SEJARAH RINGKAS MUHAMMAD ABDUL WAHAB

SEJARAH RINGKAS MUHAMMAD ABDUL WAHAB

Muhammad b. Abdul Wahab b. Sulaiman b. Ali b.
Muhammad b. Ahmad b. Rashid b. Barid b. Musaraf
an-Najdi at-Tamimi ( gambar) di lahirkan pada tahun (
1115H-1119 @ 1703-1787M ) di daerah Najd .Sebenarnya
ulama dan ahli sejarah berselisih pendapat tentang
kelahiran Muhammad Abdul Wahab. Tahun 1690M/1111H
merupakan   pendapat Shaikh  Zaini Dahlan Mufti Mekah
juga ahli sejarah sementara .Pada tahun 1694M/1115H
adalah  Golongan Wahabi  manakala  pada 1703M/1124H
adalah ahli sejarah  Barat. Muhammad Iqbal mengatakan
beliau lahir pada 1700M/1121H.

Ayahnya Abdul Wahab yang merupakan seorang qadhi pada
ketika itu telah mendapat firasat bahawa Muhammad
Abdul Wahab akan menyesatkan umat Islam, kita sendiri
telah sedia maklum hadis nabi yang berbunyi ”
Takutilah kamu akan firasat orang-orang mukminin
sesungguhnya mereka melihat dengan Nur Allah
(pandangan mata hati )” .Banyak hadis-hadis lain yang
menyentuh tentang firasat dan mimpi yang baik
merupakan sebahagian daripada kenabian, perstiwa
tersebut terbukti benar apabila berlakunya
pertentangan antara beliau dengan ayahnya sehingga,
membuatkan Muhammad Abdul Wahab menyampikan dakyahnya
secara tersembunyi. Kejahilan masyarakat dan kekuatan
politk, adalah antara faktor dakyah Muhamaad ,meresap
di kalangan masyarakat Badwi Najd.

ABDUL WAHAB MEMULAKAN PERGERAKAN DAN SERANGAN

Ahli Najd  terbahagi kepada dua  golongan , badwi dan
moden. Golongan moden mengamalkan perniagan manakala
golongan badwi kerap berperang dan bermusuhan sesama
kabilah bagi menguasai wadi,kawasan ternakan dan
sebagainya. Kabilah Najd pada ketika itu terdiri dari
Bani Khalid, Hawazin, Harb, Qahtani, al-Ajmani,
ad-Dawasir, Al Saud, Al Asobah ( Kuwait ) , Al
Khalifah ( Baharin ) Zafir dan banyak lagi. Kawasan
Najd ketika itu di luar kawalan Khilafah Daulah
Uthmaniah, besar kemungkinan kawasan tersebut
terpencil dan merupakan kawasan pendalaman.

Muhammad Abdul Wahab ke Iraq dan berbincang dengan
beberapa ulama’ fuqaha’ lalu memberikan dan menyatukan
beberapa pandangan baru dan lama., akan tetapi beliau
dimarahi dan diusir, kemudian beliau terus pulang ke
Najd, dan melahirkan pandangan baru yang mengakibatkan
penduduk Najd terbahagi kepada 2 puak, mereka yang
memerangi dan mereka yang menuruti. Kemudian Muhammad
Abdul Wahab melarikan diri ke al-Uyainah lalu
bersahabat dengan Amir al-Uyainah sehingga di akhiri
dengan perkahwinan dengan anak perempuannya ( Amir
al-Uyainah ).Ini secara tidak langsung memberi laluan
kepada beliau untuk menyebarkan ajarannya. Setelah
menetap di  al-Uyainah kira-kira 8 bulan beliau
akhirnya diusir keluar. Apabila mengetahui
kedudukannya terancam, maka beliau cuba menemui
beberapa ketua-ketua kabilah dan pemimpin tertinggi
untuk mendapat perlindungan dan sokongan sehinggalah
ke ad-dar’iyah, lalu menemui Muhammad b. Saud.
Pertemuan yang membawa mala petaka pada umat Islam
ini, telah menjalinkan persepakatan dan persetujuan
bagi membentuk agama baru secara rasmi, di dalam
kekuatan politik, ketenteraan dan peperangan pada
1165H / 1744M.

ULAMA AL-HARMAIAN MENENTANG MUHAMMAD ABDUL WAHAB

Ketika mana Muhammad Abdul Wahab bersama pengikutnya
mengkafirkan kaum muslimin ,beliau telah mengutuskan
sekumpulan pengikutnya untuk merosakkan aqidah Ulama’
al-Harmain serta memasukkan beberapa syubahat dan
muslihat. Kemudian Ulama’ al-Harmain (diantara mereka
ialah As-Shaikh Ahmad al-Ba Alawi, As-Shaikh Umar
Abdul Rasul, As-Shaikh Aqail b. Yahya al-’Alawi ,
As-Shaikh Abdul Malik dan As-Shaikh Hussin
al-Maghribi) bangkit lantas menolak dengan memberikan
beberapa keterangan dan hujjah sehingga melemahkan
mereka  Akhirnya Ulama’ al-Harmain menegaskan bahawa
golongan Wahabi ini adalah jahil dan sesat, setelah
meneliti bahawa aqidah yang dibawa olehnya adalah
mengkafirkan umat Islam. Ulama’ Harmian pun menulis
sepucuk surat lalu diajukan perkara tersebut kepada
Qadhi as-Syar’e Mekah, yang akhirnya menjatukan
hukuman kepada  mereka yang mulhid ini dipenjara,
malangnya ada segelintir daripada mereka telah berjaya
meloloskan diri ke ad-Dar’iyah ( sekarang  ibu negeri
Wahabi yang pertama di Riyad ) dengan perasan sombong
dan angkuh. Peristiwa tersebut berlaku di bawah
pemerintahan As-Syarif Masud b. Said b. Saad b. Zaid
yang wafat pada 1153H/1732M.

Muhammad bin Abdul Wahab pula telah wafat pada tahun
1206H/1792M ketika berumur 90 tahun. Seterusnya
gerakan ini diambil alih oleh Sulaiman bin Abdullah
bin Abdul Wahab.

WAHABI MENYERANG MEKAH DAN TAIF

Apabila pembesar-pembesar Mekah menyekat kemasukan
golongan Wahabi untuk mengerjakan Haji, lalu mereka
menukar strategi dengan membahagikan kepada 2
kumpulan. Kumpulan pertama di bawah kesetiaan Amir
Mekah yang hanya bersedia untuk berperang sesama
mereka iaitu kumpulan kedua dan Amir Mekah  As-Syarif
Ghalib  b. Musaaid b. Said b. Saad  b. Zaid. Lantaran
itu, berlakulah pertempuran yang mengakibatkan ramai
yang terkorban seterusnya golongan Wahabi dapat
menyebarkan dakyah mereka lalu membentuk tentera yang
terdiri daripada kabilah-kabilah badwi di bawah
pemerintahan Amir Mekah. Pada tahun 1217H / 1802M
tentera-tentera Wahabi sampai di Taif dan mengepungnya
pada bulan Zul Qa’edah 1217H, lalu menawan dan
membunuh lelaki serta wanita termasuklah kanak-kanak
,sehingga tiada seorang pun yang terlepas daripada
kekejaman Wahabi. Setelah itu mereka merampas dan
merosakkan segala harta benda serta melakukan
keganasan yang tidak terkira dan seterusnya menuju ke
Mekah. Apabila mereka mengetahui pada bulan tersebut
ramai jemaah haji terutamanya dari Syam dan Mesir,
boleh jadi mereka akan diserang, lalu mereka bercadang
untuk menetap seketika di Taif, sehinggalah selesai
musim haji. Setelah jemaah haji pulang ke negara
masing-masing, golongan Wahabi pun menuju ke Mekah,
Amir Mekah as-Syarif Galib pada ketika itu tidak mampu
menyekat kemaraan bala tentera Wahabi yang pada ketika
itu telah tiba di Jeddah. Berita tersebut akhirnya
dihidu oleh penduduk Mekah sehingga  mereka berasa
amat takut apa yang berlaku di Taif akan menimpa
mereka. Namun demikian, penduduk Mekahtidak dapat
membuat apa-apa persediaan untuk menghadapi mereka.
Pada Muharram1248H, golongan ini telah berjaya
memasuki Kota Mekah dan menetap di sana selama 14
hari. Dalam tempoh masa inilah mereka melakukan
kerosakan serta membuat ketetapan laranganmenziarahi
makam nabi-nabi dan solihin.

Kemudian tentera Wahabi menuju pula ke Jeddah untuk
membunuh Amir as-Syarif. Setibanya di sempadan Jeddah,
golongan Wahabi telah diserang olehtentera Amir mekah
yang menatijahkan  mereka menerima kekalahan teruk.
Kegagalan untuk menawan kota Jeddah ini megakibatkan
mereka berundur dan pulang semula ke Mekah.

WAHABI MENAWAN MEKAH DAN MADINAH.

Selepas 8 hari, lalu golongan Wahabi mengumpulkan
bala tenteranya di sana (Mekah) dan melantik seorang
Amir as-Syarif Abdul Mu’ain iaitu saudara as-Syarif
Ghalib, serta cuba berbaik-baik semula dengan penduduk
Mekah dan memburuk-burukan mereka.

Pada tahun 1220H mereka merompak dan mengepung
penduduk Mekah serta memutuskan segala bekalan makanan
sehingga menyebabkan penduduk Mekah kelaparan yang
mengakibatkan mereka terpaksa memakan daging anjing
akibat kebuluran yang bersangatan. Melihatkan keadaan
ini, Amir Mekah terpaksa mengadakan perjanjian dan
perdamian, antara syarat perjanjian tersebut hendaklah
berbaik-baik  dengan penduduk Mekah. Setelah tempoh
perdamaian tamat maka sekali lagi pada akhir bulan Zul
Qa’edah 1220H, mereka berjaya memasuki kota Mekah dan
Madinah. Setelah tiba di Madinah , mereka menceroboh
‘Bilik Nabi’ dan mengambil semua harta benda
termasuklah lampu dan bekas air daripada emas dan
perak, permata, zamrud yang tidak ternilai harganya,
lalu melakukan beberapa perkara keji dan jelek,
sehingga menyebabkan ramai dari kalangan ulama’
melarikan diri antaranya Shaikh Ismail Al-Barzanji,
Shaikh Dandrawi dan ramai lagi .Kemudian mereka
menghancurkan semua qubah di perkuburan Baqe’ seperti
qubah Ahli Bait, Isteri-isteri Nabi, anak-anak Nabi ,
lalu mereka cuba pula untuk memusnahkan kubah baginda
Rasulullah s.a.w. , apabila mereka melihat di kubah
tersebut terdapatnya “ lambang bulan sabit “ yang
pada sangkaan mereka diperbuat daripada emas tulin,
mereka mereka menarik balik keputusan tersebut.
Sesungguhnya Maha Suci Allah yang  telah memalingkan
mereka daripada perbuatan keji dan melampau itu.Mereka
juga telah memecahkan lampu-lampu di Madinah serta
membahagikan kepada beberapa pengikutnya yang setia
kepadanya. Kota Madinah akhirnya di tinggalkan dalam
keadaan sepi selama beberapa hari tanpa azan, iqamah
dan solat. ( Sila rujuk kitab ;Nuzhatul an-Nazirin fi
Tarikh Masjid al-aw’walin wal akhirin oleh Jaafar bin
Syaid Ismail al-Madani al-Barzanji)

Mereka juga melarang kemasukan jemaah haji dari Mesir
dan Syam yang merupakan pekerja-pekerja seperti
menenun kelambu Kaabah dan seumpamanya. Mubarak b.
al-Mudayyiqi akhirnya telah dilantik menjadi Amir
Wahabi pemerintahan mereka berlalu selama kira-kira 7
tahun.

SERANGAN THOSON BASHA KE ATAS WAHABI

Sultan Muhammad Khan telah mengutus Muhammad Ali
Basha pemerintah kerajaan Mesir supaya menyediakan
seramai 8-10 ribu tentera untuk memerangi
pelampau-pelampau Wahabi pada tahun 1226H, lalu beliau
melantik anaknya Thoson Basha keluar dari negara Mesir
pada bulan Ramadhan 1226H melalui jalan laut dan
darat. Akhirnya berlakulah pertempuran yang maha
dahsyat di perkampungan Khif ( dari Madinah kira-kira
90km)  sehingga mengakibatkan ramai daripada jumlah
tentera Mesir telah terkorban dan setengahnya pula
gagal  pulang ke Mesir. Kemenangan yang dicapai oleh
golongan Wahabi ini, adalah disebabkan oleh sokongan
daripada beberapa kabilah badwi  seramai 10 ribu orang
yang telah berpakat untuk mengalahkan tentera Mesir.
Peristiwa yang bersejarah lagi berdarah ini berlaku
pada bulan Zul Hijjah 1226H/1805M. Sebenarnya tentera
Thoson Basha juga terpaksa berhadapan seramai 30  ribu
tentera Wahabi yang telah mengepung di bahagian Barat
di bawah pimpinan  al-Amir Faisal

SERANGAN MUHAMMAD ALI BASHA KE ATAS WAHABI

Keazaman Muhammad Ali Basha dengan sendirinya menuju
ke Hijaz pada tahun 1227H untuk menemui tenteranya.
Setelah itu beliau bersama tenteranya menguasai
as-Safra’ dan al-Hudidah pada bulan Ramadhan dan
memasuki kota Madinah pada akhir bulan Zul Qa’edah .
Kemudian beliau menguasai pula di persisiran pantai
Jeddah pada awal bulan Muharram 1228H, lalu terus
menuju ke Mekah dan menguasainya di sana.Pada bulan
Rabiul Awal tahun 1228H Muhammad Ali Basha
memerintahkan para utusannya ke Darul Khilafah
Uthmaniah yang berpusat di Turki bersama  mereka
anak-anak kunci kota Mekah, Madinah, Jeddah dan Taif.
Pada bulan Syawal 1228H Muhammad Ali Basha kembali
semula ke Hijaz, sebelum tiba di Hijaz  ,as-Syarif
Ghalib telah menangkap Osman al-Mudayyiqi  yang
merupakan Amir Wahabi di Taif, kemudian menghantarnya
ke Darul Khilafah Uthmaniah  dan  dihukum bunuh.
Setelah Muhamad Ali Basha tiba di Mekah pada bulan Zul
Qa’edah, beliau menangkap pula as-Syarif Ghalib ibnu
Musa’d lalu menghantarnya ke Darul Sultanah , kemudian
beliau  melantik pula anak saudaranya As-Syarif Yahya
bin Surur ibnu Musa’d untuk dilantik sebagai
pemerintah di Mekah Pada bulan Muharam tahun 1229H
Muhamad Ali Basha menangkap pula Amir Wahabi Madinah
lalu menghantarnya ke Darul Khilafah Uthmaniah lalu
dihukum bunuh, kepalanya di gantung di “ Bab As-Saraya
” sebagaimana yang telah dilakukan terhadap Osman
al-Mudayyiqi ,adapun as-Syarif Ghalib beliau telah
dihantar ke Salanik  di Turki dan tinggal di sana
dengan mendapat penghormatan sehingga beliau wafat
dan dikebumikan pada 1231H.

Pada bulan Sya’ban 1229H Muhamad Ali Basha sekali lagi
telah mengutus tenteranya ke Turbah, Bisyah, Ghamid,
Zahran dan ‘Asir untuk mengesan dan menjejaki serta
memerangi golongan Wahabi lalu berhasrat untuk
membinasakannya sehingga ke akar umbi .Setibanya di
Darul Wahabi mereka terus memerangi golongan Wahabi
dan menawanya kemudian memusnahkan negeri mereka .Pada
bulan Jamadil Awal 1229H Amir Saud Wahabi meninggal
dunia lalu digantikan oleh anaknya Abdullah b. Saud.
Muhammad Ali Basha kembali semula ke Darul Wahabi
semasa mengerjakan haji dan tinggal di Mekah pada
bulan Rejab 1230H, kemudian pulang semula ke Mesir
setelah meninggalkan Hassan Basha di Mekah. Muhamad
Ali Basha tiba di Mesir pada pertengahan bulan Rejab
1230H, ini menjadikan tempoh beliau di  Hijaz
kira-kira 1 tahun 7 bulan. Beliau pulang ke Mesir
setelah melaksanakan tanggugjawabnya dan tugasnya di
bumi Hijaz. Maka tinggalah beberapa golongan Wahabi
yang bertempiaran di setiap pelusuk kabilah badwi dan
selebihnya tinggal di Ad-Dar’yah kemudian  melantik
Abdullah b. Saud sebagai peminpin mereka.

BERPERANG DENGAN IBRAHIM BASHA

Amir Wahabi Abdullah b. Saud  cuba berbaik-baik dengan
Thuson Basha bin Muhamad Ali Basha (adik kepada
Ibrahim) ketika mereka berada di Madinah, sehingga
terjalin hubungan persahabatan di bawah pemerintahan
Muhammad Ali  Basha yang membuatkan Muhammad Ali Basha
tidak menyetujuinya. Oleh kerana itu, Muhamad Ali
Basha telah memperlengkapkan tenteranya untuk
memerangi golongan Wahabi, di bawah pimpinan anaknya
Ibrahim Basha(abang suluong). Pada tahun 1232H Ibrahim
Basha bersama tenteranya tiba di Ad Dar’yah yang
merupakan ibu negeri Wahabi yang pertama di Riyad,
maka berlakulah pertempuran sengit yang berakhir pada
bulan Zul Qa’edah 1233H dengan tertangkapnya Abdullah
b. Saud Amir Wahabi.

AMIR WAHABI DIHUKUM BUNUH

Setelah tertangkapnya Amir Wahabi, lalu beliau di bawa
bersama pembesarnya ke Mesir dan tiba di sana pada 17
Muharram 1234H. Mereka kemudianya diarak oleh beberapa
orang askar dengan penuh kehinaan, lalu
berbondong-bondonglah penduduk Mesir menyaksikan
perarakan yang bersejarah itu. Apabila Amir Wahabi
memasuki Istana, maka  Muhamad Ali Basha  dengan
tersenyum duduk disisinya seraya berkata ;

Muhammad Ali Basha  : Apakah ini berterusan (
peperangan ) ?

Amir Wahabi : Ini adalah peperangan timbal balik
(sekali menang dan sekali kalah ).

Muhammad Ali Basha: Apa pendapat kamu tentang anakku
Ibrahim Basha ?

Amir Wahabi: Beliau seorang gigih dan kuat seperti
juga kami

Muhammad Ali Basha : Aku berharap pada kamu disisi
Maulana as-Sultan.

Lalu mereka pun menuju ke bilik Ibrahim Basha di Bulaq
,bersamanya terdapat sebuah kota kecil yang berbungkus

Muhamad Ali Basha : Apa ini ?

Amir Wahabi : Ini aku dapati daripada ayahku yang
beliau perolehi di sebuah bilik sahabatnya  bersama
ku.

Kemudian Muhammad Ali Basha menyuruh agar kota
tersebut di buka, maka beliau dapati 3 lembaran Mushaf
daripada khazanah al-Muluk yang tidak pernah
dilihatnya lebih baik sebelum ini,di samping itu juga
terdapat 300 butir permata yang besar-besar daripada
zamrud.

Muhamad Ali Basha : Ini yang kamu ambil di Hujrah
as-Syarif ( di dalam maqam nabi)

Amir Wahabi : Aku dapatinya daripada ayahku, beliau
tidak mengambilnya di Hujrah as-Syarif ,bahkan
memperolehinya daripada penduduk Mekah dan Madinah dan
orang-orang as-Syarif.

Muhammad Ali Basha: Sah! Kamu ambil daripada as-Syarif

Kemudian Amir Wahabi pun di hantar ke Darul Khilafah
Uthaminah ,sementara itu  Muhammad Ali Basha kembali
semula ke Hijaz dan seterusnya ke Mesir pada Muhaaram
1230H.,selepas beliau memusnahkan Negeri ad-Dar’yah
sehinggalah golongan Wahabi meninggalkan penempatan
mereka. Ketika Amir Wahabi tiba di Darul Khilafah
Utmaniah pada bulan Rabi’ul Awal, beliau bersama
pengikutnya diarak mengelilingi Kota Turki  untuk
dipertontonkan oleh semua lapisan masyarakat. Akhirnya
Amir Wahabi dihukum bunuh di “Bab Hamaayun ” manakala
para pengikutnya pula dihukum bunuh dari suatu sudut
yang berbeza-beza. Apa yang dapat kita fahami daripada
rentetan peristiwa tersebut golongan Wahabi Badwi ini
kerap mengamalkan sikap berperangan dan membuat
kekacawan di Semenanjung Arab, kemudian pula
bercita-cita untuk menguasai di seluruh Tanah Arab.

SERANGAN JIHAD TERHADAP WAHABI

Ramai di kalangan Ulama’ Mekah, Madinah, Qadhi dan
Mufti di seluruh pelusuk dunia berfatwa agar serangan
jihad dilancar ke atas golongan Wahabi, mereka terdiri
daripada kalangan ulama’ yang mu’tabar seperti
As-Shaikh Ahmad al-Ba Alawi, As-Shaikh Umar Abdul
Rasul, As-Shaikh Aqail b. Yahya al-’Alawi , As-Shaikh
Abdul Malik dan As-Shaikh Hussin al-Maghribi.

Setelah mereka selesai menunaikan solat lalu menuju ke
‘Bab as-Thani’ mereka dapati sekumpulan orang Islam
telah dizalimi dan diseksa dengan sengaja oleh
golongan yang ingin memasuki Masjidil Haram serta
diancam untuk dibunuh, maka bertempiaranlah mereka
melarikan diri dan memberitahu  golongan Wahabi
bahawa mereka adalah penduduk Mekah. Setelah itu
berhimpunlah sekelian ulama’ di bahagian mimbar untuk
mendengar khutbah yang disampaikan oleh Khatib Abu
Hamid lalu beliau membaca Risalah Muhammad Abdul Wahab
an-Najdi al-Mal’uni.  berbunyi : Wahai! Ulama’,Qadhi,
Mufti adakah kamu dengar dan tahu akan perutusan
ini…..…

( Sila rujuk beberapa Risalah Muhamad Abdul Wahab
an-Najdi al-Mal’uni at-Tamimi al-Kadzabi )

Kemudian ada pula daripada Ulama’, Qadhi, Mufti
bermazhab empat dari kalangan penduduk Mekah di
seluruh dunia yang datang untuk mengerjakan haji
bersidang dan bermusyawarah sementara menunggu 10
Muhaaram untuk memasuki Masjidil Haram. Akhirnya
ulama’ menghukumkan mereka kafir dan mengarahkan Amir
Mekah memaksa dan menyingkirkan mereka (golongan
Wahabi ) keluar daripada Masjidil Haram. Setelah itu
mereka mewajibkan semua orang Islam membantu dan
bersatu. Barang siapa yang melarikan diri tanpa uzur
adalah berdosa, dan barang siapa memeranginya jadilah
mujahid dan barang siapa yang dibunuh memperolehi
syahid.  Akhirnya ijmak ulama’ bersepakat tanpa
berlaku sebarang kekhilafan, telah menulis surat
kepada Amir Mekah. Selepas menunaikan solat Maghrib
mereka pun mengadap Amir Mekah. Justeru itu, seluruh
penduduk Mekah bersatu serta mendokong kesatuan Amir
Mekah untuk melancarkan serangan jihad dan
menyingirkan mereka daripada Mekah  (Sila rujuk
al-ajwibahtu al-Makkiyatu fi  rad ‘al ar-Risalati
an-Najdiyati  m.s.84-86 )

Kesimpulan yang boleh saya paparkan disini, Muhammad
Abdul Wahab dan pengikutnya ditakrifkan sebagai Bughah
iaitu sekumpulan orang Islam yang bermusuh atau ingkar
kepada Pemeritah Tertinggi sehingga tertubuhnya sebuah
pasukan bersenjata dan berhasrat untuk menentang
Pemerintah Tertinggi, dan mereka ini wajib diperangi
setelah diberi amaran. Peristiwa seumpama ini pernah
berlaku di zaman sahabat. Antaranya ialah peperangan
antara Saidina Abu Bakr dengan Musilamatul Al-al-Kazab
yang mengaku menjadi nabi , setelah itu peperangan
Siffin antara golongan Saidina Ali dengan tentera
Muawiyah ,dan juga tentera Khawarij.  ( lihat kitab
Qalyubi Wa Umairah .Bab Bughah m.s.171-174  Kitab
unggul Mazhab Sayafe”)
——————————————————————————————

Sejarah Kelam Salafi
Oleh: Abu Rifa al-Puari
Publikasi 28/03/2004

hayatulislam.net – Dalam beberapa artikel sebelumnya,
kita telah memperoleh penjelasan bahwa salafi merasa
dirinya paling benar, selamat dan masuk syurga
(Karakter 1), sehingga hanya salafi saja golongan yang
boleh eksis didunia. Sedangkan golongan lain sesat,
bid’ah dan tidak selamat sehingga layak dicela dan
jangan diungkapkan secuil-pun kebaikannya (Karakater
2).

“Syaikh Abdul Aziz bin Baz ditanya tentang golongan
yang selamat, dia berkata: ‘Mereka adalah para ulama
salaf. Dan setiap orang yang mengikuti jalan para
salafush-shalih’” (lihat 1).

Tentu yang mereka maksudkan dengan “jalan para
salafush-shalih” adalah golongan SALAFI, bukan
golongan-golongan yang lain!

Tentu kita penasaran, darimana berasal golongan yang
demikian gencarnya mempromosikan dirinya paling benar
dan semua golongan yang lain salah, sesat dan bid’ah
sehingga layak dicela ini? Kapankah golongan ini
didirikan, siapa saja pendirinya dan bagaimana sejarah
berdirinya? Mari kita telaah satu persatu pertanyaan
yang mengganjal tersebut.

Salafi Sudah Ada Sejak Nabi Adam AS?

Salafi meyakini bahwa golongan mereka telah ada
semenjak manusia pertama, yakni Nabi Adam AS.

“Dengan demikian, Da’wah Salafiyyah adalah da’wahnya
seluruh Nabi, mulai dari Nabi Nuh sebagai Rasul
pertama sampai dengan Nabi Muhammad yang merupakan
Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada umat
manusia, semoga damai dan rahmat Allah selalu tercurah
bagi mereka semua. Maka sejarah dari Da’wah Salafiyyah
dimulai sejak dari Nabi pertama. Hal ini bahkan ada
yang mengatakan bahwa dimulainya Da’wah Salafiyyah ini
dimulai dari Nabi Adam ‘alaihis Salam, sebab da’wah
ini adalah da’wah yang murni. Dan Da’wah Salafiyyah
adalah da’wah dalam rangka memahami Al Qur’an dan As
Sunnah, sebagaimana Allah dan Rasul-Nya telah
memerintahkan umat ini untuk melakukan hal tersebut.
Da’wah ini dilakukan atas perintah dari Allah dan
Rasul-nya kepada kita guna mendapatkan pahala yang
akan diberikan oleh Allah. Dan da’wah ini menjauhkan
kita dari apa-apa yang telah Allah dan Rasul-Nya
larang untuk dilakukan, karena takutnya pada siksa
dari Allah. Jadi, sejarah dimulainya Da’wah Salafiyyah
ini adalah tidak hanya terjadi sejak satu abad, dua
abad atau lima abad yang lalu. Sedangkan da’wah yang
dimulai pada periode waktu tertentu adalah da’wah yang
dilakukan oleh berbagai kelompok-kelompok sesat,
seperti Ikhwanul Muslimin, Jama’ah Tabligh, Hizbut
Tahrir, Sururiyyah/Qutubiyyah dan selainnya dari
berbagai macam kelompok da’wah yang baru bermunculan.
Itulah hal pertama yang ingin saya jelaskan” (lihat
2).

Dengan pernyataan salafi sebagai golongan yang telah
ada semenjak da’wah Nabi Adam AS dan diteruskan para
Nabi sesudahnya maka inilah golongan tertua didunia,
golongan yang telah lahir semenjak Nabi Adam AS
dilahirkan dan diutus oleh Allah SWT sebagai manusia
pertama.

Mungkin anda akan tertegun sejenak, bukankah
pernyataan salafi yang menyatakan bahwa salafi telah
ada semenjak Nabi Adam AS menunjukkan sikap arogan
yang luar biasa. Dengan pernyataan keberadaan salafi
sebagai da’wah awal para Nabi, sehingga salafi menjadi
golongan tertua dunia, maka tidak ada peluang sekecil
apapun golongan lain menyatakan bahwa golongan
merekalah yang benar. Karena salafi menyatakan bahwa
merekalah golongan yang paling benar, ajarannya murni
dan telah dimulai semenjak keberadaan Nabi Adam AS.

Sikap arogan salafi ini diperkuat lagi bahwa salafi
adalah Islam itu sendiri, artinya jika anda seorang
muslim maka anda harus mengaku sebagai salafi, jika
tidak maka mungkin keislaman anda diragukan. Anda
tidak cukup mengaku muslim, karena orang syi’ah juga
mengaku muslim. Anda tidak cukup mengaku muslim
berdasarkan Al-Quran dan sunnah, karena orang Asy’ari
juga mengaku hal yang sama. Maka anda harus mengaku
salafi, maka inilah yang benar, selamat dan masuk
syurga, sedangkan yang lain sesat dan bid’ah. Saya
tidak tahu persis, apakah Nabi Adam AS pernah mengaku
sebagai salafi atau bukan?

Dan diharuskan mempunyai penisbatan yang membedakan
pada zaman ini, sehingga tidak cukup kita katakan,
“Saya muslim” atau, “Madzab saya muslim!” Sebab semua
kelompok-kelompok mengatakan demikian, baik Rafidhi
(Syi’i), Ibadi (Khowarij), Qodyani (Ahmadiyyah) dan
firqoh-firqoh selain mereka! Maka apa yang membedakan
kamu dengan mereka (kelompok-kelompok ) tersebut?

Kalau engkau berkata, cSaya muslim berdasarkan Al
Qur’an dan As Sunnah” maka pernyataan seperti itu
tidak cukup. Sebab orang-orang yang berada pada
kelompok, baik itu Asy’ari, Maturidy, dan
golongan-golongan lain mengaku mengikuti kedua dasar
tersebut (Al Qur’an dan As Sunnah).

Dan tidak diragukan lagi bahwa nama yang jelas dan
terang yang dapat membedakan dengan yang lainnya
adalah kita katakan, “saya seorang muslim berdasarkan
Al Kitab dan as Sunnah, mencocoki dengan cara atau
metode (manhaj) salafus shalih”. Yakni cukup engkau
katakan, “saya salafi!” (lihat 10).

Bukanlah tiap orang berhak-baik seorang alim ataupun
penuntut ilmu- untuk mengeluarkan ataupun memasukkan
seseorang kedalam salafiyyah. Karena salafiyyah
bukanah perusahaan, yayasan sosial, ataupun partai
politik. Salafiyyah adalah Islam itu sendiri (lihat
13).

Lantas betulkah salafi telah ada semenjak Nabi Adam
AS?, darimanakah sebetulnya salafi berasal?

Dimulai Dari Muhammad bin Abdul Wahab

Pemikiran para salaf dimulai pada abad ke-4 H, disaat
ulama-ulama Madzhab Hanbali yang pemikirannya bermuara
pada Imam Ahmad bin Hanbal. Madzhab ini menghidupkan
aqidah ulama salaf dan memerangi paham lainnya.

Golongan ini kemudian muncul kembali pada abad ke-7 H
dengan kemunculan Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah, Ibnu
Taimiyah menambahkan beberapa hal pemikiran Hanbali
sesuai kondisi zamannya. Ibnu Taimiyah ditangkap dan
dipenjara beberapa kali, pada tahun 726 H beliau
dipenjara kembali karena perdebatan mendatangi kuburan
nabi dan orang-orang shalih, akhirnya beliau meninggal
dipenjara Damaskus pada tahun 20 Dzulhijjah 728 H dan
selama dipenjara ditemani murid beliau Ibnul Qayyim
Al-Jauziyah.

Selanjutnya pada abad ke-12 H pemikiran serupa muncul
kembali di Jazirah Arab yang dihidupkan oleh Muhammad
bin Abdul Wahab, yang selanjutnya disebut kaum Wahabi
(lihat 3, hal 225; lihat 4, hal 61; lihat 6).

Muhammad bin Abdul Wahab mempunyai nama lengkap
Muhammad bin Abdul Wahhab bin Sulaiman bin Ali bin
Ahmad bin Rasyid bin Buraid bin Muhammad bin Buraid
bin Musyarraf, dilahirkan di negeri Uyainah pada tahun
1115 H. Daerah Uyainah ini terletak di wilayah Yamamah
yang masih termasuk bagian dari Najd. Letaknya berada
di bagian barat laut dari kota Riyadh yang jaraknya
(jarak antara Uyainah dan Riyadh) lebih kurang 70 km.
Beliau belajar kepada ulama bermadzhab Hanbali di
Bashrah ( lihat 5).

Sehingga diyakini da’wah Salafi dimulai dengan
kemunculan Muhammad bin Abdul Wahab ini, aliran Wahabi
(Wahabiyyah) sebagai sumber pemikirannya. Wahabiyyah
muncul atas reaksi terhadap sikap pengkultusan dalam
bentuk mencari keberkatan dari orang-orang tertentu
melalui ziarah kubur, disamping bid’ah yang
mendominasi tempat kegamaan dan aktifitas duniawi.
Pada hakikatnya Wahabiyyah tidak membawa pemikiran
baru tentang aqidah, mereka hanya mengamalkan apa yang
telah dikemukan oleh Ibnu Taimiyah dalam bentuk yang
lebih keras, dibandingkan apa yang telah diamalkan
oleh Ibnu Taimiyah sendiri. Mereka menertibkan
berbagai hal yang tidak pernah disinggung oleh Ibnu
Taimiyah.

Kaum wahabi menghancurkan kuburan-kuburan sahabat dan
meratakannya dengan tanah, tindakan wahabi berdasarkan
sabda Nabi saw mengingkari tindakan Bani Israil yang
menjadikan kuburan para Nabi mereka sebagai mesjid.
Kaum wahabi juga melarang mengganti kain penutup
raudhah dengan alasan bid’ah, sehingga kain itu
menjadi usang, kotor dan tidak enak dipandang mata.

Kaum wahabi (yang berpusat di Riyadh) dengan bantuan
Inggris melakukan pembangkangan bersenjata
(peperangan) terhadap kekhilafahan Utsmaniyah, Inggris
memberikan bantuan dana dan senjata kepada kaum wahabi
dan dikirim melalui India. Mereka berusaha merampas
wilayah-wilayah yang dikuasai oleh kekhilafahan
Utsmaniyah agar mereka bisa mengatur wilayah tersebut
sesuai dengan paham wahabi, kemudian mereka
menghilangkan madzhab lain dengan kekerasan. Sehingga
kaum wahabi mengalami penentangan dan bantahan yang
bertubi-tubi dari para ulama, pemimpin dan tokoh
masyarakat yang menganggap pendapat wahabi
bertentangan dengan pemahamam kitabullah dan sunnah.

Da’wah kaum wahabi ini tidak diterima oleh umat,
sehingga kata ‘wahabi’ menjadi momok tersendiri di
tengah-tengah umat.

Apa sebenarnya Wahhabi itu? Mengapa mereka begitu
benci setengah mati terhadap Wahhabi? Sehingga
buku-buku yang membicarakan Muhammad bin Abdul Wahhab
mencapai 80 kitab atau lebih. Api kebencian mereka
begitu membara hingga salah seorang di antara mereka
mengatakan bahwa Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab
bukan anak manusia, melainkan anak setan, Subhanallah,
adakah kebohongan setelah kebohogan ini? (lihat 11).

Sehingga dengan cara yang unik ulama wahabi
menjelaskan makna kata ‘wahabi’ berasal dari asma
Allah SWT, meskipun awalnya memang wahabi berasal dari
kata Muhammad bin Abdul Wahab.

“Orang-orang bodoh seperti mereka tidak mengetahui
bahwa ‘wahabi’ dinisbatkan kepada ‘Al-wahab’. Adalah
salah satu dari asma Allah yang telah memberikan
kepada umat manusia ajaran tauhid murni dan
menjanjikan syurga kepada mereka” (lihat 1, hal 85).

Kaum wahabi tahun 1788 M menyerang dan menduduki
Kuwait serta mengepung Baghdad, tahun 1803 menyerang
dan menduduki Makkah. Pada tahun 1804 menduduki
Madinah dan menghancurkan kubah besar yang digunakan
untuk menaungi makam Rasulullah saw, mempreteli
seluruh batu perhiasan dan ornamennya yang sangat
berharga. Setelah menguasai seluruh daerah Hijaz,
mereka begerak kedaerah Syam, tahun 1810 menyerang
Damaskus dan Najaf. Kekhilafahan Utsmaniyah
mengerahkan kekuatan menghadapinya tetapi tidakn, maka hendaklah
sabar dalam menaati mereka” (lihat 8, hal 43-44).

Padahal Rasulullah Saw bepesan dalam hadits shahih
bahwa tidak ada ketaatan kepada makhluk selagi
bermaksiat kepada Allah SWT,

Tidak ada ketaatan kepada seseorang dalam hal
kemaksiatan kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan itu
dalam hal kebaikan. [HR Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan
An-Nasa’i].

Ketaatan itu hanyalah dalam perkara yang ma’ruf. [HR
Bukhari dan Muslim].

Sungguh bertentangan sikap salafi terhadap penguasa
sekuler dengan sikap yang diajarkan Rasulullah Saw
kepada kita. Sikap yang bertentangan dengan sunnah
Rasulullah Saw ini dilakukan salafi untuk kepentingan
da’wah mereka, mereka lebih mengutamakan dunianya dari
pada akhiratnya. Mengaku ahlus-sunnah tetapi dengan
menentangnya, bagaimana bisa?

“Adapun menyiarkan dan menyebarkan kesalahan-kesalahan
penguasa (walaupun mereka benar-benar berbuat salah)
diatas mimbar-mimbar serta memprovokasi masyarakat
baik secara sembunyi-sembunyi maupun terang-terangan,
dapat menimbulkan fitnah (malapetaka) yang merugikan
dakwah Ahlus Sunnah wal-jamaah” (lihat 9, hal 40).

Salafi juga merestui pemimpin wanita yang nyata-nyata
tidak direstui oleh Rasulllah Saw dalam sebuah hadits
shahih-nya, salafi memahaminya sebagai realita dan
mencoba-mencoba disesuaikan dengan syari’at. Ini
sungguh sikap pramatis dan menyalahi kaidah dalam
menetapkan hukum syari’at, yakni menjadi realitas
sebagai sumber hukum. Seharusnya, realitas adalah
objek hukum bukan sebagai sumber hukum. Mengaku
ahlus-sunnah tetapi dengan menentangnya, bagaimana
bisa?

“Tidak akan berjaya suatu kaum yang dipimpin oleh
seorang wanita” adalah hadis shahih, walaupun realita
sekarang kita lihat banyak wanita yang menjadi
pemimpin, dalam hal ini kita diperintahkan untuk
melihat realita dan menyesuaikan dengan syariat. Jika
pemimpin wanita ini memerintahkan untuk taat kepada
Allah maka dia wajib dipatuhi, sebaliknya jika dia
memerintahkan untuk kemaksiatan maka kita tidak akan
patuh kepadanya (ihat 12).

Sehingga dapat kita maklumi kenapa salafi aman-aman
saja dan aktifis da’wah mereka tidak ditangkapi ketika
berda’wah dinegeri-negeri sekuler, karena da’wah
salafi yang tidak berani terang-terangan mengkritik
penguasa dan mengungkapkan kemaksiaatan mereka kepada
Allah SWT. Baik penguasa wanita yang menyalahi ajaran
Rasulullah Saw yang mulia, maupun kebijakan penguasa
yang menyalahi syari’at Allah SWT. Ini sungguh sikap
yang tidak terpuji, pengecut dan menjauhkan umat dari
pemahaman Islam yang benar, karena penguasa-penguasa
itu telah bermaksiat kepada Allah ketika tidak
menerapkan hukum-hukum Allah swt. Bahkan jika salafi
mempunyai keberanian mengkritik penguasa dan
mengungkapkan kemaksiaatannya, kemudian penguasa
membunuhnya maka ia mati syahid, inilah puncak segala
amal ibadah karena syurga balasannya,

Seutama-utamanya jihad adalah ucapan/menyampaikan
(kata-kata) yang haq di hadapan penguasa yang zalim.
[HR Ahmad, At-Tirmidzi dan Nasa’i].

Pemimpin para Syuhada adalah Hamzah, dan seseorang
yang berdiri di hadapan penguasa yang dzalim kemudian
(ia) menasehatinya, lalu penguasa tadi membunuhnya.
[HR Hakim].

Bukankah salafi telah mengabaikan sunnah Rasulullah
saw yang mulia dalam mengkritik penguasa dan
mengungkapkan kemaksiaatan yang telah dilakukannya?.
Bukankah terbunuhnya para ulama karena menasehati
penguasa semisal Al-Banna dan Qutb setara dengan
syahidnya Hamzah dalam perang Uhud. Lantas seperti
apakah salafush-shalih (salafi) yang asli?, membebek
kepada penguasa dengan membuat fatwa-fatwa yang sesuai
keinginan penguasa sekuler atau dengan tegas mengkrtik
penguasa secara terang-terangan? Berikut kita bahas
seperti apa salafush-shalih yang asli!

Siapakah Salafush-Shalih Yang Asli?

Dalam masa keemasan kekhilfahan Islam para ulama
sangat berpengaruh dan selalu dimintai nasehat oleh
penguasa, tidak mau menemui (mendekati) penguasa dan
tidak segan-segan mengkritik penguasa dengan keras.
Kita bisa saksikan ulama tabi’in Sa’id bin Musayyab
yang menolak menemui Khalifah Abdul Malik bin Marwan
(692-705 M) disaat Khalifah meminta nasehat, karena
orang yang membutuhkan nasehatlah seharusnya yang
mendatangi para ulama, begitu kata Sa’id bin Musayyab.

Sa’id bin Musayyab juga pernah menolak menikahkan
puterinya dengan Al-Walid bin Abdul Malik (putra Abdul
Malik bin Marwan), malahan beliau menikahkan puterinya
dengan seorang duda yang miskin tetapi ta’at yakni Abu
Wada’ah. Alasan beliau menolaknya adalah: “Puteriku
adalah amanat dileherku, maka kupilihkan apa yang
sesuai untuk kebaikan dan keselamatan dirinya” lihat
7, hal 22-32 Tetapi kenyataannya, Muhammad bin Abdul
Wahab sendiri berbesanan dengan keluarga Ibnu Saud
(lihat 3, hal 251).

Dalam kisah lain, ulama Hasan Al-Basri yang tidak
segan-segan menentang dan mengecam dengan keras
penguasa Iraq Hajjaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi. Saat Hasan
Al-Basri dipanggil oleh Hajjaj untuk dihukum mati,
Hasan Al-Basri datang dengan tabah dan berwibawa,
sehingga Hajjaj membatalkan hukumannya dan malah
meminta beberapa nasehat kepada Hasan Al-Basri.

Penguasa (wali/gubernur) baru Iraq berikutnya adalah
Hubairah Al-Fazari (masa Khalifah Yazid bin
Abdulmalik, 720-724 M), Hubairah menjalankan perintah
Khalifah Yazid yang kadang-kadang melenceng dari
Islam. Hasan Al-Basri memberikan nasehat kepada
Hubairah: “Ya Ibnu Hubairah, takutlah kepada Allah
atas Yazid dan jangan takut kepada Yazid karena Allah.
Sebab ketahuilah bahwa Allah SWT bisa menyelamatkanmu
dari Yazid, sedangkan Yazid tak mampu menyelamatkanmu
dari Allah” (lihat 7, hal 53-56).

Khatimah:

1. Keyakinan salafi bahwa mereka telah ada semenjak
nabi Adam AS, maka inilah golongan tertua didunia.
Tetapi setelah ditelaah sejarah kemunculan salafi,
maka terungkap salafi bermula dari da’wah Muhammad bin
Abdul Wahab yang mengambil madzhab Hanbali sebagai
sumber pemikirannya. Sehingga pernyataan bahwa salafi
telah ada sejak nabi Adam AS, merupakan sikap arogan
dan mau menang sendiri saja.

2. Kaum wahabi (yang merupakan awal da’wah salafi)
telah melakukan pembangkangan (bughat) kepada
kekhilafahan Utsmaniyah yang syah, dengan bantuan dana
dan senjata dari Inggris. Sikap ini sungguh
bertentangan dengan ajaran Rasulullah saw yang mulia,
untuk ta’at kepada Amirul mu’minin.

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan
taatilah Rasul, serta ulil amri diantara kalian. (Qs.
an-Nisaa’ [4]: 59).

3. Sikap kaum wahabi yang menentang kekhilafahan
Utsmaniyah, bertolak belakang dengan sikap salafi yang
tidak berani mengkritik dan mengungkapkan kemaksiaatan
penguasa sekuler yang tidak menerapkan hukum-hukum
Allah swt, hal ini dilakukan untuk kepentingan da’wah
mereka. Mereka lebih mengutamakan dunia dari pada
akhiratnya, padahal memberikan kritik kepada penguasa
sekuler merupakan bagian dari jihad.

Seutama-utamanya jihad adalah ucapan/menyampaikan
(kata-kata) yang haq di hadapan penguasa yang zalim.
[HR Ahmad, At-Tirmidzi dan Nasa’i].

4. Para tabi’in yang harus kita teladani kehidupannya,
mereka mengkritik penguasa dengan keras dan
terang-terangan, semisal kisah tabi’in Sa’id bin
Musayyab, Hasan Al-Basri, dll, merekalah
salafush-shalih yang asli. Sedangkan mereka-mereka
yang tidak berani mengkritik penguasa dan
mengungkapkan kemaksiaatan mereka, bermesraan, serta
membuat fatwa-fatwa yang sesuai dengan keinginan
penguasa, kemungkinan besar salafush-shalih (salafi)
palsu!

5. Saksikanlah aktifis da’wah dari Ikhwanul Muslimin,
Hizbut Tahrir, FIS Al-Jazair, Refaah Turki, Jama’at
Islami Sudan dan berjuta-juta aktifis Islam lainnya
yang memperjuangkan tegaknya Islam secara kaffah
dimuka bumi dan mengkritik kebijakan penguasa-penguasa
sekuler secara tegas dan terang-terangan, tetapi
mereka ditangkapi dan dibunuhi diberbagai belahan
dunia, mereka mengalami hal yang sama seperti yang
dialami para tabi’in yang tegas dan terang-terangan
mengkritik penguasa dizamannya. Kemudian bandingkanlah
dengan salafi yang berda’wah diberbagai negara dunia
secara aman, tenteram dan damai dibawah ketiak
penguasa-penguasa sekuler. Manakah diantara mereka
yang meneladani para tabi’in?, manakah yang mendekati
salafush-shalih?. Semakin jelaslah sekarang, mana yang
meneladani salafush-shalih yang dan mana yang bukan!
Wallahua’lam,

Maraji’:

1. Golongan yang selamat, Muhammad bin Jamil Zainu
2. http://www.salafy.or.id, fatwa ulama: Kapankah dakwah
salafiyah dimulai?
3. Aliran politk dan aqidah dalam Islam, Imam Muhammad
Abu Zahrah
4. Zikir cahaya kehidupan, Ibnul Qayyim Al-Jauziyah
5. http://www.salafyoon.online: Syaikh Muhammad bin Abdil
Wahhab, Cyber Muslim Salafy
6. http://www.salafyoon.online: Ibnu Taimiyah, Dai dan
Mujahid Besar, Cyber Muslim Salafy
7. Insan teladan dari para tabi’in, Abdurrahman Ra’fat
Basya
8. Menepis penyimpangan manhaj dakwah, Abu Abdullah
Jamal bin Farihan Al-Haritsi
9. Bunga rampai fatwa-fatwa syari’yah, Abul Hasan
Musthafa
10.www.salafyoon.online: Mengapa Harus Salafiyah, Imam
Al-Bani
11.www.salafyoon.online: Dakwah Wahhabiyyah, Abu
Ubaidah Al Atsari dan Abu Usamah
12.www.salafyoon.online: Soal-Jawab: Bagaimana Dengan
Umara Indonesia, Salim Al Hilali
13.www.salafyoon.online: Soal-Jawab: Salafi

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 381 other followers