Doa Sholat Witir

Doa Sholat Witir

Inilah doa setelah sholat witir yang biasa dilazimi oleh sebahagian imam di tempat kami. Satu doa yang indah susunan katanya, lagi berisikan permohonan-permohonan yang molek-molek, seperti iman yang langgeng berkekalan, hati yang tunduk khusyu’ kepada Maha Pencipta, ketaatan beragama yang mantap dan ilmu yang bermanfaat. Doa ini juga, dengan sedikit perbezaan shighah, turut dianjurkan oleh Tok Syaikh Daud al-Fathani rhm. untuk dibaca setelah witir dalam karya beliau yang berjodol “Kaifiyat Khatam al-Quran” halaman 113 – 114. Doa ini merupakan saduran daripada sebuah doa yang dinisbahkan kepada Sayyidina Abu Dzar al-Ghifaari r.a. Dalam sebuah kutaib berjodol “Mafaatiihul Faraj” yang ditahqiqkan oleh Syaikh Muhammad Shiddiq al-Minshawi dinukilkan riwayatnya daripada kitab “Nawaadirul Ushul” karya Abu ‘Abdullah Muhammad bin ‘Ali al-Hasan bin Basyir bin Harun yang dikenali sebagai al-Hakim at-Tirmidzi yang wafat tahun 320H, sebagai berikut:-

Tersebut dalam “Nawaadirul Ushul” dengan sanadnya daripada Junjungan Nabi s.a.w. bahawasanya Sayyidina Jibril a.s. telah datang mengadap Junjungan Nabi s.a.w. Tatkala baginda bersama Jibril a.s., maka masuklah Sayyidina Abu Dzar r.a. Jibril a.s. memandang kepadanya, lalu Junjungan Nabi s.a.w. pun bertanya kepada Sayyidina Jibril a.s.: “Wahai AminAllah, adakah engkau mengenali Abu Dzar ?” Jibril mengiyakan dan berkata: “Demi Allah yang telah mengutuskan engkau dengan kebenaran, sesungguhnya Abu Dzar lebih terkenal di langit berbanding di bumi, dan yang sedemikian adalah kerana suatu doa yang diamalkannya pada setiap hari dua kali yang menjadikan para malaikat kagum“. Maka Junjungan Nabi s.a.w. pun bertanya kepada Abu Dzar: “Wahai Abu Dzar, adakah bagimu doa yang engkau baca setiap hari dua kali?” Sayyidina Abu Dzar r.a. menjawab:-” Ibubapaku jadi tebusanmu, sungguh ada doa yang kuamalkan tanpa pengetahuan seseorang pun. Ianya adalah 10 kalimah yang diilhamkan Allah dan aku berdoa dengannya 2 kali sehari dalam keadaan menghadap kiblat, mengucapkan tasbih dan takbir sebanyak-banyaknya lalu berdoa dengan 10 kalimah berikut:-


Berkata Sayyidina Jibril a.s.: “Wahai Nabi Muhammad, demi Allah yang membangkitkan engkau dengan kebenaran, tidaklah berdoa seseorang daripada umatmu dengan doa ini melainkan akan diampunkan dosa-dosanya walaupun ianya sebanyak buih lautan atau sebanyak bilangan tanah bumi, dan tidaklah seseorang umatmu yang menemui Allah dengan membawa doa ini dalam hatinya melainkan dia menjadi orang yang dirindui syurga dan 2 malaikat memohon keampunan baginya serta dibukakan baginya pintu-pintu syurga, seraya berserulah malaikat: “Wahai wali Allah, masuklah dari pintu mana pun yang engkau kehendaki.”

Allahu … Allah. Hebat sungguh kisah yang diriwayatkan, tetapi barang diingat bahawa para muhadditsin menghukumkan riwayat ini sebagai dhoif. Walaupun begitu, ianya tetap dinukilkan dalam sebahagian karya hadits seperti “Jami’ al-Kabir” dan “Kanzul Ummal“. Maka tidaklah menjadi halangan bagi kita untuk mengamalkan doa tersebut asalkan jangan dii’tiqadkan ianya tsabit shohih daripada Junjungan Nabi s.a.w. Yang penting mohonlah kepada Allah dengan sungguh-sungguh, beradab serta dengan yakin dan ikhlash mengharapkan rahmat anugerah dan keredhaan Allah semata-mata.

http://bahrusshofa.blogspot.com/

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 411 other followers