Sanggahan Terhadap Mereka Yang Menyifatkan Allah SWT dengan “jihah”/arah atas

[Sanggahan Terhadap Mereka Yang Menyifatkan Allah SWT dengan “jihah”/arah atas]

Alhamdulillah allazi bi ni’matihi tatimmu al-solihat…

Pihak al-Ashairah memanjatkan jutaan pujian kepada Allah SWT dengan kelahiran terjemahan bagi kitab [الرد علن من قال بالجهة] atau terjemahannya [The Refutation of Him (Ibn Taymiyyah) Who Attributes Direction to Allah] atau [Sanggahan Terhadap Mereka Yang Menyifatkan Allah SWT dengan “jihah”/arah atas]

Kitab ini telah diterjemah oleh guru kami yang dikasihi, al-Sheikh Gibril Fuad Haddad al-Solihi al-Shafi’e al-Naqshabandi al-Athari. Beliau merupakan seorang alim yang mengajar kami adab melalui tindak-tanduk dan percakapan beliau. Semoga Allah SWT terus memelihara beliau dan menjadikan beliau tergolong di kalangan mereka yang dikasihi oleh-Nya.

Kitab ini adalah karangan al-Qadhi Ibn Jahbal [Wafat 733H] seorang faqih mazhab Shafie dan ulama’ mazhab al-Asha’irah yang merupakan salah seorang alim yang sezaman dengan Ibnu Taymiyyah [Wafat 728H]. Kitab ini merupakan satu hujah penolakan dan sanggahan terhadap Ibn Taymiyyah yang meletakkan sifat “jihah” / “arah” bagi Allah SWT di dalam kitabnya “al-Aqidah al-Hamawiyyah”. Kitab karangan al-Qadhi Ibn Jahbal merupakan salah satu penulisan ulama’ yang terbaik dalam menolak fahaman Ibn Taymiyyah ini sehingga Imam Ibn al-Subki [Wafat 771H] menulis semula kandungan kitab al-Qadhi Ibn Jahbal di dalam kitabnya yang masyhur “Tabaqat al-Shafi’iyyah”.

Kitab ini menolak pendekatan Ibn Taymiyyah yang bersifat “literalism” atau “zahiri” dalam memahami ayat-ayat mutashabihat khasnya dan menyokong pendekatan Imam al-Ghazali yang sangat masyhur. Kitab ini juga mengandungi “Muqaddimah” yang ditulis oleh salah seorang alim mazhab Hanafi yang masih hidup di Damshiq, Sheikh Wahbi Sulayman Ghawji [guru kepada guru kami, al-Sheikh Gibril Fuad Haddad]. Kitab ini juga meletakkan komentar-komentar para ulama’ mengenai pendirian Ibn Taymiyyah yang tidak kukuh termasuk komentar salah seorang murid Ibn Taymiyyah. Akhir kata berkata seorang muhaddith dari Damshiq:

“Kesalahan seorang yang hebat adalah tersangat berat.”

Wassalam.

http://al-ashairah.blogspot.com/

download kitab2 ahlusunnah :

http://darulfatwa.org.au/content/category/4/14/153/

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: