Metodologi Ibnu Taymiyyah Menyebabkan Tashbih dan Tajsim

Imam Abu Zahrah: Metodologi Ibnu Taymiyyah Menyebabkan Tashbih dan Tajsim

Assalamu’alaikum

Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda r.anhum.
Imam Abu Zahrah adalah di kalangan para ulama’ pada kurun ke-20 masihi yang diberi gelaran ‘al-Imam’. Tidak perlu diragui tentang kedudukan beliau dalam dunia keilmuan. Bahkan ramai para ulama’ yang hebat pada hari ini adalah generasi anak murid beliau seperti Prof. Dr. Wahbah al-Zuhayli dan ulama’-ulama’ al-Azhar yang lain.
Di dalam kitabnya “Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah”, Imam Abu Zahrah menamakan fahaman atau ajaran yang dibawa oleh Ibnu Taymiyyah sebagai al-Salafiyyah dan menamakan ajaran yang dibawa oleh Muhammad Ibn Abdul Wahhab sebagai al-Wahhabiyyah. Jadi tidak perlu hairanlah sekiranya para ulama’ pada hari ini menamakan golongan Wahhabi pada hari ini sebagai golongan Salafiyyah Wahhabiyyah. [Ini bertentangan sama sekali dengan kenyataan Wahhabi bahawa “orang-orang Yahudi” lah yang menamakan gerakan Muhammad Ibn Abdul Wahhab sebagai Wahhabiyyah].
Di dalam kitabnya “Ibnu Taymiyyah: Kehidupannya dan Zamannya – Pendapatnya dan Fiqhnya”, Imam Abu Zahrah telah membicarakan satu isu yang amat serius iaitu dakwaan Ibnu Taymiyyah bahawa dia memperjuangkan apa yang dipegang oleh generasi Salafus Soleh dalam memahami ayat mutashabihat. Ini banyak dilihat dalam banyak dakwaan dan penulisan Ibnu Taymiyyah.
Imam Abu Zahrah membuat perbandingan di antara “takhrij” Ibnu Taymiyyah dan “takhrij” Imam al-Ghazali tentang apa yang dipegang oleh generasi Salafus Soleh dalam memahami ayat-ayat mutashabihat. “Takhrij” memberi maksud “proses pengeluaran hukum dan membina kefahaman.” Imam Abu Zahrah membandingkan kedua-dua metodologi Ibnu Taymiyyah dan Imam al-Ghazali dalam memahami apa yang dimaksudkan sebagai pegangan generasi Salafus Soleh dalam memahami ayat mutashabihat.
Kesimpulannya, Imam Abu Zahrah berpendapat bahawa metodologi Imam al-Ghazali adalah jauh lebih tepat dan benar dalam memahami kata-kata ulama’ generasi Salafus Soleh berkenaan kaedah memahami ayat mutashabihat sedangkan metodogi Ibnu Taymiyyah adalah metodologi yang tertolak kerana ia boleh menyebabkan fahaman Tashbih & Tajsim. Lihat terjemahan bagi kesimpulan yang telah dibuat oleh Imam Abu Zahrah.

TERJEMAHAN:

“Dan setelah pembentangan dengan pendapat-pendapat yang pelbagai ini, maka kami telah mencapai keputusan bahawa kami tidak cenderung kepada metodologi Ibn Taymiyyah dalam memahami ayat-ayat Mutashabihat kerana ia akan menyebabkan Tashbih (Fahaman yang menyerupakan Allah dengan makhluk) dan Tajsim (Fahaman yang meletakkan sifat jisim kepada Allah) khususnya bagi orang awam, dan kami meredhai tanpa ragu-ragu metodologi Imam Ghazali (dalam memahami ayat mutashabihat), dan itulah pendekatan pemikiran yang lurus.”

Sedikit tambahan:

Golongan Wahhabi sememangnya terkenal dengan sikap mereka yang sukan memperlekehkan Imam al-Ghazali walhal beliau adalah Imam yang disepakati oleh para ulama’. Kata guru kami, Sheikh Gibril, sesiapa yang menolak kedudukan Imam al-Ghazali sebagai seorang Imam di dalam agama Islam, maka sebenarnya dia telah menolak ijma’. Ini adalah kerana terdapat tiga mujaddid Islam yang tidak ada khilaf di kalangan para ulama’ bahawa mereka adalah mujaddid pada zaman mereka:
  1. [al-Khalifah wa Qudwatuna] Umar Ibn Abd al-Aziz
  2. [Imamuna] Imam al-Shafie
  3. [Imamuna] Imam al-Ghazali
Guru kami juga memberitahu bahawa seorang ulama’ di Syria bermimpi Rasulullah SAW sedang memberi khutbah kepada ulama’ Bani Israel, dan di sebelah kanan atau kirinya (tidak pasti) ada Imam al-Ghazali. Maka Rasulullah SAW bersabda kepada ulama’ Bani Israel: “Pada zaman kamu, tidak ada yang sepertinya,” sambil menunjuk kepada Imam al-Ghazali. [Riwayat dengan makna yang telah diringkaskan].

Allahu, Allahu, Allahu,
Wa muhammadaah, Wa Muhammadaah, Wa Muhammadaah,

Fikir-fikirkanlah.

Kami akan bentangkan metodologi Imam Ghazali pada penulisan akan datang, Insya Allah.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: