Ibnu Taimiyah Vs wahaby/salafy : amalan nisfu sya’ban

07 August, 2008

Ibnu Taimiyah Mengkhususkan Amalan Nisfu Sya’ban (mesti baca!)


Di atas adalah kubur Syeikhul IslamWahhabi Ibnu Taimiyah Al-Harrani 661-728H.


Di atas adalah kubur Ibnu Taimiyah yang dihancurkan oleh Wahhabi pada bahagian atasnya kerana menganggap pembinaan kubur seperti itu adalah bid’ah masuk neraka.

Disediakan oleh: Abu Syafiq ( 012-2850578 ) copy-paste secara amanah adalah “halal”.

IBNU TAIMIYAH MENGALAKKAN KITA MENGHIDUPKAN NISFU SYA’BAN DENGAN AMALAN YANG KHUSUS

Sememangnya ulama Islam menghormati bulan Sya’ban khasnya pada pertengahannya atau dinamakan sebagai Nisfu Sya’ban. Terlalu banyak kenyataan ulama Islam mengenai kemulian dan amalan khas pada Nisfu Sya’ban kesemuanya adalah benar belaka kecuali beberapa kaifiyat yang tidak digariskan mengikut panduan syarak yang betul. Saya
(Abu Syafiq) pada kali ini tidak mahu menukilkan kenyataan ulama-ulama Islam tersebut tetapi akan dibawa kenyataan ImamWahhabi Syeikhul IslamMereka Ibnu Taimiyah Al-Harrani berkaitan amalan Nisfu Sya’ban.

Wahhabi yang mengkafirkan umat Islam kononnya atas dasar menghidupkan, memuliakan dan mengkhususkan amalan pada Nisfu Sya’ban adalah mengkafirkan juga Syiekh IslamMereka Ibnu Taimiyah walaupun selalau dinafikan. Ini kerana Syeikh IslamMereka Ibnu Taimiyah mengalakkan amalan Nisfu Sya’ban.

Para pembaca pasti akan perasan, bila tiba Nisfu Sya’ban jek Wahhabi akan bergegas lekas untuk menulis di laman internet dan surat khabar menentang dan menolak sekeras-kerasnya amalan yang dilakukan pada Nisfu Sya’ban secara mutlak. Akan tetapi orang yang langsung tidak solat Fardhu dibiarkan tidak pula dinasihat atau ditegur. Ini kerana bagi Wahhabi kesemua orang kafir dan orang musyrik adalah mukmin beriman kepada Allah…Inilah unsur Liberal yang wujud dalam perut otak akidah Wahhabi.
————————–

1- IBNU TAIMIYAH MENGKHUSUSKAN AMALAN SOLAT PADA NISFU SYA’BAN & MEMUJINYA
Berkata Ibnu Taimiyah dalam kitabnya berjudul Majmuk Fatawa pada jilid 24 mukasurat 131 mengenai amalan Nisfu Sya’ban teksnya:

إذا صلَّى الإنسان ليلة النصف وحده أو في جماعة خاصة كما كان يفعل طوائف من المسلمين فهو: حَسَنْ

Ertinya: ” Apabila seorang itu menunaikan solat pada malam Nisfu Sya’ban secara individu atau berjemaah secara KHUSUS sepertimana yang dilakukan oleh sebilangan masyarakat Islam maka ianya adalah BAIK “.

Lihat bagaimana Ibnu Taimiyah sendiri memuji dan mengalakkan amalan khas pada malam Nisfu Sya’ban agar kita menunaikan solat sunat pada waktu itu secara berseorangan atau dilakukan secara berjemaah lantas Ibnu Taimiyah menyifatkan amalan khusus itu sebagai HASANUN iaitu MULIA & BAIK. Manakala solat seratus rakaat dibaca 1000 kali surah Al-Ikhlas yang dilakukan pada malam itu merupakan sesuatu yang tidak warid.

Apa pula kata Jamaah Takfir Al-Wahhabi atas hukum Ibnu Taimiyah tadi?
Mungkin ramai Wahhabi tak percaya. TAK PECAYA? lihat ini lagi…
—————————

2- IBNU TAIMIYAH MENGKHUSUSKAN AMALAN SOLAT NISFU SYA’BAN KERANA ADA HADITH MEMULIAKANNYA
Berkata Ibnu Taimiyah pada kitab Majmuk Fatawa jilid 24 juga pada mukasurat seterusnya 132 teksnya:

وأما ليلة النصف – من شعبان – فقد رُوي في فضلها أحاديث وآثار ، ونُقل عن طائفة من السلف أنهم كانوا يصلون فيها، فصلاة الرجل فيها وحده قد تقدمه فيه سلف وله فيه حجة (( فلا ينكر مثل هذا )) ، أما الصلاة جماعة فهذا مبني على قاعدة عامة في الاجتماع على الطاعات والعبادات

Terjemahan kata Ibnu Taimiyah di atas:
” Berkenaan malam Nisfu Sya’ban maka telah diriwayatkan mengenai kemulian dan kelebihan Nisfu Sya’ban dengan hadith-hadith dan athar, dinukilkan dari golongan AL-SALAF (bukan wahhabi) bahawa mereka menunaikan solat khas pada malan Nisfu Sya’ban, solatnya seseorang pada malam itu secara berseorangan sebenarnya telahpun dilakukan oleh ulama Al-Salaf dan dalam perkara tersebut TERDAPAT HUJJAH maka jangan diingkari, manakala solat secara jemaah (pd mlm nisfu sya’ban) adalah dibina atas hujah kaedah am pada berkumpulnya manusia dalam melakukan amalan ketaatan dan ibadat” .

Amat jelas bukti dari kitab Ibnu Taimiyah sendiri bahawa dia mengalakkan amalan KHAS dan khusus pada nisfu Sya’ban.
Tetapi Wahhabi mengkafirkan sesiapa yang mengkhususkan amalan pada Nisfu Sya’ban atas dasar kononnya membawa syariat yang baru.

Apa pula kata Wahhabi pada Ibnu Taimiyah pula dalam kes ini? Dia salah? Kafir? Tukang buat bid’ah?! Yallah! keluarkan hukum pada Ibnu Taimiyah seperti mana kamu menghukum umat Islam sebagai kafir, sesat dan bid’ah pada kes yang sama. YALLAH!
—————————

3- IBNU TAIMIYAH MENGALAKKAN KITA MENGIKUT AS-SALAF YANG MENGKHUSUSKAN AMALAN PADA NISFU SYA’BAN
Berkata Ibnu Taimiyah dalam kitabnya berjudul Iqtido’ As-sirot Al-Mustaqim pada mukasurat 266 teksnya:

ليلة النصف مِن شعبان. فقد روي في فضلها من الأحاديث المرفوعة والآثار ما يقتضي: أنها ليلة مُفضَّلة. وأنَّ مِن السَّلف مَن كان يَخُصّها بالصَّلاة فيها، وصوم شهر شعبان قد جاءت فيه أحاديث صحيحة. ومِن العلماء من السلف، من أهل المدينة وغيرهم من الخلف: مَن أنكر فضلها ، وطعن في الأحاديث الواردة فيها، كحديث:[إن الله يغفر فيها لأكثر من عدد شعر غنم بني كلب] وقال: لا فرق بينها وبين غيرها. لكن الذي عليه كثيرٌ مِن أهل العلم ؛ أو أكثرهم من أصحابنا وغيرهم: على تفضيلها ، وعليه يدل نص أحمد – ابن حنبل من أئمة السلف – ، لتعدد الأحاديث الواردة فيها، وما يصدق ذلك من الآثار السلفيَّة، وقد روي بعض فضائلها في المسانيد والسنن

Terjemahan kata Ibnu Taimiyah di atas:
((” Malam Nisfu Sya’ban. Telah diriwayatkan mengenai kemuliannya dari hadith-hadith Nabi dan kenyataan para Sahabat yang menjelaskan bahawa ianya adalah MALAM YANG MULIA dan dikalangan ulama As-Salaf yang MENGKHUSUSKAN MALAM NISFU SYA’BAN DENGAN MELAKUKAN SOLAT KHAS PADANYA dan berpuasa bulan Sya’ban pula ada hadith yang sahih. Ada dikalangan salaf, sebahagian ahli madinah dan selain mereka sebahagian dikalangan khalaf yang mengingkarinya kemuliannya dan menyanggah hadith-hadith yang diwaridkan padanya seperti hadith
‘Sesungguhnya Allah mengampuni padanya lebih banyak dari bilangan bulu kambing bani kalb’ katanya mereka tiada beza dengan itu dengan selainnya, AKAN TETAPI DI SISI KEBANYAKAN ULAMA AHLI ILMU ATAU KEBANYAKAN ULAMA MAZHAB KAMI DAN ULAMA LAIN ADALAH MEMULIAKAN MALAM NISFU SYA’BAN, DAN DEMIKIAN JUGA ADALAH KENYATAAN IMAM AHMAD BIN HAMBAL DARI ULAMA AS-SALAF kerana terlalu banyak hadith yang dinyatakan mengenai kemulian Nisfu Sya’ban, begitu juga hal ini benar dari kenyataan dan kesan-kesan ulama As-Salaf, dan telah dinyatakan kemulian Nisfu Sya’ban dalam banyak kitab hadith Musnad dan Sunan “)).
Tamat kenyataan Ibnu Taimiyah dalam kitabnya berjudul Iqtido’ As-sirot Al-Mustaqim pada mukasurat 266.

Para pembaca sekalian, perhatikan dan fokuskan pada teks Ibnu Taimiyah di atas mengenai amalan khusus dan kelebihan Nisfu Sya’ban:
1- IANYA ADALAH MALAM YANG MULIA DAN ADA KELEBIHAN
2- ULAMA AS-SALAF MENGKHUSUSKAN MALAM NISFU SYA’BAN DENGAN MELAKUKAN SOLAT KHAS
3- DI SISI KEBANYAKAN ULAMA AHLI ILMU ATAU KEBANYAKAN ULAMA MAZHAB KAMI DAN ULAMA LAIN ADALAH MEMULIAKAN & MEMBERI KELEBIHAN UNTUK MALAM NISFU SYA’BAN, DAN DEMIKIAN JUGA ADALAH KENYATAAN IMAM AHMAD BIN HAMBAL DARI ULAMA AS-SALAF.

Lihat bagaimana Ibnu Taimiyah memuji amalan, mengkhususkan amalan dan memuliakan Nisfu Sya’ban dan menyatakan ianya adalah pandangannya, Imam Ahmad bin Hambal, dan ulama As-Salaf serta pandangan ahli ilmu.
Manakala Wahhabi pula mengkafirkan sesiapa yang memuliakan dan mengkhususkan amalan ibadat pada Nisfu Sya’ban kononnya atas dasar itu adalah agama yang baru.

Nah! WAHHAB MENGKAFIR IBNU TAIMIYAH.

Semoga kita meningkkatkan lagi ibadah kita pada bulan Sya’ban yang mulia ini.

http://www.abu-syafiq.blogspot.com

_______________

Lihat fatwa wahabi di :
Hukum Perayaan Malam Nisyfu Sya’ban
Sabtu, 09-Agustus-2008, Penulis: Buletin Al Atsari
(Diringkas/ disadur dari kitab Tahdzir minul bida’ karya Syaikh Abdul Aziz bin Baz, Oleh An Nafi’ah dan redaksi).

sumber http://darussalaf.org/stories.php?id=330

padahal dalam edisi sebelumnya mereka katakan :

“IBNU TAIMIYAH

DA’I DAN MUJAHID BESAR

“Demi Allah, tidaklah benci kepada Ibnu Taimiyah melainkah orang yang bodoh atau pengikut hawa nafsu.”1)

Qodhinya para qadhi Abdul Bar As-Subky.”

1) Dinukil dari buku: Ibnu Taimiyah, Bathal Al-Islah Ad-Diny. Mahmud Mahdi Al-Istambuli, cet II 1397 H/1977 M. Maktabah Dar-Al-Ma’rifah-Dimasyq. hal. Depan.

Dinukil dari kiriman seorang ikhwan.

diambil dari yayasan An Najiyah Al Islamiyah

jadi abdul aziz bin baz, pendul atsari dsb….adalah orang yang bodoh atau pengikut hawa nafsu.”……ngaku sendiri

ingat bung ….ibnu taimiyah bertobat dari aqidah mujasimmah shg imam subki memuji beliau….

kalian memakai perktaan imam subki seenak kalian saja…buktinya imam subki berakidah “Allah ada tanpa tempat dan arah, ….karena waktu, tempat dan arah adalah makhluq”

Lihat bukti ibnu taimiyah taubat dari aqidah sesat dalam kitab durar kaminah (yg ditulis oleh syaikhul islam tulen….syaikh ibnu hajar atsqalani)….lihat di “ibnu taimiyah membungkam wahaby”

About these ads

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 420 other followers

%d bloggers like this: