Shalawat

Penghapus Dosa

Sholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w. adalah antara sebesar-besar amalan yang menjadi kaffarah bagi noda dosa kecil yang kita lakukan. Dosa-dosa kecil bilangannya amat banyak menjadikan ianya sukar dihindari bahkan kadangkala tak sedar atau tak terasa pula kita yang sesuatu perbuatan yang kita lakukan itu merupakan satu dosa di sisi Allah s.w.t. Manakala sikap memperlekehkan atau meremehkan dosa kecil adalah satu dosa besar yang memerlukan kita memohon ampun dengan bertaubat kepada Allah at-Tawwab. Oleh itu, jangan sesekali meremehkan sesuatu dosa, baik kecil apatah lagi yang besar. Begitu pula jika dibiarkan dosa-dosa kecil itu berkumpul sehingga berlonggok-longgok dan bertimpa-timpa lalu menggelap serta menghitamlegamkan hati sanubari menjadikannya keras seperti batu. Atau dosa-dosa tersebut dilakukannya berulang-ulang, tanpa dikaffarahkannya dengan amalan sholeh atau dengan taubat kepada Allah, ianya juga menjadikan dosa-dosa tersebut sebagai dosa besar, sebagaimana dinyatakan oleh Hujjatul Islam al-Ghazali dalam “al-‘Arba`in fi Ushuliddin“:-

و الإصرار على الصغيرة أيضا كبيرة
فلا صغيرة مع إصرار و لا كبيرة مع رجوع و استغفار

“Berkekalan atas dosa-dosa kecil adalah juga dosa besar. Maka tidaklah dikatakan dosa kecil jika ianya dikekalkan dan tidaklah dikatakan dosa besar jika ianya ditaubati dan dipohon keampunan Allah.”

Berbalik kepada sholawat, maka telah masyhur beberapa hadis yang menyatakan ianya menjadi kaffarah dan penghapus bagi noda dosa. Sebagai tambahan sahaja kepada hadis-hadis yang telah masyhur tersebut, satu nukilan dari “asy-Syifa`” karya Qadhi ‘Iyadh al-Yahsubi, sebuah atsar yang dinisbahkan kepada Sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq r.a. yang menyatakan:-

الصلاة على النبي صلى الله تعالى عليه و سلم
امحق للذنوب من الماء البارد للنار
و السلام عليه افضل من عتق الرقاب

Ucapan sholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w. dapat memadamkan yakni menghapuskan dosa lebih daripada air sejuk memadamkan api. Ucapan salam kepada baginda lebih afdhal daripada memerdekakan hamba sahaya.

Maka sewajarnya kita hamba yang dosanya sudah bertimpa-timpa memperbanyakkan sholawat dan salam ke atas Junjungan Nabi s.a.w. Apatah lagi pada malam dan hari Jumaat, hari dan malam di mana ganjaran amalan digandakan Allah. Kita sedia maklum dari hadis-hadis yang biasa kita dengar menyatakan bahawa bagi setiap ucapan sholawat kita ke atas Junjungan akan diberi balasan 10 kali lipat oleh Allah s.w.t. Di samping itu ada juga riwayat yang menyatakan bahawa balasan bagi setiap sholawat diberi balasannya oleh Allah dengan 70 kali ganda, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya yang menyatakan:-

من صلى على النبي صلى الله تعالى عليه و سلم مرة
صلى الله تعالى عليه بها سبعين مرة

“Sesiapa yang bersholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w. sekali, maka Allah akan merahmatinya 70 kali” .

Mulla ‘Ali al-Qari dalam syarahnya kepada kitab “asy-Syifa`“, menyatakan bahawa kedua-dua hadis tersebut tidaklah bercanggah kerana gandaan 70 kali tersebut berkemungkinan adalah bagi sholawat yang dilakukan pada hari Jumaat. Beliau menyatakan, antara lain:-

إن هذه المضاعفة تكون بخصوص يوم الجمعة
اذ قد ورد ان الأعمال كلها تضاعف فيه بسبعين ضعفا
و هو يؤيد ما ورد انه اذا وافق يوم عرفة يوم الجمعة
كان حجه بسبعين حجة

Bahawasanya gandaan pahala ini berlaku kerana kekhususan hari Jumaat yang mana telah warid bahawa segala amalan pahalanya diganda 70 kali ganda pada hari Jumaat. Dan ianya menguatkan apa yang warid bahawasanya apabila bertepatan hari ‘Arafah (hari wuquf) dengan hari Jumaat, maka ganjaran hajinya akan diganda dengan pahala 70 kali haji.

Allahu … Allah, moga penghulunya segala hari kita ini dipenuhi dengan ucapan sholawat dan salam ke atas Junjungan Nabi s.a.w.

Habib Ahmad Masyhur

Baqiyyatus Salaf wa Sayyidul Khalaf, Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad adalah seorang ulama, wali dan da`i dari keturunan Habib ‘Umar bin ‘Alawi al-Haddad yang merupakan adik bongsu kepada Habib Abdullah al-Haddad. Beliau dilahirkan sekitar tahun 1325H di Qaydun oleh seorang hababah sholehah lagi hafaz al-Quran iaitu Hababah Shofiyyah binti Thohir bin ‘Umar al-Haddad.
Habib Ahmad Masyhur telah mendapat didikan dan asuhan agama sedari kecil lagi. Beliau menimba ilmunya dari ibunya dan lain-lain ulama termasuklah belajar kepada pendiri Rubath Qaydun dua bersaudara iaitu Habib ‘Abdullah bin Thohir al-Haddad dan saudaranya Habib ‘Alwi bin Thohir al-Haddad. Di bawah dua ulama ini, Habib Ahmad mendalami lagi pengetahuan agamanya dalam bidang fiqh, tawhid, tasawwuf, tafsir dan hadis. Dalam usia muda, beliau telah hafal al-Quran dan menguasai berbagai lapangan ilmu agama sehingga diberi kepercayaan untuk mengajar pula di rubath tersebut. Habib Ahmad yang tidak pernah jemu menuntut ilmu turut menangguk ilmu di Rubath Tarim dengan para ulama yang mengajar di sana.

Tatkala berusia awal 20-an, Habib Ahmad telah dibawa oleh gurunya Habib ‘Alwi bin Thohir al-Haddad ke Indonesia. Di sana selain berdakwah, beliau meneruskan pengajian dengan ramai lagi ulama di sana, antaranya dengan Habib ‘Abdullah bin Muhsin al-‘Aththas, Habib ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad dan Habib Muhammad bin Ahmad al-Muhdhar.

Sekitar tahun 1350H, Habib Ahmad berhijrah ke Afrika Timur untuk berdakwah dan menyebar risalah nendanya yang mulia, Junjungan Nabi s.a.w. Beliau menetap di Mombasa, Kenya, dan dari situlah beliau melancarkan dakwahnya ke seluruh pelosok benua Afrika. Pada tahun 1375H, beliau berhijrah pula ke Kampala, Uganda dan menetap di situ sekitar 13 tahun. Habib Ahmad dengan sungguh-sungguh dan gigih telah menghabiskan masanya untuk berdakwah menyeru umat kepada agama yang diredhai sehingga dikatakan sepanjang beliau berada di Afrika, puluhan ribu penduduk di sana, bahkan setengah mengatakan jumlah tersebut menjangkau ratusan ribu, yang memeluk agama Islam ditangannya. Di samping itu beliau turut mengorbankan harta bendanya untuk agama dengan membangunkan banyak masjid dan madrasah dalam rangka dakwahnya di sana.

Hari Rabu, 14 Rajab 1416H bersamaan 6 Disember 1995M, Habib Ahmad telah dipanggil kembali ke rahmatUllah di Jeddah. Setelah disembahyangkan di Jeddah dengan diimamkan oleh almarhum Habib Dr. Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani dengan kehadiran Habib ‘Abdul Qadir as-Saqqaf, jenazahnya yang mulia telah dibawa ke Makkah dan disholatkan sekali lagi di hadapan Ka’bah al-Musyarrafah sebelum dimakamkan di Jannatul Ma’la. Selain meninggalkan ribuan murid, Habib Ahmad turut meninggalkan beberapa karangan antaranya:

  1. Miftahul Jannah;
  2. Majmu` Fatawa;
  3. Syarh Nadzam Sa`id bin Nabhan;
  4. ad-Durratun Nafi`ah; dan
  5. as-Sabhatuts Tsaminah.

Di samping itu, beliau turut meninggalkan beberapa rangkaian ucapan sholawat yang indah dan penuh asrar dan keberkatan. Antara sholawat gubahan Habib Ahmad adalah satu sholawat yang menyebut penciptaan Junjungan Nabi s.a.w. daripada nur kepunyaan Allah, yang berbunyi:-

Wahai Allah, Tuhan sumber cahaya alam semesta
Limpahkan sholawat atas Junjungan yang Engkau cipta
Dari nur milikMu ciptaan indah tiada tara
Dan ampunilah aku serta sinarilah hatiku yang alpa
Dengan makrifatMu terang bercahaya
Juga dengan makrifatnya akan diriMu yang Maha Mulia
Atas keluarga serta sahabat baginda limpahkanlah sama
Limpahan sholawat dan salam sejahtera

Akhirul kalam, dengarlah cuplikan ceramah Sidi Yahya Rhodus yang, antara lain, menceritakan bahawa Habib Ahmad Masyhur al-Haddad telah mengIslamkan 300,000 orang selama dakwahnya di Afrika Timur…Allahu ..Allah. Moga Allah sentiasa mencucuri rahmat dan keredhaanNya ke atas Habib Ahmad Masyhur bin Thaha al-Haddad serta para leluhurnya. Allahumma aamiin .. al-Fatihah.

******************************************

Membaca Sholawat

Membaca shalawat adalah salah satu amalan yang disenangi orang-orang NU, disamping amalan-amalan lain semacam itu. Ada shalawat “Nariyah”, ada “Thibbi Qulub”. Ada shalawat “Tunjina”, dan masih banyak lagi. Belum lagi bacaan “hizib” dan “rawatib” yang tak terhitung banyaknya. Semua itu mendorong semangat keagamaan dan cita-cita kepada Rasulullah sekaligus ibadah.

Salah satu hadits yang membuat kita rajin membaca shalawat ialah: Rasulullah bersabda: Siapa membaca shalawat untukku, Allah akan membalasnya 10 kebaikan, diampuni 10 dosanya, dan ditambah 10 derajat baginya. Makanya, bagi orang-orang NU, setiap kegiatan keagamaan bisa disisipi bacaan shalawat dengan segala ragamnya.

Salah satu shalawat yang sangat popular ialah “Shalawat Badar”. Hampir setiap warga NU, dari anak kecil sampai kakek dan nenek, dapat dipastikan melantunkan shalawat Badar. Bahkan saking populernya, orang bukan NU pun ikut hafal karena pagi, siang, malam, acara dimana dan kapan saja “Shalawat Badar” selalu dilantunkan bersama-sama.

Shalawat yang satu ini, “shalawat Nariyah”, tidak kalah populernya di kalangan warga NU. Khususnya bila menghadapi problem hidup yang sulit dipecahkan maka tidak ada jalan lain selain mengembalikan persoalan pelik itu kepada Allah. Dan shalawat Nariyah adalah salah satu jalan mengadu kepada-Nya.

Salah satu shalawat lain yang mustajab ialah shalawat Tafrijiyah Qurtubiyah, yang disebut orang Maroko shalawat Nariyah karena jika mereka (umat Islam) mengharapkan apa yang dicita-citakan, atau ingin menolak apa yang tidak disuka, mereka berkumpul dalam satu majelis untuk membaca shalawat Nariyah ini sebanyak 4444 kali, tercapailah apa yang dikehendaki dengan cepat bi idznillah. Shalawat ini juga oleh para ahli yang tahu rahasia alam.

Imam Dainuri memberikan komentarnya: Siapa membaca shalawat ini sehabis shalat (fardlu) 11 kali digunakan sebagai wiridan maka rejekinya tidak akan putus, disamping mendapatkan pangkat/kedudukan dan tingkatan orang kaya. (Khaziyat al-Asrar, hlm 179)

Simak sabda Rasulullah SAW berikut ini:

وَأخْرَجَ ابْنُ مُنْذَة عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ الله عَنهُ أنّهُ قال قال َرسُوْلُ اللهِ صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّمَ: مَنْ صَلّى عَلَيَّ كُلّ يَوْمٍ مِئَة مَرّةٍ – وَفِيْ رِوَايَةٍ – مَنْ صَلَّى عَلَيَّ فِي اليَوْمِ مِئَة مَرّةٍ قَضَى اللهُ لَهُ مِئَة حَجَّةٍ – سَبْعِيْنَ مِنْهَا في الأخِرَةِ وَثَلاثِيْنَ فِي الدُّنْيَا – إلى أنْ قال – وَرُوِيَ أن النَّبِيَّ صَلّى اللهُ عليه وسلم قال : اكْثَرُوا مِنَ الصَّلاةِ عَلَيَّ فَإنّهَا تَحِلُّ اْلعَقْدَ وَتَفْرجُ الكُرَبَ – كَذَا فِيْ النزهَةِ
Hadits Ibnu Mundah dari Jabir, ia mengatakan: Rasulullah SAW bersabda: Siapa membaca shalawat kepadaku 100 kali maka Allah akan mengijabahi 100 kali hajatnya; 70 hajatnya di akhirat, dan 30 di dunia. Sampai kata-kata … dan hadits Rasulullah yang mengatakan: Perbanyaklah shalawat kepadaku karena dapat memecahkan masalah dan menghilangkan kesedihan. Demikian seperti tertuang dalam kitab an-Nuzhah.

Rasulullah di alam barzakh mendengar bacaan shalawat dan salam dan dia akan menjawabnya sesuai jawaban yang terkait dari salam dan shalawat tadi. Seperti tersebut dalam hadits. Rasulullah SAW bersabda: Hidupku, juga matiku, lebih baik dari kalian. Kalian membicarakan dan juga dibicarakan, amal-amal kalian disampaikan kepadaku; jika saya tahu amal itu baik, aku memuji Allah, tetapi kalau buruk aku mintakan ampun kepada Allah. (Hadits riwayat Al-hafizh Ismail Al-Qadhi, dalam bab shalawat ‘ala an-Nabi).

Imam Haitami dalam kitab Majma’ az-Zawaid meyakini bahwa hadits di atas adalah shahih. Hal ini jelas bahwa Rasulullah memintakan ampun umatnya (istighfar) di alam barzakh. Istighfar adalah doa, dan doa Rasul untuk umatnya pasti bermanfaat.

Ada lagi hadits lain. Rasulullah bersabda: Tidak seorang pun yang memberi salam kepadaku kecuali Allah akan menyampaikan kepada ruhku sehingga aku bisa menjawab salam itu. (HR. Abu Dawud dari Abu Hurairah. Ada di kitab Imam an-Nawawi, dan sanadnya shahih)

Pengasuh Pesantren Krapyak, Yogyakarta


**********************************

Menzuma ” Ya Habibi Salamu ‘Alaikum

Menzuma by Haji Mohamed Idris Siraj – “Ya Habibi Salamu ‘Alaikum “

Menzuma is an Ethiopian Islamic Sufi devotional chant that contains remembrances of Allah (God), and praises of the Prophet Mohammed (PBUH). From Ethiopia to Russia, from Johannesburg to Indonesia. The Mawlid or the Milaad is being celebrated with great intensity and fervor. In these gatherings participants recall the Prophet’s birth, his life story (sirah) and his great character are extolled, as Allah said in the Holy Qur’an:- “We sent you not but as a Mercy to all the worlds.” (21:107).

Mosques are decorated with lights, streamers and banners and every night of Rabi` al-Awwal is filled with the chanting of Qur’an and the melodious recitation of Mawlid, praising the Prophet (Peace be upon him), and sending Salaams on him, as Allah’s order: “O you who believe, pray on him with all respect” follows Allah’s declaration that: “Allah and His angels are praying on the Prophet” (Holy Qur’an 33:56).

Sholawat 1000 kali

Memperbanyakkan sholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w. adalah tuntutan agama. Orang-orang sholeh sentiasa membasahkan lidah mereka dengan berbagai ucapan mulia termasuklah sholawat dan salam ke atas Junjungan Nabi s.a.w. Oleh itu janganlah kita lalai untuk bersholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w. , lebih – lebih lagi pada masa-masa yang penuh keberkatan seperti hari dan malam Jum`at yang mulia, apatah lagi dalam bulan kelahiran Junjungan Nabi s.a.w.
Imam Abu Nu`aim dalam “al-Hilyah” dan Imam ath-Thabrani telah meriwayatkan satu atsar daripada Sayyidina ‘Abdullah ibnu Mas`ud r.a. di mana beliau telah berpesan kepada Zaid ibnu Wahb sebagai berikut:

يا زيد ، لا تدع إذا كان يوم الجمعة أن تصلي على النبي صلى الله عليه و سلم ألف مرة، تقول: اللهم صل على محمد النبي الأمي

“Wahai Zaid, apabila hari Jum`at janganlah engkau tinggalkan bersholawat kepada Junjungan Nabi s.a.w. sebanyak 1000 kali, dengan katamu: اللهم صل على محمد النبي الأمي“.

Begitulah pesanan sahabat yang mulia agar umat sentiasa ingat kepada Junjungan Nabi s.a.w. dengan memperbanyakkan sholawat terutama sekali pada saat-saat yang mulia seperti hari Jum`at. Terdapat juga riwayat yang dinisbahkan oleh Imam as-Sakhawi dalam “al-Qaulul Badii`” halaman 379, kepada Ibnu Syahin, yang walaupun berdarjat dhoif tetap punya nilai untuk fadhoilul a’maal, di mana Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-

من صلى علي في يوم الجمعة ألف مرة،
لم يموت حتى يرى مقعده من الجنة

“Sesiapa yang bersholawat ke atasku pada hari Jum`at 1000 kali, tidaklah dia mati sehingga dia melihat tempatnya dalam syurga.”

Sesungguhnya orang yang banyak bersholawat akan memperolehi kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Tidaklah rugi bagi kita untuk banyak bersholawat walaupun riwayat di atas tidak tsabit. Marilah kita perbanyakkan sholawat.

**********************************
اللهم صل على سيدنا محمد النبي الأمي

Kiyai Ahmad Qusyairi

Kiyai Ahmad Qusyairi bin Shiddiq bin ‘Abdullah bin Saleh bin Asy`ari bin Muhammad Adzro`i bin Yusuf bin Sayyid ‘Abdur Rahman (Mbah Sambu) bin Sayyid Muhammad Hasyim bin Sayyid ‘Abdur Rahman BaSyaiban bin Sayyid ‘Abdullah bin Sayyid ‘Umar bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Ahmad bin Sayyid Abu Bakar BaSyaiban bin Sayyid Muhammad AsadUllah bin Sayyid Hasan at-Turabi bin Sayyid ‘Ali bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad Ba ‘Alawi al-Husaini adalah salah seorang ulama terkenal di Tanah Jawa. Beliau dilahirkan di sebuah desa bernama Sumbergirang yang terletak dalam Kota Lasem, Rembang, Jawa Tengah, pada 11 Sya’baan 1311H / 17 Februari 1894M. Beliau memulakan pengajian agamanya dengan ayahanda beliau yang sememangnya terkenal sebagai seorang ulama. Pengajian agamanya diteruskannya ke beberapa buah pondok pesantren antaranya di Langitan Tuban, Kajen Pati (Kiyai Khozin), Semarang (Kiyai Umar) dan Syaikh Kholil Bangkalan. Beliau mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Syaikh Kholil Bangkalan yang terkenal sebagai ulama terbilang lagi wali.
Dikisahkan, suatu malam pada akhir Ramadhan, Syaikh Kholil menyuruh segenap santrinya mencari Lailatul Qadar. Tidak seperti santri lainnya yang melakukan riyadhah sepanjang malam, Kiyai Ahmad Qusyairi justru sebaliknya. Setelah melakukan riyadhah ala kadarnya, beliau tertidur di teras masjid. Tak lama kemudian, menjelang Shubuh, Syaikh Kholil berkeliling mengitari pesantren. Tiba-tiba beliau melihat seberkas cahaya datang dari atas, lalu jatuh ke salah seorang santri yang sedang tidur. Karena suasana gelap gulita, ia hampiri santri itu lalu mengikat salah satu ujung sarung yang dikenakan, sebagai tanda.Selepas shalat Shubuh, Syaikh Kholil membuat pengumuman: “Siapa di antara kalian yang sarungnya ada bundelan (tali simpul) nya?”, setelah ditunggu agak lama, tak satu pun santri yang menjawab, termasuk Kiyai Ahmad Qusyairi yang tak menyadari dialah yang dimaksud. Setelah mengetahui salah satu ujung sarungnya tersimpul, dia justru ketakutan. Tetapi karena Syaikh Kholil bertanyakan lagi, dia pun mengaku dengan penuh ketakutan, kerana Syaikh Kholil memang terkenal dengan ketegasannya. Tapi apa yang terjadi? Ternyata Syaikh Kholil tidak marah, malah tersenyum sambil berkata: “Mulai sekarang kalian (semua santri) tak payah lagi mengaji kepadaku. Cukup mengaji pada Ahmad Qusyairi.” Mendengar itu Kiyai Ahmad Qusyairi seakan tak percaya, dan sejak itu, para santri mengaji kepadanya. Di kemudian hari, beliau terkenal memiliki ilmu ladunni, di mana kemampuan ilmu didapatkan tanpa melalui proses belajar sebelumnya, tetapi kerana kemurahan Allah semata-mata.
Di antara kelebihan Kiyai Ahmad Qusyairi adalah kemampuannya menguasai berbagai bahasa selain bahasa ibundanya dan Bahasa Arab. Antara bahasa yang dikuasainya ialah Bahasa Belanda, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun dan Bahasa Cina. Beliau juga dikenali sebagai penyair yang mahir membuat dengan spontan syair-syair berbahasa Arab. Antara karangan yang ditinggalkannya ialah sebuah nazam sufi yang berjumlah 312 bait diberi jodol “Tanwir al-Hija” berhubung ‘aqidah dan ibadah. Karangannya ini diberi perhatian oleh para ulama, bahkan Habib Alawi bin ‘Abbas al-Maliki, ayahanda Buya Dr. Habib Muhammad al-Maliki, telah memberikannya syarah yang panjang diberi jodol ” Inarat ad-Duja“. Dan kerana besarnya kecintaannya kepada Junjungan Nabi s.a.w. dan amalan bersholawat kepada baginda, maka selain mengamalkan “Dalailul Khairat“, beliau juga mempunyai himpunan sholawat yang dinamakannya “al-Wasiilatul Harriyyah fish Sholawaati ‘ala Khairil Bariyyah“.

Kiyai Ahmad Qusyairi gemar berkelana untuk berdakwah dan menyebarkan ilmu. Beliau juga berjaya membangun beberapa buah masjid di tempat-tempat yang dikunjunginya. Setelah berkahwin dengan puteri Kiyai Yaasin, maka tugas mengasuh Pesantren Salafiyah Pasuruan diserahkan kepadanya. Beliau meninggalkan dunia yang fana ini pada

22 Syawal 1392H / 28 November 1972M, dengan meninggalkan seramai 15 orang anak antaranya Syaikhunal Mukarram Kiyai ‘Abdur Rahman bin Ahmad Qusyairi hafizahUllah. Jenazah beliau dimakamkan di kawasan pemakaman belakang Masjid Jami` al-Anwar, Pasuruan. Mudah-mudahan Allah sentiasa membasahikan makamnya dengan siraman hujan rahmat dan kasih sayang. Al-Fatihah.

*******************************************************


Inilah Sholawat Shiddiqiyyah yang tertulis pada akhir halaman kitab “al-Wasiilatul Hariyyah” di mana ianya mengandungi permohonan, dengan berwasilahkan amalan sholawat ke atas Junjungan serta kehormatan Junjungan Nabi dan sahabat baginda Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq r.a., agar dianugerahkan teman yang baik, perjalanan yang aman, kelepasan dari segala kesulitan dan kepayahan.

Fungsi Sholawat

Sholawat berfungsi sebagai cahaya yang menerangi jiwa dan membuang kegelapan dalam kalbu menuju rahasia ke-Esaan Tuhan, di samping itu juga sholawat menghadirkan Nur Nabi s.a.w. agar senantiasa bertakhta pada kalbu. Sehingga keagungan diri dan perilaku Nabi Muhammad s.a.w. menjadi acuan dan tolok ukur bagi kehidupan manusia sepanjang hayatnya. Sholawat juga diartikan sebagai penyingkap tabir dari dimensi ruang dan waktu untuk menyatukan kita dengan Nur Nabi Muhammad s.a.w. Dengan membaca sholawat tidak ada lagi tabir ruang dan waktu yang memisahkan diri kita dengan Nabi Muhammad s.a.w. guna menuju persambungan (yakni perhubungan) diri dengan Allat s.w.t. Jelas sekali, membaca sholawat pada Nabi s.a.w., pada dasarnya mengandungi sebuah makna cinta dan mengagungkan, yang kemudian diikuti dengan melaksanakan sunnah secara total. Sholawat merupakan pintu untuk bisa wushul (sampai) kepada Allah (yakni keredhaanNya). – Kiyai Haji Muhyiddin AbdusShomad, Ketua Tanfidziyyah PCNU Jember.

Sholawat Sidi Syamsuddin

Ini adalah sholawat yang dinisbahkan kepada Sayyidi Syamsuddin Muhammad al-Hanafi seorang waliyUllah yang dikatakan memegang maqam Quthub selama 46 tahun 3 bulan. Sholawat ini adalah sholawat ke-40 yang dicatat oleh Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani dalam “Afdhalush Sholawat“. Syaikh Yusuf turut menukilkan kisah bahawa Sidi Syamsuddin telah diperintahkan oleh Junjungan Nabi s.a.w. untuk menjadikan sholawat ini sebagai wirid dalam khalwatnya sebelum terbenam matahari. Sholawat ini merupakan antara shighah jami` yang menghimpunkan pahala dan rahsia yang banyak. Kandungannya ialah permohonan kita kepada Allah untuk menggandakan pahala ucapan sholawat dan salam yang kita ucapkan untuk baginda s.a.w. dan ahli keluarga serta para sahabat dengan gandaan yang besar lagi agung, iaitu sebanyak atau seluas ilmu Allah yang tiada kesudahan, baik dari segi bilangan, berat maupun isipadu. Allahu … Allah…. hanya Allah sahaja yang mengetahui kadarnya.

Terus Bersholawat

Terjumpa klip video yang menarik berhubung amalan bersholawat yang suka aku letak di sini untuk tatapan bersama. Mudah-mudahan menambahkan lagi semangat kita untuk istiqamah bersholawat atas Junjungan Nabi s.a.w. Tapi sebelum itu, kita lihat dulu kalam Tok Syaikh Wan ‘Ali Kutan al-Kelantani rahimahUllah dalam kitabnya “al-Jawharul Mawhub” berhubung kelebihan bersholawat di mana beliau rahimahUllah menulis antara lain:-

(Kata Syaikh al-Faasi) pada syarah “Dalaailul Khairaat“:- “Ketahui olehmu bahawasanya bagi orang yang mensholawat atas Nabi s.a.w. sepuluh karamah:-

  1. mensholawat akan dia oleh Malikul-Jabbar;
  2. mensyafaatkan dia oleh an-Nabiyul-Mukhtar;
  3. mengikut dengan malaikatul-akhyar;
  4. menyalahi akan munafiqin dan kuffaar;
  5. menghapuskan kesalahan dan awzaar;
  6. menolong bagi menyampaikan hajat dan awthaar;
  7. bercahaya dan cemerlang zahir dan asraar;
  8. kelepasan daripada huru-hara negeri Darul-Bawaar;
  9. memasuk akan negeri Darul-Qaraar;
  10. salam daripada Tuhan ar-Rahiimul Ghaffar.

(Dan lagi katanya): “Tersebut di dalam “Hadaaiqul Anwaar“, bermula segala faedah dan pertaruhan bagi orang yang mensholawat atas Nabi s.a.w. itu empat puluh satu:-

  1. menjunjung titah Allah dengan sholawat itu.
  2. muwafaqah akan dia Allah ta`ala pada sholawat atas Nabi s.a.w.
  3. muwafaqah akan dia malaikat pada sholawat atas Nabi s.a.w.
  4. hasil sepuluh sholawat daripada Allah atas orang yang sholawat atas Nabi satu kali.
  5. diangkat baginya sepuluh darjat.
  6. disurat baginya sepuluh kebajikan.
  7. dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan.
  8. diharapkan qabul doanya.
  9. sebab bagi syafaat Nabi s.a.w.
  10. sebab bagi ghufran dosanya dan menutupi segala ‘uyub.
  11. sebab bagi memadakan barang yang dicitanya.
  12. sebab bagi mendampingkan hamba daripada Nabi s.a.w.
  13. sebab bagi menempati bersedekah.
  14. sebab bagi menunaikan segala hajat.
  15. sebab bagi sholawat Allah dan malaikat atas orang yang sholawat atas Nabi s.a.w.
  16. sebab bagi menyucikan dan berkat atas orang yang sholawat atas Nabi s.a.w.
  17. sebab bagi kesukaan hamba yang disukakan dengan syurga dahulu daripada matinya.
  18. sebab bagi kelepasan daripada huru-hara hari qiamat.
  19. sebab bagi menjawab Nabi atas orang yang sholawat atasnya.
  20. sebab menjaga bagi lupa akan Nabi s.a.w.
  21. sebab menghilangkan papa orang yang sholawat atasnya.
  22. sebab bagi mengharumkan bau tempat sholawat dan tiada kembali atas ahlinya menyesal pada hari qiamat.
  23. menafikan daripada hamba itu bakhil daripada sholawat atas nabi tatkala disebut namanya.
  24. kemenangan daripada doa orang atasnya dan hinalah orang yang meninggal sholawat atasnya tatkala disebut akan namanya s.a.w.
  25. datang orang yang sholawat itu atas jalan syurga dan tersalah jalan orang yang meninggalkan dia daripada jalan syurga.
  26. lepas daripada busuk majlis yang tiada mengucap padanya zikrullah dan rasulNya.
  27. sebab bagi sempurna kalam yang dimulai dengan “alhamdulillah” dan sholawat atas Rasulullah s.a.w.
  28. sebab bagi kemenangan hamba dengan lalu atas shirathul-mustaqiim.
  29. sebab bagi berjumpa orang yang mensholawat atas Nabi s.a.w. dengan Allah dan tsana’ yang hasan antara langit dan bumi.
  30. sebab bagi rahmat Allah.
  31. bagi berkat.
  32. sebab bagi berkekalan kasih akan Nabi s.a.w. dan bertambah-tambah kasih akan dia dan yang demikian itu satu tempat daripada tambatan iman kerana tiada sempurna iman melainkan kasih akan dia.
  33. sebab bagi kasih Nabi akan orang yang mensholawat atasnya.
  34. sebab bagi dapat penunjuk hamba dan hidup hatinya.
  35. sebab bagi dilentangkan orang yang sholawat atas Nabi s.a.w. dan disebutkan dia padanya.
  36. sebab bagi tetap atas imannya.
  37. menunaikan dengan sholawat itu daripada hak Nabi s.a.w. dan syukur atas ni’mat Allah yang memberi ni’mat dengan dia atas kita.
  38. mengandung bagi menyebut zikrullah dan syukur akan Dia dan ma’rifah akan ni’matNya.
  39. bahawasanya sholawat daripada hamba itu doa dan memohonkan daripada Tuhan bagi dirinya.
  40. adalah bagi orang yang membanyakkan sholawat itu melihat akan rupanya yang mulia dan termenteri pada hatinya.
  41. adalah orang yang membanyakkan sholawat itu menempati akan maqam syaikh yang murabbi akan dia dan lagi sholawat itu isi-kahwin anak bidadari dan harga mahligai dan menempati akan merdeka akan sahaya dengan dia.
اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم

*******************************

Rahmat Disyukuriٌٌ

قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ
فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُواْ

Katakanlah dengan kurniaan Allah dan rahmatNya, hendaklah (dengan itu) mereka bergembira

Para ulama tafsir telah memberikan berbagai tafsiran bagi kalimah “fadhlUllah” dan “rahmat“. Sungguh kelebihan dan rahmat Allah itu berbagai-bagai, oleh itu tidak terbatas dengan satu perkara atau satu tafsiran sahaja. Sebahagian ahli tafsir menyatakan bahawa erti “fadhlullah” itu adalah ilmu dan “rahmat” itu adalah Junjungan Nabi s.a.w. sebagaimana dinyatakan oleh Imamuna as-Sayuthi dalam tafsirnya “ad-Durrul Mantsur” bahawa Abu Syaikh telah menyatakannya sebagai salah satu tafsiran antara beberapa tafsiran yang dinisbahkan kepada Sayyidina ‘Abdullah ibnu ‘Abbas radiyAllahu ‘anhuma. Sungguh Junjungan Nabi s.a.w. adalah satu rahmat yang dianugerahkan Allah kepada sekalian alam. Bahkan baginda adalah rahmat Allah yang paling agung sebagaimana firmanNya:-

وَمَآ أَرْسَلْنَاكَ إِلاَّ رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
“Dan tidaklah Kami utuskan engkau (yakni Junjungan Nabi)
melainkan sebagai rahmat bagi semesta alam.”

Junjungan Nabi s.a.w. juga telah menyatakan dalam hadits baginda yang mulia:-

يا أيُّها الناسُ إنما أَنَا رحمةٌ مهداةٌ

“Wahai manusia, sesungguhnya aku adalah rahmat yang dikurniakan (yakni dikurniakan Allah kepada kamu sekalian)”

Oleh itu sewajarnya kita bergembira dengan anugerah rahmat Allah ini. Antara cara untuk menyatakan kegembiraan ini adalah dengan selalu bahkan sentiasa ingat dan memperingati Junjungan Nabi s.a.w. dan tidak dapat dinafikan bahawa majlis pembacaan mawlid adalah satu majlis di mana Junjungan Nabi s.a.w. diperingati, disebut-sebut, dipuji, disanjung, dikenali, dicintai justru diikuti sebagai contoh teladan yang paling unggul. Majlis di mana nama Junjungan s.a.w. adalah satu majlis yang besar, yang agung lagi harum semerbak baunya, sebagaimana penjelasan ulama.

Sayyidul Ulama-il-Hijaz Syaikh Nawawi al-Bantani rahimahUllah dalam “ats-Tsimaarul Yaani`ah fir Riyaadhil Badii`ah” halaman 92 menyatakan bahawa antara masa dan tempat yang diharapkan kabulnya doa permohonan kita ialah pada perhimpunan-perhimpunan kebajikan (majaami-`ul-khair) seperti majlis-majlis pembacaan mawlid Junjungan Nabi s.a.w. Oleh itu, selalulah menghadirkan diri dalam majlis-majlis mawlid dengan memperbanyakkan ucapan sholawat dan salam serta mendoakan kebajikan diri dan umat sekaliannya.

Jika ada yang tidak suka hadir, maka biarkanlah mereka dengan pendapat dan pandangan mereka, dan harap-harap mereka juga akan membiarkan kita beramal dengan tenang tanpa cemohan dan sindiran, tanpa fitnah dan tohmah. Ada kita dengar orang yang bila tengok kita puji Junjungan Nabi s.a.w. dia tuduh kita mendewa-dewakan Nabi, dia kata kita menyamakan Nabi dengan Allah, subhanAllah. Sungguh, pencela dan pentohmah ini wujud dalam masyarakat kita, dulu dia kutuk kita sebab dia kata kita mudah-mudah je tuduh orang Wahhabi, sekarang dah berbalik kat deme plak yang bermudah-mudah menuduh syirik, sesat dan bid`ah kat orang lain, hatta tuduhan dibuat kepada para ulama dan habaib yang kita sepatut muliakan.

Oleh itu, janganlah ikhwah terpedaya dengan dakyah golongan Wahhabi-Khawarij yang suka membid`ahkan amalan orang lain. Kita ada pegangan kita dan ada ulama yang menjadi sandaran kita, bukan satu, bukan dua tetapi ramai dan amalan ini bak kata al-Fadhil Tuan Guru Syaikh Nuruddin telah diamalkan zaman berzaman oleh bukan sahaja orang awam tetapi para ulama umat ini. Hanya orang yang “fi ‘aqlihi syai`” sahaja yang akan kondem amalan yang telah dipandang baik oleh umat ini. Tapi jika kita nak berbahas dengan geng-geng ni, maka habis umur kita untuk tujuan tersebut dan sia-sia masa kita. Apa yang penting kita tetap menyatakan pegangan kita, ulama kita, hujjah kita, dan kita nasihatkan depa agar berlapang dada dengan benda-benda khilafiyyah ini dan hentikan fitnah dan tohmah terhadap amalan dan ulama kita.

Allahu … Allah, daripada aku membebel kat depa tu, elok tulis benda lain dan biarlah si luncai dengan muftinya terjun dengan labu-labu meke. Marilah kita lihat kalam Imam al-Qurthubi dalam tafsirnya masyhur berhubung kelebihan bersholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w.:-

في فضل الصلاة على النبيّ صلى الله عليه وسلم

ثبت عنه صلى الله عليه وسلم أنه قال: «من صلّى علي صلاة صلى الله عليه بها عشراً». وقال سهل بن عبد الله: الصلاة على محمد صلى الله عليه وسلم أفضل العبادات، لأن الله تعالى تولاها هو وملائكته، ثم أمر بها المؤمنين، وسائر العبادات ليس كذلك. قال أبو سليمان الداراني: من أراد أن يسأل الله حاجة فليبدأ بالصلاة على النبيّ صلى الله عليه وسلم، ثم يسأل الله حاجته، ثم يختم بالصلاة على النبيّ صلى الله عليه وسلم، فإن الله تعالى يقبل الصلاتين وهو أكرم من أن يرد ما بينهما. وروى سعيد بن المسيّب عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه أنه قال: الدعاء يُحجَب دون السماء حتى يصلّى على النبيّ صلى الله عليه وسلم، فإذا جاءت الصلاة على النبيّ صلى الله عليه وسلم رفع الدعاء. وقال النبي صلى الله عليه وسلم: «من صلّى عليّ في كتاب لم تزل الملائكة يصلون عليه ما دام اسمي في ذلك الكتاب»..انتهى

Pada menyatakan kelebihan bersholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w. Telah sabit bahawa Junjungan Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang bersholawat ke atasku sekali, Allah akan merahmatinya sepuluh kali.”

Telah berkata Sahl bin ‘Abdullah: “Bersholawat atas Junjungan Nabi s.a.w. adalah suatu ibadah yang paling utama, kerana Allah membuatnya dan begitu juga para malaikat, kemudian diperintahkanNya orang-orang beriman untuk melakukannya, sedangkan untuk ibadah-ibadah lain tidaklah begitu.”

Telah berkata Syaikh Abu Sulaiman ad-Darani: “Sesiapa yang hendak memohon kepada Allah bagi sesuatu hajat, maka hendaklah dia memulakan permohonannya itu dengan sholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w. kemudian mengemukakan permohonannya dan ditutup permohonannya itu dengan sholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w. lagi. Maka bahawasanya Allah pasti menerima dua sholawatnya tadi dan Dia lebih pemurah untuk turut menerima apa-apa permohonan yang diajukan antara dua sholawat tersebut.”

Dan telah diriwayatkan daripada Imam Sa`id ibnu al-Musaiyib bahawa Sayyidina ‘Umar r.a. berkata: “Doa itu terdinding tidak dapat naik ke langit sehingga si pendoa bersholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w., maka apabila datang sholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w. diangkatlah doa tersebut.”

Junjungan Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang bersholawat ke atasku dalam kitab, maka tak henti-henti para malaikat bersholawat (berdoa) baginya selama mana namaku berada dalam kitab tersebut.”

اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم

Cahaya Hati

Imam al-‘Allaamah al-Hafiz Jamaluddin ‘Abdur Rahman bin Abul Hasan ‘Ali bin Muhammad bin ‘Ali bin ‘Ubaidillah al-Baghdadi al-Hanbali adalah seorang ulama besar bermazhab Hanbali yang wafat tahun 597H. Beliau dikenali sebagai “Ibnul Jawzi” menyebabkan beliau sering dikelirukan orang dengan “Ibnul Qayyim al-Jawzi” anak murid Ibnu Taimiyyah al-Harrani. Bersempena bulan mawlid ini, aku nukilkan tulisan-tulisan beliau mengenai Junjungan Nabi s.a.w. dan amalan bersholawat kepada baginda dari karangannya “Bustaanul Waa`idziin war Riyaadhus Saami`iin“. Halaman 298-299, beliau rahimahUllah menulis:-

Telah diriwayatkan daripada Junjungan Rasulullah s.a.w. bersabda:-

من اكثر الصلاة عليّ نور الله قلبه
“Sesiapa yang banyak bersholawat ke atasku,
Allah akan memberi cahaya pada hatinya.”

Dan yang sedemikian adalah kerana sesungguhnya segala dosa itu menghitamkan (menggelapkan) hati. Apabila seseorang melakukan satu dosa, maka tumbuhlah satu bintik hitam dalam hatinya. Lalu bila dia berterusan melakukan dosa, tumbuh berkembang segala bintik-bintik hitam tersebut sehingga menghitamkan sekalian hatinya. Maka apabila Allah membasahkan lidah seseorang itu dengan ucapan sholawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w., diampunkan Allah dosa-dosanya walaupun ianya umpama seberat gunung. Apabila dosa-dosanya diampun, hilanglah bintik hitam daripada hatinya lalu terbitlah cahaya.

Oleh kerana itu Islam tidak sempurna kecuali dengan sholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w. Jika seseorang berkata: “Aku tidak memandang sholawat atas Junjungan Nabi s.a.w. sebagai satu kewajipan,” maka dia menjadi kafir, menentang Allah, keluar dari Islam dan hilang cahaya petunjuk daripada hatinya. Allah s.w.t. berfirman:-

أَفَمَن شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلإِسْلاَمِ فَهُوَ عَلَى نُورٍ مِّن رَّبِّهِ

“Jika demikian, adakah orang yang dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup matahatinya dengan selaput kederhakaan)?”

Maka ini adalah penjelasan yang nyata daripada Allah.

Dan telah dinasyidkan oleh mereka:-

نور القلوب يزيد عند صلاتنا للهاشمي فنوره لا ينجلي
فضياؤنا من ضوء نور محمد صلوا على ذاك النبي الأفضل

Cahaya hati bertambah ia tatkala kita sholawatkan Nabi
Nabi keturunan Hasyim cahayanya tak akan sirna sekali-kali
Maka sinar cahaya kita adalah daripada sinar cahaya Nabi
Bersholawatlah atas nabi yang terutama itulah Junjungan Nabi

اللهم صل على النبي الهاشمي سيدنا محمد
وعلى اله و صحبه و سلم تسليما

Ahlan Bika Ya RasulAllah

فحضرت بتوفيق الله السيدة مريم و السيدة اسية
و معهما الحور العين من قسم الله له من الشرف بالقسمة الوافية
Maka hadirlah dengan taufik Allah
Sayyidah Maryam dan Sayyidah Asiyah.
Bersama keduanya datang mengiring
Sejumlah bidadari syurga yang beroleh kemuliaan agung
yang dibagi-bagikan oleh Allah atasnya

Itulah kalam Shohibul Mawlid, Habib Ali al-Habsyi dalam karangannya “Simthud Durar” yang masyhur. Karangan yang telah dijadikan bacaan, amalan dan wiridan berjuta umat di timur dan barat, bukan sahaja awam kalangan umat Melayu dan Jawa yang buta Bahasa ‘Arab, tetapi juga ulama mereka yang reti, dan juga umat yang lidah mereka memang lidah ‘Arab. Mustahil, tak masuk akal jika pembohongan dibiarkan sahaja oleh umat ini. Atau tuduhan bahawa kisah tersebut tidak benar dan tidak berasas serta semata-mata bohong, itulah sebenarnya pembohongan yang nyata.

Adakah Habib Ali juga tidak betul atau tidak teliti kerana membawa kisah-kisah yang tidak mempunyai sumber dan sandaran ? Tidakkah Habib ‘Ali takutkan Allah, membuat pembohongan terhadap Junjungan s.a.w.? Atau si penuduh yang kurang periksa? Fikirlah betul-betul, jangan sampai taklidmu kepada sang penuduh menjadi taklid buta. Mana logikanya menolak seorang ulama yang sudah diakui umat ilmu dan keutamaan, bahkan maqam dan kewaliannya. Ulama yang karangannya membawa umat menjadi pencinta dan perindu Sayyidil Mursalin s.a.w., bukan hanya sekadar menulis buku yang membawa onar dalam masyarakat, buku yang memecahbelahkan kesatuan umat. Tapi aku nak kata apa, manusia songsang ada di mana-mana. Manusia yang suka jalan menyongsang, kerana kata mereka “orang ramai telah sesat, hanya kami sahaja yang benar. Hanya kami sahaja yang ikut sunnah, sebab itu negeri kami Darus Sunnah“. Oleh itu, pendek bicara, ku singkat sahaja dengan kata-kata : “Biarlah si luncai terojun dengan labu-labunya“, kerana nanti kita semua akan bertanggungjawab atas apa yang kita kata dan usaha. Maka, jangan biarkan mereka merosak kegembiraan kita atas kelahiran Junjungan Nabi s.a.w.

Ahlan bika Ya RasulAllah.

اشرق الكون ابتهاجا بوجود المصطفى احمد
و لأهل الكون انس وسرور قد تجدد

فاطربوا يا اهل المثاني فهزار اليمن غرد
و استضيئوا بجمال فاق في الحسن تفرد

و لنا البشرى بسعد مستمر ليس ينفد
حيث اوتينا عطاء جمع الفخر المؤبد

فلربي كل حمد جل ان يحصره العد
اذ حبانا بوجود المصطفى الهادي محمد

يا رسول الله اهلا بك انا بك نسعد
و بجاهه يا الهي جد و بلغ كل مقصد

و اهدنا نهج سبيله كي به نسعد و نرشد
رب بلغنا بجاهه في جواره خير مقعد

و صلاة الله تغشى اشرف الرسل محمد
و سلام مستمر كل حين يتجدد

Alam bersinar cemerlang bersukaria
Demi menyambut kelahiran Ahmad al-Musthofa
Penghuni alam bersukacita
Dengan kegembiraan yang berterusan selamanya

Wahai pengikut al-Quran, hendaklah kamu bergembira
Burung-burung turut berkicauan tanda suka
Keindahan baginda menerangi segalanya
Mengatasi segala keindahan tanpa ada bandingannya

Dan wajib kita untuk bergembira atas bahagia
Yang berkesinambungan selama-lama
Tatkala kita menerima anugerahNya
Anugerah yang menghimpun kebanggaan sepanjang masa

Maka bagi Tuhanku segala puji dan puja
Pujian yang tiada terkira-kira
Atas anugerahNya dengan wujudnya baginda
Kelahiran Junjungan Muhammad al-Hadi al-Musthofa

Ya Rasulullah, selamat datang ahlan wa sahlan
Sungguh denganmu kami beroleh kebahagiaan

Wahai Tuhanku, demi jah Nabi Junjungan
Kurniakanlah dan sampaikan segala maksud dan tujuan

Dan hidayahkanlah kami atas jalan Nabi Junjungan
Agar dengannya kami beroleh kebahagiaan dan pimpinan

Wahai Tuhan, sampaikanlah kami demi jah Nabi Junjungan
Di sisi baginda duduk berdampingan

Sholawat Allah dilimpahkan
Atas semulia-mulia rasul Nabi Junjungan

Beserta salam yang berkekalan
Sepanjang masa berubah zaman

100 Hajat

Aku sekadar ingin mengingatkan diri dan sesiapa yang sudi agar sentiasa bersholawat atas Junjungan Nabi s.a.w. Sholawat yang diucapkan dengan penuh kerinduan kepada sebaik-baik ciptaan Tuhan dan kekasihNya. Sholawat yang diharap menarik keredhaan Ilahi dan syafaat Nabi s.a.w. Sholawat yang kelebihannya buat diri kita tak dapat diperi-peri. Antaranya sebagaimana dinyatakan bahawa Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:

“Sesiapa yang bersholawat ke atasku pada setiap hari 100 kali, nescaya ditunaikan Allah baginya 100 hajat, 70 daripada hajat akhiratnya dan 30 hajat dunianya.”

Aku hanya berkesempatan melihat komentar Imam Ibnu Hajar al-Haitami dalam “ad-Durrul Mandhud” berhubung hadits ini, di mana beliau rahimahUllah menyatakan bahawa hadits tersebut dikeluarkan oleh Ibnu Mundah dan Abu Musa al-Madini menyatakan bahawa ianya adalah hadits ghorib hasan.

Oleh itu ikhwah sekalian
Baik lelaki maupun perempuan
Setiap waktu dan ketika berilah perhatian
Dengan tulus ikhlas dan penuh kerinduan
Lidah kalian basahkan dengan sholawat Junjungan
Dengarlah madah ulama budiman
إذا كنت في ضيق و هم و فاقة
و أمسيت مكروبا و اصبحت في حرج
فصل على المختار من آل هاشم
كثيرا فإن الله يأتيك بالفرج

idza kunta fi dhiiqin wa hammin wa faaqati
wa amsaita makruuban wa ashbahta fi haraji
fa sholli ‘alal Mukhtaari min aali Haasyimi
katsiran fa innAllaha ya`tiika bil faraji
Jika engkau dalam kesempitan, kedukaan dan kesusahan
Petang menderita kesedihan
Pagi menanggung kesengsaraan
Bersholawatlah atas nabi keturunan Hasyim rasul pilihan
Dengan sebanyak-banyak bilangan
Nescaya Allah kan mendatangkan bagimu segala kelapangan

اللهم صل على النبي الهاشمي
سيدنا محمد و على آله و صحبه و سلم تسليما

Kesempurnaan Menggapai Ketinggian

Balaghal ‘ulaa bi kamaalihi
Kasyafad dujaa bi jamaalihi
Hasunat jamii`u khishoolihi
Sholluu ‘alaihi wa aalihi

اللهم صل و سلم و بارك عليه و آله و اصحابه

Atas kesibukan yang memanjang, sibuk silih berganti yang tak dapat ku elakkan, kesempatan yang ada kali ini hanya kuisikan dengan nukilan rangkapan puisi pujian bagi Rasul Junjungan s.a.w. yang lumrah disenandungkan oleh saudara-saudara kita di Indo-Pakistan. Karangan penyajak sufi abad ke-13, Syaikh Musyarifuddin Sa’di asy-Syirazi, pengarang “Bustan” dan “Gulistan“. Rangkapan tersebut yang terkandung dalam “Gulistan” membawa erti:-

Puncak ketinggian tercapai dengan kesempurnaan baginda
Segala kegelapan tersingkap dengan keindahan baginda
Baik luhur segala budi pekerti dan kepribadian baginda
Bersholawatlah ke atas Junjungan dan keluarga baginda

Dikatakan orang, bahawa dunia barat turut mengkagumi puisi Syaikh Sa’di, bahkan tertulis pada pintu masuk “Hall of Nations” di New York rangkapan puisinya yang diterjemah dalam Bahasa Inggeris:-

Of one Essence is the human race
Thusly has Creation put the Base
One Limb impacted is sufficient
For all Others to feel the Mace

Betul ke tidak, idaklah aku tahu, sebab aku belum lagi menjejak kaki kat negeri si Bush tu. Sedara-sedari yang udah pernah pergi buleh le confirmkan. Apa-apa pun, jangan lupa basahkan lidah untuk bersholawat atas Junjungan Nabi s.a.w.

اللهم صل و سلم و بارك عليه و آله و اصحابه

Cahaya Junjungan s.a.w.

Hari Jumaat digalakkan kita untuk memperbanyakkan sholawat dan salam atas Junjungan Nabi s.a.w. Sholawat itu amalan yang amat penting dalam kehidupan seorang Muslim yang mengaku dirinya pengikut dan umat Rasul teragung ini. Para ulama dan shulaha` sentiasa memperingatkan kita untuk banyak-banyak bersholawat ke atas Rasul Junjungan s.a.w. Mereka yang memperbanyakkan sholawat akan memperolehi manfaat dan kelebihan yang besar daripada Rabbul Jalil azza wa jalla. Buat nukilan sempena hari yang berkat ini, aku nukilkan tulisan Syaikh Zainuddin bin ‘Abdul ‘Aziz bin Zainuddin al-Malibari dalam kitabnya “Irsyadul ‘Ibaad ilaa Sabiilir Rasyaad“. Syaikh Zainuddin ini adalah anak murid Imam Ibnu Hajar al-Haitami dan beliau adalah ulama Syafi`i yang besar dan merupakan pengarang kitab “Fathul Mu`in” yang masyhur. Pada halaman 65 kitab tersebut beliau menulis:-

Dalam kitab “Syaraful Musthofa” bagi Abu Sa`id dinyatakan bahawa satu ketika sedang Sayyidatina ‘Aisyah r.’anha menjahit di waktu sahur, jarumnya terjatuh dan lampu rumahnya terpadam. Kemudian masuk Junjungan Nabi s.a.w. dalam rumahnya maka bercahayalah rumah tersebut dengan cahaya baginda s.a.w. sehingga Sayyidatina ‘Aisyah r.’anha dapat mencari dan mendapat semula jarumnya yang jatuh tadi. Sayyidatina ‘Aisyah r.’anha berkata: “Alangkah bersinarnya wajahmu, wahai Rasulallah.” Junjungan Nabi s.a.w. bersabda: “Kebinasaanlah bagi sesiapa yang tidak dapat melihatku.” Sayyidatina ‘Aisyah r.’anha bertanya: “Siapa yang tidak dapat melihatmu?” Junjungan s.a.w. menjawab: “Orang bakhil.” Sayyidatina ‘Aisyah r.’anha bertanya lagi: “Siapakah orang bakhil?” Junjungan Nabi s.a.w. menjawab: “Orang yang tidak bersholawat ke atasku apabila mendengar namaku.”

Kisah yang serupa juga disebut oleh Kiyai Agung dalam “Nafahatul Miskiyyah” yang diterjemah oleh Fadhilatul Ustaz Taha as-Suhaimi dengan jodol “Hembusan Kasturi“, di mana pada halaman 20 dinyatakan:-

Telah diriwayatkan daripada Sitti ‘Aishah bahawa ia telah berkata: “Sedang aku menjahit baju pada waktu sahor (suboh sebelum fajar) maka jatuhlah jarum daripada tanganku tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah padaku Rasulullah s.a.w. maka aku telah dapat memungut jarum itu daripada cahaya wajahnya, lalu aku berkata: “Hai Rasulullah, alangkah bercahaya wajahmu,” dan seterusnya aku bertanya: “Siapakah yang tidak akan melihatmu pada Hari Kiamat?” Jawab Rasulullah: “Orang yang bakhil (lokek).” Aku bertanya lagi: “Siapakah orang yang bakhil itu?” Jawab Rasulullah: “Alladzi dzukirtu ‘indahu fa lam yushalli ‘alayyaertinya “Dialah orang yang ketika disebut namaku di sisinya ia tiada mengucapkan selawat bagiku.”

Allahu … Allah, bertuahlah sesiapa yang memandang dan mengambil manfaat dengan cahaya Junjungan Nabi s.a.w. Siti ‘Aisyah sebagaimana segala sahabat semuanya memandang dan melihat cahaya nubuwwah pada diri Junjungan s.a.w. dan mereka mendapat manfaat bagi kehidupan duniawi dan ukhrawi dalam mencapai redha Ilahi. Sedangkan Abu Lahab yang dahulunya saban hari melihat dan memandang Junjungan s.a.w. telah gagal melihat dan memanfaatkan cahaya tersebut kerana Abu Lahab hanya melihat Muhammad si anak yatim dan bukannya Muhammad Rasulullah s.a.w. Lalu bagaimana pandangan kita terhadap Junjungan Nabi s.a.w.? Mudah-mudahan kita memandang baginda sebagaimana para sahabat memandangnya.

Allahumma sholli wa sallim ‘alaihi wa ‘ala alihi wa ashhabih.

Hujan Oh Hujan

Hujan merupakan anugerah Allah kepada kita. Biasanya ia turun sebagai rahmat untuk disyukuri, dan kekadang ianya menjadi bala` ujian untuk disabari. Air seperti juga api, boleh menjadi sebab kehidupan dan boleh juga menjadi pemusnah. Oleh itu, apabila hujan turun, maka disunnatkan kita memohon kepada Allah Tuhan yang menurunkan hujan tersebut, agar ianya menjadi hujan rahmat, hujan yang memberi manfaat kepada kita dan tidak membawa bahaya serta kemudaratan.
Imam an-Nawawi rhm. menulis dalam “al-Adzkar” halaman 278 dalam “Bab maa yaquulu idzaa nazalal mathar” (Bab apa yang diucapkan tatkala turun hujan) bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. apabila melihat hujan turun, baginda berdoa:-

Allahumma shoyyiban naafi`aan
“Ya Allah, jadikan hujan ini hujan yang memberi manfaat”

Manakala pada halaman 280, Imam an-Nawawi rhm. menulis:-

Telah kami riwayatkan dalam Shohih al-Bukhari dan Shohih Muslim daripada Sayyidina Anas r.a. yang menyatakan: ” Telah masuk seorang lelaki ke dalam masjid pada hari Jumaat tatkala Rasulullah s.a.w. sedang berdiri berkhutbah. Lelaki tersebut berkata kepada Junjungan Nabi s.a.w.: “Wahai RasulAllah, telah binasa segala harta (akibat kemarau) dan telah terputus segala jalan (yakni usaha), maka mohonlah kepada Allah agar Dia menurunkan hujan kepada kami.” Maka Junjungan s.a.w. pun mengangkat kedua tangan baginda seraya berdoa tiga kali dengan ucapan: “Ya Allah, turunkanlah hujan kepada kami.” Anas berkata: “Demi Allah, tidak kami melihat satu awan pun di langit walau secebis antara kami dan bukit Sala`. Tiba-tiba muncul awan di langit seperti rupa perisai, maka tatkala awan tersebut berada di tengah langit, ia berkembang dan kemudian menurunkan hujan. Demi Allah, tidaklah kami melihat matahari selama seminggu (yakni terus menerus hujan turun selama seminggu). Kemudian telah masuk seorang lelaki kepada Junjungan Nabi s.a.w. pada Jumaat yang berikutnya sedang Junjungan berkhutbah. Lelaki tersebut berkata:- “Wahai RasulAllah, telah binasa segala harta (yakni sebab banjir) dan telah putus segala jalan (yakni usaha), maka mohonlah kepada Allah untuk menahannya dari turun (yakni menahan hujan dari berterusan turun)”. Maka Junjungan Nabi s.a.w. pun mengangkat tangan baginda seraya berdoa:-

“Allahumma hawaalayna wa laa ‘alainaa. Allahumma ‘alal aakaami wadhz-dhziraabi wa buthuunil awdiyati wa manaabitisy-syajar”
“Ya Allah, jadikanlah hujan ini turun di sekitar kami dan tidak atas kami. Ya Allah, turunkanlah ianya atas segala gunung-ganang, bukit-bukau, lembah dan tempat tumbuhnya pepohonan.”

Seketika juga kami keluar dan berjalan di bawah sinaran matahari (yakni, hujan berhenti turun).

Mudah-mudahan dapat kita amalkan dua doa yang mubarak ini yang diajar oleh Junjungan s.a.w. untuk menyambut hujan agar ianya menjadi sesuatu yang bermanfaat dan tidak memudaratkan. Mudah-mudahan Allah selamatkan negara kita dari segala bencana dan malapetaka. Mudah-mudahan Allah memberikan kesabaran kepada saudara-saudara kita yang telah ditimpa bencana serta menggantikan kemusnahan yang mereka alami dengan yang baharu dan pahala yang berlipat ganda. Allahumma aamiin.

Selain dari itu, eloklah diamalkan juga Sholawat Habib Hasan Ahmad BaHarun yang pernah aku postkan dahulu. Untuk memudahkan, maka aku postkan sekali lagi untuk tatapan kalian. Mudah-mudahan dalam dijadikan wasilah untuk mengajukan permohonan bagi kesejahteraan diri, ahli keluarga, harta benda dan kaum muslimin sekaliannya dari segala bala bencana, malapetaka, kemalangan, wabak penyakit, kezaliman bahaya hujan dan sebagainya.

Ya Allah Ya Tuhanku
Limpahkanlah sholawat ta’dhzimMu
Atas Junjungan Maulana Muhammad
Sebaik-baik makhluk ciptaanMu

Sholawat yang dengan keberkatannya
Engkau selamat sejahterakan kami
Juga ahli keluarga kami, anak-anak kami
Kaum kerabat kami, orang yang kami cintai
Guru-guru kami, murid-murid kami
Rakan taulan kami, jiran tetangga kami
Engkau selamat sejahterakan
Segala rumah kediaman kami, masjid kami
Ma’had kami, madrasah kami,
Ladang kami, pejabat tempat kerja kami,
Sekalian tempat kami dan segala harta-benda kami,

Dari bahaya gempa bumi dan pergerakannya
Dari bahaya hujan, angin, petir dan sebagainya
Dari bahaya kereta, kapal terbang, kapal laut dan lain kenderaan
Dari bahaya wabak, bala bencana, malapetaka dan seumpamanya
Dari bahaya jin, manusia, haiwan, thoghut, syaitan dan tipuannya
Dari bahaya jatuh, binasa, terbakar, tenggelam dan segala musibah
Dari bala` pada urusan agama, dunia dan akhirat

Kabulkanlah Ya Ilahi
Demi jah tuah Junjungan Nabi Pilihan al-Musthofa
Limpahkanlah juga sholawat
Ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda
Bersama-sama salam kesejahteraan yang sempurna

Sholawat Munjiyyah

Lama dah aku tak buat posting berhubung sholawat, maka kali ini aku bicarakan sedikit sholawat yang telah lazim diamalkan orang kita yang terkenal dengan nama Sholawat Munjiyyah. Seperti biasa, ianya mempunyai beberapa shighah dengan sedikit perbezaan. Sholawat ini merupakan munajat kita yang kira-kira bererti:

Ya Allah, limpahkanlah sholawat atas Junjungan kami Nabi Muhammad; Sholawat yang dengan keberkatannya Engkau lepaskan kami dari segala huru hara dan bala bencana; Sholawat yang dengan keberkatannya Engkau tunaikan bagi kami segala hajat; Sholawat yang dengan keberkatannya Engkau sucikan kami dari segala kesalahan; Sholawat yang dengan keberkatannya Engkau tinggikan kedudukan kami di sisiMu; Sholawat yang dengan keberkatannya Engkau sampaikan segala matlamat kami dari sekalian kebajikan dalam hidup ini dan selepas kematian; Limpahkanlah juga sholawat ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda dengan disertai salam sejahtera.

Ini adalah sholawat yang paling masyhur di lidah ulama dan awam di rantau kita. Kelaziman Tok-Tok Imam kat tempat aku akan memulakan doa mereka dengan sholawat ini selepas hamdalah. Sholawat ini telah ditulis oleh ramai ulama dalam kitab-kitab mereka, samada ulama Timur Tengah dan tak kurang juga ulama Jawi. Panutan kita, Khaatimatul Muhaqqiqin, Syaikhul Islam, Imam Ibnu Hajar al-Haitami rhm. dalam kitabnya “ad-Durrul Mandhuud fish Sholaati was salaami ‘ala Shoohibil Maqaamil Mahmuud” pada halaman 174 menulis kelebihan sholawat ini seperti berikut:-

(Ke-25) ketika takut karam / tenggelam. Diceritakan oleh al-Faakihaaniy daripada sebahagian sholihin bahawasanya dia berada dalam sebuah kapal yang berlayar di lautan lepas yang hendak karam. Maka tertidur orang sholih tersebut lalu dalam tidurnya dia bermimpikan Junjungan Nabi s.a.w. memberitahunya supaya menyuruh penumpang – penumpang kapal tersebut untuk membaca 1,000 kali : “Allahumma sholli ‘ala Muhammadin ….. hingga akhirnya Sholawat Munjiyyah tersebut.” Maka dimaklumkanlah hal mimpinya tadi kepada para penumpang, lalu mereka pun membaca sholawat tersebut, tatkala sampai 300 kali bacaan, mereka diselamatkan Allah daripada bahaya karam tersebut. Inilah yang diriwayatkan oleh Imam al-Majdu al-Faakihaaniy dengan segala sanadnya, dan telah ditambah oleh sebahagian akan riwayatnya dengan perkataan: Bahawasanya sesiapa yang mengucapkannya bagi setiap urusan penting atau menghadapi bala bencana 1,000 kali, nescaya dilepaskan dia Allah ta`ala dari bala bencana tersebut dan ditunaikan keinginannya.

Inilah antara kelebihan sholawat ini menurut ulama kita. Ra-isul Muhadditsin Mawlana Zakaria al-Kandahlawi memuatkan kisah sholawat ini dalam karangannya mengenai kelebihan sholawat yang berjodol “Fadhilat Sholawat“. Hal ini juga dinukil oleh ulama Jawi kita, antaranya oleh Tok Syaikh Wan Ali Kutan al-Kelantani dalam “Lum`atul Awrad”nya yang masyhur. Manakala mantan Mufti Sarawak, Allahyarham Datuk Haji Abdul Kadir Hasan juga menulis serba sedikit mengenai sholawat ini dalam fatwanya. Antara lain almarhum menyatakan:-

Doa atau sholawat “Allahumma sholli ‘ala Sayyidina Muhammadin sholaatan tunjina ….. hingga akhir” adalah satu-satunya sholawat atau doa yang paling popular di kalangan para ulama, yang sering kita dengar dibaca dalam doa atau permulaan doa. Sholawat ini dinamakan Sholawat Munjiyyah, diambil daripada perkataan tunjina atau tunajjina yang maksudnya “dengan berkat sholawat ini kita bermohon kepada Allah supaya kita diselamatkan daripada segala kesusahan dan penyakit.”.…….. Ada warid dalam kitab “Dala-il” dan syarahnya daripada al-Hasan bin ‘Ali al-Asnawi bahawasanya beliau berkata: “Barangsiapa membaca doa ini ketika menghadapi kedukaan atau bala` 1,000 kali nescaya dilepaskan oleh Allah daripada bahaya tersebut dan dia mendapat segala yang dicita-citakannya.”

Dan daripada seorang Syaikh yang sholih, Musa adh-Dhorir rhm., beliau berkata: “Suatu ketika saya telah menaiki kapal laut, tiba-tiba datang angin yang kencang dan jarang-jarang orang boleh terselamat daripada karam dalam keadaan angin yang kencang seperti itu. Penumpang-penumpang di dalam kapal menjerit ketakutan, tiba-tiba saya tertidur lalu melihat Nabi s.a.w. Baginda bersabda kepada saya menyuruh penumpang-penumpang kapal membaca sebanyak 1,000 kali Sholawat Munjiyyah ini. Kemudian saya pun terjaga, lalu saya memberitahu penumpang-penumpang tentang apa yang saya lihat di dalam masa saya tertidur itu. Kami pun mengucap sholawat tersebut sehingga 300 kali dan Allah telah menyelamatkan kami daripada bahaya yang tersebut.”

Daripada kenyataan yang telah saya sebutkan ini, jelaslah bahawa Sholawat Munjiyyah ini sesungguhnya terbilang daripada sholawat-sholawat yang masyhur yang banyak diamalkan oleh ulama-ulama.

Kalau ada orang yang mengatakan sholawat itu tidak boleh diamalkan, apakah alasannya ? Mungkin alasan mereka mengatakan sholawat ini tidak diriwayatkan daripada Nabi, tidak ada Nabi mengajar membaca sholawat yang bunyinya seperti itu. Memang sholawat ini tidak diriwayatkan daripada Nabi menyebutkan seperti itu. Tetapi adakah jadi salah seorang Muslim membaca sholawat seperti itu atau adakah tidak boleh kita mengucapkan sholawat ke atas Nabi lain daripada sholawat yang diriwayatkan daripadanya. Jawabnya yang jelas tidak ada tegahan selagi ucapan sholawat itu tidak bertentangan dan tiada membawa kepada merendahkan atau menghina maqam Rasulullah s.a.w. sama juga dengan doa. Ada doa yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan ada doa yang tidak diriwayatkan daripada Nabi, hanya doa yang disusun oleh ulama-ulama. Adakah tidak harus kita berdoa dengan doa-doa yang disusun oleh ulama-ulama itu ? Jawabnya serupa juga selagi doa itu tidak bertentangan dengan dasar-dasar agama, maka tidaklah ditegah berdoa dengan doa-doa itu.

Sholawat Syifa`

Aku postkan di sini dua shighah Sholawat Syifa` atau dikenali juga sebagai Sholawat Thibbiyyah yang masyhur. Dinamakan sedemikian yang membawa erti penawar atau ubat kerana dalamnya terkandung tawassul kita dengan Junjungan Nabi s.a.w. yang diumpamakan sebagai keafiatan bagi segala tubuh dan penawarnya, cahaya bagi segala mata dan sinarnya, makanan bagi segala roh dan santapannya. Imam ‘Arif billah Sayyidisy Syaikh Ahmad ash-Showi dalam mensyarahkan makna sholawat ini telah membuat kesimpulan antaranya:-

“Maknanya secara menyeluruh ialah bahawasanya Allah ta`ala menjadikan atas tangan baginda s.a.w. (sebab) untuk menolak kemudaratan yang zahir dan yang batin, yang berupa urusan akhirat maupun urusan dunia, sebagaimana telah dijalankan (dijadikan) atas tangan baginda (sebab bagi) berbagai manfaat. Inilah maknanya tashrif Allah bagi baginda di dunia dan di akhirat, atas batasan yang difirmankan Allah ta`ala pada hak Nabi ‘Isa a.s.: “Dan (ingatlah ketika) engkau menyembuhkan orang buta dan orang sopak dengan izinKu” (surah al-Maaidah:110), maka apa yang tsabit berlaku pada Sayyidina ‘Isa a.s., maka ianya juga (harus terjadi atau dijadikan) bagi Junjungan Nabi s.a.w. dengan berlebih lagi.”

Sholawat ini telah lama beredar dan diamalkan masyarakat Islam, bukan sahaja di rantau kita tetapi juga di benua-benua lain di mana ada umat yang beriman. Diamalkan bukan sahaja oleh masyarakat awam, tetapi juga oleh para ulama ikutan, bahkan mereka menganjurkan pembacaannya untuk ubat hati dan afiat badan dan cahaya mata. Inilah antara kelebihan mengamalkan sholawat yang berkat ini menurut kata ulama kita (“ulama dan protaz mereka” akan menyesatkan bahkan mensyirikkan kita, gasak demelah). Selain memperolehi keutamaan bersholawat, kita akan dilindungi Allah dari penyakit-penyakit, sama ada penyakit hissi maupun penyakit maknawi yang lebih kronik lagi, insya-Allah wa bi idznihi demi kemuliaan Junjungan s.a.w. yang kita sebut-sebut dalam sholawat tersebut sebagai wasilah untuk tujuan itu. Renungilah tulisan Ustaz Abu ‘Ali al-Banjari Ahmad Fahmi al-Maliki dalam muqaddimah untuk terjemahannya bagi Qasidah Burdah yang berkat:-

“….Ini bukanlah bererti qasidah Burdah ini yang menyembuhkan penyakit, tetapi yang dimaksudkan ialah apabila disebut-sebutkan sifat dan ketinggian akhlak Rasulullah s.a.w. maka bertambah-tambahlah rasa kecintaan kepada Baginda dan dengan berkat Baginda yang merupakan “ubat hati dan penawarnya, keafiatan badan dan kesembuhannya”, maka insya-Allah akan disembuhkan segala macam penyakit.”

Dan satu kelebihan lagi Sholawat ini ialah sebagaimana apa dikatakan oleh Tok Syaikh Wan Ahmad al-Fathani:-

“Dan setengah daripadanya ini shighah (yakni shighah Sholawat Syifa`) yang amat baik, sayogia dijadikan penawar bagi segala isim dan dzikir yang panas-panas.”

Posting ini aku berhenti kat sini, nak tahu bab isim dan dzikir yang panas nantilah dulu, man-man insya-Allah ada rezeki aku buat posting lain, kalau tak sabar pergilah mengaji dengan tok-tok guru yang ramai di luar sana. Yang kat Kelantan, bolehlah duduk mengaji antaranya dengan Tuan Guru Haji ‘Abdullah Haji ‘Abdur Rahman, Lubok Tapah (moga Allah lanjutkan usianya), insya-Allah, beliau arif berhubung persoalan ini. Bagi yang tak arif, jangan melenting dahulu, ingat ilmu itu luas dan bukan sekadar pengetahuan kita sahaja.

اللهم صل و سلم على سيدنا محمد و على آله و أصحابه

Sholawat Badawi

Inilah sholawat masyhur yang dinisbahkan kepada Wali Quthub Sidi Ahmad a-Badawi q.s. Tok Syaikh Wan ‘Ali Kutan al-Kelantani rhm. dalam kitabnya “al-Jawharul Mawhub” halaman 29 menulis, antara fadhilat sholawat ini seperti berikut:-

Telah menyebut kebanyakan daripada orang yang ‘arifin bahawasanya sholawat ini telah mujarrab bagi menunaikan segala hajat dan membukakan bagi segala dukacita dan menolakkan segala bala` dan menghasilkan segala anwar dan asrar. Dibacakan dia tiap-tiap hari 100 kali.

Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani rhm. dalam “Afdhalush Sholawat” juga membuat nukilan sebagaimana di atas daripada Sidi Ahmad Zaini Dahlan rhm. dengan sedikit tambahan, iaitu:-

…..bahkan sholawat ini mujarrab untuk segala sesuatu dan bilangan wiridannya ialah 100 kali setiap hari. Sewajarnya para muridin memulakan suluk mereka dengan shighah sholawat ini …..

Sebahagian ulama, termasuklah Kiyai Agung Muhammad bin ‘Abdullah as-Suhaimi BaSyaiban, telah memasukkan ucapan salam dengan menambahkan kalimah “sallim” dalam sholawat tersebut, dan shighah inilah yang biasa kita dengar kerana telah dipopularkan dengan irama yang mendayu menusuk qalbu. Bagi yang suka beramal silalah, sesiapa yang tidak suka, maka janganlah membuat dosa mengeji dan mencaci orang yang membaca sholawat ke atas Nabi yang ummi yang menjadi nur segala anwar dan penyuluh umat dalam kegelapan.

Ya Allah, limpahkan sholawat dan salam kesejahteraan
Atas nur (cahaya) segala nur
Sir (rahsia) segala sir
Ubat segala penyakit
Pembuka pintu kesenangan
Junjungan Mawlana Muhammad yang terpilih
Bersama ahli keluarga baginda yang suci bersih
Dan para sahabat baginda yang baik berbudi
Sholawat dan salam sebanyak bilangan
Ni’mat Allah dan kelebihanNya.

Sholawat Ibrahimiyyah

Malam Jumaat akhir Sya’baan, Bulan Junjungan s.a.w. ini, elok jika kita memperkatakan serba sedikit mengenai sholawat yang paling agung yang diucapkan dalam sholat. Insya-Allah, untuk sholawat-sholawat lain sabar dahulu. Untuk tujuan ini aku nukilkan keterangan mengenainya daripada kitab “Afdhalush Sholawaat ‘ala Sayyidis Saadaat” karangan panutan kita Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani rhm. Beliau membicarakan berkenaan sholawat ini mulai mukasurat 56 sehingga mukasurat 58, dan antara katanya:-

Inilah shighah sholawat yang paling sempurna yang ma`tsur diriwayatkan daripada Junjungan Nabi s.a.w………………. Dan telah berkata Syaikh Ahmad ash-Showi bahawa Imam al-Bukhari telah meriwayatkan dalam kitab-kitab beliau yang Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:- “Sesiapa yang mengucapkan sholawat ini, aku menjadi saksinya pada hari kiamat dan pasti aku memberi syafaat baginya.” Di mana hadits ini darjatnya hasan dan segala rijalnya adalah rijal yang shohih. Disebut juga oleh sebahagian ulama bahawasanya pembacaan sholawat ini 1,000 kali akan mempastikan untuk melihat Junjungan Nabi s.a.w. dalam mimpi. Dan sholawat ini dalam hadits diriwayatkan tanpa lafaz as-siyaadah, berkata al-Imam asy-Syam ar-Ramli dalam syarah “al-Minhaj” (yakni kitab “Nihayatul Muhtaj Syarah Minhaj“) yang afdhalnya didatangkan lafaz as-siyaadah kerana pada mendatangkannya menyempurnakan atas apa yang kita diperintahkan (yakni telah datang firman Allah yang memerintahkan kita membesar dan menjaga kadar kemuliaan Junjungan s.a.w.) dan menambah perkhabaran atas keadaan sebenarnya (yakni keadaan bahawasanya Junjungan s.a.w. benar-benar sayyid bagi sekalian anak Adam sebagaimana dinyatakan dalam hadits) dan ianya adalah satu adab yang lebih afdhal dilaksanakan daripada ditinggal. Imam Ibnu Hajar pula berkata dalam “al-Jawharul Munadhzdhzam” bahawa penambahan lafaz sayyidina sebelum Muhammad tidaklah menjadi kesalahan bahkan ianya merupakan satu adab pada hak Junjungan Nabi s.a.w. walaupun penambahan tersebut dilakukan di dalam sholat yakni sholat fardhu. Imam al-Qastholani dalam “al-Mawaahib” (yakni “al-Mawahibul Laduniyyah” yang masyhur) menyatakan bahawa ulama telah menjadikan ajaran Junjungan Nabi s.a.w. kepada para sahabat baginda akan kaifiat sholawat ini setelah mereka menyoal baginda sebagai dalil bahawa sholawat ini adalah seafdhal-afdhal kaifiat sholawat untuk Junjungan Nabi s.a.w. kerana bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. tidak akan memilih bagi diri baginda melainkan yang paling mulia dan paling afdhal, dan rentetan daripada yang sedemikian maka apabila seseorang bersumpah untuk bersholawat atas Junjungan Nabi s.a.w. dengan seafdhal-afdhal sholawat, maka jalan untuk menunaikan sumpahnya ialah dengan mengucapkan sholawat ini, dan inilah yang dibenarkan oleh Imam an-NAwawi dalam “ar-Raudhah“….

Begitulah martabat Sholawat Ibrahimiyyah yang kita baca selepas tasyahhud dalam setiap sholat fardhu dan sunnat. Bahkan di luar sholat pun sayogia diamalkan, menjadi antara wirid sholawat kita ke atas Junjungan s.a.w. Sebahagian ulama menganjurkan jika sholawat ini dibaca dalam sholat jenazah dan di luar sholat, maka hendak ditambah ucapan salam juga untuk mengeluarkan dari kemakruhan menunggalkan sholawat tanpa salam yang sama-sama diperintahkan oleh Allah dalam ayat 52 surah al-Ahzab tersebut. Apa yang kita perlu faham ialah kemakruhan yang dinyatakan ulama ialah pada perbuatan menunggalkan sholawat tanpa salam atau salam tanpa sholawat dan bukannya pada amalan mengucapkan sholawat tersebut semata-mata atau salam semata-mata tersebut. Untuk keluar dari kemakruhan penunggalan ini, maka sekurang-kurangnya sekali hendaklah diucapkan sholawat beserta salam, jika telah dilakukan sedemikian maka memadailah, walaupun ucapan-ucapan setelah itu hanya berisikan sholawat semata-mata atau salam semata-mata. Seperti dalam dalam sholat, ucapan salam kita dahulukan pembacaannya di dalam tahiyyat sebelum sholawat, maka tidaklah berlaku kemakruhan menunggalkan tersebut.

Selanjutnya para ulama kita menyebut ada 3 tempat di mana penunggalan tersebut tidak dimakruhkan. Syaikh Muhammad bin Saalim bin Sa`id BabShil asy-Syafi`i dalam kitabnya “Is`aadur Rafiiq” mukasurat 10 menyatakan bahawa tempat-tempat tersebut ialah:- (1) ucapan sholawat itu daripada kita, maka tidaklah makruh jika daripada para nabi atau para malaikat yang mengucapkannya kerana perintah ayat tersebut ditujukan kepada kita, orang beriman, dan adalah perintah untuk bersholawat dan mengucapkan salam yang sempurna (…shollu ‘alaihi wa sallimu taslima); (2) Tidak makruh penunggalan pada bacaan-bacaan yang warid di mana penunggalan berlaku seperti dalam hadits yang menyebut sesiapa yang mengucapkan pada hari Jumaat 80 kali “Allahumma sholli ‘ala Muhammadin ‘abdika wa rasulikan nabiyyil ummiy” diampunkan baginya dosa 80 tahun”, tidaklah berlaku makruh penunggalan tersebut; dan (3) Tatkala memasuki hujrah asy-syarifah yakni makam Junjungan yang mulia, maka tidaklah dimakruhkan seseorang hanya mengucapkan “as-salamu alaika, Ya Rasulallah“, tanpa ucapan sholawat. Inilah 3 keadaan di mana penunggalan tidak menjadi makruh dalam mazhab kita Syafi`i.

Penambahan tersebut boleh dibuat dengan berbagai cara, antaranya dengan menyelitkan ucapan salam selepas sholawat seperti diucapkan:

…اللهم صل و سلم على سيدنا محمد

Atau, dibuat penambahan pada hujungnya, seperti:

إنك حميد مجيد و سلم تسليما………

Atau, ikhwah boleh buat penambahan sebagaimana diajar oleh Syaikh Muhammad Ba’Asyin dalam “Busyral Karim” juzuk 1 halaman 86, di mana pada hujung ditambah seperti berikut:-

إنك حميد مجيد و سلم تسليما كثيرا طيبا مباركا فيه…
...innaka hamidu(m) majiid, wa sallim tasliiman katsiiran thoyyiban mubaarakan fih.

Mudah-mudahan dah manfaatnya buat diriku dan kalian serta sekalian muslimin. Aamiiin.
About these ads

One Response

  1. SUBHANALLOH ARTIKELNYA SANGAT BAGUS TERIMA KASIH ATAS PENGETAHUANNYA….

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 409 other followers

%d bloggers like this: