat haram.

    1. Meninggalkan kerana adat. Contoh: masalah dhab.

    1. Meninggalkan kerana lupa. Contoh: masalah Nabi s.a.w. terlupa dalam solat.

    1. Meninggalkan kerana takut perkara itu difardhukan ke atas umatnya. Contoh: masalah solat tarawih.

    1. Meninggalkan kerana tidak terfikir dalam sesuatu perkara. Contoh: Nabi berkhutbah di atas tunggul pokok tamar dan apabila sahabah mengutarakan untuk membina mimbar, maka baginda bersetuju.
    2. Meninggalkan kerana perkara itu termasuk dalam keumuman ayat al-Quran & Hadis. Contoh: Rasulullah meninggalkan solat dhuha dan perkara-perkara sunat yang lain.



KAEDAH USULIYYAH

الترك لا يدل على التحريم

Perkara yang ditinggalkan tidak menunjukkan kepada

haram atau wajib.


Al- ustaz Mahfuz Muhammad Al-Khalil

http://al-subki.blogspot.com/

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: