TEGURAN ILMIAH BUAT DR. JOHARI MAT

TEGURAN ILMIAH BUAT DR. JOHARI MAT

TEGURAN ILMIAH BUAT DR. JOHARI MAT (1)

Oleh: abu_syafiq (012-2850578)
Assalamu3alaikum.
Sejarah telah banyak membuktikan tindakan mereka yang berniat jahat khususnya menyampaikan akidah yang songsang, apabila mereka tidak dapat mencari hujjah bagi membenarkan akidah songsang mereka, maka taktik kotor dengan memfitnah ulama islam adalah cara yang terbaik mereka bagi merialisasikan impian jelek itu.
Antara ulama yang dituduh bersama dengan akidah songsang mereka adalah Imam As-Syafie’ rahimahullah.
Ketahuilah bahawa sifat-sifat Allah adalah sempurna layak bagi keesaaNya dan tidak menyerupai makhlukNya dan bukan kesemua yang disandarkan kepada Allah itu maka semestinya ia sifat bagi Allah..tidak!
Berkata Imam Al-Hafiz Ibnu Jauzy dalam kitabnya berjudul Daf3 Syubah At-Tasybih : ” Bukan kesemua disandarkan ( Mudhof) kepada Allah itu sebagai sifatNya”. Tidak sama sekali. Bahkan hendaklah dilihat kepada ertinya berdasarkan pemahaman ayat tersebut dan ayat-ayat yang lain.
Ini dijelaskan dengan firman Allah :
1- Dalam surah Asy-Syams ayat 13 : ” نَاقَة اللَّه ” yang diterjemahkan sebagai ‘ unta Allah’.
Kalimat ‘unta’ disandarkan (mudhof) kepada Allah. Adakah kita akan mengatakan sifat Allah adalah ‘unta’?!! tidak sama sekali dan maha suci Allah dari itu.
Malangnya Wahhabi mengisbatkan kesemua yang disandarkan kepada Allah sebagai sifat Allah. Ini menunjukkan kedinginan pemikiran mereka dalam memahami ayat Allah.
2- ‘Rumah’ juga disandarkan kepada Allah seperti firmanNya dalam Al-Haj ayat 26 :
” وَإِذْ بَوَّأْنَا لِإِبْرَاهِيمَ مَكَانَ الْبَيْتِ أَنْ لَا تُشْرِكْ بِي شَيْئًا وَطَهِّرْ بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْقَائِمِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ “.
Lihat pada: بَيْتِيَ
yang diterjemahkan sebagai: “rumahKu”. Adakah kita akan sandarkan sifat ‘rumah’ bagi Allah?!
Adakah kita akan kata Alquran telah sandarkan perkataan ‘rumah Allah’ maka kita pun kata ‘rumah’ adalah sifat bagi Allah?!! Maha suci Allah dari itu dan dari bertempat didalam rumah.
Demikian diantara dalil bahawa bukan kesemua yang disandarkan kepada Allah mesti dianggap sebagai sifat Allah. Wallahi tidak!.
FITNAH JOHARI MAT TERHADAP AKIDAH IMAM AS-SYAFI’E.
Dengan penjelasan tadi, dapatlah diingatkan sekali lagi bahawa bukan kesemua yang disandarkan kepada Allah itu dikira sebagai sifat Allah.
Malangnya Johari Mat (KIAS) telah menyandarkan sifat bagi Allah yang mana Allah sendiri tidak mengatakan Dia bersifat sedemikian. Dan sekali lagi saya mengatakan bahawa bukan kesemua yang disandarkan kepada Allah itu dikira sebagai sifat Allah.
Dalam pengumpulan kertas kerja seminar yang menyebarkan ajaran Wahhabi serta memfitnah dan menipu akidah Imam Syafie dinamakana sebagai Seminar Al-Imam Al-Syafii’i dia ( Johari Mat) menyatakan :pada mukasurat 109 cetakan Karya Bestari:
Antara akidah Al-Imam Al-Syafi’i mengenai sifat Allah:
v) Sifat al-Qidam (kaki)
Al-imam Al-Syafi’i mengithbatkan (mengakui kewujudan sifat qidam seperti beliau mengakui sifat-sifat lain.
vi) Sifat Asba’(jari)
Demikian teks Johari Mat & sila rujuk artikelnya bertajuk AL-IMAM AL-SYAFI’I – PEGANGAN DALAM ALIRAN AKIDAH.
Saya mengatakan:
Qodam (kaki) dan Asba’a (jari) apabila disandarkan kepada Allah bukanlah bererti anggota bagi Allah kerana Allah maha suci dari bersifat demikian.
Nabi Muhammad tidak pernah mengajar kita apabila mendapat anak maka namakan dengan Abdul Qodam ( hamba Kaki)atau Abdul Asba’a (hamba Jari). Begitu juga apabila kita berdoa Nabi tidak pernah mengajar kita sebutlah memuji nama dan sifat Allah sebagai Ya Qodam Wa Ya Asba’a..Wallahi tidak pernah!.
Sekiranya kaki dan jari adalah sifat mutlak bagi Allah, saya mohon anak-anak Wahhabi selepas ini dinamakan anak mereka bersandarkan sifat tersebut sebagai Abdul Qodam (Hamba Kaki) atau Abdul Asba’a (hamba Jari)atau berdoa dengan Wahai Allah Yang Maha Berkaki dan Maha Berjari. Bukankah kita dianjurkan berdoa dengan menyeru nama dan sifat Allah?!
Akan tetapi perkara tersebut bukanlah sifat bagi Allah.
Saudaraku..Ketahuilah apabila kaki dan jari disandarkan kepada Allah maka ianya bukanlah sifat mutlak bagi Allah bahkan tidak harus mengatakan Allah sifatnya berkaki dan berjari. Tidak harus juga melakukan sepertimana yang dilakukan oleh Johari Mat ini.
Ini bukan cara yang dilakukan oleh orang yang bertaraf DR!
Lihat apa kata Dr. Yusuf Qardawi yang melarang kelakuan seperti Johari Mat ini :
Majalah Mujtama’, Bilangan 1370, Tarikh 25 Jamadul Akhir/1420 Bersamaan 5/10/1999M :
الأول :[ اتباع نهج القرآن في عدم التجميع ] :وأريد أن أنبه هنا على حقيقة ذات أهمية كبيرة في قضية الصفات والإيمان بها ، وتعليمه للناس على مذهب السلف .وتلك الحقيقة : أن تعرض هذه الصفات كما وردت في كتاب الله تعالى وسنة نبيه صلى الله عليه وسلم ، أعني أن تذكر مفرقة لا مجموعة ، فكل مسلم يؤمن بها ويثبتها لله كما جاءت .فليس مما يوافق الكتاب والسنة جمعها في نسق واحد يوهم تصور ما لا يليق بكمال الله تعالى ، كما يقول بعضهم : يجب أن تؤمن بأن لله تعالىوجها ، وأعينا ، ويدين ، وأصابع ، وقدما ، وساقا ، .. إلخ ، فإن سياقها مجتمعة بهذه الصورة قد يوهم بأن ذات الله تعالى وتقدس كلٌّ مركب من أجزاء ، أو جسم مكون من أعضاء ..ولم يعرضها القرآن الكريم ولا الحديث الشريف بهذه الصورة ، ولم يشترط الرسول لدخول أحد في الإسلام أن يؤمن بالله تعالى بهذا التفصيل المذكور .ولم يرد أن الصحابة وتابعيهم بإحسان كانوا يعلمون الناس العقيدة بجمع هذه الصفات .ولكن المسلم إذا قرأ القرآن الكريم ، أو الحديث الصحيح ، وانتهى إلى آية مشتملة على صفة من هذه الصفات ، أو حديث من هذا النوع آمن به كما ورد ، دون تحريف ولا تعطيل ولا تكييف ولا تمثيل ، وبهذا يكون سلفيا حقا .
Lihat pada :

فليس مما يوافق الكتاب والسنة جمعها في نسق واحد يوهم تصور ما لا يليق بكمال الله تعالى ، كما يقول بعضهم : يجب أن تؤمن بأن لله تعالىوجها ، وأعينا ، ويدين ، وأصابع ، وقدما ، وساقا ، .. إلخ ، فإن سياقها مجتمعة بهذه الصورة قد يوهم بأن ذات الله تعالى وتقدس كلٌّ مركب من أجزاء ، أو جسم مكون من أعضاء ..ولم يعرضها القرآن الكريم ولا الحديث الشريف بهذه الصورة ، ولم يشترط الرسول لدخول أحد في الإسلام أن يؤمن بالله تعالى بهذا التفصيل المذكور .
Terjemahannya:
” Maka bukanlah dikira sebagai perkara yang dipersetujui oleh Al-Quran dan As-Sunnah dengan mengumpulnya dalam satu bahagian membawa kepada gambaran yang tidak layak bagi kesempurnaan Allah ta’aal seperti yang dilakukan oleh sebahagian orang mereka mengatakan: Wajib beriman bagi Allah itu wajah, mata, dua tangan, jari, kaki, betis dan lain-lain.
Ini kerana kenyataan seperti ini mengambarkan bagi zat Allah itu bercantuman dengan bahagian-bahagian ataupun ianya membawa kepada Allah itu jisim yang dicantumkan dari anggota-angota. Al-Quran dan Al-Hadith tidak menyatakan gambaran sedemikian dan Rasul tidak pernah mensyaratkan bagi orang yang mahu memeluk islam dia mesti beriman dengan kenyataan tadi “.
Qardawi pun tidak mempersetujuan cara dan jalan serta apa yang dinyatakan seperti Johari Mat.
Subhanallah…betapa jahilnya mereka yang tidak mendalami ilmu akidah sebenar.
Bagi saya, Johari Mat ini yang sering membentang kertas kerja dalam seminar-seminar Wahhabi bertopengkan dengan pelbagai nama demi mengaburi mata orang ramai dan menyerapkan akidah ganjil kepada orang awam..dia bukan hanya tidak memahami hadith Nabi mahupun sifat Allah. Bahkan dia turut memfitnah Imam As-Syafi’e kononnya berakidah sepertinya.
Sedangkan Imam s-Syafi’e rahimahullah tidak pernah berakidah seperti Johari Mat ini!.
Buktinya dalam kitab-kitab Imam As-Syafie dan anak-anak muridnya tidak ternyata seperti yang dinyatakan oleh Johari Mat. Sekalipun ada sandaran perkara tersebut kepada Allah maka ianya bukan sifat bagi Allah yang membolehkan pula kita membahagi-bahagikan sehingga membawa kepada menjisimkan Allah seperti yang telah ditegur oleh Yusuf Qardawi tadi.
Saudaraku seislam.
Perkataan ‘Roh’ juga disandarkan kepada Allah. Akan tetapi tidak boleh kita mengatakan itu adalah sifat Allah. Tidak boleh kita kata ‘Roh’ adalah sifat Allah..tidak boleh!
Dalam surah Sod ayat 72 Allah berfirman: ” فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ
Lihat: رُوحِي yang diterjemahkan sebagai ‘ rohKu’.
Adakah disebabkan ‘roh’ disandarkan kepada Allah oleh diriNya sendiri maka kita mengatakan ‘roh’ adalah diantara sifat Allah?!!?!
Adakah dengan itu kita juga akan mengatakan antara sifat Allah adalah ‘roh’ tetapi roh Allah tidak serupa dengan makhlukNya dan tidak boleh takwil??!!
Kalau begitu tiada bezanya kita dengan kristian.
Sekiranya mengikut kaedah Wahhabi maka bolehlah kita mengatakan Allah berroh atau Allah bersifat Roh. Maha suci Allah dari penyifatan orang-orang yang zalim.
Ini hanya sebahagian kesongsangan dan pendustaan oleh Johari Mat terhadap akidah islam dan akidah Imam As-Syafi’e.
Semoga Allah menyelamatkan hambaNya yang sungguh-sungguh mencari kebenaran.
Wallahu musta’aan.

_____________________________________________________

TEGURAN ILMIAH BUAT DR. JOHARI MAT (2)



Pangkat kesarjanaan Phd makin hari semakin menghilang kegemilangannya sepertimana pangkat mufti pun dipandang lemah setelah golongan Wahhabi penyebar ajaran Tajsim memegang sebahagian daripadanya.
Dr. Aminah Wadud PHD, Dr. Asri Muftari PHD dan Dr. Johari Mat pun PHD.
Kekadang saya, dalam pengajian ke peringkat inipun lemah semangat untuk meraihkan kesarjanaan tersebut tetapi kepada Allah jua ku mohon kekuatan demi menjaga agama islam yang suci murni ini.

Kepada penuntut ilmu agama, jadilah insan muslim yang berjihad habis-habisan menentang kebatilan dan kesyirikan serta penipuan terhadap agama Allah ini.Semoga pembaca membuka hati menerima kebenaran dan menolak kebatilan dengan keikhlasan demi kemulian diri, masyarakat dan menjulang nama islam sebenar. Allahu Akbar!.

*Peringatan:
Anda perlu terdahulu membaca artikel saya mengenai Johari Mat sebelum ini bagi memahami lebih lanjut isi kandungan dalam artikel kali ini: http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/07/johari-mat-memfitnah-imam-as-syafie.html

JOHARI MAT DAKWA ALLAH SIFATNYA BERJARI
( Rujuk kertas kerjanya dalam himpunan AL-IMAM AL-SYAFI’I KEGEMILANGAN ILMU & PEMIKIRAN m/s 109 )
Kejahilan Johari Mat ini memahami Hadith Nabi merupakan faktor utama sandarannya kepada Allah itu bersifat jari-jemari.
Ketahuilah bahawa bukan kesemua yang dimudhofkan atau yang disandarkan kepada Allah itu adalah sifatNya. Allah ta’ala menyandarkan diriNya kepada ‘roh’ (Rujuk surah Sod ayat 72), akan tetapi ‘roh’ bukanlah sifat bagi Allah bahkan sesiapa yang percaya bahawa roh adalah sifat Allah maka dia bukan islam lagi bahkan itu adalah akidah kristian yang menyatakan ‘Allah itu roh muqaddas’. Begitu juga Hadith yang berbunyi “Asobi’urrahman” ianya tidak langsung bererti sifat Allah itu adalah berjari.

Jari yang disandarkan kepada Allah difahami oleh Johari Mat sebagai jari anggota wal ‘iyazubillah, ini berdasarkan kenyataannya pada m/s 104 iaitu:

“ Nas-nas diterima mengikut zahirnya”.
Ketahuilah bahawa zahir perkataan ‘jari’ adalah anggota disisi ulama bahasa dan istilah, sandaran kepada Allah bersifat jari amatlah terpesong bahkan sesiapa yang menganggap Allah itu berjari anggota maka dia kafir bukan lagi islam kerana anggota adalah sifat makhluk, Imam At-Tohawi dalam kitab Akidah At-Tohawi m/s 3 menyatakan: “ Barangsiapa yang menyifatkan Allah dengan sifat makhluk maka dia kafir”.

Manakala dalam kertas kerja Johari Mat yang sama menyatakan kononnya akidah ‘Allah sifatNya berjari’ adalah akidah Imam As-Syafi’e merupakan suatu pembohongan terhadap Imam As-Syafi’e dan langsung tidak menepati ciri-ciri seorang berkesarjanaan PHD. Seorang yang berkesarjanaan seperti Johari Mat sepatutnya tidak membawa umat kearah menanggotakan Allah ta’ala, sepatutnya membawa kepada penyucian Allah dari segala sifat anggota kerana anggota adalah ciptaan dan makhluk Allah dan Allah pula tidak menyurupai makhlukNya seperti firmanNya yang ma’ruf dalam surah As-Syura ayat 11 dan bukan dengan cara menipu Imam As-Syafi’e dalam hal akidah bagi merialisasikan impian tajsim dan tahsbih!!!

Dalam pada itu Johari Mat langsung tidak menyatakan dalam kitab karangan Imam As-Syafie yang mana satu beliau sebut ‘Allah itu sifatNya berjari’ bahkan sumbernya tidak dinyatakan juga, yang dinyatakan hanya sepotong Hadith yang langsung tidak membawa erti seperti tipuan dan dakwaan dustanya.

AKIDAH SONGSANG JOHARI MAT:
“ALLAH BERADA DI ATAS ‘ARASYNYA YANG BERADA DI LANGIT”.
( Rujuk kertas kerjanya dalam himpunan AL-IMAM AL-SYAFI’I KEGEMILANGAN ILMU & PEMIKIRAN viii m/s 110 )

Perkataan ‘berada’ merupakan satu sandaran tempat bagi Allah. Sekiranya golongan Muktazilah yang mengatakan ‘Allah BERADA dimana-mana’ telah dihukum oleh ulama islam sebagai satu kesesatan kerana telah menetapkan tempat bagi Allah, begitu jua Johari Mat dan Wahhabi yang lain seperti Asri tidak ubah seperti Muktazilah yang menyandarkan tempat bagi Allah.

Sedangkan akidah Nabi Muhammad dan kesemua para ambiya adalah ‘Allah bukan bertempat’. Rasulullah bersabda : “ Engkaulah (Allahlah) yang Al-Zahir maka tiada sesuatu di atas Allah, Engkaulah (Allahlah) yang Al-Batin maka tiada sesuatu di bawahMu”.Hadith riwayat Muslim dalam sohihnya pada kitab Zikir Wa Du’a bab Ma yaqul ‘indal Naum cetakan Dar Fikr Beirut.

Lihat dan renung pemahaman hadith tersebut dan jernihkan penghayatannya. Hadith tersebut menerangkan apabila dinyatakan tiada sesuatu di atas Allah dan tiada sesuatu di bawahNya maka Allah bukanlah di tempat atau mana-mana tempat bahkan ianya amat memberi erti bahawa Allah tidak di tempat.

Begitulah jua pemahaman akidah ulama ahli Hadith dan ulama islam yang lain, buktinya Imam Al-Baihaqi merupaka ulama ahli hadith, beliau dalam meriwatkan hadith yang sama di atas lantas menyatakan: “ Daripada hadith tersebut membuktikan apabila tiada sesuatu di atas Allah dan tiada sesuatu di bawah Allah maka ALLAH BUKAN DI TEMPAT”.

Rujuk kitab Imam Al-Baihaqi berjudul Al-Asma’ Wa As-Sifat m/s 400 cetakan Dar Ihya At-turath Al-Arabi Beirut.

Demikian akidah islam bahawa Allah tidak memerlukan tempat.
Malangnya Johari Mat menyandarkan tempat bagi Allah, selain itu turut berbohong kononnya akidah tersebut adalah akidah Imam As-Syafi’e tanpa menyebut sumber langsung.

PENUTUP
Wa akhiran untuk kali ini saya mengatakan:
Johari Mat ini, selain dia menyebarkan akidah yang palsu seperti Wahhabi yang lain, dia turut berdusta terhadap Imam As-Syafie dengan pelbagai pendustaan tanpa sumber yang tepat.
Setinggi-tinggi sangkaan baik yang boleh saya sangkakan kepada Johari Mat ini adalah dia memetik sandarannya daripada golongan Wahhabiyah Mujassimah zaman kini atau daripada seorang bergelar Al-‘Asyari (w 452h) yang telah dihukum oleh ulama Jarh Wa Ta’dil sebagai Wada’ iaitu penokok tambah dan Mughaffal seperti mana yang telah dinyatakan oleh Az-Zahabi dalam kitabnya Mizan Al-I’tidal juzuk 3 m/s 652 cetakan Dar ma’rifah Beirut.

Selain daripada itu, terjemahan yang amat terpesong sering terbit dari Johari Mat seperti ketiadaan perkataan yang memberi erti ‘berada’ tetapi Johari Mat memasukkan dalam terjemahannya. Begitu juga dinyatakan pada m/s 110 yang berbunyi “ wazakaro syai an” yang terjemah sebenarnya adalah “ dan dia menyatakannya sesuatu” tetapi Johari Mat menterjemahkan ayat tersebut dengan terjemahan yang langsung tidak menepati teks asal, diterjemah oleh Johari Mat :“ sambil berzikir”. Amat berbeza terjemahan sebenar: ‘ dan dia menyatakan sesuatu’ dengan terjemahan Johari Mat :‘ sambil berzikir’.

Kelakar pulak saya baca terjemahan seorang yang telah pun berkesarjanaan PHD tetapi jahil dalam bahasa arab disamping jahil dalam keilmuan akidah islam walaupun sering mengaku konon dirinya pakar dalam bidang Akidah dan Pemikiran Islam, Aliran Pemikiran Semasa dan Kajian Ilmu Salah di Malaysia tetapi dia sendiri menyebarkan akidah yang salah sambil menyandarkan pula ianya kepada Imam As-Syafi’e.
Juga cukup memalukan pihak Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) kerana bekas anak muridnya jahil setahap ini dalam akidah dan bahasa arab.
Tetapi saya yakin ianya tidak berpunca dari YPTIK tetapi berpunca dari pengajian lanjutan Johari Mat di tempat Wahhabi selepasnya.

Semoga Allah merahmati kita dan memberi hidayah kepada Johari Mat dan Wahhabi yang lain.
* Saya tunggu panggilan dari anda wahai Johari Mat sepertimana saudara Fauzi menghubungi saya untuk berbincang bersama anda. Tetapi jawab dulu artikel saya ini secara ilmiah dan berdisplin.

Wassalam.

Oleh: Abu Syafiq (012-2850578)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 429 other followers