KAJIAN TERPERINCI DAN TEPAT THD IBNU TAYMIYAH

KAJIAN TERPERINCI DAN TEPAT





Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)



بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد
أورد كثيرًا من مسائل ابن تيمية الحافظُ أبو سعيد العلائي شيخ الحافظ العراقي، نقل ذلك المحدّث الحافظ المؤرخ شمس الدين بن طولون في ذخائر القصر (ص 69، مخطوط)، قال ما نصه:



“ذكر المسائل التي خالف فيها ابن تيمية الناس في الأصول والفروع: فمنها ما خالف فيها الإِجماع، ومنها ما خالف فيها الراجح من المذاهب، فمن ذلك: يمين الطلاق، قال بأنه لا يقع عند وقوع المحلوف عليه

بل عليه فيها كفَّارة يمين، ولم يقل قبله بالكفارة أحد من المسلمين البتة، ودام إفتاؤه بذلك زمانًا طويلاً وعظم الخطب، ووقع في تقليده جمّ غفير من العوامّ وعمَّ البلاء. وأنَّ طلاق الحائض لا يقع وكذلك الطلاق في طهر جامع فيه زوجته، وأنَّ الطلاق الثلاث يردّ إلى واحدة، وكان قبل ذلك قد نقل إجماع المسلمين في هذه المسألة على خلاف ذلك وأنَّ من خالفه فقد كفر، ثم إنه أفتى بخلافه وأوقع خلقًا كثيرًا من الناس فيه. وأن الحائض تطوف في البيت من غير كفارة وهو مُباح لها. وأنَّ المكوس حلال لمن أقطعها، وإذا أخذت من التجار أجزأتهم عن الزكاة وإن لم تكن باسم الزكاة ولا على رسمها. وأنَّ المائعات لا تنجس بموت الفأرة ونحوها فيها وأن الصلاة إذا تركت عمدًا لا يشرع قضاؤها. وأنَّ الجنب يصلي تطوعه بالليل بالتيمم ولا يؤخره إلى أن يغتسل عند الفجر وإن كان بالبلد، وقد رأيت من يفعل ذلك ممَّن قلّده فمنعته منه. وسئل عن رجل قدّم فراشًا لأمير فتجنب بالليل في السفر، ويخاف إن اغتسل عند الفجر أن يتهمه أستاذه بغلمانه فأفتاه بصلاة الصبح بالتيمم وهو قادر على الغسل. وسئل عن شرط الواقف فقال: غير معتبر بالكلية بل الوقف على الشافعية يصرف إلى الحنفية وعلى الفقهاء يصرف إلى الصوفية وبالعكس، وكان يفعل هكذا في مدرسته فيعطي منها الجند والعوام، ولا يحضر درسًا على اصطلاح الفقهاء وشرط الواقف بل يحضر فيه ميعادًا يوم الثلاثاء ويحضره العوام ويستغني بذلك عن الدرس. وسئل عن جواز بيع أمهات الأولاد فرجحه وأفتى به.


ومن المسائل المنفرد بها في الأصول مسألة الحسن والقبح التي يقول بها المعتزلة، فقال بها ونصرها وصنف فيها وجعلها دين الله بل ألزم كل ما يبنى عليه كالموازنة في الأعمال.

وأما مقالاته في أصول الدين فمنها قوله: إنَّ الله سبحانه محل الحوادث، تعالى الله عمَّا يقول علوًّا كبيرًا. وإنه مركب مفتقر إلى ذاته افتقار الكل إلى الجزء. وإنَّ القرءان محدث في ذاته تعالى. وإنَّ العالم قديم بالنوع ولم يزل مع الله مخلوق دائمًا، فجعله موجبًا بالذات لا فاعلاً بالاختيار، سبحانه ما أحْلَمَهُ. ومنها قوله بالجسمية والجهة والانتقال وهو مردود.
وصرَّح في بعض تصانيفه بأنَّ الله تعالى بقدر العرش لا أكبر منه ولا أصغر، تعالى الله عن ذلك، وصنَّف جزءًا في أنَّ علم الله لا يتعلَّق بما لا يتناهى كنعيم أهل الجنَّة، وأنه لا يحيط بالمتناهي، وهي التي زلق فيها بعضهم، ومنها أنَّ الأنبياء غير معصومين، وأنَّ نبينا عليه وعليهم الصلاة والسلام ليس له جاه ولا يتوسل به أحد إلا ويكون مخطئًا، وصنف في ذلك عدة أوراق. وأنَّ إنشاء السفر لزيارة نبينا صلى الله عليه وسلم معصية لا يقصر فيها الصلاة، وبالغ في ذلك ولم يقل بها أحد من المسلمين قبله. وأنَّ عذاب أهل النار ينقطع ولا يتأبد حكاه بعض الفقهاء عن تصانيفه. ومن أفراده أيضًا أنَّ التوراة والإِنجيل لم تبدل ألفاظهما بل هي باقية على ما أنزلت وإنَّما وقع التحريف في تأويلها، وله فيه مصنف، هذا ءاخر ما رأيت، وأستغفر الله من كتابة مثل هذا فضلاً عن اعتقاده”. انتهى.
Permasalahan- Permasalahan Ibn Taymiyah banyak didatangkan oleh Al-Hafidz Abu Sa’id Al-‘Ala-I yang mana beliau merupakan syeikh ataupun guru kepada Al-Hafidz Al-Iroqi. Perkara tersebut dinukilkan daripada Al-Muhaddits Al-Hafidz Al-Muarrikh Syamsuddin Bin Thulun dalam karya kitabnya (( Zakhair Al-Qoshor)) m/s 69. kitab ini adalah manuskrip dan masih tiada lagi di terbitkan dengan mana-mana percetakan. Beliau berkata ;

“ Menyebut permasalahan-permasalahan Ibn Taymiyah yang bercanggah dengan orang ramai dalam masalah usul agama ( tunggak-tunggak agama) dan masalah furu’ (cabang-cabang agama), maka antaranya ialah perkara yang bercanggah dengan ijma’, antaranya juga terdapat perkara yang bercanggah dengan pandangan yang rajih (kuat) dalam mazhab.

Antara perkara-perkara tersebut ialah;

1. Sumpah talak, berkata (Ibn Taymiyah) bahawasanya (sumpah talak) tidak jatuh ketika mana berlaku sumpahan tersebut bahkan ke atasnya kafarah sumpah. ( Perkara ini ) tidak pernah diperkatakan seorang pun sebelum ini dari kalangan Umat Muslimin dengan kafarah (sebagaimana yang diperkatakan oleh Ibn Taymiyah Al-Harrany ). Berkekalanlah fatwanya itu berlalu pada masa yang panjang dan ianya di jadikan khutbah yang hebat manakala sekelompok besar dikalangan awam pula bertaklid kepadanya, lalu ianya membawa kepada bala’ yang menyeluruh.

2. Dan (berkata (Ibn Taymiyah) sesungguhnya menceraikan perempuan yang berada dalam keadaaan haid hukumnya tidak jatuh.

3. Dan ((berkata Ibn Taymiyah); begitu juga ( tidak jatuh ) cerai atau talak jika ianya berlaku ketika (isteri) dalam keadaan suci yang telah dipersetubuhi suaminya.

4. Dan cerai atau talak tiga dikira sebagai talak satu.

Padahal semuanya ini telah berlaku ijmak muslimin sebelumnya (pada mengatakan bahawa talak itu jatuh dengan sebab perkara tadi iaitu no 1,2,3). Dan sesungguhnya barangsiapa yang bercanggah dengannya (perkara yang telah diijmakkan tadi) hukumnya kafir. Kemudian dia -Ibn Taymiyah- memberi fatwa yang bercanggah dengannya dan menyebabkan ramai yang terjebak dengan fatwanya itu.

5. Dan katanya sesungguhnya perempuan yang dalam keadaan haid boleh melakukan tawaf di Baitullah (kaabah) tanpa kafarah ,(bagi Ibn Taymiyah ) hukumnya adalah harus untuk perempuan itu melakukannya.

6. Dan mengambil mukus (cukai yang biasa dikenakan oleh kerajaan secara zalim terhadap barangan, Taman dan seumpamanya) halal bagi mereka yang menentukannya, dan apabila peniaga-peniaga mengambil bahagian mereka daripada harta zakat dan sekiranya ambil tadi bukan dengan nama zakat dan bukan dengan cara yang ditetapkan.

7. Cecair yang mengalir tidak menjadi najis dengan sebab matinya tikus di dalamnya dan seumpama dengannya.

8. Dan solat apabila ditinggalkan secara sengaja tidak disyariatkan supaya menqada’kannya.

9. Dan sesungguhnya orang yang berjunub boleh melakukan solat sunat pada malam hari dengan melakukan tayammum dan janganlah mengakhirkannya sehinggalah dia mandi wajib pada waktu fajar walaupun dia berada di dalam negara. Dan sesungguhnya aku telah melihat ada orang yang telah melakukannya dan didapati dia sebenarnya bertaklid dengan (Ibn Taymiyah) lantas aku menegahnya daripada melakukan perbuatan tersebut.

Dan pernah sekali dia ditanya tentang seorang lelaki yang yang membawa katil kepada seorang raja, lalu pada malam hari raja tersebut berjunub. Maka dia merasa takut untuk mandi wajib pada fajar keesokan harinya , ini adalah kerana dibimbangi gurunya menuduh dia melakukan persetubuhan dengan orang gaji lelakinya itu .Lalu dia (Ibn Taymiyah) menfatwakan kepadanya supaya melakukan solat subuh( fajr) dengan hanya melakukan tayammum sedangkan dia masih mampu untuk melakukan mandi wajib.

10. Dan ditanya tentang peruntukan harta waqaf (harta benda yang diniatkan untuk digunakan untuk tujuan tertentu seperti diniatkan sebuah bangunan untuk dijas\dikan masjid ataupun di wakafkan air hanya untuk minuman sahaja), lalu dia (Ibn Taymiyah) mengatakan : secara keseluruhannya tidak boleh dikira. Dia berkata ; waqaf bagi mazhab Syafi’iyyah mesti dibelanjakan kepada madzhab Hanafiyyah. dan wajib ke atas ulamak-ulamak-fuqaha’membelanjakannya kepada golongan sufi dan begitulah sebaliknya. Dan dia pernah melakukannya sebegini ketika berada di madrasahnya lalu diberi daripadanya (harta wakaf) kepada tentera dan orang awam.

Dan dia tidak pernah menghadiri pengajian dengan cara yang biasa diamalkan oleh para ulamak-ulamak fuqaha’ dan peruntukan sebagai pewakaf. Walaubagaimanapun dia menghadirinya juga pada masa-masa tertentu iaitu pada hari selasa bilamana orang awam ramai datang menghadiri majlis.

11. Dan bila ditanya tentang adakah harus ibu menjual anak-anak mereka maka dia merajihkan ( menguatkan) masalah ini dan memberi fatwa tentang keharusannya.

Antara masalah-masalah (Ibn Taymiyah) yang ganjil dalam permasalahan usul ialah :

12. Masalah “Al-Hasan” (baik) dan “Al-Qabh” (buruk) yang mana selari dengan perkataan golongan muktazilah. Lalu ((Ibn Taymiyah) juga memperkatakannya dan membantunya, dan menulis tentangnya, dan melebalkan perkara (salah) ini sebagai agama Allah, bahkan sampai peringkat mewajibkan setiap apa yang terbina di atasnya seperti perkara yang ditimbang pada amalan-amalan perbuatan.

Dan adapun di antara rencana-rencananya atau perkatan-perkataanya tentang usul agama (tunggak-tunggak agama) ialah ;

13. Dia (Ibn Taymiyah) berkata ; Sesungguhnya Allah Yang Maha Suci merupakan tempat bagi segala yang baharu, padahal maha suci Allah dari apa yang sifatkan (oleh Ibn Taymiyah).

14. Dan sesungguhnya (Allah) tersusun, berhajat kepada zatnya sebagai berhajatnya kulliy kepada juz’i.

15. Dan sesungguhnya Al-Quran adalah baharu (makhluk) pada zat Allah Taala.

16. Dan sesungguhnya alam adalah qadim (tanpa permulaan pada kewujudannya) dengan al-nau’ (jenisya) dan senantiasalah ia bersama Allah sebagai makhluk. Maka dia (Ibn Taymiyah) menjadikannya wajib bagi zat Allah Taala dan bukanlah dengan perbuatannya yang iktiyar. Maha suci Allah daripada perkara yang demikian itu, dan Allah bersifat dengan Maha Halim.

17. Antaranya lagi ialah kata-katanya yang membawa kepada pentajsiman (menjisimkan Allah – menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang ada pada jisim), memberi arah kepada Allah, berpindah randah padahal semuanya ini adalah tertolak.

18. Dan dia menyebut secara nyata sekali di sebahagian penulisan-penulisannya bahawa Allah Taala bersaiz sebesar arasy bukan besar padanya dan bukan juga kecil dari itu padahal Maha Suci Allah dari disifatkan dengan yang demikian itu.

19. Dia menulis satu juzuk pada membicarakan bahawa ilmu Allah tidak ada kaitan dengan perkara yang tidak berakhir ( kekal) seperti nikmat dan keseronokan yang dirasai oleh penghuni syurga, dan sesungguhnya Allah Taala tidak meliputi ilmunya (tidak mengetahui) perkara berakhir dan terbatas. Dan inilah yang telah menjerumuskan sesetengah kepadanya.

20. Antaranya lagi –Ibn Taymiyah mendakwa- bahawasanya para nabi tidaklah maksum. dan nabi kita sollallallhu ‘alaihi wasallam tiada mempunyai martabat yang tinggi dan tidak harus seorang pun bertawassul dengannya melainkan mereka itu salah. Dan dia menulis dalam permasalahan ini dalam beberapa penulisan.

21. Dan sesungguhnya melakukan pemusafiran untuk menziarahi nabi kita Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wassallam adalah suatu maksiat (dosa), tidak boleh mengqasarkan solat padanya. Perkara ini tidak pernah diungkapkan seorangpun dikalangan Umat Islam sebelumnya (Ibn Taymiyah).

22. Dan sesungguhnya azab penghuni neraka akan terputus dan terhenti dan ianya tidak akan berlangsung selama-lamanya. Perkara ini diceritakan oleh beberapa ulamak-ulamak fuqaha’ tentang penulisan-penulisannya ini.

23. Antara yang pelik juga dia mengatakan bahawa kitab taurat dan injil tidak berubah lafaz tulisan kedua-duanya bahkan (kitab aturat dan injil sekarang ini) kekal sebagaimana ianya diturunkan atau diwahyukan. Dan sesungguhnya perubahan yang berlaku hanyalah pada pentakwilannya atau penafsirannya. Dan (Ibn Taymiyah) memiliki penulisan tentang perkara tersebut. Ini adalah antara yang terakhir apa yang dapat aku lihat.

Aku memohon kepada Allah akan keampunan daripada menulis dengan penulisan seperti ini ( iaitu seperti Ibn Taymiyah) tambah-tambah lagi seperti iktiqodnya”. Selesai nukilan penulis daripada kata-kata Al-Muhaddits Al-Hafidz Al-Muarrikh Syamsuddin Bin Thulun.

Manuskib ini tersimpan di dalam Al-Khazanah Al-Taymuriyyah di Kaherah bernombor 1420. kalau berminat silalah ke bumi Mesir.

PERSAMAAN MAKLUMAT ANTARA AL-MUHADDITS AL-HAFIDZ AL-MUARRIKH SYAMSUDDIN BIN THULUN DAN SYEIKH IBN HAJAR AL-HAITAMY.

Alam adalah qadim dengan al-nau’.


Berkata Syeikh Ibn Hajar al-Haitamy dalam kitabnya Al-Fatawa Al-Haditsiah m/s 166 “:” (Ibn Taymiyah beriktikod sebagaimana falsafah Yunani, mengatakan Allah sediakala pada jenisnya) Dan sesungguhnya Alam sediakala pada jenisnya dan senantiasa kekal bersama Allah sebagai makhluk, maka dia telah menjadikannya wajib bagi zat bukan dengan perbuatanya dengan ikhtiar. Padahal Maha Suci Allah Taala daripada disifatkan dengan yang sedemikian itu. Dan kata-katanya (Ibn Taymiyah) dengan pentajisiman (menjisimkan Allah – menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang ada pada jisim), mempunyai arah, berpindah-randah,dan bahawa Dia bersaiz sebesar Al-Arasy bukan kecil atau pun besar, padahal (yang sedemikian itu) Maha Suci Allah Taala daripada rekaan dan penipuan ini yang amat keji, buruk,dan membawa kepada kekufuran yang jelas nyata”.

Manakala Al-Muhaddits Al-Hafidz Al-Muarrikh Syamsuddin Bin Thulun pula menulilkan daripada Al-Hafidz Abu Sa’id Al-‘Ala-I syeikh kepada Al-Hafidz Al-Iroqi bahawa Ibn Taymiyyah berkata dalam karya kitabnya (( Zakhair Al-Qoshor)) m/s 69. “Dan sesungguhnya alam adalah qadim dengan al-nau’ (jenisya) dan senantiasalah ia bersama Allah sebagai makhluk. Maka dia menjadikannya wajib bagi zat Allah Taala dan bukanlah dengan perbuatan yang iktiyar. Maha suci Allah daripada apa yang dia bawa. Antaranya lagi ialah kata-katanya yang membawa kepada pentajsiman (menjisimkan Allah – menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang ada pada jisim), memberi arah kepada Allah, berpindah randah padahal semuanya ini adalah tertolak.”

Saiz dan Ukuran

Berkata Al-Muhaddits Al-Hafidz Al-Muarrikh Syamsuddin Bin Thulun bahawa Ibn Taymiyah dalam kitabnya (( Zakhair Al-Qoshor)) m/s 69 mengatakan : “Dan dia menyebut secara nyata sekali di sebahagian penulisan-penulisannya bahawa Allah Taala bersaiz sebesar arasy bukan besar padanya dan bukan juga kecil dari itu padahal Maha Suci Allah dari disifatkan dengan yang demikian itu. “

Manakala Berkata Syeikh Ibn Hajar al-Haitamy dalam kitabnya Al-Fatawa Al-Haditsiah m/s 166 bahawa ibn taymiyah mengatakan :” Dia bersaiz sebesar Al-Arasy bukan kecil atau pun besar, padahal (yang sedemikian itu) Maha Suci Allah Taala daripada rekaan dan penipuan ini yang amat keji, buruk,dan membawa kepada kekufuran yang jelas nyata”.

Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
http://abulehyah.blogspot.com/

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: